Advertisement

Sedarkah kau bukan semua perkara itu perlu untuk aku beritahu baru kau boleh fahami. Sedarkah kau, terlalu banyak hal dalam hidup ini hanya memerlukan pemikiran yang sederhana untuk fahami apa yang berlaku. Jangan buat-buat bodoh. Tapi perlu kau ingat, sederhana yang bagaimana itu yang perlu diambil tahu. Sederhana dalam menilai dan adil dalam penilaian yang akan membuatkan kau mendapat jawapannya. 

Dan yang pasti jawapan itu jawapan yang betul buat kau.

Umpamanya Fahamilah Sendiri

Umpamanya, hari sudah jauh malam, semua orang sudah tidur. Jadi tidak perlulah kau membuat bising atau seumpamanya. Kelak semua akan terbangun dan tidak akan data tidur. Itukan sudah menjadi common sense, tidak memerlukan engkau mendapat ijazah untuk memahaminya. Dengan kata lain, jangan buat-buat bodoh sahaja tapi fahamlah sendiri.

Namun tahukah kau, ada orang yang tidak faham dan memang tidak akan faham-faham walaupun kau sudah cuba untuk fahamkannya.

Umpama seterusnya, kau datang ke rumah orang namun tidak dibukakan pintu untuk masuk. Janganlah kau buat-buat bodoh sahaja tapi fahamlah sendiri yang tuan rumah tidak suka kau datang ke rumahnya. Kata pedasnya, orang zaman batu sendiri pun tahu akan hal ini disebabkan ia benda naluri manusia.

Kalau kau sedar akan naluri ini kau pasti akan lebih disanjungi dan dihormati. Bukan apa, tarian lenggok badan dan percakapan tanpa suara itu kadang kala lebih tajam dari mata pedang dan lebih bisa dari racun.

Umpama lainnya, ketika kau mengenakan pakaian mahal, Aku pasti kau akan bangga dengan pakaian mahal kau. Serta-merta saja perasaan merasa lebih hebat kau akan menjelma. Terserlahlah sisi lain diri kau kerana dek keterampilan mengenakan pakaian mahal. Bukankah sifat manusia bila mengenakan pakaian buruk akan pasti berasa malu lalu tunduk ke tanah?

Kau tidak perlu untuk banyak berfikir soalnya. Bukankah ianya hanya sekadar berfikir secara logik tanpa perlu ada tambah, tolak, kalkulus mahu pun metrik? Ia sekadar logik akal semata tanpa perlu pergi ke sekolah tinggi untuk faham akan ini. Kerana pemikiran logik dan kreatif secara sederhana sememang sudah ada dalam diri kau sendiri.

https://twitter.com/AhmadiKatu/status/1308009574050361344

Bodoh Itu Mahal Harganya

Jadi, jangan sekali buat-buat bodoh tapi fahamilah sendiri, bukankah kau orang yang tinggi sekolahnya? Fahami sendiri untuk bagaimana kau boleh hidup dengan lebih baik meskipun kau bukan hidup dalam golongan begitu.

Jadi, fahamilah kenapa tulisan kali ini begitu tajuknya. Tidak lain buat kau sedar yang hidup ini hanya perlu dijalani. Tidak lain buat kau lebih kreatif dalam menjalani liku hidup. Jangan sampai orang mengata, “Tinggi sahaja sekolahnya, tapi otaknya tidak berfungsi selayaknya.” Malu, memang malu jika diperkatakan sedemikian. Apa lagi jika kau diperkatakan sedemikian dalam usia begini.

Seharusnya, carilah cara sehingga orang akan berkata kepada kau, “Biar betik, sekolahnya tinggi tak seberapa tapi otaknya Masya Allah geliga.”

Ingat lagi ketika aku menceritakan tentang seseorang yang terdampar di pulau yang tidak berpenghuni. Orang itu pasti akan menggunakan pelbagai cara hanya untuk teruskan hidup. Dan yang pasti, orang itu pasti boleh meneruskan hidupnya seperti cerita dalam novel Robinson Crusoe tulisan Daniel Defoe. Atau superti Tarzan yang boleh beradaptasi dengan kehidupan dalam hutan bersama binatang buas.

Perkara pokoknya, dalam dunia ini memang terlalu banyak perkara yang tidak sejalan dengan apa yang kau telah pelajari di sekolah. Yang pasti ianya muncul entah dari mana, pangkalnya dari diri. Ya, dari kau, dari hati? Dari otak? Jangan buat-buat bodoh tapi cuba fahami dahulu.

Golden Desk. 

 

Advertisement

2 COMMENTS

  1. hidup adalah satu drama yang menarik.

    drama yang kita sendiri sebagai pelakon tanpa skrip tetapi jalan cerita sudah tertulis berdasarkan ketentuan Allah dalam tiga perkara berikut:
    1.Jodoh
    2.Ajal
    3. Rezeki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.