Home Blog Cemburu – Mengapa Perlu Ada Perasaan Ini

Cemburu – Mengapa Perlu Ada Perasaan Ini

10
Cemburu - Mengapa Perlu Ada Perasaan Ini
Cemburu - Mengapa Perlu Ada Perasaan Ini

“Cemburu. Jangan sekali-kali kau persalahkan perkataan ini jika belum membaca dengan sepenuhnya. Cemburu itu aku tau kau cuma fikirkan dari dalam kotak fikiran kau dan sudah pasti aku percaya bahawa yang kau tidak akan sesekali berfikir di luar kotak.

Kau sudah sempitkan ruang fikiran kau, sahabat.

Cemburu yang ingin aku cerita di sini adalah tentang salahkah aku untuk punya sedikit rasa cemburu aku kepada orang yang kaya?

Selalu aku perhatikan dia si kaya sedekah sana sini, tolong menolong orang yang susah dan tidak lepas dari membantu anak-anak yatim. Malah aku pernah melihat dia membuat kenduri semata-mata untuk berkongsi sesama dengan mereka yang susah.

Kau fikir apa yang sebenarnya aku tengah fikirkan sewaktu melihat semua itu?

Ya, jawapan kau betul.

Aku mengaku bahawa aku juga mahu melakukan hal-hal sedemikian. Aku juga mahu berkongsi kesenangan dengan semua orang yang memerlukan. Aku mahu melakukan seperti apa yang dia lakukan. Cuma aku masih saja belum mampu dan jauh sebenarnya dari mampu berbuat demikian.

Teringat aku pada kisah Nabi kita yang sabdanya berbunyi ada 2 kategori cemburu atau ‘ghibtah‘ yang dibolehkan :

  1. Terhadap orang kaya yang mendermakan hartanya kepada jalan kebaikan.
  2. Terhadap orang yang berilmu, yang mengamalkan ilmunya malah mengajarkan segala ilmu yang dimilikinya kepada orang lain.

Bagi aku, jika kau iri hati melihat orang kaya menderma sebahagian hartanya, kau pula rasa iri dan mahu menjadi seperti dia. Itu tidak apa.

Begitu juga jika kau jadi iri apabila melihat orang yang ada ilmu agamanya. Kau pun mau menjadi macam dia punya ilmu agama yang baik dan boleh dikongsikan pada orang lain dengan ibadah. Sedarkah kau itu juga dibolehkan?

Tapi kau perlu ingat, apa yang sebenarnya tidak boleh dalam iri ialah hasad.

Hasad

Apa yang dimaksudkan dengan hasad ialah apabila kau lihat orang kaya, kau pula yang sakit hati. Kau harap dan doakan dia semoga dia jatuh melingkup dan harta kekayaannya habis punah.

Cemburu – Mengapa Perlu Ada Perasaan Ini

Kau nampak pula orang alim yang ada ilmu agamanya, kau mengharapkan semoga otak dia sakit dan semua ilmu agamanya hilang. Semata-mata kau hasad dan supaya orang itu tidak lagi dapat mengajar ilmu agama yang dia ada pada orang lain.

Inilah yang diharamkan buat aku dan kau. Inilah yang sepatutnya aku dan kau jauhkan diri dari mempunyai sekelumit rasa hasad.

Cuba kau tanyakan pada hati kau, kalau kau suka atau selalu mengharapkan orang lain hilang nikmat yang sedang mereka nikmati maka itulah tandanya hati kau sedang kotor dan penuh dengan hasad dengki.

Bak tajuk sebuah karya dalam Astro Gempak, “Bila Hati Telah Hitam”.

Sebaiknya bagi aku dan kau adalah kita berlumba-lumba dengan pecutan yang maksima untuk meniru orang yang banyak membuat kebaikkan di atas dunia ini. Tujuannya bukan untuk hasad tapi supaya kebaikkan yang aku dan kau buat itu adalah setara atau pun lebih baik lagi dari apa yang dia ada.

Penutup

Sebenarnya aku juga cemburu kepada yang kedua aku sebutkan di atas. Ya seperti yang kau baca tadi, golongan kedua yang Nabi kita benarkan untuk aku dan kau patut cemburu pada golongan yang berilmu.

Aku mengenali seseorang yang mempunyai ilmu dan aku yakin dia mengamalkan ilmu yang dia miliki malah telah mengajarkan kepada ramai yang memerlukan ilmunya. Aku doakan semoga dia sentiasa terus maju dengan segala kebaikan yang telah dia lakukan.

Semoga dia terus istiqamah dalam mendidik anak bangsa dengan ikhlas. Salam kejayaan buat mu dari ku yang kejauhan.

10 COMMENTS

  1. perasaan cemburu memang salah satu sifat manusia yang sekarang ni ketara sangat… kecam sana sini dilaman sosial… dan semoga kita di golongan yang di katakan Rasulullah iaitu golongan yang kedua.. ” Cemburu Terhadap orang yang berilmu, yang mengamalkan ilmunya malah mengajarkan segala ilmu yang dimilikinya kepada orang lain.

    • Masya Allah, benar kata tuan. Semoga kita menjadi di antara golongan yang disebut sebagai golongan kedua tu. Menjadi seorang yang sangat mencintai dan mencemburi para ilmuan yang tinggi ilmunya. Terima kasih tuan.

  2. memang kekadang ada rasa cemburu bila tengok orang ada segalanya tapi jangan jadi dengki dan iri hati tapi bersyukur je dengan apa yang ada sebab kita pun tak tahu di sebalik kesenangan dioran tu ada jugak ujian maaing-masing kan.

    • Terima kasih tuan, sememangnya menjadi fitrah manusia untuk melihat mereka dapat melakukan sesuatu yang terbaik buat diri dan orang lain. Cuma bagaimana hendak merealisasikannya tu yang menjadi cabaran.

    • masya Allah, benar. Mereka yang kaya dan mendapatkan serta menggunakan kekayaan mereka ke jalan yang benar pasti akan beruntung. Macam yang cik kata, dah kaya di dunia kaya pula di akhirat nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version