Bab 1 : Pengenalan Kepada Reka Bentuk & Teknologi
1.1 Dunia Reka Bentuk
Definisi Reka Bentuk
Reka bentuk adalah sesuatu susunan bahan secara terancang untuk menghasilkan suatu produk atau impak yang mendatangkan faedah kepada manusia.
Definisi Teknologi
Teknologi adalah suatu pengajian atau pengetahuan ilmu sains dalam usaha manusia mencipta dan menghasilkan pelbagai sumber, teknik atau sistem untuk mengurus manusia.
Reka Bentuk Terbahagi Kepada 2
- Reka Bentuk Konkrit : Perekaan suatu produk yang dapat dilihat dan disentuh
- Reka Bentuk Abstrak : Perekaan suatu bentuk yang dapat dilihat namun tidak dapat disentuh