Meraba Dalam Kegelapan – Kebaikan Atau Kejahatan Yang Dicari

10
2778

Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, apakah yang kita cari dalam kehidupan kita seharian? Atau pun pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, mengapa perlu kita belajar? Mengapa harus ditanya sebegitu? Agar dikemudian hari kita tidak meraba dalam kegelapan.

Tanpa sedar kita telah menghabiskan banyak waktu hanya untuk belajar sesuatu tentang erti hidup. Bermula dari Pra Sekolah hinggalah kita tamat belajar di Universiti.

Bukan sahaja habis masa wang ringgit, tetapi banyak tenaga telah digunakan hanya untuk tamatkan pengajian kita sewaktu di universiti.

Sudahlah jauh dari keluarga, malah kita berhutang pula dengan PTPTN. Susah payah kita belajar, siapkan tugasan yang diberikan, malah kena bersiap sedia pula untuk peperiksaan yang akan datang. Semua orang melalui hal ini dan tidak terlepas juga dengan aku sendiri.

Jalan yang aku pilih

“Kenapa aku perlu lalui semua ini?”

Itulah soalan yang sering berlegar dalam fikiran aku sejak dulu lagi. Kenapa aku perlu mendapatkan segulung ijazah sedangkan waktu itu aku sendiri belum mempunyai cita-cita yang teguh lagi.

“Mengapa?”

Adakah anda juga pernah bertanya kepada diri anda sendiri seperti soalan di atas? Adakah sekadar untuk memenuhi keinginan sendiri atau pun kedua orang tua kita?

Atau sekadar menunjuk kepada orang lain bahawa kita juga mampu mendapatkan segulung ijazah dari sebuah menara gading yang terkemuka?

Paling tidak untuk memberitahu kepada semua orang bahawa ada satu misi besar yang kita nak gapai dalam dunia ini.

“Jika anda benar-benar mahukan sesuatu. Anda pasti mencari jalan. jika tidak, anda pasti akan memberikan asalan.

Pelbagai soalan yang sering terlintas dalam fikiran aku selama ini. Apakah erti hidup kita sebenarnya di dunia ini malah apakah sebenarnya erti kejayaan hidup yang sedang aku tercari-cari sehingga kini.

Meraba dalam kegelapan

Seorang Pakcik tua pernah menegur aku sewaktu berada di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketika itu, aku sedang menunggu penerbangan MAS ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat yang akan diadakan di Technology Park di Bukit Jalil.

Meraba Dalam Kegelapan - Kehidupan Itu Satu Ujian
Meraba Dalam Kegelapan – Kehidupan Itu Satu Ujian

“Adik, apakah erti hidup kita dalam dunia ini? Bentuk kejayaan yang macam mana yang adik idamkan dalam hidup adik?”

Tanya pakcik itu kepada ku.

Jika difikirkan, kedua-dua soalan itu adalah soalan yang mungkin kita rasa biasa sahaja. Namun oleh kerana ditanyakan oleh seorang yang lebih berpengalaman membuatkan aku sedikit gugup untuk terus memberikan jawapan kepada pakcik itu.

There is no definitive method to learn a language fluently

Mengapa kita perlu mengenal erti hidup kita di dunia ini sekaligus mengenal erti kejayaan sebenar yang kita cari.

Tidak lain tidak bukan adalah agar masa, tenaga dan harta yang kita gunakan sepenuhnya menjadi lebih bermakna dan hakiki. Agar jiwa kita menjadi lebih tenang, hidup lebih damai dan hati menjadi lebih tenteram.

Agar hidup kita di dunia ini bakal memberikan impak yang besar bukan sahaja kepada diri kita, tetapi juga kepada masyarakat dunia secara umumnya.

Carilah inspirasi agar lebih maju

Aku lebih suka membaca tentang kejayaan seseorang dalam hidup mereka lebih-lebih lai kalau dalam bidang perniagaan. Aku suka mencari sumber inspirasi daripada mereka sekurang-kurangnya boleh menaikkan semangat aku untuk berjaya.

Namun aku juga agak spektikal dalam mencari sumber inspirasi aku sendiri.

Ada kreteria yang aku sendiri sukar untuk menjelaskannya di sini. Cuma biarlah aku sendiri yang faham tentang itu agar dapat keluar dari teraba-raba dalam gelap.

Kata-kata inspirasi dari Tan Sri Syed Mokhtar

Antara sumber inspirasi yang selalu aku kagumi di antaranya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Aku mengambil beliau sebagai sumber inspirasi kerana beliau sangat dekat dengan kita.

Beliau dilahirkan di Kedah pada 1952 dan mula menjalankan perniagaan pada usianya 19 tahun. Apa yang aku kagumi pada beliau ialah tanpa segulung ijazah pun mampu untuk berjaya dalam bidang yang beliau pilih.

Beliau sangat unik pada pandangan aku terutamanya dalam kesungguhannya untuk memajukan perniagaan yang diusahakan. Penternakan, pengangkutan, gula, kereta, pelabuhan dan banyak lagi bidang perniagaan beliau.

Sebut saja apa yang kita tidak pernah rasa hasil daripada perniagaan yang beliau telah jalankan.

Apa yang lebih menarik lagi ialah sumber kekayaan beliau dapat telah disumbangkan melalui Yayasan Al-Bukhary demi kemaslahatan umat islam di negara kita.

Beratus ribu pelajar telah ditaja untuk menyambung pelajaran mereka keluar negara. Berjuta ringgit telah dihabiskan untuk menguruskan Muzium Kesenian Islam, membina masjid, pusat rawatan dan banyak lagi.

Benar-benar seorang lelaki dan ahli perniagaan yang sangat hebat.

Antara kata-kata beliau yang memberikan insprirasi kepada saya di antaranya adalah seperti di bawah :

“Ada sebab kenapa saya berkerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kemasyarakatan itulah antara penyebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.” Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Apakah erti hidup anda?

Jika kita telah jelas dengan apakah erti hidup yang kita cari selama ini, pasti kita tidak akan lagi mempersia-siakan masa yang kita ada.

Cuba untuk memperbaiki mana kelemahan yang dirasakan harus dibendung dan diubah kepada yang baik.

Setiap kita mempunyai masa yang sama dan seharusnya tidak ada lagi yang merasakan tidak cukup untuk melakukan perubahan.

Jangan pernah meraba dalam kegelapan

Kehidupan ini mudah, cuma perlu mengikut garis yang ditetapkan dan kejar sebanyak mungkin kebaikan sebagai bekalan di sana kelak.

Jika belajar, belajarlah atau berniaga maka lakukanlah perniagaan tersebut dengan ikhlas dan belajarlah bersungguh-sungguh.

“..Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuwatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi aku khuwatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (HR A-Bukhari & Muslim)

10 COMMENTS

  1. Pernah jg terfikir belajar sungguh2 tuk dpt keja yg elok2. Dah dpt keja yg elok hny tuk bayar hutang. Semua untuk hidup…

  2. Quote tu nampak macam lari sedikit dr tajuk. Hehe gurau saja… apa pun mmg terbaik untuk kita ambil pengajaran dlmnya

  3. Paling sedih adalah hutang PTPTN daripada diploma hingga 1st ijazah. Huhu kalau nak ambil master nak pinjam berapa tah lagi….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.