Advertisement

Teringat waktu kau ditimpa kegagalan yang besar dalam hidup kau, aku tahu kau sudah bersedia untuk berhadapan dengan semua kritikan dan apa saja yang orang akan kata. Aku mengerti segalanya dan nasihat aku seperti yang pernah berikan kepada kau ialah persetankan saja semuanya.

Terima saja takdir-Nya dan aku berharap kau akan sentiasa kuat dengan semua apa yang telah berlaku dalam hidup kau.

Aku tahu dan merasakan hal yang kau rasa. Apa saja yang orang tidak kata?

Yalah sebelum ni kau seorang yang banyak berjaya dalam pelajaran mahu pun dalam bidang kerjaya yang sangat kau minati. Aku saja pun kau tarik muncung sedepa bila bergurau tentang kerjaya kau. Lebam bekas sengatan saja tidak hilang berminggu jika cuba bergurau tentang kerjaya kau.

Tapi itulah, orang sekeliling kau tidak melihat semua kejayaan yang pernah kau lakar dulu. Mereka lebih melihat kepada kegagalan yang kau hadapi sejak beberapa tahun lepas. Bijak pandai kata sekali jatuh, itulah masa yang sesuai untuk orang mengata, kan?

Apa saja orang tidak kata. Aku saja tidak sanggup mendengarkan semuanya seperti yang pernah kau ceritakan. Belum lagi cerita dari kenalan teman aku sendiri? Seperti tidak sanggup untuk aku sampaikan kepada kau.

Mungkin saja aku boleh buatkan sebuah buku untuk huraikan semua label yang pernah dilemparkan kepada kau sejak itu. Atau sebuah cerita pendek untuk menjelaskan segala tomahan yang kau terima.

Persetankan Saja Semuanya

Aku tahu kau tertekan dengan semuanya. Kau stress dengan semua yang sibuk mengata.

Lebih-lebih lagi selepas pemergian orang yang sangat penting dalam hidup kau sejak kau lahir. Seorang ibu tempat kau bergantung selama ini.

Persetankan Saja – Aku Tahu Kau Kuat

Namun aku berharap kau berjaya pekakkan telinga dan teruskan hidup seperti mana yang pernah kau impikan sejak dulu. Semoga kau boleh kuat seperti yang aku harapkan.

Jangan pernah kau biarkan hidup ditentukan oleh kutukan orang. Malah aku juga berharap yang kau jangan sedikit pun terpengaruh dengan kata orang.

Aku percaya yang kau sendiri tahu siapa diri kau yang sebenarnya dan apa kemampuan kau. Orang lain hanya tahu apa yang mereka nampak, dan mereka akan buat macam-macam kesimpulan.

Aku sedar aku tidak sekuat kau.

Kalau aku berada di tempat kau dan dengar semua kutukan jahat tu mungkin saja buku lima yang membalas segala kutukan orang. Kerana aku tahu kutukan orang yang kau terima bukan sekadar sembunyi-sembunyi, bahkan depan orang lain.

Tutup Mulut Dan Pekakkan Telinga

Nasihat aku, :

“Kau kena yakin kepada diri kau sendiri, dan tahu apa yang orang cakap itu semuanya tidak betul. Lama-lama nanti penatlah orang nak mengata lagi.”

Kalau kau tanya aku, aku mudah saja.

Aku anggukkan saja kepala untuk bagi semua orang yang mengata itu perasan bagus dan tidak mengata lama. Biar mereka rasa konon mereka semuanya bagus dan betul.

Aku akan pendamkan dalam hati sejuta peratus untuk menolak semua yang mereka kata.

Mulut aku tutup rapat.

Telinga pula, aku pekakkan saja.

Moga saja mereka penat mengata lalu berhenti.

Itulah aku kalau kau tanya jika aku berada di tempat kau. Paling penting kau jangan hadam segala apa orang nak sumbat dalam kepala kau. Kalau kau mula ragu-ragu dengan diri kau sendiri, saat itulah kata-kata orang itu akan menjadi racun.

Persetankan Saja – Aku Tahu Kau Kuat

Selepas beberapa tahun ini juga, aku tahu kau belajar yang kau tak akan dapat memuaskan hati semua manusia. Kau buatlah macam mana pun, akan ada saja ruang untuk orang kutuk kau.

Yakin Di Setiap Langkah Perjalanan

Kau kena sedar, semua orang punya mulut. Dia boleh kata apa saja.

Tiada manusia yang lebih tahu tentang diri kau melainkan kau saja. Kau binalah kekuatan diri dan kelebihan yang ada, kemudian bergeraklah. Ingat lagikah segala nasihat aku selama ini?

Nasihat aku bukan sekadar kata-kata penyedap rasa buat kau? Tapi semuanya untuk kau mampu berdiri dan tersenyum semula seperti yang aku harapkan seperti dulu.

Usahalah sedaya mungkin untuk kau kejar matlamat hidup.

Aku tahu kau punya dunia kau sendiri bersama berpuluh anak-anak kau. Kau kelihatan gembira dengan dunia yang kau ciptakan sendiri. Tersenyum seperti tidak ada apa yang pernah berlaku.

Anak-anak yang pernah kau ungkapkan untuk membuat aku berasa cemburu walaupun aku faham erti ungkapan itu sebenarnya. Sengaja aku seakan tidak faham.

Persetankan saja segala label yang orang nak tampal pada dahi kau. Kau koyakkan label itu dan jalan terus.

Biar sehingga orang bosan nak kutuk kau lebih-lebih.

Akhirnya, apabila hati kau gembira dan bahagia, cakap-cakap orang itu kau akan anggap macam bunyi cengkerik pada waktu malam saja.

Sudah. Jangan sedih-sedih. Aku tahu kau sememangnya hebat!.

Aku nak lihat kau tersenyum lagi seperti dulu.

Advertisement

42 COMMENTS

  1. kita tak hidup dgn kata2 org.
    kita tak hidup dgn puji or caci org sebenarnya.
    semuanya atas diri kita sendiri. mereka hanya boleh ckp je.
    yg baik, kita amik.
    yg buruk, amik jugak, jadikan teladan.
    yg x relevan, abaikan. persetankan jer…
    dia x dok dlm keadaan kita. pe dia tahu, kan.
    kuat. semangat. kembali bergembira.

  2. Biasalah, dalam hidup ni kadang memang kita perlu buang kata-kata orang jauh-jauh. Orang bukan berada dalam situasi kita, tak rasa apa kita rasa. Jangan disebabkan kata2 orang, ianya memberi impak kepada diri kita.

  3. Ruby pernah di uji. Ketika itu, lepas berpantang. Belum lagi 2 bulan. Allahu, memang perit. Hari hari menangis. Perit. Apatah lagi bila melibatkan anak-anak.

    Mulut orang? Tak usah ceritalah. Tak boleh tutup macam tempayan tu. Ada je kena tembak dengan hinaan dan tohmahan. Ahh persetanlah.

    Dari situ, Ruby belajar sesuatu. Hati manusia boleh berubah sekelip mata. Apa yang kita miliki, bukan hak mutlak kita. Itu semua Allah punya. Dan Allah boleh tarik sekelip mata saja.

    Pengalaman lalu mengajar Ruby macam-macam.

    Segala kata negatif dari orang luar, kalau kita biarkan. Memang akan jadi RACUN pada diri kita.

    Jadi seeloknya, jadi katak pekak.

    Biar lah orang nk kata apa. Biarkan.

    Kita tak membalas bukan bererti kita salah dan kalah. Tapi demi menjaga hati dan emosi kita dari terkoyak teruk.

    • Sedih pula baca perkongsian lal @Ruby diruangan ni 🙁 Biasalah kak, kita semua tidak lepas dari segala ujian yang datang. Bersangka baik itu sajalah sekuat-kuat pegangan yang kita ada untuk lawan segala ujian tu. Apa pun, saya doakan kak @Ruby tetap kuat dan sentiasa berdoa dengan ujian yang di hadapi. Thanks kak atas perkongsian kat sini.

    • Setuju sangat dengan pandangan @Alia kat sini. Ya, sebaiknya kita dengar dengan telinga kiri tetapi jangan simpan kat telinga kanan. Biarkan je ianya berlalu keluar kan 🙂

    • Betul juga kan 🙂 Cuma jangan lupa juga untuk saling check setiap tindakan kita agar kita tidak terlalu fikir kita kenal sangat dah dengan diri kita kan 🙂 Kata mudahnya, audit diri sendiri tu pun penting juga 🙂

  4. Hidup kita nie bukan diatas kutukan atau hinaan orang..abaikan orang2 mcm nie sebab bila suatu hari nanti mulut tue da penat mengata, lama2 die akan diam dan kita enjoy ngn kehidupan kite..xeprlu kita dgr apa yg diowg perkatakan tntg anda..yess betull..tutup mulut dan pekakkan telinga ?

  5. Ujian adalah tarbiyyah daripada Allah, Apakah kita akan sabar -The Zikr Kehidupan (nasyid). Kekuatan ia datang dengan sendiri. Hendak harap pada rakan-rakan bukan semua akan bersama-sama kita sama ada senang tambahan pula waktu susah.

    Sabar.. 🙂

    • Hahaha…dah terbiasa bermonolog sendiri kak, so dari terbiar lalu camtu je, dikongsikan la kepada semua dan diharapkan ada yang baik dapat diperoleh nanti kan 🙂

  6. Mulut tempayan boleh lagi kita tutup, tapi mulut manusia…. Betul tu persetankan saja mereka, usah dilayankan sangat dengan kata-kata yang akan menjatuhkan kita. Manusia ni penuh dengan hasad dengki, depan lain, bila belakang tikam kita. Moga kita semua dilindungi

    • Hehe…betul juga dengan pendapat Kak @Nadia kan 🙂 Cuma kenalah kawal diri juga kan kak..Takut terlebih pula riaknya kalah dosa pahala orang lain nanti 🙂

  7. sabar lah ye. itu semua dugaan kehidupan yang akan mengubah kita menjadi lebih kuat atau menjadi lebih teruk berdasarkan cara kita memanipulasi kehidupan sendiri.

  8. “Persetankan saja segala label yang orang nak tampal pada dahi kau. Kau koyakkan label itu dan jalan terus.

    Biar sehingga orang bosan nak kutuk kau lebih-lebih.

    Akhirnya, apabila hati kau gembira dan bahagia, cakap-cakap orang itu kau akan anggap macam bunyi cengkerik pada waktu malam saja.”

    Ahmadi, you should write a book!
    Love your words, mmg sesuai dgn keadaan yg tgh sy lalui skrg.

    • Hi Grace, thanks tau sekali lagi mai ke sini. Dan thanks juga sudi membaca posting saya. Saya doakan moga Grace dilapangkan hati dengan setiap ujian yang Grace sedang hadapi. Kuatkan semangat je 🙂

  9. orang kata tak mati dek keji tak makan di puji…kit abuat apa yang kita fikir, kadang2 letih bila terlalu mengikut acuan yang orag hendak dan harapkan…menjadi diri sendiri dengan pedulikan org yang mengencam ini kerana org yang kutuk kita belum tentu lebih baik dari kita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.