Advertisement

Hidup ini kalau kau tenung sampai habis pun kau tidak akan puas. Kau sendiri tahu setiap kita ada turun dan ada juga naiknya. Dengan kata lain, kau sendiri sedar betapa pentingnya kau jadi yang berguna tetapi bukan yang mengguna semata.

Dalam usia kau, tiada apa yang aku boleh nasihatkan. Bukan apa, kau, aku, dia dan semua tahu kita semua bermula dari tiada kepada ada. Daripada jahil kepada alim. Daripada tidak tahu kepada tahu.

Samalah juga dengan iman. Kadang naik, kadang turun. Kadang kau rasa rajin nak beribadat, kadang kau malas sehingga buat dosa yang kau sendiri tidak sedar.

Dulu mungkin ilmu dan amalan kau kurang. Dosa pun banyak. Apa orang kata ‘zaman jahiliah’?. Tapi itu dulu. Sekarang dengan tingkat umur kau, semuanya sudah beza.

Apabila sudah semakin bertambah umur, kau mula pergi kuliah agama. Tengok ceramah di Facebook atau Youtube. Bila kau upgrade sikit, tibanya pesta buku kau mula cari buku-buku agama untuk tambah ilmu.

Aku syukur tengok kau begitu. Bukan yang dulu lagi. Bila dikorek banyak nampak lompongnya. Apa yang tiada? 

Jangan. Jangan Buat Begitu

Cuba tengok diri kau sekarang. Amalan kau semakin baik. Kau tidak lepas pergi ke masjid, tahajud pula makin kerap. Baca al-Quran, tidak lepas setiap kali kau selesai solat.

Mungkin kerana beberapa ujian yang menimpa, tanpa sedar iblis mula membelit. Kau rasa kau hebat, rasa best.

Kau mula pandang orang lain selekeh dan rendah martabat dari kau.

Kau tengok orang tidak pergi ke masjid, kau rasa orang itu kurang iman berbanding kau.

Kau tengok orang itu tidak pakai tudung, kau rasa itu ahli nereka.

Kau tengok orang sedikit tidak kena pada kau, kau mula menghasut orang sekeliling untuk membenci.

Kau sudah jadi orang lain. Bukan apa, takbur mula menguasai hati kau. Walhal, kau, aku, dia asalnya sama juga macam mereka. Namun apabila Tuhan rezekikan kau dengan sedikit kefahaman, kau mula lupa diri.

Jadi Yang Berguna Bukan Mengguna

Iman itu turan naik, kawan. Aku hormat kau sebagai orang yang lebih berumur dari aku. Hari ini mungkin kau berada di atas. Kau rajin beribadat. Aku harapkan esok lusa pun kau tetap begitu.

Tapi kau kena ingat, itu semua bukan satu kepastian. Kau lalai sedikit saja, bila-bila masa kau akan kembali kepada zaman jahiliah kau semula.

Sedang Orang Mula Memandang Jelek, Aku Terus Melangkah Tanpa Mengambil Hati Sikit Pun. Gambar Sunset Di Stesen Keretapi Kimanis. Capture Dari Dalam Keretapi Guna iPhone 5 Saja.

Maka jangan takbur dan pandang rendah pada orang lain. Sebagaimana kau mampu berubah, orang lain pun ada peluang untuk jadi lebih baik daripada kau juga.

Cukup Tuhan Sebagai Al-Hakam

Tak usah kau jadi penghukum. Cukup sekadar kau jadi yang berguna kepada orang lain bukan yang hanya tahu menggunakan orang lain.

Ingat kata aku ini, kau, aku, dia dan semua itu punya dosa. Bezanya kecil dan besar, sedikit dan banyak saja. Namun sebaik-baik pendosa itu adalah mereka yang bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.

Boleh saja orang yang kau pandang lekeh itu berubah menjadi orang syurga. Kau pun tak tahu. Kunci syurga itu bukan kau pegang. Itu semua atas rahmat Tuhan.

Kau fokus saja untuk terus beramal tanpa perlu kau menghasut orang lain untuk membenci. Kau kena ingat, apabila iman kau berkurang sedikit kerana lalai, aku harap jatuhnya tidaklah seteruk mana. 

Nanti susah kau nak naikkan balik.

Dan kau dalam hidup bermasyarakat. Jangan buruk sangka dan prejudis. Apa lagi untuk menghasut membenci orang lain. Entah-entah orang itu nanti akan tolong kau jadi kekasih Tuhan. 

Kau mana tahu.

Tuhan itu sentiasa beri peluang kepada semua. Aku harap jangan pula kau yang lebih-lebih keran aku hormat kau sebagai orang yang lebih berumur dari aku. 

Advertisement

60 COMMENTS

    • Terima kasih juga kepada abe kie atas perkongsian yang mengimbau kembali kenangan lalu. Semoga abe kie memperoleh sesuatu yang baik dari blog saya ni. Terima kasih sudi ber’blogwalking’ di sini.

  1. Zaman sekarang rasanya orang belajar sedikit, menghujat banyak ya hihihi.
    Apalagi kalau usianya jauh lebih tua, rasanya nafsunya begitu menggebu meluruskan orang lain, yang ternyata mungkin orang lain justru masih lebih baik dari dia.

    Semoga kita bisa lebih meniru padi, semakin berisi semakin merunduk 🙂

    • Semoga kita semua terhindar dari sifat begitu ya. Mengikuti sifat ahli tasawwuf yang sentiasa meniru seperti padi. Terima kasih atas peringatan tentang padi tu.

    • Namanya juga manusia kan puan? Sentiasa ada naik turunnya. Apa pun yang terbaik adalah sentiasa saling mengingati semoga kita beroleh kejayaan bersama di sana nanti. Owh ya, seronok sebenarnya membaca tulisan di blog puan. Semoga saya boleh belajar sesuatu di blog puan untuk menambahbaikkan lagi penulisan saya.

    • Setiap saat kita menjadi semakin tua. Bezanya sama ada kita sedar atau tidak saja. Maksudnya hari mati kita semakin dekat. Sebab tu pentingnya sentiasa mengingat mati. Kerana kematian tu sesuatu yang pasti dan sangat hampir tetapi sering dilupakan.

    • Terima kasih Puan @Fuzy Hamid. Sungguh bermakna bila ada yang boleh mendapat faedah dari apa yang ada dalam posting blog ni. Semoga diberi kekuatan untuk terus menulis di sini dan semoga tuan juga sentiasa mendapat sesuatu yg berharga di sini. Salam kunjungan

    • Terima kasih sudi berkunjung ke sini. Lumrah kita sebagai manusia…Mengikut resmi padi itu ada baiknya. Sebagai manusia, memahami tasawwuf tu perlu supaya kita boleh belajar untuk rendahkan diri pada orang lain. Semoga ada yang bermanfaat dapat diperolehi dari blog ini.

  2. Betul. Jadilah insan yang berguna dan bukan insan yang menggunakan orang. Berbakti pada insan lain, supaya kita dikenang sebagai insan yang berguna. Kan.

    • Cuba untuk mengenalpasti apa kelebihan yang boleh digunakan dan diutilise dengan sepenuhnya. Seperti tuan @Naim menggunakan sepenuh kebijaksanaan dalam mentarbiah manusia melalui penulisan blog tuan 🙂 Teruskan tuan..

  3. iman tu ada masa turun naik, yang penting kita terus tawadaq beriman kepada Allah. Cantik betul sunset tepi tingkap.. rasa rindu nak tengok sunset cantik dari kawasan bendang padi. aduh rindu nak travel pergi negeri utara

    • Betul tuan, saya setuju sangat dengan pandangan tuan tu. Manusia tu sentiasa ada turun dan naiknya seiring dengan turun naik nafas kita juga. Haha, cuma menggunakan phone zaman batu jak tuan. Alhamdulillah, hasilnya juga menarik. Ya, kalau diikutkan hati, saya juga nak mencari port untuk ambil gambar sunset di bendang. Sayangnya time belajar kat Kedah dulu tak ada kenangan begitu.

  4. bagi saya pula… buatlah apa yang kita rasa selesa… tak perlu nak riak takbur dengan amalan yang kita dah buat diam diam je tak perlu bagitahu orang… heee… takut gak tengok orang yang selalu cakap DONE TAHAJJUD DONE DHUHA..DONE DONE… now im done with these kind of people hahahahahahaha

    • Terima kasih atas tambahan dan pandangan kak @Syafiera di sini. Saya amat hargai. Mungkin kita boleh mengambil yang baik saja dengan cara orang. Mungkin dengan cara yg begitu mereka boleh membuatkan orang lain turut sama mengerjakan amalan baik 🙂 Sapa tau kan?

  5. thank you for sharing your thoughts about this matter. yang penting, kita jangan cepat menghukum. kita bukan tuhan. kita tak boleh menghukum org lain just because dorang berdosa cara berbeza

    • Benar tuan, jangan cepat menghukum sesama kita. Cuba untuk belajar dan fahami dulu situasi yang berlaku kemudian sama-samalah kita ambil iktibar darinya kan 🙂 thanks tuan @Zharif.

  6. Alhamdulillah atas perkongsian ini. Tak dinafikan ramai diantara kita yang kurang ilmu agama tapi kalau bercakap bab agama mengalahkan ilmuwan atau agamawan.

    Liez juga merasakan mungkin melalakukan yang sama tanpa disedari. Semoga kita muhasabah diri dan sama -sama menambah ilmu

  7. Peringatan yang bagus untuk diri. Kena sentiasa muhasabah diri, mencari kesilapan diri supaya selalu diri tidak tersasar dari jalan yang benar. Lihat kesalahan diri membuatkan kita terhenti untuk mencari salah orang lain.

    • Sekadar penulisan saja di media blog. Alhamdulillah jika ada manfaatnya dan semoga ianya menjadi pahala amal jariah jika ada kebaikkan dari blog ini 🙂 thanks

    • Terima kasih tuan blogger terkenal @Rawlins 🙂 Sama-samalah kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Macam tuan, sentiasa berkongsikan sesuatu yg sangat bermanfaat untuk kita semua melalui perkongsian tuan dalam blog 🙂

  8. apa nak buat kan… manusia makin maju tapi dlm masa yg sama makin cepat jadi lupa… ramai yng terima kesenangan dgn lupa nk syukur pd dia.. sedihhh sgt2… bagus ada perkongsian yg mcm ni utk sling ingat mengingati… jgn kata org lain sis sndiri kdg2 terlupa sbb alpa .. huhu

    • Terima kasih juga kak @Siti. Semoga adalah kebaikan yang boleh diperoleh dari blog ini kan. Dan jika ada, moga ianya memberikan pahala amal jariah buat saya dan keluarga 🙂 Sama-samalah kita semua saling ingatkan. Thanks kak.

    • Terima kasih kak @Su. Sama-samalah kita belajar ya. Saya cuma menulis untuk nasihat kepada diri sendiri dan menggunakan kata ganti nama “kau” bagi merujuk kapada diri sendiri. Cuma mungkin ramai yang masih tersalah sangka..

    • Hi Grace, first of all, thanks for coming and giving your response regarding my post. Saya harap awak mampu mencapai hajat awak dan saya doakan yang baik buat cita2 murni awak. Owh ya, saya ada PM Grace dalam FB, jika kelapangan bolehlah reply kat saya ye…

    • Terima kasih Kak @Aeinna. Betul tu, semoga adalah manfaatnya dari posting ini kepada kita semua walaupun isi posting ini sebenarnya ditujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan. Jika ada kebaikan dan pahala amal jariah dari posting ini moga ianya terus mengalir. Thanks kak atas tambahan di sini.

    • Terima kasih kak @Ayu. Semoga ada yang baik boleh diperolehi dari blog ini. Jika ada pahala amal jariah moga ianya terus mengalir dan tambahan untuk saya 🙂 Mohon doakan ya kak..

    • Terima kasih tuan @Maha. Segala posting tarbiah dalam blog saya ni semua 100% ditujukan pada diri saya sendiri. Semoga posting ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada kita semua 🙂 Thanks again tuan.

  9. Betul tu sokong apa yang ditulis kat sini. Iman ni memang naik turun. Kadang kita rasa di bawah sometime di atas, tapi bila di atas jangan pandang rendah pula orang dibawah kan. musahabah diri.

    • Terima kasih atas sokongan dan tambahan daripada anda 🙂 Saya amat hargai. Muhasabah diri itu sangat la penting untuk kita sentiasa beringat asal dan peranan kita sebagai seorang hamba. 🙂 Jangan lupa subscribe, like dan sharekan FB page kami AhmadiKatu jika blog kami memberikan manfaat kepada semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.