3 Kesilapan Dalam Perniagaan Ecommerce

0
187

Membina perniagaan secara atas talian boleh menjadi begitu susah apalagi jika ianya adalah perniagaan atas talian pertama anda. Walaupun begitu, tidaklah bermakna anda kena melakukan kesalahan walaupun ianya baru buat anda. Ini kerana terdapat satu quote yang terkenal iaitu “hanya mereka yang bodoh akan belajar daripada kesalahan mereka. Manakala lelaki yang bermaruah akan mengambil pengajaran daripada kesalahan orang lain.”

Dalam posting kali ini, aku akan senaraikan 3 kesilapan yang sering kali dilakukan oleh pemilik perniagaan atas talian terutamanya e-commerce dan bagaimana anda dapat menghindari daripada melakukan kesalahan yang sama.

  1. Mentaliti “Jika anda melakukan ini, anda akan dapat yang itu.”

Membina perniagaan E-commerce dan juga jumlah traffik masuk ke dalam E-commerce anda mengambil banyak masa, tenaga dan juga kesungguhan anda. Jika kita lihat melalui Internet Live Stats, terdapat sebanyak 1,202,012,086 jumlah website pada masa ini. Dan berdasarkan World Wide Web Size, terdapat sebanyak 4.44 billion page keseluruhan sehingga kini.

Cuba anda fikirkan tentang statistik tersebut? Bila anda mula membina E-commerce anda yang pertama, website anda berkemungkinan akan bernumber 1,202,012,087. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk bakal pelanggan anda menjumpai E-commerce anda?

Sedarkah anda bahawa dengan membina laman web atau E-commerce yang cantik dan mengandungi produk yang hebat bukan menjadi faktor utama untuk membawa masuk bakal pelanggan anda.

Apabila anda memulakan sesuatu perniagaan, anda seharusnya sedar akan proses pelancaran perniagaan anda adalah langkah pertama dalam membina perniagaan anda. Namun harus diingat, akan ada banyak lagi langkah yang perlu anda ambil untuk terus menapak perniagaan anda.

2. Tidak Mempunyai Logo Perniagaan

Logo perniagaan biasanya menjadi benda pertama yang akan dilihat oleh pelanggan dan menjadi the first impressions kepada E-commerce anda nanti. Jika anda biasa menggunakan E-commerce, anda akan perasan hampir semua E-commerce Solution akan memaparkan title E-commerce anda dalam bentuk teks jika anda tidak memuatnaik logo anda sendiri.

Jika dilihat pada situasi ini, anda boleh bertanyakan kepada diri anda sendiri mengapa begitu ramai peniaga dalam talian melancarkan perniagaan mereka tanpa ada logo sendiri?

Sebenarnya, untuk memiliki logo sendiri ramai peniaga akan memikirkan soal bayaran yang tinggi jika hendak mendapatkan hasil logo yang berkualiti dan mempunyai makna yang bersesuaian dengan perniagaan mereka. Ini termasuklah dengan mengupah pereka graphik yang berpengalaman dalam menghasilkan logo sesebuah perniagaan.

3. Tidak memiliki Social Proof dan Forcing Social Proof

Seperti yang semua peniaga secara atas talian tahu, komunikasi di antara pelanggan dan juga penjual boleh meningkatkan social proof. Ramai peniaga baru telah mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan Social Proof dalam perniagaan mereka tetapi tidak kurang juga ramainya yang tidak berjaya.

Komen atau pun ulasan secara jujur daripada pihak pelanggan terhadap prestasi mahu pun tahap servis anda merupakan element penting dalam menunjukkan kepada bakal pelanggan anda tentang betapa serius dan bagusnya produk atau servis yang anda jalankan.

If your business is not on the internet, then your business will be out of business. – Bill Gates –

Namun perlu diinggat, walaupun setiap ulasan dan komen yang anda dapat juga boleh menghancurkan perniagaan anda jika dilakukan pada masa yang salah atau pun jika terdapat unsur sabotaj darinya.

Kesimpulan

Membina lama web seperti Ecommerce merupakan satu kerja yang sangat rumit tanpa mengambil kira betapa banyak kerja yang telah anda lakukan, sedikit kesilapan mampu membuatkan hasil kerja anda tidak dapat direalisasikan seperti yang telah diimpikan.

Cuba ambil sedikit masa untuk melihat tujuan dan matlamat asal anda hendak membina laman web ecommerce anda dan juga kaedah pemasaran yang telah anda lakukan. Adakah ianya telah mengikut seperti yang telah anda lakarkan sebelum mengambil keputusan untuk membina laman web ecommerce anda?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here