10 Tips Tingkatkan Trust Untuk Lonjakkan Jualan Anda!

0
305

hari pertama di bulan November 2017, kita telah hampir ke penghujung tahun. Sejauh mana sudah pencapaian KPI untuk diri kita sendiri setakat ini? Adakah telah mencapai tahap yang memberansangkan? Atau pun masih so-so lagi? Jika anda seorang peniagan, tidak kira kecil atau pun besar, indiketor KPI perniagaan anda telah berada di tahap yang mana?

Itu tentang KPI di penghujung tahun yang semakin hampir.

Namun apa yang saya mau kongsikan kepada anda hari ini adalah tentang bagaimana untuk kita tingkatkan Trust atau pun kepercayaan kepada pelanggan bagi meningkatkan jualan anda. Tapi adakah anda faham dengan apa yang dimaksudkan dengan “Trust”?

Trust atau pun kepercayaan adalah satu element penting dalam menjayaan sesuatu jualan produk. Trust adalah kepercayaan audiance mahu pun pelanggan kepada produk/servis anda, kepercayaan audiance/pelanggan kepada bisnes anda dan juga kepercayaan audiance/pelanggan kepada diri anda sendiri sebagai seorang penjual.

Bagaimana untuk anda boleh meningkatkan lagi trust atau pun kepercayaan terutamanya di dalam Fan Page FB anda? Saya kongsikan 10 tips bagi meningkatkan trust kepada anda yang setia membaca sehingga akhir.

01 Demo

Bagaimanakah dengan melakukan demo dapat melonjakkan trust dalam melakukan sesuatu jualan terutamanya dalam online marketing? Seperti yang anda maklum, terlalu ramai peniaga online sekarang melakukan demo demi menunjukkan bahawa produk yang mereka jual sangat baik dan berkualiti untuk dimiliki.

Anda boleh meniru cara mereka untuk meningkatkan jualan anda dengan cara yang sama dengan syarat anda bersedia untuk melakukan demo tentang produk yang anda hendak jual di fan page anda. Sebagai contohnya, anda boleh menggunakan medium video bagi menarik minat audiance melihat kewujudan anda sekali gus meningkatkan trust kepada jualan anda.

Jika anda seorang peniaga minyak zaitun contohnya, anda boleh membuat video demo cara-cara pengambilan minyak zaitun atau pun tunjukkan cara bagaimana minyak zaitun jualan anda digunakan kemudian upload video tersebut ke dalam fan page anda.

02 Profile Picture

Sebagai sorang peniaga terutamanya yang banyak menggunakan media online untuk menarik pelanggan, anda seharusnya sedar akan ramai peniaga online sekarang menggunakan gambar mereka sendiri sebagai profile picture di media sosial. Kenapa? Ianya adalah bertujuan tidak lain adalah untuk memberitahu kepada audiance mereka bahawa mereka melakukan perniagaan dengan serius.

Menggunakan gambar sendiri sebagai profile picture lebih disarankan kerana bila audiance melihat gambar owner itu sendiri sebagai profile picture akan memberikan perasaan touching atau pun mewujudkan perasaan relationship mahu pun personal. Ini akan meningkatkan kepercayaan audiance kepada anda secara tidak lansung.

“I learn to go into business only with people whom 1 like,  trust & admire.”

03 Sosial Proof

Sebagai seorang peniaga, anda perlulah bijak dalam menarik kepercayaan audiance anda yang boleh membawa kepada berlakunya transaksi jual beli di antara anda dan pelanggan anda. Social Proof salah satu batu lonjakkan kepada anda untuk naikkan trust kepada audiance anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan meletakkan bukti-bukti social yang boleh digunakan seperti jumlah like dalam fan page anda. Faham ka faham?

Saya beri simple example kepada anda.

Katakan saya menjual minyak zaitun jenama X dalam sebuah group social media. Dalam group tersebut juga terdapat orang lain yang menjual produk yang sama iaitu minyak zaitun jenama X. Pendekkan cerita, saya sebagai peniaga A mempunyai fan page seramai 100k, peniaga B pula 10k dan peniaga C 5k. Agak-agak anda audiance akan lebih percaya fan page yang mana?

Lebih banyak fan sesebuah page akan meningkatkan lagi trust kepada page tersebut. Selain itu, jumlah komen juga memainkan peranan yang sama pentingnya. Jumlah komen yang banyak pasti akan mewujudkan trust kepada audiance anda.

04 Fakta

Tahukah anda, bahawa terdapat beratus produk yang terdapat dalam pasaran terutamanya dalam negara kita? Sebagai contoh, produk kuruskan badan berlambak di pasaran negara kita dan yang pasti semuanya menjanjikan akan turun berat badan dalam masa yang sangat singkat.

Good advertising does not just circulate information. It penetrates the public mind with desires & belief.

Apabila berlakunya fenomena produk yang sama semakin banyak dalam pasaran secara tidak lansung akan mewujudkan suasana spektikal di mana kepercayaan pembeli aan menjadi berkurangan.

So, salah satu cara bagi membendung masalah sifat spektikal ini adalah dengan kita sebagai peniaga memberikan fakta-fakta yang boleh menaikkan kepercayaan audiance kita untuk membuat transaksi jual beli.

Jadi apakah fakta yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah sifat spektikal ni?

Salah satunya adalah dengan memberikan contoh-contoh kajian yang telah dibuat oleh pakar yang diiktiraf dunia. Anda boleh kaitkan mana-mana pakar yang telah buat kajian tentang kandungan produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual produk berasaskan madu, anda boleh sahaja mencari pakar-pakar yang terkenal degan kajian mereka tentang madu dan seterusnya kaitkan kajian mereka dengan produk anda.

05 Testimoni

Percayakah anda dengan mengumpul testimoni yang banyak boleh meningkatkan trust audiance anda seterusnya melonjakkan jualan anda. Hal ini telah lama dilakukan oleh syarikat besar jika anda perasan, mereka telah mempunyai beribu-ribu testimoni pelanggan mereka.

 

Sebagai seorang peniaga yang baru hendak bertapak dalam pasaran, anda seharusnya sudah mula menyimpan data dan testimoni pelanggan anda. Ini kerana, semakin banyak testimoni yang anda mampu kumpul akan menyebabkan semakin tinggi kepercayaan audiance terhadap fan page atau pun produk anda.

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat satu koleksi testimoni produk anda seperti membuat album gambar mahu pun video dan seterusnya uploadkan ke dalam fan page anda.

Setakat itu dahulu saya senaraikan kepada anda bagai mana hendak meningkatkan trust atau pun kepercayaan audiance anda. Seharusnya mereka yang baru memulakan perniagaan perlu mengetahui bagaimana untuk mereka membina kepercayaan kepada bakal pelanggan mereka. Tahap kepercayaan yang tinggi daripada audiance mahu pun pelanggan anda bakal menentukan sejauh mana produk anda boleh terus bersaing dalam pasaran.

Saya akan berikan lagi kepada ada 5 tips berikutnya dalam tulisan saya yang akan datang. Semoga perkongsian ini mampu membuka mata kepada anda yang bergelar peniaga untuk meningkatkan lagi kepercayaan bakal pelanggan terhadap produk anda dalam pasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here