10 Tips Tingkatkan Trust Untuk Lonjakkan Jualan Anda! Bahagian 2

0
615

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Bagaimana dengan cuti anda hari ini? Atau ada di antara anda yang berkerja di hari ini demi meneruskan KPI yang baik sehingga hujung tahun? Tidak kiralah sama ada anda bercuti mahupun berkerja pada hari ini, saya doakan anda semua terus maju ke hadapan dengan apa yang anda kerjakan.

Sebelum saya mulakan penulisan bahagian kedua cara meningkatkan trust kepada audiance anda, saya ingin bertanya. Adakah anda sudah membaca tulisan saya pada bahagian pertama? Jika belum, saya gunakan kuasa veto kepada anda untuk membaca dahulu bahagian pertama 10 tips meningkatkan trust kepada audiance.

Ok, kita teruskan dengan tips seterusnya.

06 Real Business

Apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai real business? Bagaimana pula real bisnes ini boleh meningkatkan trust pada audiance anda di luar sana? Dengan kata lain, bagaimana untuk anda tunjukkan kepada audiance anda yang bisnes anda ini benar-benar wujud dan bukan sekadar ada-ada saja.

Seperti yang saya telah tuliskan dalam bahagian pertama di mana anda boleh upload gambar-gambar aktiviti yang anda telah lakukan di dalam fan page anda. Sebagai contoh, anda boleh upload gambar stock produk dalam stor anda, anda juga boleh upload gambar staff yang sedang bekerja mahu pun gambar permis atau opis anda.

Jika anda mempunyai gambar pelanggan anda yang datang ke opis anda atau pun gambar pelanggan sedang datang mengambil stok dari opis anda bolehlah diuploadkan dalam fan page anda. Ini akan mewujudkan 1 situasi yang menggambarkan bahawa bisnes yang anda lakukan itu benar-benar wujud atau pun disebut sebagai real bisnes.

07 Owner

Owner merujuk kepada pendiri bisnes atau pun lebih senang orang cakap sebagai bos dalam sesebuah kompeni sama ada ianya kompeni kecil mahu pun besar. Mengapa saya meletakkan owner sebagai tips ke tujuh dalam meningkatkan trust kepada audiance anda?

Sebenarnya, sebagai seorang owner kepada sesebuah syarikat anda perlulah berada di hadapan sekali bagi membolehkan pelanggan dan juga bakal pelanggan anda mengenali siapa disebalik syarikat yang mereka nak berurusan.

So, bagaimana anda sebagai owner oleh meningkatkan trust kepada audiance anda?

Salah satunya adalah dengan uploadkan di fan page anda gambar anda sebagai owner bisnes yang sedang berurusan dengan pelanggan, supplier, mahu pun staff anda sendiri. Ini jelas sekali akan membantu anda dalam meningkatkan trust kepada audiance anda kerana mereka suka berurusan dengan orang yang mereka kenal.

08 Autoriti

Bagaimana authority itu boleh membina trust dalam perniagaan anda? Saya terus kepada contoh supaya anda lebih memahami bagaimana authority itu meningkatkan trust untuk anda. Pertama, jika anda sebagai owner mahu pun bos kepada kompeni anda, dan anda telah dijemput oleh stesen TV dalam sesebuah rancangan mahu pun surat khabar. Anda boleh mengambil peluang ini dengan mengwarkan dalam page anda tentang aktiviti tersebut. Jika anda ada mengambil gambar, bolehlah diuploadkan dalam fan page anda.

Kedua, katakan anda sebagai owner baru mendapat satu kelulusan yang berkaitan niche perniagaan anda atau anda baru menerima award dari mana-mana institusi, anda bolehlah uploadkan semuanya ke dalam fan page anda bagi membantu meningakatkan trust kepada audiance anda.

Anda juga boleh uploadkan gambar pakar-pakar yang menggunakan produk anda atau rekomen produk anda. Testimoni dari orang-orang yang terkenal juga boleh digunakan untuk meningkatkan trust kepada audiance. Ini bertujuan bagi menarik follower orang yang terkenal/artis untuk mempercayai produk yang anda jual.

09 Konsisten

Sebagai seorang pendiri bisnes, anda perlu tahu apakah makna konsistensi terhadap bisnes yang anda sedang lakukan. Ini disebabkan trust tidak dapat dibina dalam jangka masa cuma sehari tetapi ianya lahir secara berterusan dan juga konsisten.

Consistency is the KEY. If you can’t be consistent, then you can’t be ANYTHING.

Anda seharusnya sedar bahawa untuk membina trust akan mengambil masa selama berbulan-bulan lamanya. Sebagai conthoh, anda perlu membuat Like Marketing yang berterusan selain memerlukan kekerapan yang tinggi dan tidak henti dalam update fan page anda.

Kenapa anda perlukan konsistensi dalam membina empayar perniagaan anda?

Ianya adalah kerana pelanggan mahu pun bakal pelanggan anda sentiasa memerhati kemunculan anda di fan page atau pun newsfeed mereka. Fan page yang sentiasa diupdate memberi makna anda masih aktif lagi dengan perniagaan anda berbanding dengan perniaga yang sebulan dua bulan mengupdate fan page mereka.

10 Jaminan

Saya sering membeli produk digital dari luar negara di mana mereka memberikan jaminan wang akan dikembalikan dalam beberapa waktu jika saya tidak berpuas hati dengan produk tersebut. Dan saya sendiri pernah meminta semula wang saya disebabkan produk mereka tidak dapat memberikan keuntungan seperti yang dijanjikan.

So, mengapa saya katakan jaminan merupakan aspek penting dalam membina trust kepada audiance anda? Ini kerana, dengan memberikan jaminan kepada bakal pelanggan anda, mereka akan membeli tanpa rasa risau dengan pelaburan yang mereka lakukan kerana mendapat jaminan wang akan dikembalikan.

Sebagai seorang peniaga seperti produk kecantikan dan juga kesihatan, anda boleh memberikan jaminan kepada prospek anda seperti jika produk jualan anda tidak berkesan wang mereka akan dikembalikan. Selain itu, anda juga boleh memberikan Customer Support Warranty kepada pelanggan anda, ini pasti akan meningkatkan trust audiance anda terhadap perniagaan anda seterusnnya menjadikan mereka sebagai pelanggan setia.

Kesimpulan yang dapat kita ambil dalam 2 bahagian posting yang saya buat adalah kepentingan anda sebagai seorang peniaga dalam membina trust atau kepercayaan perniaagan anda terhadap pelanggan dan bakal pelanggan anda. Jika anda mampu membina trust yang tinggi sudah pasti akan memberikan keuntungan secara konsisten dalam perniagaan anda.

Saya berharap, anda mampu mengikut setiap tips yang telah saya senaraikan dalam membina kepercayaan kepada audiance anda. Owh ya, jika saya menghuraikan kepentingan Misi & Visi dalam sesebuah organisasi atau perniagaan, adakah yang akan follow tulisan saya? Jika ya, mohon komen ‘YA’ di ruangan komen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here