Biarlah Kerbau Yang Dapat Nama

20
377

“Allah S.WT sedang mengajar engkau Madi” katanya yang separuh berbisik kepada saya. Mungkin sekadar untuk mengalihkan topik perbualan yang terasa berat tadi.

“Allah sedang mengajar saya?” Sekadar mengulangi ajukannya pada saya.

“Allah mengajar kau melalui dorang bah tu”

“Apa yang Allah sedang ajar saya melalui perlakuan dorang?”

Dia diam seperti memikirkan soalan saya. Saya juga terdiam untuk memahami apakah sebenarnya maksud dari ajukan itu. Kami sama-sama terdiam seketika sepertinya soalan yang saya lontarkan tadi sukar untuk dicari jawapannya.

Mungkin dia bersimpati dan juga empati dengan nasib yang saya hadapi sekarang ini. Mungkin ketika tadi dia selayaknya tersenyum menceritakan kisah kejayaannya hampir menyelesaikan projek menukar karpet sesebuah jabatan di ibu kota Kota Kinabalu, sebaliknya saya pula bersedih dengan nasib yang menimpa. Rasa terpinggir dan hampir dilupakan.

“Mungkin Allah mengajar kau pasal ikhlas!” ujarnya secara tiba-tiba.

“Ikhlas? Itu susah jo!” Sambung saya sambil mengeluh.

“Bersyukur bah dengan kesusahan tu.”

“Kenapa? patutnya aku terus bersabar saja jo?.”

Itu antara bait-bait perbualan yang sempat aku rakam dalam memori ingat yang telah terguna hampir 32 tahun. Jika difikirkan dengan mata hati, kita wajar mempunyai rasa syukur kerana Allah hendak menyelamatkan kita dari rasa riak dan pandai atau pun dalam hal-hal kebaikan yang telah kita lakukan.

Bukankah lebih molek bila sesuatu itu tanpa sanjungan, tanpa pujian akan menyebabkan rasa takbur itu seperti dilenyek? Rasa riyak itu dihempap sehingga tiada lagi dalam hati?

Jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kita kebaikan yang kita buat masih sedikit & kita masih belum benar-benar baik.

Dalam setiap perjuangan itu pastinya ada golongan yang boleh digelar sebagai “Poisonous People”.

“Poisonous People?”

Bagi saya, Poisonous People ini merupakan golongan yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Bagi saya juga, wujudnya golongan seperti inilah yang membuatkan wira tidak didendang turut wujud sama. Boleh dikatakan kerana adanya Poisonous People lah wujudnya mereka yang boleh saya gelarkan sebagai “Unsung Hero”.

Alhamdulillah, berkat keluar berjumpa dengan sahabat setia malam tadi menyebabkan saya mampu meniupkan sedikit semangat untuk dijadikan bekalan esoknya. Sekuat mana yang telah kita lakukan, sebaik mana yang telah kita berikan, mungkin masih belum cukup kuat atau belum cukup baik untuk diserahkan.

Namun, saya bukan jenis yang akan cepat melatah apa lagi menjatuhkan air muka mereka yang berada di atas saya. Malah sebaliknya sejauh mana saya diperlakukan tetap akan dibalas dengan madu semanis madu di pergunungan Kyrgyzstan. Semuanya perlu diambil sebagai ijazah-ijazah dunia kehidupan yang boleh dijadikan panduan kemudian hari.

Bila difikirkan, golongan Poisonous People ini seperti mereka yang hendak mendaki ke puncak yang tinggi hanya kerana mereka ingin melupakan tempat mereka pernah jatuh dulu. Mereka hanya akan membuatkan diri mereka dibayangi oleh sifat kebencian pada orang-orang yang mereka benci walau di mana jua.

Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika ada kebencian.

Perlu untuk diingat, begitu ramai orang yang tidak bahagia dengan jawatan, harta dan nama yang tersohor tapi lebih ramai yang yang tidak bahagia kerana dengki akan jawatan, harta dan harta yang dimiliki oleh orang lain. Yang satu “indak dapat” apa yang mereka dapat dan satu golongan lagi “inda dapat” apa yang memang dia tak dapat.

“Kesimpulannya?”

“Biarlah kerbau yang dapat nama….kerana kita bukan lembu yang sudah memang terkenal dengan kebodohannya!” Terima kasih sahabat!.

 

20 COMMENTS

  1. Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan kepada kita. Maha Suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia. Jika tuan ditimpa masalah, cuba banyakan lagi untuk berdoa meminta daripadaNya. Semoga tuan terus dirahmati dan terus menulis sesuatu yang baik seperti ini.

    • Semua sudah diatur dengan baik bagi setiap insan menyelusuri perjalanan mereka dalam muka bumi Allah. Saya cuba boleh berusaha yang terbaik dan redha setiap ketentuan yang telah ditetapkan. Apa pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.

  2. Menarik. Seperti sebuah cerpen pendek yang menceritakan sesuatu yang berlaku secara spontan dan menusuk terus kepada mereka yg digelar Poisonous People. Awesome

  3. Gaya penulisan yang mantap tuan dengan memasukkan gaya bahasa setempat membuatkan saya sebagai pembaca berada dalam lingkungan komuniti tuan. Teruskan membuat penulisan berbentuk nasihat dan saya doakan tuan terus maju.

      • saya suka cara tuan memasukkan elemen bahasa tempatan dalam posting ni. Menunjukkan suasana yang real cuma kalau boleh tuan masukkan lebih banyak lagi konsep perbualan dalam posting tuan. Pasti akan lebih menarik nanti.

  4. Kalau ikutkan kerja dgn gov lebih ramai yg suka mengampu bos. Kita yg kerja macam bangla mau mati mana mereka mau fikir. Kalau swasta pun sama saja nasibnya. Biasalah tu banyakkan bsabar jak la. Lumrah hidup

    • Apa yang boleh kita lakukan hanyalah membuat sehabis baik dengan kerja hakiki yang telah diberikan amanah kepada kita. Usah peduli akan golongan begini. Teruskan usaha untuk perbaiki diri, in sya Allah pasti ada yang terbaik untuk usaha yang telah kita buat selama ini.

  5. Kaki ampu ni la yg selalu membawa bencana dalam pejabat. Bila bos tiada punya malas, bos ada saja rajin bukan main. Semua kerja orang mau d claim dia yg buat. Apa pun posting yg baik dan deep sungguh.

  6. Assalamualaikum, saya merupakan salah seorang dari pembaca blog tuan. Namun sudah bertahun saya tidak dapat melayari blog ini. Kenapa ya? dan 1 lagi, bukankah blog tuan sepatutnya sudah banyak artikel dan blog ini seperti baru? apa pun saya gembira sudah boleh melayari blog tuan semula.

    • Maafkan saya & terima kasih kerana selama ini mengikuti perkembangan blog AhmadiKatu.com. Betullah apa yg cik katakan di mana blog ini baru lagi. Sebenarnya, 4 tahun lepas domain Ahmadikatu.com telah di ambil oleh orang yang tidak dikenali dan menjualnya dengan harga USD12,000.00. Oleh kerana tidak mampu AhmadiKatu terpaksa ditukar kepada AhmadiKatu.net sehinggalah orang tersebut melepaskan domain Ahmadikatu.com dan saya mengambilnya semula. Terima kasih lagi atas sokongan cik kepada kami.,

  7. biarlah kerbau yang dapat nama? bukan sebetulnya kerana lembu sapi dapat nama? haha…gurau jak tuan. posting yang sangat santai & tidak panjang namun sangat deep dan sentap.

    • Betul seperti apa yg tuan tulis, cuma saya sahaja membuat sedikit olahan supaya tajuknya kelihatan power sedikit. Terima kasih tuan atas sokongan…

  8. Unsur nasihat digabungkan dgn bahasa tempatan menyebabkan ianya nampak ringan dan mudah d terima. Good luck dan tahniah berjaya hasilkan artikel yg baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here