Home Blog Lumrah Hidup – Jatuh Dan Bangkit Kembali

Lumrah Hidup – Jatuh Dan Bangkit Kembali

6

“Kenapa dia senang sentiasa?”. Smooth saja jalan hidup dia aku tengok. Dapat kerja bagus, kahwin dengan wanita berkerjaya, dapat pergi mengerjakan umrah dan haji?. “Hermm, lumrah hidup”.

Seperti tiada masalah pun dalam hidup dia.

Aku merenung panjang sambil memikirkan kisah hidup aku yang kau sendiri pasti tidak mengerti akan betapa kacaunya hidup ini.

Kadang aku sendiri berfikir, di mana silapnya hidup ini berubah lebih dari 360 darjah dari mula hidup selesa sehingga senang. Kemudian senang hingga jadi menghimpit.

Segala serba-serbi menjadi tidak kena. Semuanya kelihatan indah di mulut tapi amat pahit untuk aku telan sendirian.

Ini antara komen yang aku sendiri beri dan sampaikan kepada diri sendiri. Tidak tahulah apakah motif sebenar aku berfikiran begitu.

Lumrah Hidup

Akhir tahun 2009 aku tamat pengajian, kemudian mendapat pekerjaan awal tahun 2010 di sekolah penjara. Menukar pekerjaan ke bidang swasta akhir tahun 2012 dengan tingkat gaji yang sangat-sangat tinggi.

Kemudian berkahwin pada pertengahan tahun 2013. Menimang anak pertama pada awal tahun 2014. Nampak sangat cantik dan tersusun.

Mungkin sebab itu, ada antara yang senang dengan kejayaan aku dan tidak kurang juga yang iri dengan semua itu.

Aku tidak nafikan.

Iri dengan segalanya dari mereka yang tidak senang dalam kehidupan aku itu juga termakbul segalanya. Buktinya bila aku mula jatuh tersembam tanah pada pertengahan tahun 2017.

Aku terpaksa meninggalkan pekerjaan lama dan memulakan kehidupan dengan pekerjaan baru yang lebih sedikit hasil pendapatannya. Ianya tidak kekal lama akibat tidak sehaluan dengan pihak pengurusan.

Hampir setahun aku membawa diri, mengasingkan diri dengan dunia pagi. Hanya aktif di kala malam demi mencari rezeki yang sedikit.

Tidak hanya itu, pagi aku menyepi malam pula aku merintih.

Hidup penuh dengan kekesalan, hidup hampir hilang haluan juga pedoman. Syawal 2017 bakal menjelma, aku sekali lagi diuji dengan kepercayaan dari insan yang dekat.

Ingin sekali aku menulis di sini, tapi biarlah kekuatan itu tiba dahulu. Akan aku ukir dan nukilkan di lain episode.

Jatuh Dan Bangkit Kembali

Semua episode kejatuhan aku ini tidak ada satu pun yang mampu membuatkan aku tersenyum dengan puas. Sudahlah terjatuh tersembam tanah pula. Malah dihempap tangga lagi.

Lumrah Hidup – Jatuh Dan Bangkit Kembali

Walaupun aku masih belum boleh tersenyum, tapi aku masih bersyukur dengan kejatuhan dan kegagalan yang aku hadapi. Ianya membuatkan aku kenal siapa yang ada dikala aku senang dan menjauh di kala aku susah.

Niat aku menulis rentetan kisah hidup ini bukanlah untuk meraih simpati. Tetapi sekadar untuk pengajaran dan juga semangat kepada aku dan kau yang mengalami nasib yang sama.

Aku mahu kau tahu, hidup ini tidak selalunya seperti yang kita rancang. Maka disebabkan itu aku mau kau bersiap sedia untuk menghadapi segala mungkin kemungkinan berlakunya perubahan dalam perancangan kau.

Aku juga mahu kau tahu, jatuh itu tidak bermakna untuk kau tidak boleh lagi untuk bangun dan bangkit kembali. Ia bukan the end of the world. Aku dan kau harus terus bangkit dan pecut mara kehadapan.

Pengakhiran Lumrah Hidup

Ambillah falsafah air yang mengalir. Apabila bertemu dengan halangan ianya segera mencari ruang di tepi atau di mana pun untuk terus mara mengalir ke hadapan.

Hidup ini sememangnya senantiasa indah jika kau ingin mencari dimanakah keindahnya itu.

Apa yang telah berlaku akan aku jadikan ikhtibar untuk bekalan perjuangan.  Dan aku tetap akan terus tersenyum. Kerana pasti ada yang akan terus mencintai serta Tuhan yang Maha Hidup terus memandu aku dalam kembara ini.

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version