Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

“Kau tahu, ketika saat kau gagal pasti akan timbul bermacam-macam persoalan yang berlegar difikiran kau. Tapi yang pasti ramai akan berkata ‘apa yang aku buat salah?’. Kau percaya, waktu itu pasti akan muncul perkataan “kalaulah” dalam setiap kali kau cuba berfikir.

‘Kalaulah aku pilih jalan itu, aku mungkin boleh berjaya.’

‘kalaulah aku buat cara begitu, aku tidak akan gagal begini.’

‘Kalaulah aku ikut nasihat tu, aku mungkin tidak jatuh seteruk ini.’

Itu antara bisik-bisik yang sentiasa akan berlegar di fikiran kau jika kegagalan terbentang luas di depan. Jika kau layan bisikan ini, percayalah kau tidak akan boleh bangkit malah akan membuatkan kau stres.

Kerana Kalaulah Aku Stres

Macam aku, aku juga pernah melalui semua fasa ini. Bertahun aku menyesal dengan keputusan yang telah aku buat. Hidup aku jadi serabut. Pagi hanya berada depan laptop tanpa membuat apa pun, larut malam bersendirian di beranda rumah cuba mencari jawapan kepada soalan di atas.

Walaupun telah banyak yang aku cuba lakukan, aku masih tidak berpuas hati. Tidak puas hati kenapa aku selalu tersangkut dalam perjalanan menuju kejayaan yang aku impikan.

Aku sendiri selalu melihat balik sejarah yang lepas, kemudian menyesali keputusan-keputusan yang aku buat. Menyesal masuk bidang akedemik, menyesal tidak sambung Master, menyesal tidak bekerja dalam bidang multimedia atau IT, menyesal tidak serius dalam bidang perniagaan dari awal lagi.

Bagi aku, semua penyesalan yang aku sebut tadi adalah sia-sia belaka. Itulah perkara atau kerja yang sia-sia aku habiskan masa aku waktu itu.

Kalaulah Itu Hanya Kerja Sia-Sia

Kau tahu kawan, Nabi kita sendiri sudah lama melarang umatnya untuk ‘berkalau-kalau’.

Aku masih ingat dalam Riwayat Muslim yang lebih kurang bunyinya ‘jika kau ditimpa musibah, janganlah kau berkata ‘kalau’. Tapi katakanlah ‘ini merupakan perancangan Allah dan Dia melakukan apa yang Dia kehendaki’.

Jika difikir logik, memang benar kenapa Nabi kita melarang kita berkalau-kalau. Aku dan kau bukan tahu pun apa yang akan berlaku pada masa depan. Waktu aku buat keputusan dulu pun, aku rasa itulah keputusan yang terbaik waktu itu.

Tapi adakah aku tahu yang keputusan terbaik aku waktu itu akan membuatkan aku gagal di masa sekarang?

Kalau aku ambil jalan lain pun, aku sendiri tidak dapat pastikan apakah aku akan berjaya nanti.

Formula 'Kalaulah' - Rezeki Atau Bala
Formula ‘Kalaulah’ – Rezeki Atau Bala

Nasihat aku pada kau yang gagal, usahlah kau menjadi Nujum Pak Belalang atau cuba membuat kerja Tuhan.

Hapus Perkataan ‘Kalaulah’

Andai kata aku terus menyesal dengan setiap perkara yang sudah berlalu, apakah kau fikir aku boleh berdiri semula? Tapi aku pasti, aku pasti akan terus terperangkap dalam melankolik sejarah silam yang halang aku untuk bangkit semula.

Hidup ini masih panjang kawan. Aku dan kau seharusnya pandang ke depan. Terlalu banyak peluang untuk kita bersama cipta kejayaan. Apa kau fikir hanya penyesalan akan buatkan kau kuat?

Aku juga kadang-kadang pandang semula ke belakang. Tapi hanya sekadar untuk untuk mengambil ibrah dari kesilapan yang aku buat. Tapi kalau kau setiap saat termenung dengan penyesalan, kau pasti akan seksa diri sendiri dan orang sekeliling.

Apa kau fikir yang kau lakukan itu akan membawa keuntungan?

Benda yang telah pun berlaku dengan keputusan yang aku dan kau lakukan. Kau mau fikir seratus juta kali pun, ianya tidak dapat diundur semula.

Bangkitlah Kawan

Apa yang aku dan kau boleh ubah ialah masa depan, hidup aku dan kau sekarang. Ini adalah peluang yang kau ada untuk kau rebut. Kita sama, diberi masa yang sama tidak kurang atau lebih.

Ambil peluang itu untuk kau dan aku cipta semula keajaiban dan buktikan pada semua orang bahawa aku dan kau juga berhak untuk berjaya.

Kalau kau yang sekarang ini masih lagi termenung menyesal dengan setiap keputusan, bangun dan bangkitlah.

Lupakan apa yang sudah terjadi dan perkara yang telah kau putuskan. Jadikan saja ianya sebagai rujukan berharga yang akan kau gunakan nanti dalam setiap keputusan yang kau hendak muktamatkan.

Sekarang adalah masa untuk aku dan kau bergerak ke depan. Kita buka lembaran baru. Corakkan dengan cantik agar kau tidak menyesal lagi.

Pengakhiran ‘Kalaulah’

Paling penting, semasa kau tengah susah atau sedih atau kau sudah rancang untuk berubah yakinlah Tuhan sentiasa dekat dengan kau. Kau ingat tu, in syaa Allah kau tidak akan susah hati.

Sebab Dia janji jika kau berdoa kepadaNYA, Dia akan kabulkan. Jika meminta kepadaNYA, Dia akan beri.

Jadi, apa yang kau takut? Kita sama usaha dan minta Tuhan bantu.

Mudah-mudahan kali ini, segala kesedihan aku dan kau akan pantas berlalu pergi. Yakin itu mesti.

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

48 COMMENTS

  1. Selalu saja bila hadapi kegagalan akan keluar perkataan kalaulah. Dalam posting ni baru terbuka mata dan akal kenapa perkataan itu tidak perlu pun nak digunakan.

    Tulisan yang baik. Keep it up

  2. Saya suka dengan ayat terakhir “yakin itu mesti”. Sangat dalam bunyinya dan saya pasti semua akan setuju jika saya katakan ianya adalah satu tulisan yg menarik untuk dibaca oleh semua lapisan.

    Saya doakan semoga anda terus menghasilkan tulisan yang berkualiti dan memberi manfaat serta nasihat kepada semua orang.

    Tq

  3. perkataan kalaulah sering tak lepas dari mulut..selalu terucap ketika buat kesalahan benda yang tak tercapai… dan sering digunakan waktu berangan-angan.. ahahhaa

  4. mantap boskuk blognya..byk yg bole dijadikan inspirasi..teruskan berkarya..sy sntiasa follow penulisan yg berasaskan ilmu..bak kata nasehat org bugis “yapa narisseng mukkurui sewwae jama-jamang narekko purani rilaloi.” yg artinya “Walupun sesulit sesebuah pekerjaan ataupun suatu usaha baru dapat diketahui jika telah pernah kita kerjakan atau alami.”

    • Benar sekali coz terlalu ramai di antara kita yang menghadapi kegagalan kerana tidak bertindak dan diakhirnya maka akan wujudlah perkataan ‘kalaulah’ nanti 🙂 Betul tak?

    • Yup, life was up and down and must remember we can’t always stay on the top. By the way, hope your sister can understand someday 🙂 wish you luck.

  5. kalau lah…
    kalau lah…
    mengaku! masih lagi sebut nyer, ahmadi. hmmmmm…
    but, trying hard lah utk tak sebut sometimes.
    but, tidak la on perkara yg berat and serius. more to perkara ringan seharian 🙂
    menyesal, pastu buat lebih baik. rasa nyer ok if ber”kalau lah…”.
    but, if ia menarik kita ke belakang, negatively, tu tak bagus.

    • haha…kak @Aida, saya masih berusaha yang terbaik untuk elakkan dari menyebut perkataan ‘kalaulah’. Doakan saya ya kak sebab tu posting ni ada sebagai salah satu medium untuk sentiasa ingatkan saya. Apa pun kita perlu elakkan dari menjadi keterbelakang seperti yang kak @Aida kongsikan kat atas. 🙂

    • Terima kasih tuan @Naim 🙂 Ya mungkin kita boleh update posting ni coz dah lama akhir bulan 10 tahun lepas 🙂 Nanti saya akan update dan kita boleh bertukar backlink. Apa pun, seperti yang tuan katakan, kita sebagai manusia seharusnya sentiasa bersikap husnozhon kepada Yang Maha Pencipta. Tetapi sayangnya tidak ramai yang mahu melakukannya sebagai tu lebih suka ber’kalau-kalau’.

    • Hi @Rane, yes I’m agreed with you. instead of thinking too much why not we spend the time to do our best and solve our problem right? In the end, have to make sure we will not regret what we already did.

    • Sebagai manusia kita memang tidak lari dari sifat buruk ini kan 🙂 Tapi ianya juga tidak bermaksud yang kita tidak dapat hindari kerana kita punya pilihan 🙂

    • Setuju dengan tuan @Fadzil. Sebagai seorang manusia yang kita memang tahu tidak lepas dari melakukan sebarang kesalahan, perlulah untuk kita menjaga lisan dengan baik. Semakin banyak kita bercakap takut nanti akan makin terserlah ketidakbijaksanaan pula.

    • Kita sebagai manusia memang sering inginkan yang terbaik datang kepada kita sedangkan apa yang Allah berikan kepada kita pada waktu itu adalah yang sudah cukup terbaik untuk kita pada waktu itu juga. Tapi mengapa kita masih tidak ada rasa bersyukur? Apa pun, semoga kita sentiasa dirahmati olehNya 🙂 Thanks tuan. Aamiin

  6. huhu. mulut yang terbiasa dengan kalau. maksudnya kita tahu benda tu boleh dibaiki. kadang tak bermaksud nak lawan takdir allah. nasihat untuk diri mek juga sebab memang rasenya dalam sehari, banyak juga sebut kalau. ‘kalau tahu jem, tak balik ikut jalan ni’.

    • Thanks Kak @MekYunie atas perkongsian di ruangan ini. Biasalah kak kita tidak lepas dari ber’kalau-kalau’ dalam kehidupan seharian kita. 🙂

  7. Kalau boleh kembali ke masa lalu, semua perkara kita alami sekarang tak akan jadi. Betul, itulah yang sering difikirkan. Tapi siapa kita nak lawan takdir Allah. Apa yang terjadi semuanya telah tertulis untuk kita. Jadi, dari berkalau saja, lebih baik kita pandang ke hadapan, lalui apa yang kita pilih sekarang. Ada hikmah semuanya ni

    • Sangat setuju dengan apa yang kak @kinah kongsikan di sini. Sebagai manusia jika hanya nak ber’kalau-kalau’ saja adalah lebih baik untuk terus pandang ke hadapan dan lakukan sehabis baik 🙂 Tak gitu kak @Kinah?

  8. yupp, manusia dan keraguan memang tidak boleh berpisah. ada sahaja yang diragui sebabtu setiap tindakan akan muncul dengan “kalau”/ tapi untuk side positifnya kita lebih berhati2 cuma kadang ia merencatkan perancangan kita. kena yakin dan selalu letak tuhan nombor satu

    • Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari punya rasa dan sikap yang begitu, tuan :)Tapi saya tetap setuju dengan apa yang tuan kongiskan di sini, keyakinan yang sungguh-sungguh yakin bahawa apa yang direncanakan oleh Allah kepada setiap hambaNya adalah sebaik-baik rencana. Dan yang paling penting bagaimana kita nak yakin dan meletakkan Allah paling atas dalam setiap tindakan seharian kita.

  9. Betul tu lah Kalaulah adalah satu perkataan yang memang sering kita sebutkan bila sesuatu dah terjadi bagus nasihat ni memang sangat berguna agar kita selalu redha kepada Qadaq dan Qadar daripada Allah yang merancang segalanya jangan pernah menyesal ada hikmah sebalik sesuatu…

    • Terima kasih tuan @Maha, Apa yang penting bagaimana kita nak tetapkan dalam hati kita semua apa yang berlaku adalah ketentuan dari Ilahi dan sudah pasti ianya adalah sebaik-baik rahmat dari Allah.

    • Satu nasihat yang sangat berguna kepada semua sebenarnya, coz apa yang dikatakan oleh abah @Min sangat benar. Apa gunanya kita asyik mengeluh dan ber’kalau-kalau’ saja kan?

  10. AM penah juga lalui jatuh bangun.. Benar apa yg dikatakan AK.. Seharusnya kita harus yakin dgn segalanya yg telah ditentukan illahi kerana tiada yg sebaik2 perancangan melainkan perancangan illahi..

    • Semua kita sebagai manusia pernah sekali melalui up and down seperti apa yang @AM katakan. Tak ada siaa yang dapat menyangkalnya sedangkan kekasih Allah swt sendiri sering kali menerima ujian yang tidak dapat setara bandingannya dengan ujian yang kita hadapi. tak gitu?

    • Tak apa kak @Farhana, kita belajar perlahan2 bagaimana nak memperbaiki diri kita dari hari ke hari. Mungkin akan ada pengurangan tapi bukan bermaksud kita akan terus keterbelakang tetapi berusaha untuk menjadi lebih baik lagi. Jangan stress kan diri sehingga buatkan kita tidak dapat maju ke depan 🙂 Thanks atas perkongsian akak di ruangan ini.

  11. KALAU ni tak leh ada dalam kamus kehidupan sbbnya kerana perkataan KALAU ni la kadang2 kita terlupa yg apa berlaku tu ada hikmah sdg tunggu kat depan… suatu hari nanti bila sedar balik KALAU ni akan bertukar dengan perkataan MUJUR…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.