Home Blog Tips Blogging Google Search Console – Asas Belajar SEO 2019

Google Search Console – Asas Belajar SEO 2019

58
Google Search Console - Asas Belajar SEO 2019

Google Search Console merupakan salah satu tools SEO yang sangat membantu dalam korang mengenal dan belajar SEO secara percuma. Tools ini boleh digunakan oleh semua blogger dan juga webmaster asalkan korang mempunyai nama web domain sendiri.

Senarai konten di bawah bakal memudahkan korang untuk memahami apakah Google Search Console (GSC) dan juga feature yang wajib diketahui.

Kenali Google Search Console

Pasti korang pernah guna Google Webmaster Tools (GWT) kan? Google Webmaster Tools ni adalah tools yang dibangunkan oleh pihak Google. Ianya bagi membantu dalam memahami dan juga menaikkan ranking sesebuah website.

Namun pada 20 May 2015, ianya telah dijenamakan semula kepada GSC seperti yang korang tengah gunakan sekarang. 

Pihak Google memberikan alasan ianya lebih sesuai dijenamakan semula kepada GSC pada waktu itu. Menurut Google data penggunaan oleh GWT lebih ramai digunakan oleh para blogger, pengguna SEO, Webmaster juga para Marketer.

Berikut merupakan step yang dapat aku berikan kepada korang dan korang perlu ambil tahu jika korang serius dalam dunia blogger 2019.

  • Cara submits alamat website korang dalam Google search.
  • Ketahui bagaimana search engine meng’index‘kan website korang.
  • Crawling control and indexing sesebuah website.
  • Cara bagaimana mengetahui broken link dalam blog.
  • Pelbagai pilihan tools yang boleh digunakan untuk SEO blog.

Percaya tak korang jika aku katakan yang GSC ini juga boleh menjadi wadah untuk korang berkomunikasi dengan pihak Google secara terus?

Maksud aku di sini ialah GSC sebagai wadah atau channel komunikasi antara blog korang dengan pihak Google.

Sebagai contoh buat korang, andaikan pihak Google tidak dapat index atau search engine Google tidak dapat crawl atau sesuatu yang melibatkan DMCA issue, hanya melalui GSC korang dapat tahu hal tersebut.

Google Search Lama VS Baru

Google sebenarnya masih lagi dalam proses migration kepada Google search baru. Sebab tu apabila korang menggunakan servis mereka akan ada push notification untuk meminta korang mencuba interface GSC yang baru.

Dalam aku menulis guide ini, korang masih lagi boleh memilih sama ada hendak menggunakan GSC yang lama mahu pun yang baru.

Mungkin dalam waktu yang terdekat Google pasti akan me’release‘kan sepenuhnya GSC kepada umum dan ‘discontinue‘kan GWT. So, saranan aku kepada semua blogger Malayia better if korang start gunakan GSC mula waktu korang baca guide ini.

Korang boleh baca info yang telah di’release‘kan oleh pihak Google tentang migration GWT kepada GSC.

Note : Sebelum tu aku nak inform kat korang, posting ini masih menggunakan gambar screenshot yang lama. Tapi aku akan sentiasa update dari semasa ke semasa untuk pastikan ianya kekal releven dengan info semasa.

Google Search Console

Untuk korang yang hendak belajar SEO, mulakan dulu dengan GSC ni. Pastikan korang telah mendaftar GSC terlebih dahulu. Apa yang penting, korang kena ada domain name dan yang pasti blog korang kenalah aktif kan?

Setelah itu, korang cuma perlu add domain name dan wajib untuk verify yang blog tersebut adalah hak milik korang. Bukan apa, Google cuma nak pastikan korang adalah pemilik sebenar blog tersebut.

Jangan risau, Google dah pun bantu untuk memudahkan korang verify blog dengan 2 option.

  • Pergi ke GSC homepage
  • Klik drop-down menu dan pilih add property

Pada sebelah kiri screen korang ada option domain, masukkan nama domain korang. Ruangan property ini akan memasukkan semua sub-domain, HTTP dan juga HTTPS yang terdapat dalam hosting korang.

Apa yang perlu korang lakukan adalah dengan verify pada domain ownership pada DNS provider korang nanti.

Tapi kalau korang rasa susah sangat, korang boleh pilih URL prefix type yang mana korang akan mendapat lebih banyak option untuk verify domain ownership nanti.

Sebenarnya, DNS verification ni lebih mudah untuk korang lakukan tau? Jika masih belum faham juga, cuba korang refer screenshot kat bawah ni.

Kalau masih tak faham juga, rajin-rajinkanlah korang baca Google support ni

Jenis website property yang boleh dijadikan sebagai rujukan korang nanti.

Tak kiralah apa pun jenis option yang korang pilih, korang tetap wajib untuk verify domain ownership blog korang nanti. Setelah verify barulah korang dapat menggunakan GSC ni sepenuhnya.

Note : Pihak Google akan mula merekod data blog korang hanya selepas korang add domain name dan proses verify berjaya. Hanya dengan cara itu korang boleh gunakan sepenuhnya fungsi dan tools yang ada pada GSC ni nanti.

Jika dah pun selesai, jom aku tunjukkan kat korang apa yang GSC ni boleh berikan kepada korang untuk naikkan SEO blog.

Bagaimana Nak Jadikan Blog Korang Mesra Search Engine Melalui Google Search Console

1. Submit Sitemap dalam Google

Submit Sitemap menggunakan Google Search Console

Ini adalah langkah yang pertama korang kena lakukan setelah berjaya verify domain ownership blog korang nanti.

Setelah itu, cuba untuk generate sitemap blog korang dan submit ke GSC seperti dalam screenshot di atas. Untuk pengetahuan korang, blog AhmadiKatu menggunakan Yoast SEO untuk generate sitemap.

Tujuan untuk korang submit sitemap ni adalah bagi memudahkan Google search spider untuk crawl blog korang dengan lebih efektif nanti.

Selain itu, korang juga boleh tahu berapa banyak link dalam blog korang yang berjaya di’index‘ oleh Google nanti.

Contoh jenis sitemap blog AhmadiKatu yang telah terindex dalam Google Search Console
Jumlah Error link dan valid link yang terdapat dalam blog AhmadiKatu

Jika korang belum lagi submit sitemap blog korang, cepat-cepatlah buat demikian. Tak kesah pun sama ada korang menggunakan GSC atau pun GWT. 

Sama jak.

2. Configure aturan blog Google Webmaster Tools

Site setting pada Google Webmaster Tools

GWT ni memberikan satu option penting untuk blog korang iaitu korang boleh settingGeographic target” untuk blog.

Ini antara option yang aku sangat suka dan tuan Ahmadi juga sentiasa pesan tentukan target negara mana yang aku nak untuk trafik blog. Bagi kita sebagai blogger Malaysia, sudah pasti kita nak target trafik dari negara kita sendiri kan?

Tapi jika korang blogger marketer yang mempunyai servis dan produk niche international, korang bolehlah pilih negara mana yang korang nak target.

GWT Geographic Target dan tentukan Malaysia sebagai target trafik.

Ada antara pelanggan tuan Ahmadi yang mempunyai niche ‘kartu kredit’ menggunakan wordpress sebagai platfom blog memilih negaranya Indonesia sebagai geographic target.

Begitulah juga dengan blog korang nanti, jika korang target global, korang boleh biarkan saja option GWT ni. Tapi jika korang memang target trafik dari negara kita sendiri, so pilihlah Malaysia.

Untuk “preferred domain“, kalau korang menggunakan wordpress sebagai platfom blog, secara auto wordpress akan take care semua berkaitan rules www blog korang. 

Tapi aku lebih suka untuk suggest kepada korang untuk gunakan GWT secara auto configure blog setting korang nanti.

Crawl Rate” ni berfungsi secara auto tetapi masih lagi depand dengan kekerapan korang update blog. Sebab tu kenapa blog AhmadiKatu hanya membiarkan apa yang terbaik pihak Google deside untuk blog ini.

3. Google sitelink guna Google Search Console

Google Search Console – Sitelink

Site link sebenarnya adalah link yang datang dari blog korang dan yang baiknya adalah pihak Google sangat suka pada link korang. 

Google akan tunjukkan sitelink ini dalam search result.

Kadang kala juga pihak Google akan menambahkan link yang kurang penting dalam blog korang ke dalam sitelink juga. Contoh yang paling mudah jika blog korang ada page privacy atau pun disclimer.

So, untuk kes-kes begini korang bolehlah gunakan option sitelink dalam GSC untuk configure semula sitelink blog korang.

4. Performance Blog

Google Search Console – Performance Review dari media sosial bagi blog AhmadiKatu

Bila bercerita tentang bagaimana aku nak maintain dan improve rank dalam search engine, mencari top ranking keyword merupakan hal yang sangat leceh.

Nasib baik saja, tuan Ahmadi sentiasa membantu setiap kali aku membuat posting baru. Macam posting ni, hampir 4 hari tuan Ahmadi hold dan keep suruh aku review semula sesuai dengan keyword dan SEO.

Performanceoption dalam GSC ini sebenarnya tools yang akan menunjukkan kepada korang ranking keyword, tahap CTR dan juga Google position yang terdapat dalam blog. 

Tools ini sangat berguna untuk korang fully utilized untuk ranking kan posting korang dalam SEO. Kalau korang nak tau, ini adalah feature yang sepatutnya korang gunakan sepenuhnya.

5. Coverage

Google Search Console – Coverage menunjukkan terdapat link yang tidak dapat diindex dalam blog AhmadiKatu

Coverage” ni merupakan feature yang akan memberitahu kat korang jika terdapat error dalam crawling dan juga indexing dalam blog korang nanti.

Korang boleh gunakan feature ni untuk test semula result yang diberikan secara auto dalam ruangan coverage ni. Gunakan drop down menu untuk switch di antara sitemap jika terdapat pelbagai sitemap dalam blog korang.

6. Google discover report

Google sebenarnya telah menambah feature baru dalam GSC iaitu discover report. Kalau korang belum tahu lagi apa fungsi feature ni, mari aku terangkan dalam bahasa yang mudah.

Google discover ni akan membiarkan audience atau pembaca blog korang discover konten baru yang korang buat berdasarkan interest yang mereka nak.

Tapi sayangnya feature atau fungsi ini hanya bekerja apabila audience korang menggunakan Google app dalam android atau iOS termasuklah chrome app.

Jika ikutkan data terbaru dari Google, terdapat lebih dari 800 juta pengguna yang menggunakan Google discover. Ini sangatlah menguntungkan para blogger untuk memastikan posting mudah dijumpai oleh audience berdasarkan interest.

Google Search Console – Discover Feature bagi blog AhmadiKatu

Seperti yang korang lihat pada screenshot diatas, Google discover menunjukkan info tentang berapa banyak impression yang posting korang terima termasuklah CTR. 

Semakin tinggi impression yang korang terima dalam sesebuah posting menunjukkan posting korang sangat disukai oleh SEO begitu juga dengan CTR.

Bezanya CTR ini semakin rendah peratus CTR korang maknanya semakin baik bagi SEO.

Bonus buat korang cara simple yang selalu digunakan oleh tuan Ahmadi untuk optimize posting blog beliau untuk Google discover. Saya kongsikan kepada korang setelah meminta izin dari beliau sendiri.

  • Cuba untuk menulis high quality konten yang audience korang suka
  • Selalu gunakan high quality imej. Blog AhmadiKatu sentiasa menggunakan imej 1200 pixel
  • Gunakan Google AMP
  • Sentiasa pastikan tajuk posting korang telah optimize sepenuhnya untuk dapatkan high CTR. (tuan Ahmadi minta aku posting tentang tajuk ni, so korang tunggu jak la)

Cara Submit URL Pada Google Untuk Crawl Dan Juga Indexing

Tajuk ini juga menjadi satu tajuk yang sangat penting bagi korang selaku blogger atau pun mereka yang ada website sendiri tak kiralah pakar SEO atau pun marketer.

Pada muka depan GSC atau interface GSC, korang boleh gunakan URL inspection untuk add posting terbaru korang supaya cepat di index oleh Google.

Untuk pastikan posting baru korang cepat ter’index‘ pada Google, langkahnya seperti di bawah:

  • Buka dashboard Google Search Console
  • Klik URL Inspection sebelah kiri
  • Masukkan URL posting terbaru korang dalam search box dan enter
Google Search Console – URL Inspection bagi posting yang terdapat dalam blog AhmadiKatu

Percayalah, dengan cara yang aku tunjukkan ni akan membuatkan posting baru korang akan cepat nak index dalam Google.

Aku cadangkan untuk korang cuba godek selalu GSC ni untuk korang lebih faham. Aku pun masih lagi belajar dari tuan Ahmadi tentang GSC dan SEO ni.

So, aku harap korang dapatlah faham serba sedikit dan kelebihan menggunakan GSC bagi tingkatkan rank SEO blog korang nanti.

Aku juga harap korang dapat share lah sikit apa yang korang suka tentang GSC ni dalam ruangan komen. Jangan lupa share posting ni.

Terakhir, minta korang follow sat akaun Twitter aku ya. Baru je buat tu pun lepas tuan Ahmadi paksa 🙂 Follow tau.

58 COMMENTS

    • Tak mengapa, sama2 la kita belajar SEO bersama ya. Saya pun masih belajar lagi, semua posting saya ni pun selepas tuan Ahmadi check baru akan disuruh releasekan. So, maksudnya saya pun masih belajar SEO dengan tuan Ahmadi 🙂

    • Sama-sama tuan, saya pun masih belajar lagi dengan tuan Ahmadi. Apa yang saya tahu tu akan saya kongsikan kepada semua 🙂 Harap tuan sudi sokong kami agar dapat buat posting yang lagi baik. Sesuai dengan motto blog AhmadiKatu “Memberi Dengan Ilmu” 🙂

  1. Tuan. Terima kasih penerangan yang details ni. Step by step infonya. Lengkap. Ilmu sangat berguna bagi saya.

    Saya ada gsc ni dulu. Tapi tak pandai nak guna. Last last biar macam tu je.

    • Sama-sama kak Ruby 🙂 Owh, kak Ruby kena start semula GSC kak Ruby kalau begitu. Lepas lihat blog akak, saya tengok konten sangat menarik kak. Akak banyak buat review products. Boleh hasilkan pendapatan yang sangat tinggi dari blog akak ni. Cuma tingkatkan SEO kak sepaya mesra Google so, makin ramai company akan tawarkan untuk akak review product mereka nanti.

        • SEO ni kak singkatan kepada Search Engine Optimize. So nak tahu bagaimana berkesan teknik SEO kita, cuba akak ambil satu keyword dari blog akak dan akan search kat google or bing. Akak jumpa tak blog akak berdasarkan keyword tersebut. Kalau jumpa, blog akak kat page berapa dan ranking yang ke berapa?

          Saya berikan akak @Ruby contoh ye. Latest article akak adalah Pencuci Muka Youth Shaklee | Luminous Gel Oil Cleanser. Kita ambil keyword “Pencuci Muka Youth Shaklee” dan pastekan ke Google or Bing. Akak jumpa tak blog akak?

          So itulah tujuan utama SEO kak @Rubiah, Supaya orang mudah nak jumpa blog kita bila mereka lakukan search dalam Google or bing. Kalau blog kita mesra SEO pasti setiap kali posting, blog kita akan berada dalam page pertama dan juga ranking yang pertama.

          Contoh mudahnya, bila akak lakukan search info kat google, akak akan klik link yang atas dan pertama sekali kan?

        • Performance CTR ni kak akan menunjukkan kualiti sesebuah posting atau pun page yang telah kita buat. CTR ni stand kepada Click-Through Rates kak. Semakin tinggi jumlah peratus CTR kita bermaksud page atau posting yang telah kita buat itu berkualiti.

    • Tak apa kak, feel free untuk drop inbox kat FB page kami AhmadiKatu ya jika akak ada tak faham. Nanti saya personal akan bantu akak…free je kak…tak bayar pun coz kita sama2 belajar…

  2. Waa bagus info2 yg ada nii, mmg sesuai sgt dijadikan rujukan unt yg baru nk belajar selok belok SEO atau yg tgh nk asah or mantapkan lagi SEO tu kan. Qeela pon masih bnyk lagi yg perlu belajar, thanks for sharing this yea!

    • Sama-sama ya Qeela. Thanks juga tau. Sama-samalah kita belajar k coz saya pun masih belajar lagi ni. Jika Qeela ada yg tak faham, bolehlah inbox kat FB page kami AhmadiKatu nanti saya akan tolong sebaik yang mungkin k.

    • Thanks Jessie. Jika ada yang Jessie tak faham, drop je kat inbox FB page kami AhmadiKatu ye. Nanti saya akan bantu mana yang mampu. 🙂 Sama-sama juga..

    • Sama-sama tuan 🙂 Betul tu, tanpa SEO nanti blog kita akan mati coz syok sendiri je. Jika blog menjadi salah satu pendapatan sampingan, tidak akan berkembang dengan baik nanti. So, SEO ni macam minyak buat kereta la 🙂 Betul ke?

  3. Allahu… Bagusnya perkongsian ini
    Nina slow bab teknikal ni, kita hanya tau tulis, buh gambar dan publish jer…
    Masih banyak kena dalami selongkar bab ni tapi tu laaaa…. Masa yang terhad entah bila mampu hadam. Dah berusia lagi laaa slow nak faham. Kena ada cikgu dok sebelah, baru faham agaknya. Hehee…

    • Tak pe kak, kita sama-samalah belajar k. Sebenarnya buh gambar pun ada teknik SEO tau kak? Cuba akak baca semula posting “Teknik On-Page SEO”. jika akak ada yang tak faham, drop inbox kat FB page AhmadiKatu ya, nanti saya akan bantu akak 🙂

  4. Bagus lah baca kat blog Cikgu Mad ni sangat detail dan juga mudah untuk difahami hehehe tapi kadang-kadang kita termiss juga but ok kita nak belajar banyak lagi dalam nak capai tahap mantap blog ni hehehe thank sebab sudi jadi cikgu kita dalam dunia SEO dan Blog ni…

    • Terima kasih tuan Maha 🙂 Saya pun masih belajar lagi dengan tuan Ahmadi. Tapi jika tuan Maha ada tak faham atau ada benda yang nak tanya, boleh drop PM kat fb page kami AhmadiKatu dan saya akan bantu secara personal dan kalau saya tak dapat bantu, saya akan minta bantuan tuan Ahmadi untuk jelaskan. Owh ya, free je..kena mention nanti ada yang salah faham pula 🙂

  5. Benda teknikal macam ni susah sikit nak hadam. Kena baca banyak kali, and at the same time kena belek jugak. Baru boleh slowly faham. Ada few things yang memang dah apply but ada jugak benda yang susah sikit nak buat sebab tak berapa nak faham

    • Jika ada yang tuan masih tak faham, boleh PM kami kat FB Page ye. Search je AhmadiKatu dan drop PM tuan kat inbox, nanti saya akan bantu secara personal…free je..coz takut nanti orang salah faham 🙂

    • Bagus dah tu, cuma kalau selalu tinggal memang akan mudah lupa. Saya sarankan cuba cari guru yang tinggi ilmu SEO nya dan cuba belajar. Mesti boleh berjaya. Kami kat AhmadiKatu hanya berkongsi sahaja apa yang kami tahu. Tapi nak belajar dengan kami pun boleh, free je..haha

    • Tak pe kak @Nadia, belajar perlahan-lahan ye. 🙂 Kami pun saling belajar lagi ni. Semoga perkongsian ini dapat memberi seribu satu kebaikan kepada semua. Owh ya, jika ada yang kak @Nadia tidak faham, kak @Nadia boleh inbox je kat FB Page kami AhmadiKatu ya 🙂

    • Sama-sama kak 🙂 Kita belajar bersama so bolehlah saling tolong menolong jika ada yang tidak faham kan? So, jika ada yang kak tidak faham, bolehlah inbox kami di FB page AhmadiKatu nanti ya 🙂

    • Sama-sama kak @Julia. Tak pa, nanti perlahan-lahanlah k. Kalau ada yang tak faham juga, feel free tau kak untuk inbox kami di FB Page AhmadiKatu 🙂

    • Sama-sama tuan @Zharif. Sama-samalah la kita belajar ye tuan. Semoga industri blogging negara kita akan terus berkembang dan dapat menjadi salah satu penyumbang pendapatan tetap bagi blogger. tak gitu tuan?

    • Kak, camna? Dah dapat selesaikan masalah broken link blog akak? Hope dengan info tambahan dalam posting ini dapatlah membantu akak serba sedikit ya 🙂

  6. Sukanya terjumpa posting ni walaupun tak faham secara detail tapi ada jugak yang Mrs. A dah buat sebelum ni sama kekdahnya heheee…
    Tuan next post boleh tak share pasal google sandbox.
    Dah google pasal google sandbox ni tapi masih tak jumpa cara penyelesaian yang sebenar-benarnya huhuhu…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version