Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

“Kegagalan itu sesuatu yang pelik. Buat kali pertama kau merasakan kegagalan, kau akan merasakan itulah waktu ketika kau diuji Tuhan mu. Bagi kau, kehidupan kau akan habis begitu sahaja. Titik. Atau kau akan rasakan yang sudah sampai batasnya kau mencuba yang terbaik.

Kau akan mengamuk mengutuk diri sendiri.

Atau lebih teruk lagi kau akan mengurung dan terperuk dalam bilik menyalahkan nasib yang menimpa.

Mungkin sekali kau akan bersangka itulah detik yang paling buruk dan kau benci sepanjang kau bernafas di bumi ini. Semuanya bagaikan kosong saja. Aku juga pernah seperti itu. Aku menjadi tidak tahu dari mana aku hendak bermula.

Aku seperti hilang punca. Tidak tahu hendak ke mana selepas itu. Sehingga sampai satu ketika aku hanya pasrah dan membiarkan masa itu berlalu dengan harapan esok semuanya akan sinar semula.

Aku faham, kau juga begitu. Semuanya akan membuatkan kau hanya membiarkan hidup ini berjalan dengan sendirinya tanpa arah tujuan yang kau sendiri pun belum pasti lagi. Begitulah perasaan aku dan kau ketika kau diuji.

Ketika Kau Diuji Semuanya Rasa Perit

Pernahkah kau berfikir disebalik kegagalan yang kau sedang hadapi itu Tuhan telah tunjukkan sedikit demi sedikit jalan keluar? Ditunjukkan kepada aku dan kau kekuasaan dan kasih sayangNya kepada kita semua?

Aku yakin, satu persatu di setiap kegagalan yang aku hadapi ada hikmah disebaliknya. Kau juga pasti akan lihat di sebalik kegagalan itu merupakan titik untuk kau bermula dari awal membina jalan baru.

Seharusnya kau dan aku perlu bersyukur. Tuhan telah memilih aku dan kau untuk merasakan apa itu kegagalan. Kau seharusnya turut mengerti kegagalan itu bukan bererti kau perlu untuk sakitkan diri sendiri lebih lagi dari menyalahkan takdir.

Sepatutnya, kegagalan itu kau anggap sebagai satu anugerah. Percayalah, aku sudah pun merasakan betapa sakitnya kegagalan itu. Aku merosakkan dan menyakiti diri sendiri. Kadang sehingga mau saja menyalahkan takdir.

Aku tidak mahu kau menjadi seperti aku yang dulu, kawan.

Aku mahu kau mengambil kepahitan dari kegagalan itu hanya pada permulaannya saja kawan. Tapi di hujungnya kau raikanlah kemanisan yang telah dijanjikan dari ujian yang dianugerahkan kepada kau.

Kegagalan Itu Pelik

Kehidupan aku sewaktu di alam persekolahan bukanlah antara pelajar yang terbaik. Tapi aku sering berada di kelompok yang terbaik. Pernah jatuh sekali, tapi pasti akan bangkit semula masuk ke dalam kelompok yang terbaik semula.

Begitulah aku sewaktu dalam alam persekolahan. Tapi perancangan Tuhan itu sangat baik. Sering berada di atas sewaktu di alam persekolahan tidak bermaksud aku akan terus berjaya bila berada dalam alam pekerjaan.

Banyak sekali kegagalan yang aku temui bila berada dalam alam ini. Rasanya masih belum sesuai untuk aku ceritakan dalam blog ini. Cuma sekadar ingin kau tau, kejayaan itu tidak selamanya ada. Pasti akan ada kegagalan yang menyusul jika kau tidak berwaspada.

Kentalkan Diri Mu Dengan Ujian

Lapan tahun berada dalam alam pekerjaan, merupakan tempoh masa yang agak panjang untuk aku harungi. Kegagalan demi kegagalan aku hadapi. Satu tempoh masa yang amat getir aku rasakan.

Ketika Kau Diuji - Manis & Pahit Semua Ada
Ketika Kau Diuji – Manis & Pahit Semua Ada

Tapi tahukah kau, disebalik semua kegagalan itu aku mula nampak kenapa Tuhan menjadikan jalan aku begitu. Tuhan mendidik aku dan kau supaya tetap berjiwa kental. Terus mara ke depan walau sulit dari terus membiarkan diri hanyut dengan melankolik kegagalan lepas.

Kalau kau juga pernah merasa kegagalan, kita serupa. Mungkin ada antara yang aku ceritakan dalam posting ini atau mana-mana posting sebelumnya kau pernah alami yang sama.

Renungkan setiap ujian yang pernah kau hadapi. Aku yakin, di dalam setiap kegagalan itu pasti terselit seribu satu hikmah dan kebaikkan yang aku dan kau sendiri belum lagi temui.

Kawan, yakinkan saja dan pasakkan dalam diri kau yang Tuhan tidak akan sesekali tinggalkan kita dalam setiap musibah yang berlaku. Nasihat aku, ayuh kita bangkit saja dan teruskan berlari kawan.

Moga saja tali penamat sudah terlihat di depan sana.

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

54 COMMENTS

  1. Aku mulai Suka dengan blog kamu ni bro. Tulisan yang jujur dari pengalaman sendiri memang Ada feel bila dibaca.

    Saya sokong kamu terus menulis sesuatu yang baik untuk dikongsikan.

    • Benar tu puan, hati sepatutnya tidak perlu untuk tisu sangat bila hadapi kegagalan. Kejayaan milik semua yang mana cuma dari kita saja bagaimana untuk bergerak menuju ke tempat kejayaan itu.

      • Benar tuan, kegagalan itu sesuatu yang amat pahit untuk ditelan tapi sesuatu yang pahit itu bukan semuanya racun tapi juga mampu mengubati. Malah kemanisan meraih kemenangan itu memang indah tapi tidak semua kemanisan itu harus dihadam kerana ianya juga boleh mengundang penyakit. Apa pun perkongisan tuan juga ada benarnya dan saya amat berterima kasih tuan sudi berkongsi diruangan ini 🙂

  2. Kita pernah rasa saat diuji dengan begitu berat sekali sebab ia melibatkan keluarga juga jadi waktu tu kita rasa sangat down dan juga bersalah pada semua dan kita terpaksa hadapi masalah tu selama bertahun tapi sebab ada family yang memahami dan mereka juga kuat kita jadi lagi kuat sekarang Alhamdulillah semua dah ok..

    • Bertabahlah tuan @Maha, sebab kita semua tidak lepas dari ujian dari-Nya. Dan saya bersyukur tuan @Maha mampu menjalani ujian itu dengan jayanya. Tuan memang orang yang hebat 🙂

    • Betul tu kak @Hanny, saya juga percaya setiap kita ada seseorang yang istimewa yang membuatkan kita menjadi kuat untuk tempuhi semuanya 🙂 tak gitu kak? Cuma apa yang penting jangan pernah putus asa dengan setiap ujian yang mendatang.

    • Terima kasih tuan. Saya harapkan setiap perkongsian dalam penulisan saya akan memberikan banyak kebaikan kepada mereka yang membacanya. Apa pun thanks tuan sentiasa support 🙂

  3. Ujian tu takkan lebih dari apa yang kita mampu sebab Tuhan Maha Baik terhadap hambaNYA. InshaAllah semua ujian tu untuk kuatkan diri. Ye memang akan rasa down, memang akan rasa nak give up.. tapi moga kita juga dikelilingi orang orang yang sentiasa beri semangat untuk kita bila kita diuji.

    • Saya setuju dengan pendapat akak. Allah tidak akan pernah nak zalimi hamba-Nya sendiri kan? Sebab tu setiap ujian yang kita hadapi tidak mungkin tidak dapat kita pikul kecuali kita adalah diantara mereka yang tidak berterima kasih kepada Allah 🙂

      • Terima kasih atas nasihat yang diberi. Memang benar Tuhan Maha Penyayang pada hamba-hambaNya dan semestinya kita sebagai seorang hamba yakin akan ehsan dan kemurahan yang telah diberi kepada kita dari Allah swt. Cuma kadang kita terlupa diri sebagai hamba walaupun kita telah jatuh tersungkur di tanah 🙂

  4. Biasalah..masing-masing mesti akan rasa diri sendiri sentiasa gagal. Kadang-kadang sampaikan blur tak tahu buat apa dan fikir kepada kejahatan pula. Setuju tu “Tuhan tidak akan sesekali tinggalkan kita dalam setiap musibah yang berlaku”. Sebenarnya kita yang mungkin lupa kepada Tuhan kan. Huhu

    • Betul kak @Bella, cuma kita sahaja sebagai hamba yang akan lupa pada Tuhannya kan? Dah nama sebagai manusia yang tidak akan pernah tidak lupa malah jauh sekali untuk terus istiqomah untuk bersyukur. Apa pun itu juga bukanlah sebagai alasan untuk kita tidak membetulkan diri kita kan kak 🙂

    • Benar kak @Siti Awadah, setiap kali menghadapi kegagalan tapi bila kita bangkit dan berjaya mengharungi kegagalan itu, itulah saat manis yang sangat kita idam-idamkan. Thanks kak atas perkongsian di ruangan ini 🙂

    • Yup I’m agreed with you @Kylie. Life will not always be going up, just make sure kita semua mempunyai semangat yang tinggi untuk hadapi ujian tersebut dan pasti kita akan berjaya 🙂 tak gitu?

  5. Penukisan yang bagus. Betul, sebagai manusia kita tak lari dari ujian. Kadang mengeluh ujian yang menimpa bagai tak mmpu nak hdapi. kadang bersyukur sbb adanya ujian tu buat kita sedar sesuatu.

    • Terima kasih Kak @Ummi Zarra 🙂 Biasalah kak, sebagai manusia kita sentiasa mencari kekuatan dalam menghadapi setiap ujian yang menimpa. keluahan itu kadang bukan bermaksud kita tidak mampu or lemah menghadapi ujian tersebut, tapi untuk memastikan kita masih kuat menghadapi setiap ujian tersebut kan kak 🙂

  6. kegagalan tu buat kita lagi kuat sebenarnya bukan buat kita jadi lemah. betul la, kegagalan tu sebenarnya satu anugerah. kalau orang2 yg berjaya tu x pernah rasa gagal, mungkinkah mereka akan berjaya. sebab kegagalan tu akan buat seseorang lipat gandakan lagi usaha.

    • Sangat bersetuju dengan perkongsian kak @MiszLinda kat sini. Sangat bermakna. Mana mungkin orang yang berjaya tidak pernah merasa kegagalan kecuali dia memang telah diuji dengan kesenangan sejak lahir lagi 🙂 Thanks atas perkongsian ini ya 🙂

    • Benar kak @Fuzy, kita hidup ni tak lari dari ujian dan sebagai manusia kita juga tidak dapat lepas dari merasa kegagalan 🙂 tak gitu kak? Cuma bezanya bagaimana kita nak bangkit semula itu je 🙂

    • Benar tuan @MKBH. Setiap kegagalan yang dihadapi itu pasti ada sebabnya. Cuma terserah pada diri kita untuk bersikap positif dan mengambil pelajaran dari kegagalan yang kita hadapi. Thanks tuan atas peringatan yang dikongsikan di ruangan ni 🙂

  7. Kata pujangga kegagalan itu Bagus Apabila kita bersikap positif, dan kata orang yang berjaya banyak kejayaan yang dikecapi adalah dari pengalaman kegagalan yang lalu. Artikel yang sangat jujur dan sangat baik untuk dibaca

    • Terima kasih atas perkongsian@Khaty dalam ruangan ni. Memang benar kata bijak pandai, sesuatu kegagalan itu jika dipandang pada sudut yang positif pasti kita tidak akan rasa down. Dan sudah pasti disebalik kejayaan itu dibelakangnya penuh dengan jalan yang bersimpang siur kan 🙂

  8. Ujian tu tanda Allah sayang kan. Kata alim ulama’ semakin kita di uji semakin tinggi darjat di syurga. Dan ujian tu tak semestinya benda yang sedih-sedih je. Even harta yang banyak, anak yang banyak pun satu ujian tanpa kita sedar. Hidup ini memang penuh ujian, tak boleh lari. Sampai mati~

    • Benar sekali tu @Syaza, ujian itulah tandanya Allah amat menyayangi hamba-hambaNya. Cuma nak tambah sedikit, ujian itu pasti akan meningkatkan darjat kita pada sisi Allah swt jika kita berjaya mengharungi setiap ujian yang mendatang 🙂 dan benar, ujian itu tidak datang hanya dalam bentuk kesusahan tapi juga datang dalam bentuk kesenangan.

  9. Teringat balik zaman Uni saya, ayah sesak sebab tanggung hutang adik-beradik. Memang ayah dan keluarga kami diuji sangat, macam-macam jadi, tapi bila kenang balik, semua tu ada hikmah. Membuatkan kami sekeluarga lebih kuat dan tak leka. Alhamdulillah, segala perkara ada hikmah disebalik tu.

    • Terima kasih @Mira atas perkongsian yang sangat bermakna untuk dihayati. Memang benar sesuatu ujian itu dihujungnya pasti akan ada pelangi yang indah menanti. Cuma bagaimana kita hendak mencorakkan pelangi itu terserahlah kepada tahap keimanan kita masing-masing kan 🙂

  10. bersedia apa saja… dan jangan sesekali buruk sangka dengan Allah.. betul kita akan kecewa bila gagal.. tp sebenarnya kegagalan tu adalah salah satu cara untuk Allah ajar kita utk jadi insan yg lebih baik dan tahu erti bersyukur.. betul kan?

    • Sangat setuju denga apa yang kak @Siti kongsikan kat ruangan ni 🙂 Terima kasih kak. Memang benar pelbagai cara Allah hendak mengajar hambaNya untuk datang dan meminta kepadaNya. Sungguh baik perancangan Allah kan kak 🙂 Cuma kadang kita saja yang terlalu alpa sehinggakan tidak melihat semua itu..

    • Benar kak @Nadia. Cuma bila diri dah dekat dengan Allah saja kita akan mampu menghadapi sebarang ujian dengan tabah. Thanks kak coz sudi mengingatkan 🙂

    • Sama-sama. Ya semoga kita semua sentiasa tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang. Moga juga posting ni mampu memberikan sejuta kebaikan kepada yang membacanya 🙂

  11. setiap nafas yang diberikan oleh Allah adalah untuk kita sentiasa memperbaiki dan mencuba untuk mencari redha allah. give up mungkin ada tapi kena cepat bangkit. sedih tak boleh selalu tapi kadang sedih itu perlu untuk dapatkan keindahan selepas itu.

    • Saya amat bersetuju dengan pendapat kak @Mekyunie bila kita give up kena cepat bangkit semula. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk bangkit semula tak kiralah apa jua ujian yang melanda pada diri kita kan 🙂

    • Betul tuan, tidak lupa juga saya mendoakan semoga tuan sentiasa dipermudahkan segala urusan yang tuan lakukan 🙂 Thanks atas perkongsian tuan kat ruangan ni 🙂

  12. yes, bila manusia diuji dengan kegagalan, macam2 rasa ada. sebagais eorang muslim, kita jangan pernah salahkan tuhan. mungkin itu bukan yg terbaik dan tuhan mahu kita buat lebih baik. apa-apa pon, tuhan tak akan uji hambanya di luar kemampuan.

    • Benar kata tuan, mungkin apa yang berlaku pada kita pada waktu itu adalah yang terbaik buat diri kita cuma kadang kita tidak bersyukur. Sedangkan aturan yang Allah telah beikan kepada semua hambaNya adalah sebaik-baik aturan dari segalanya. Thanks tuan

  13. Setiap ujian yang Allah berikan pasti ada kebaikan disebalik. Insyallah. Percaya kepadaNYA. Kadang-kadang ujian yang dtg pun merupakan amaran kepada seseorang daripada tuhan. Thanks perkongsian ini bro

    • Sama-sama tuan. Itulah tujuan perkongsian disetiap posting saya. Semoga ada kebaikkan yang dapat dikongsikan bersama. Benarlah kata tuan di ruangan komentar ini, kadang ujian itu datang sebagai amaran dari Allah.

  14. Kegagalan memang dihidapi ramai orang termasuklah diri Lia. Memang mudah orang cakap sabar, tapi diri sendiri yang tanggung. Rasa lost sangat kan tetapi apa pun kita kena kuat nak hadap & kena bijak.

    • Thanks kak @Lia atas perkongsian yang jujur di ruangan ini. Tidak dinafikan bukan mudah untuk kita menerima orang yang sekadar menasihatkan untuk bersabar kerana ianya terlalu berat. Tapi perkataan sabar itulah yang terbaik sekali diucapakan diketika itu namun menjadi yang terlalu berat buat kita yang menghadapinya. Betul kata akak @Lia, kita kena kuatkan diri sentiasa 🙂

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.