Anakanda ku. Dengarkanlah, tiada siapa pun yang hendakkan kegagalan. Gagal menjadi anak. Gagal menjadi ayah. Gagal menjadi ketua. Gagal menjadi seorang pekerja.
Jauh sekali gagal menjadi seorang hamba yang taat kepada yang Maha Esa.
Hukumnya begitu, ayah sendiri sudah merasai peritnya berada di dalam kelompok manusia yang kecewa.
Anakanda ku
Pernahkah kau terfikir kenapa susuk tubuh yang bergelar ayah itu senantiasa menunjukkan susuk tubuh yang kekar? Terkadang sekali menunjukkan sisi seorang yang lembut pujaan hati seorang anak.
Anakanda ku Dengarkanlah
Karakter seorang ayah itu senangnya bersendirian. Pendiam. Kadang kelihatan sosok ayah yang angkuh.
Percayalah aku itu tidak sekali-kali berkeinginan seperti itu tapi karakter aku sebagai seorang ayah itu sememangnya seperti itu.
Dingin.
Dan seadanya.
Anakanda ku, bukan menjadi tugas aku sebagai seorang ayah untuk membuatkan kalian semua faham tentang karakter diri ku.
Jika aku cuba menjelaskan, pada bahagian manakah kau ingin fahami tentang diri aku?
Kisah hidup aku penuh dengan luka dan duka.
Namun sedarkah kau anakanda ku, aku juga ingin menjadi diri ku sendiri?
Itu saja.
Pendiam Itu Ayah
Sedihnya apa yang orang lain cuma tahu, aku cuma seorang yang suka berfikir dan berkalau-kalau.
Itu yang orang fikirkan tentang aku.
Menjadi kebiasaan sifat pendiam itu akan muncul bila ada yang difikirkan. Bahkan sehingga terasa asing dengan dunia sendiri. Bukan aku tidak mahu untuk bercerita tapi biarlah aku untuk berbicara dengan diri ku sendiri.
Di dalam dunia ciptaan aku sendiri.
Dunia yang kebanyakkan ramai orang tidak tahu sebenarnya aku sedang mencari solusi dalam versi aku sendiri. Tentu saja bukan mencari solusi yang semborono tapi satu solusi yang tidak mungkin kau akan faham wahai anakanda ku.
Terlalu banyak benda yang perlu untuk aku jaga dalam merangka sebuah solusi. Ibaratnya sebagai sebuah solusi berjalurkan dari langit yang frekuensinya bermetamorfosiskan secara berterus-terang di sekitar kebiasaan waktu tidur mu.
Mungkin bukan semua, tapi ajaibnya ada setiap masalah itu justeru menjadi satu keberkahan untuk aku dan juga untuk orang-orang di sekitar aku.
Pasti Ada Membenci
Tidak kira apa pun keajaiban atau keberkahan yang berlaku, percayalah anakanda ku akan ada sahaja orang-orang yang akan tidak sesekali bersama dengan aku.
Membenci setiap apa yang aku putuskan.
Senyap sunyi aku.
Segala koherensi aku.
Sikap aku yang berpandangan sarwa.
Seringkali diinterpretasikan tanpa prejudis bagaikan aku hanyalah sebagai manusia yang masih bermain dengan fantasi. Bah kan tidak jarang sekali pun yang mengejek dalam diam.
Ingatlah anakanda ku, bukannya hendak mendabik dada tapi mereka yang membencilah seharusnya berhati-hati kerana aku sentiasa mengawasi.
Tatapan tajam dalam senyap seharusnya sudah cukup memberikan peringatan pada mereka. Jika para pembenci itu bertindak kelewatan batas, tanpa mereka sedari sesungguhnya telah memicu amukan dahsyatnya badai.
Selamat Tinggal Pembenci
Jika sudah begitu, tidak peduli siapa pun pasti hancur lebur dek dahsyatnya amukan badai.
Bukan niat hendak bernarsisistik, tapi lihatlah anakanda ku bahawa karekter ku tidak dirancang untuk sesekali mundur.
Maka jangan dicuba amuknya badai. Dalam keras, sesungguhnya ada lembut.
Dewasa nanti kau juga akan faham apa yang aku tidak dapat jelaskan pada mu anakanda ku.
Paris,
Bukan France.
Sungguh bersastera coretan ini..
apa-apapun hidup ini penuh dugaan dan cabaran yang bertali arus
Saat malas menguasai, sedikit pun belum pasti ada. Itulah manusia bila tewas dengan sikap culas malasnya.