“Allah S.WT sedang mengajar engkau Madi” katanya yang separuh berbisik kepada saya. Mungkin sekadar untuk mengalihkan topik perbualan yang terasa berat tadi.

“Allah sedang mengajar saya?” Sekadar mengulangi ajukannya pada saya.

“Allah mengajar kau melalui dorang bah tu”

“Apa yang Allah sedang ajar saya melalui perlakuan dorang?”

Dia diam seperti memikirkan soalan saya. Saya juga terdiam untuk memahami apakah sebenarnya maksud dari ajukan itu.

Kami sama-sama terdiam seketika sepertinya soalan yang saya lontarkan tadi sukar untuk dicari jawapannya.

Mungkin dia bersimpati dan juga empati dengan nasib yang saya hadapi sekarang ini. Mungkin ketika tadi dia selayaknya tersenyum menceritakan kisah kejayaannya hampir menyelesaikan projek menukar karpet sesebuah jabatan di ibu kota Kota Kinabalu, sebaliknya saya pula bersedih dengan nasib yang menimpa. Rasa terpinggir dan hampir dilupakan.

“Mungkin Allah mengajar kau pasal ikhlas!” ujarnya secara tiba-tiba.

“Ikhlas? Itu susah jo!” Sambung saya sambil mengeluh.

“Bersyukur bah dengan kesusahan tu.”

“Kenapa? patutnya aku terus bersabar saja jo?.”

Itu antara bait-bait perbualan yang sempat aku rakam dalam memori ingat yang telah terguna hampir 32 tahun.

Jika difikirkan dengan mata hati, kita wajar mempunyai rasa syukur kerana Allah hendak menyelamatkan kita dari rasa riak dan pandai atau pun dalam hal-hal kebaikan yang telah kita lakukan.

Bukankah lebih molek bila sesuatu itu tanpa sanjungan, tanpa pujian akan menyebabkan rasa takbur itu seperti dilenyek? Rasa riyak itu dihempap sehingga tiada lagi dalam hati?

Jika kita sibuk melakukan kebaikan, kita tidak akan sempat melihat keaiban orang lain. Jika kita masih sempat, itu petanda kita kebaikan yang kita buat masih sedikit & kita masih belum benar-benar baik.

Dalam setiap perjuangan itu pastinya ada golongan yang boleh digelar sebagai “Poisonous People”.

“Poisonous People?”

Bagi saya, Poisonous People ini merupakan golongan yang berpura-pura dan menikam dalam diam. Bagi saya juga, wujudnya golongan seperti inilah yang membuatkan wira tidak didendang turut wujud sama.

Boleh dikatakan kerana adanya Poisonous People lah wujudnya mereka yang boleh saya gelarkan sebagai “Unsung Hero”.

Alhamdulillah, berkat keluar berjumpa dengan sahabat setia malam tadi menyebabkan saya mampu meniupkan sedikit semangat untuk dijadikan bekalan esoknya.

Sekuat mana yang telah kita lakukan, sebaik mana yang telah kita berikan, mungkin masih belum cukup kuat atau belum cukup baik untuk diserahkan.

Namun, saya bukan jenis yang akan cepat melatah apa lagi menjatuhkan air muka mereka yang berada di atas saya.

Malah sebaliknya sejauh mana saya diperlakukan tetap akan dibalas dengan madu semanis madu di pergunungan Kyrgyzstan.

Semuanya perlu diambil sebagai ijazah-ijazah dunia kehidupan yang boleh dijadikan panduan kemudian hari.

Bila difikirkan, golongan Poisonous People ini seperti mereka yang hendak mendaki ke puncak yang tinggi hanya kerana mereka ingin melupakan tempat mereka pernah jatuh dulu.

Mereka hanya akan membuatkan diri mereka dibayangi oleh sifat kebencian pada orang-orang yang mereka benci walau di mana jua.

Pujuklah hati agar berbahagia dengan keikhlasan bukan dengan harapan agar orang yang tidak sehaluan dimusnahkan. Tidak ada ketenangan jika ada kebencian.

Perlu untuk diingat, begitu ramai orang yang tidak bahagia dengan jawatan, harta dan nama yang tersohor tapi lebih ramai yang yang tidak bahagia kerana dengki akan jawatan, harta dan harta yang dimiliki oleh orang lain.

Yang satu “indak dapat” apa yang mereka dapat dan satu golongan lagi “inda dapat” apa yang memang dia tak dapat.

“Kesimpulannya?”

“Biarlah kerbau yang dapat nama….kerana kita bukan lembu yang sudah memang terkenal dengan kebodohannya!” Terima kasih sahabat!.

Jom Join Newsletter Kami
I agree to subscribe AhmadiKatu
Jom bersama lebih dari 12,000 subscriber newsletter kami. Jadi di antara yang terawal mendapatkan tips tarbiah sentap dan juga tips blog SEO secara percuma.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
I'm just a simple guy who really loved to share something valuable to others. Really love to write and I have own 4 blogs to manage and each of that blog has a different niche. And AhmadiKatu dot com was my personal blog. Hopefully, you can enjoy visiting my blog. Currently, I'm still learning ninjutsu with Kakashi sensei in Konoha village. This is a secret and please don't tell everybody. gotcha...

54 COMMENTS

  1. Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan kepada kita. Maha Suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia. Jika tuan ditimpa masalah, cuba banyakan lagi untuk berdoa meminta daripadaNya. Semoga tuan terus dirahmati dan terus menulis sesuatu yang baik seperti ini.

    • Semua sudah diatur dengan baik bagi setiap insan menyelusuri perjalanan mereka dalam muka bumi Allah. Saya cuba boleh berusaha yang terbaik dan redha setiap ketentuan yang telah ditetapkan. Apa pun terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.

  2. Menarik. Seperti sebuah cerpen pendek yang menceritakan sesuatu yang berlaku secara spontan dan menusuk terus kepada mereka yg digelar Poisonous People. Awesome

  3. Gaya penulisan yang mantap tuan dengan memasukkan gaya bahasa setempat membuatkan saya sebagai pembaca berada dalam lingkungan komuniti tuan. Teruskan membuat penulisan berbentuk nasihat dan saya doakan tuan terus maju.

  4. Kalau ikutkan kerja dgn gov lebih ramai yg suka mengampu bos. Kita yg kerja macam bangla mau mati mana mereka mau fikir. Kalau swasta pun sama saja nasibnya. Biasalah tu banyakkan bsabar jak la. Lumrah hidup

    • Apa yang boleh kita lakukan hanyalah membuat sehabis baik dengan kerja hakiki yang telah diberikan amanah kepada kita. Usah peduli akan golongan begini. Teruskan usaha untuk perbaiki diri, in sya Allah pasti ada yang terbaik untuk usaha yang telah kita buat selama ini.

  5. Kaki ampu ni la yg selalu membawa bencana dalam pejabat. Bila bos tiada punya malas, bos ada saja rajin bukan main. Semua kerja orang mau d claim dia yg buat. Apa pun posting yg baik dan deep sungguh.

  6. Assalamualaikum, saya merupakan salah seorang dari pembaca blog tuan. Namun sudah bertahun saya tidak dapat melayari blog ini. Kenapa ya? dan 1 lagi, bukankah blog tuan sepatutnya sudah banyak artikel dan blog ini seperti baru? apa pun saya gembira sudah boleh melayari blog tuan semula.

    • Maafkan saya & terima kasih kerana selama ini mengikuti perkembangan blog AhmadiKatu.com. Betullah apa yg cik katakan di mana blog ini baru lagi. Sebenarnya, 4 tahun lepas domain Ahmadikatu.com telah di ambil oleh orang yang tidak dikenali dan menjualnya dengan harga USD12,000.00. Oleh kerana tidak mampu AhmadiKatu terpaksa ditukar kepada AhmadiKatu.net sehinggalah orang tersebut melepaskan domain Ahmadikatu.com dan saya mengambilnya semula. Terima kasih lagi atas sokongan cik kepada kami.,

  7. biarlah kerbau yang dapat nama? bukan sebetulnya kerana lembu sapi dapat nama? haha…gurau jak tuan. posting yang sangat santai & tidak panjang namun sangat deep dan sentap.

  8. Dalam dunia ni macam-macam jenis orang. Ada yang baik, ada yang sebaliknya. Rambut sama hitam hati lain2. Kita jadilah golongan yang baik-baik ini walaupun kadangkala nak berubah tu pasti ada halangannya.

    • Benar kak, cuma sebagai seorang manusia menjadi baik itu terlalu berat untuk dipikul. Namun bukan menjadi alasan untuk kita tidak mencuba sehabis baik mengubah diri kita sebab tu lah adanya hijrah 🙂

  9. bab kerja ni sejujurnya memang susah kita nk rasa ikhlas dengan kejayaan orang lain sebab kadang-kadang dia berjaya dapat pangkat lebih tinggi, gaji lebih besar sebab dia kuat bodek. so kalau bab kerja ni 1 je tanamkan dalam hati. more money more work. kalau rasa mampu nak kerja banyak yes boleh kejar jawatan lebih tinggi. tapi skarang dah resign dah. jadi surirumah je.

    • Thanks kak @Iza atas perkongsian di ruangan ini 🙂 Kerjalah sehabis baik dan kejarlah pangkat setinggi mungkin tapi yang pasti buatlah semuanya dengan ikhlas dan dari cara jalan yang benar 🙂 tak gitu kak?

  10. Banyak orang sebegitu.. Kadang rimas je.. Tapi tu la.. Kita kene ada sifat sabar dan jangan mengalah.. Biorla di nak dpt nma ke ape.. Yang penting kita buat sebab kerja.. Kalau rasa tak tahan cepat2 cari kerja lain.. Hehe

  11. Biarlah kerbau yg dapat nama. Manusia ini hanya mampu merancang, tapi Allah yg Maha Menentukan segalanya. Tadbir daripada manusia, takdir daripada Allah. Moga kita sentiasa sabar dan berusaha utk mencari hikmah disebalik setiap ujian yg Allah kurniakan kpd hamba-Nya. Allah sayang orang yg sabar. In shaa Allah, akan ada pelangi selepas hujan 🙂

    • Haha..tuan @Mohamad Khairil terlalu memuji sedangkan saya baru merangkak untuk belajar menulis. Apa pun terima kasih tuan, semoga ada yang baik dapat diperolehi dari perkongsian ini.

  12. pernah terkena dengan poisonous people ni sehingga boss salah anggap kat kita. tapi allah maha adil. dengan berlakunya macam tu, buat kita jadi lebih berhati hati. nak dianggap teruk ke tak poisonous people ni, biar allah sahaja yang adilinya. yang penting, kalau kita tak suka, kita jangan buat perkara yang sama.

    • Thanks kak @Mekyunie atas perkongsian dalam ruangan ni. Bila baca komen akak kat ruangan ni rasa pelik pula perkataan “poisonous people” tu kan? Waktu saya mula2 mencari apa perkataan yang sesuai untuk golongan ni, ular je dalam fikiran dan kenapa ular? Sebab ular lidah bercabang. haha, dan sekarang bila baca orang gunakan istilah tu rasa pelik pula…Apa pun thanks kak atas nasihat.

  13. Sebenarnya dalam secara tak langsung saya baca penulisan dalam blog tuan ini saya seperti membaca sebuah novel walaupun pada hakikat saya tak suka baca buku. Poisonous People ni kita baru dengar dan belajar ada juga orang macam nak bagi variasi dalam kehidupan agar tidak sama semua orang.. Unsung Hero juga adalah satu watak penting dalam kehidupan untuk mewarnainya..

    • Terima kasih tuan @Maha. Sebenarnya istilah “poisonous people” ni saya cuma reka2 je tuan. Hanya sekadar untuk menyedapkan penulisan saja… 🙂 Unsung Hero pula sebagai watak yang antonim untuk poisonous people yang saja dimasukkan dalam posting kali ini 🙂

  14. Poisonous People, kaki ampu…tak berkat pendapatan yang mereka terima but life must goes on. Biarlah mereka dengan cara mereka dan kita teruskan dengan cara kita selagi ianya tak salah di sisi agama dan syarat pekerjaan. Pernah hadap spesis macam ni. Dan tak senang mana pun hidup mereka. Di mulut sentiasa cerita ‘tak cukup duit’. Kejap-kejap anak sakit, kejap-kejap isteri sakit. Itu pun mereka masih tak sedar kesilapan yang sedang mereka lakukan.

    • Sama-samalah kita doakan semua agar kita dapat menjadikan suasana di tempat kerja lebih baik. Moga saja tidak akan ada lagi golongan kaki ampu sebegini kan 🙂

  15. Poison people ada dekat mana-mana, mesti kita tak dapat lari dari jumpa orang macam ni. Harap kita tak tergolong dari golongan orang macam ni dan sentiasa bersyukur dengan rezeki yang tuhan beri. Walaupun nama kita tidak gah tapi lebih elok hati kita bersih.

    • Benar tu, kadang kita sedih sebab yang bersikap begini datangnya dari golongan kita sendiri yang beragama Islam. Bukan nak memperkecilkan tapi itulah yang sering terjadi. Sedihkan?

  16. Kun fayakun…
    Sebaik2 planner.. Allah in deed the best planner. In Sha Allah He know what the best for us. Kdang2 kalau menda tak ikut plan kita.. Or kita tak Dapat Seperti yang kita rancangkan kita mengeluh.. Tpi mungkin kita tak tau.. Allah nak bagi lebih lagi. So bersangka baik

    • Benar kak @Alia, kun fayakun. Semuanya kerana kebesaran Allah swt. Kadang sebagai manusia kita terlalu mengharapkan yang terbaik pada permintaan kita padaNya. Jika kita tidak dapat apa yang kita minta mulalah tidak bersyukur sedangkan Allah adalah perberi yang terbaik sekali kepada semua hambaNya.

  17. you are strong bro. Sy kalau org dah buat taik, memang susah nak berbaik dan bersangka baik dgn org tu. apa2 pon betullah, kebaikan yg kita lakukan kita kena ikhlas dan jangan riak. tapi di zaman sekarang nie, semua benda kena tunjuk kalau tidak, org cakap kita tak buat. tapi kenapa kita perlu kisah dengan apa yg diperkatakan org ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.