Masalah pengurusan kewangan ini terjadi kepada mereka yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri.

Tidak kisahlah berapa banyak pun pendapatan kau, kalau tidak urus dengan bijak pasti sesak nafas di hujung bulan.

Bila dah tak cukup mulalah kau pinjam sana sini, berhutang sana sini untuk cukupkan keperluan.

Dan yang paling tidak bagusnya bila kau mula berhutang dengan yang tidak sepatutnya seperti skim pinjaman duit yang berasaskan riba.

Pengurusan Kewangan Yang Lemah

Kalau kau masih rasa aliran wang kau dalam negatif, sepatutnya kau sudah setkan matlamat awal untuk jadikan ia kepada positif. Kemudian barulah kau boleh lanjutkan kepada matlamat yang lain.

Tiada siapa pun yang akan halang kau dari meletakkan berapa banyak pun matlamat kau kalau pengurusan kewangan kau cantik.

Mungkin kau boleh pecahkan matlamat kewangan kau kepada 3 bahagian. Contohnya macam yang aku pointkan di bawah untuk kau lihat dan fikirkan.

  1. Jangka pendek (< 3 tahun)
  2. Jangka sederhana (3-10 tahun)
  3. Jangka panjang (> 10 thaun)

Tips di sini buat kau bila kau rasa satu-satu matlamat kau tu memerlukan jumlah duit yang besar, panjangkanlah waktu untuk kau capai matlamat tersebut.

Tapi jika kau mampu untuk menyimpan lebih banyak setiap bulan, lagi cepatlah matlamat kau boleh dicapai. Semua itu bergantung kepada kau untuk corakkan pengurusan kewangan kau sendiri.

Jom lihat info graphic tentang tips pengurusan kewangan yang telah disediakan untuk kau. Moga ianya bermanfaat untuk aku dan juga kau.

Bukan apa, ianya adalah satu perkongsian aku untuk kita semua dalam merancang hari masa tua nanti. Jadi rasanya tidak salah untuk kita mencuba.

Pengurusan Kewangan - Ini 20 Tips Untuk Anda

Kenali Mereka Yang Pakar

Aku rasa dengan info grafik itu saja kau sudah mula faham dalam merancang kewangan kau hari ini. Di negara kita ni ramai mereka yang pakar dalam pengurusan kewangan.

Tinggal kau saja yang lokek untuk follow mereka dalam media sosial. Padahal kau sudah bernafas di paras hidung tapi masih saja ego tidak mau like status mereka yang pakar dalam hal kewangan.

Sedangkan perkongisan mereka bukan minta bayaran pun. Cuma like dan share saja.

Untuk info grapik yang cantik ini aku creditkan kepada Quranic Gen.

Jom Join Newsletter Kami
I agree to subscribe AhmadiKatu
Jom bersama lebih dari 12,000 subscriber newsletter kami. Jadi di antara yang terawal mendapatkan tips tarbiah sentap dan juga tips blog SEO secara percuma.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
I'm just a simple guy who really loved to share something valuable to others. Really love to write and I have own 4 blogs to manage and each of that blog has a different niche. And AhmadiKatu dot com was my personal blog. Hopefully, you can enjoy visiting my blog. Currently, I'm still learning ninjutsu with Kakashi sensei in Konoha village. This is a secret and please don't tell everybody. gotcha...

8 COMMENTS

  1. Info yang sangat berguna terutamanya bagi golongan muda untuk membina aset dari awal. Namun lebih elok jika tuan boleh kongsikan lagi medium secara manual bagaimana untuk masyarakat merancangan kewangan mereka dari awal.Apa pun terima kasih tuan atas perkonsian yang sangat bermanfaat.

    • Thanks tuan Aris Mujok kerana sudi bertandang ke blog saya. Cadangan tuan tu 1 cadangan yang boleh dipertimbangkan & untuk pengetahuan tuan saya sendiri memang ada menggunakan medium secara manual mahu pun apps yang free.

      Bagi Apps yang percuma saya akan kongsikan dalam next posting saya, tapi untuk manual saya kena ubah sedikit supaya ianya mudah difahami cara penggunaannya dan sesuai dengan semua orang. Harap tuan Aris dapat tunggu next posting, In Sya Allah saya akan usahakan kemudian.

    • Tak ada masalah dalam berbelanja tuan, cuma kena kategorikan dahulu mana yang penting, sederhana penting dan juga tidak penting. So, tuan boleh berjimat sedikit. Buat perlahan-lahan sehingga tuan sudah terbiasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.