Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

“Baca-baca tulisan dia ni, sembang dalam blog macam orang yang telah lama berjaya je. Kongsi pengalaman, testimoni dan tips bagai seperti dah pernah untung juta-juta. Tapi bisnes apa pun tarak? Sembang macam pengalaman kalah jutawan.”

Pernah saja aku mendapat inbox dari Facebook Messanger yang memberi komen seperti di atas kepada aku.

Beginilah, kita semua tidak pernah lepas dari apa pun cacat cela. Aku sendiri sedar yang aku bukannya seorang manusia yang sempurna, tiada dosa atau tidak buat salah.

Kita sama. Aku, kau, dia, dan si dia sama saja.

Bisnes aku baru setahun jagung. Itu pun, sekejap ada sekejap hilang. Orang kata, seperti hidup segan mati tak mau. Jauh benar untuk bergelar seorang usahawan bercakap juta-juta. Kaya saja tidak.

Malah jauh sekali untuk dikatakan layak memberi tips atau nota perniagaan. Apa lagi tips untuk menjadi kaya? Jauh panggang dari api, cukup terang bersuluh lagi. Belum terbukti.

Pengalaman Itu Bersifat Mengajar

Sebagai manusia biasa, sudah pasti tidak akan dapat lari dari terkesan dengan komen-komen sebegini. Aku pasti akan menipu diri sendiri jika aku mengatakan tidak pernah berfikiran negatif, merungut atau berkecil hati dengan semua tu.

Siapa pun engkau yang pasti bukanlah Adiwira yang punya semangat kental. Aku bukan seperti Superman. Jika difikirkan, Superman pun boleh menjadi lemah jika jumpa dengan kryptonite. Boleh pengsan juga jadinya.

Cuma setiap kita ada cara masing-masing untuk mengawal situasi seperti itu. Bagi aku, setiap kali aku rasa down, atau putus asa, aku akan pujuk diri aku sesuai dengan apa yang aku tuliskan dalam setiap posting aku.

Aku cuba untuk terus menulis tentang berfikiran secara positif, doa, tawakal dan bersangka baik dengan Tuhan seperti tahun 2009 dulu. Aku harap ianya dapat memberikan kekuatan dan juga sebagai terapi kepada diri aku sendiri agar keluar dari segala kesedihan.

Mungkin ianya boleh menjadi sebuah perkongsian kepada kau agar kita semua mendapat manfaat daripadanya. Kerana aku tahu, mungkin ada di antara kau juga senasib dengan aku. Pernah merasa erti kejayaan sebelum jatuh tersembam tanah.

Aku harap, aku dan kau bisa bangkit bersama dan terus berjalan.

Pengalaman itu memberikan seribu satu pengajaran.
Pengalaman itu memberikan seribu satu pengajaran.

Ibrah Dari Pengalaman Itu Bersifat Manis Dan Pahit

Manusia itu memang sifatnya sudah begitu. Sering aku berjaga dan duduk bersendirian sehingga jam 2 – 3 pagi di beranda rumah, aku dapat rasakan ujian ini memang berat. Pelbagai soalan akan muncul, namun aku cuma mampu ambil positif dengan harapan aku berjaya tempuhi ujian ini.

Aku berharap, apabila aku berkongsi pengalaman ini, kau mampu untuk nampak bahawa hidup ini masih lagi jauh untuk diterokai. Kerana sinar matahari itu masih menyinari.

Bagi kau yang baru gagal dalam dunia percintaan remaja, dibelit dengan bebanan hutang, bisnes tunggang langgang seperti aku, hilang pekerjaan, kita sama sahaja sedang diuji.

Sepatutnya kau dan aku rasa bersyukur kerana bukan kita sahaja yang sedang melalui proses ujian dari-Nya. Ramai lagi yang sedang berjuang dalam kemelut masalah sendiri dan kita beruntung masih boleh berusaha untuk keluar dari ujian ini dengan jayanya.

Bila aku dan kau boleh berjaya menempuhi manis pahitnya pengalaman ujian ini, aku yakin ianya mampu memberikan motivasi kepada diri sendiri dan juga orang lain di luar sana.

Itu harapan aku untuk diri aku sendiri dan untuk kau juga.

Jadi, jika kau rasa mana-mana tulisan aku dalam blog AhmadiKatu ini mampu ntuk memberikan kau sedikit kebaikan, kau sebarkanlah. Mudah-mudahan ianya nanti menjadi saham aku untuk bertemu Tuhan di sana nanti.

Namun mana-mana tulisan aku yang kau rasa sekadar cakap dalam tulisan saja dan tidak praktikal pada pandangan bacaan kau, kau tegurlah. Mungkin bagi kau, aku menulis dengan syok sendiri. Tegurlah. Aku yakin yang aku sedikit pun tidak terasa hati.

Kerana memang sudah jelas aku bukan pakar pada bidangnya. Aku cuma berkongsi pengalaman berdasarkan apa yang aku lalui sepanjang ujian ini.

Pengalaman Itu Indah

Aku pasti. Aku akan bangkit dari kejatuhan dan kegagalan ini. Walaupun ianya bukan laluan yang mudah ditambah dengan semakin ramai yang dekat dengan aku tidak lagi mempercayai.

Mungkin ianya semakin menghambat motivasi aku dengan hilangnya kepercayaan dari orang yang rapat dan sangat percayai. Bukan mudah untuk aku terima.

Tapi aku yakin, mungkin aku masih berjalan perlahan tapi Insya Allah aku pasti akan berlari sekuat hati untuk buktikan pada diri aku sendiri aku juga boleh maju seperti dulu lagi.

Kalau sekarang aku jatuh, tapi tiada siapa yang hulurkan tangan untuk memimpin aku berdiri. Tapi yakinlah, kalau kau jatuh bersembam tanah sekali pun aku ada untuk menghulurkan tangan memimpin kau untuk bangun semula.

Kita bangun sama-sama, kita menangis bersama-sama, kita usaha dan tawakal bersama-sama.

Moga di hujung ujian nanti kita mampu untuk tersenyum dan gelak bersama-sama juga.

Aamin.

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

26 COMMENTS

  1. Posting yang sangat menyentuh hati. Ain harap penulis boleh bertabah dengan segala ujian dariNya dan teruskan menulis seperti ini untuk memberikan motivasi kepada semua orang diluar sana.

    • Terima kasih Ain atas doa yang diberikan. Kita semua sama sahaja sedang menjalani sebuah ujian dalam dunia ini. Yang membezakannya adalah sama ada ujian tersebut kecil atau besar dan kita kuat atau tidak menghadapi ujian tersebut.

      Semoga ianya akan memberikan kita seribu satu kebaikan daripada perkongsian ini. Thanks Ain.

      • Betul tu. Ujian dtg n pergi apa lg d bulan yg mulia ini. Kita sering d uji tapi yakinlah Tuhan tidak akan sesekali membebankan hambaNya dgn ujian yg tidak mampu d tanggung oleh hamba-hambaNya.

        Semoga tuan punya blog dan kita semua dpt mengharungi segala ujian dariNya. Salam ramadhan

        • Beruntunglah mereka yang sedang diuji ketika dalam bulan ramadan dan lebih beruntung lagi jika mereka dapat menempuhi semua ujian itu dengan sabar. Thanks Ain.

  2. Hidup bukan la selalunya indah. Cerita ini memang penuh dgn unsur memberi semangat untuk bangkit dr kegagalan.

    Komen Hajar, teruskan membuat posting yg baik spt ini untuk beri motivasi kepada kami. Dan yang penting jangan pernah putus asa dgn ujian yg dihadapi.

    • Terima kasih Siti Hajar atas sokongan yang diberikan. Hidup ini pasti akan indah namun memerlukan pengorbanan yang besar untuk kita mencorakkan konteks indah itu sendiri.

      Apa pun memang benar apa yang Siti Hajar katakan, apa yang penting jangan pernah mengalah dan berputus asa. Teruskan berlari.

    • Perkongsian ini hanya untuk memberikan sumber inspirasi kepada semua. Namun sokongan dan nasihat dari tuan Helmi amat saya hargai.

      Terim kasih.

    • Dunia remaja memang tidak akan dapat lari daripada maslahat ini. Siapa pun kita akan percaya mereka pernah merasainya walaupun sekali dalam seumur hidup mereka.

      Terima kasih tuan Ilham atas sokongan yang diberikan.

  3. Kita bangun sama-sama, kita menangis bersama-sama, kita usaha dan tawakal bersama-sama.

    Sangat memberikan inspirasi kepada saya. Moga terus maju tuan.

  4. AsSalam. Salam perkenalan untuk Tuan Punya Blog dan pembaca blog ini.

    Ilmu tidak perlu tunggu sampai mahir baru mahu sebarkan. Seperti pesan Nabi Muhammad (selawat atasnya)…sampaikan walau satu ayat. Tidak perlu tahu banyak ayat baru mahu sampaikan. Tahu satu beritahu satu dulu…kerana pesan memesan itu amalan mulia.

    Teruskan perkongsian tuan walau dikritik banyak orang.

    • Salam perkenalan juga buat tuan Ahmadyani. Sangat berbesar hati kerana tuan sudi untuk datang ke blog saya dan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. Terima kasih juga dengan nasihat yang diberikan, insya Allah akan sentiasa diingati.

  5. Kritikan sentiasa akan ada sama ada baik atau buruk. Yg mencorakkannya adalah diri kita sendiri sama ada mau ambil sebagai kritikan yg membina atau sebaliknya.

    Teruskan usaha untuk memberikan motivasi dan nasihat yg baik untuk semua. Good luck dan slm ramadhan

  6. Ujian dan dugaan sentiasa ada. Tabah dan yakin saja untuk hadap semuanya. Jangan putus asa pasti akan berjaya dengan apa yg dilakukan.

    Blog nampak kemas dan teratur.

    • Terima kasih tuan. Insya Allah akan dibaiki mana yang masih kurang memuaskan dalam blog ini terutamanya bila berkaitan dgn kelajuan bila membuka blog ini dalam PC.

    • Jika kepercayaan itu diukur dengan kaedah matematik sudah tentu ianya akan bersifat menyakitkan, Namun jika ianya diteraskan dengan hati, sudah pasti semuanya akan tersenyum kerana hati itu bersifat pemaaf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.