Stress Oh Stress

2
202

Punca seseorang mengalami stress tidak tertakluk kepada sesuatu sebab dan boleh dialami pada bila-bila masa sahaja. Tahap stress yang tidak terkawal boleh mengakibatkan depresi atau kemurungan.

Namun begitu, stress bukanlah penyakit yang rumit dan boleh dirawat dengan mudah. Menangani stress adalah mudah dan senang sekiranya kena dengan caranya.

1.Luahkan pada seseorang

Luahkan masalah anda pada seseorang yang anda percaya. Bercerita pada seseorang tidak akan menyelesaikan masalah anda sepenuhnya, namun dapat mengurangkan beban masalah yang anda tanggung.

2.Jus buah-buahan

Cuba untuk minum jus buah-buahan seperti oren, mangga, tembikai dan lain-lain. Hal ini kerana minuman berjus merupakan salah satu aromaterapi yang mana buah-buahan menghasilkan bau yang menyegarkan dan membantu anda untuk berfikir. Jadi, minumlah jus buah-buahan kerana jus bukan sahaja sihat tetapi mengurangkan stress anda!

3.Berehat

Keletihan adalah salah satu punca stres. Dalam keadaan badan yang letih, minda anda tidak dapat berfikir dengan baik justeru menyebabkan kawalan badan dan minda yang kurang. Purata jangka masa tidur yang sesuai untuk orang dewasa ialah 4 hingga 6 jam.

4.Ambil masa dan jarakkan diri dari masalah

Buat satu jadual perancangan dalam menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Ambil sedikit masa untuk relaks. Sekiranya perlu, jarakkan diri anda dari perkara yang membuatkan anda stress seperti orang atau kerja. Dalam kata lain, anda perlu mengasingkan diri dan memerlukan masa untuk bersendirian supaya stress anda dapat dikawal.

Dear Stress, will you please give me a break? I also need a rest. I wants to smile event for awhile.

5.Uruskan diri anda dengan teratur

Pastikan persekitaran anda kemas dan bersih. Suasana sekeliling yang kecoh dan kelam-kabut membuatkan minda anda serabut.

Susun atur perabut dan barangan dengan teratur supaya anda mudah berfikir dan menyelesaikan tugasan yang ada. Sekiranya anda mempunyai banyak perkara yang perlu diselesaikan, rancang tugas anda. Sediakan buku perancang (planner) supaya tugas yang hendak diselesaikan dapat diselesaikan dengan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.

6.Senaman ringan

Lakukan senaman ringan seperti menggerakkan badan, menari, menghentak kaki dan sebagainya. Senaman ringan ini boleh melancarkan peredaran oksigen dalam badan ke otak yang boleh mengurangkan stress yang ada. Selain itu, gerak-gerakkan badan seperti rutin menari dengan lagu kegemaran anda. Perkara ini bukan saja menghilangkan stress anda malah menyeronokkan.

7.Ekspresi

Ekspresikan tekanan anda dalam bentuk tulisan seperti pada buku, jurnal, diari, mahupun papan kekunci computer anda. Dengan cara ini anda dapat meredakan rasa stress anda dengan terkawal. Apabila selesai menulis, buang semua tulisan tersebut supaya anda tidak akan membaca mereka lagi dan menambah semula stress anda.

Dengan menulis, fikiran anda akan menjadi tenang dan terkawal. Ekspresikan perasaan boleh juga dalam bentuk nyanyian, atau tarian. Apabila anda mengekspresikan sesuatu, fikiran anda akan terarah dan anda boleh menjadi lebih fokus.

8.Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif. Alihkan fikiran anda ke arah sesuatu yang positif. Sekiranya anda sedang menghadapi pelbagai masalah, redha serta juga berfikir tentang jalan penyelesaian terbaik.

9.Senyum atau ketawa

Lakukan perkara yang anda gembira. Cipta hobi yang boleh buat anda gembira melalukukannya seperti menyanyi, melukis, menari dan sebagainya. Selain itu, gembirakan orang yang anda sayang. Sekiranya mereka gembira, anda juga gembira.

Apabila gembira, anda akan lebih kurang merasai stress. Walaupun penghidap stress akan senyum atau ketawa pada perkara yang mudah dan kecil, kawalan stress dengan cara ini dapat membantu

10.Berjumpa pakar terapi

Sekiranya semua di atas ini gagal, cari pilihan untuk berjumpa dengan pakar. Pakar bukan saja boleh membantu anda menangani stress namun boleh mencadangkan alternatif lain bagi membantu permasalahan anda.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here