janawangIM.blogspot.com Button
Home Blog Gembira Itu Milik Mu – Melihat Kegembiraan Orang Lain

Gembira Itu Milik Mu – Melihat Kegembiraan Orang Lain

40
11350
janawangIM.blogspot.com Button

“Geramnya. Aku yang mintaย untukย dapatย pekerjaan tu, tengok-tengok orang lain yang dapat. Aku minta naik pangkat, dia pula yang dapat. Aku sepatutnya bersama dia, tapi orang lain yang naik pelaminnya.” Katanya yang sedikit sesal melihat kegembiraan orang lain.

Aku hanya mampu tersenyum mendengar segala omelannya yang tidak memerlukan jawapan. Tanpa sedar, kau seperti menyalahkan takdir yang telah ditentukan.

Aku percaya, kau pasti biasa membaca di ruang sosial media orang lain maju dalam perniagaannya, punya anak yang pandai, perkahwinan yang bahagia, hidup senang, lalu kau menjadi seperti di atas. Kau rasa tidak puas hati.

Lalu apa kau lakukan, kau tidak mau like.ย Kau menjadi lebih menyampah dengan status si kawan, kemudian kau scrollย ke bawah laju-laju.

Hati-hati kawan.

Sakit hati itu hanya sebahagian saja. Tapi jika kau mempunyai hasad yang tidak baik, mungkin sudah menjadi masalah lain pula.

Kalau benar terlintas sikit dalam hati, aku mohon kau cepatlah sedar. Jangan dilayan sampai hidup kau menjadi tidak tenteram melihat kebahagiaan orang lain.

Gembira Dengan Melihat Kegembiraan Orang Lain

Kawan, apakah kau ingat pada pesan Nabi kita?

Antara syarat sempurnya iman adalah apabila kau gembira dengan apa yang orang sekeliling kau dapat dalam perkara-perkara yang baik. Maknanya, hati kau bahagia bila melihat kegembiraan orang lain.

Kau suka perniagaan kau maju? Seharusnya kau juga perlu suka perniagaan kawan kau turut maju. Kau gembira apabila dinaikkan pangkat, sepatutnya kau juga suka bila kawan kau naik pangkat? Kau bahagia dengan kebahagiaan rumah tangga kau, seharusnya kau juga turut sama bahagia melihat kawan kau bahagia kan?

Gembira Itu Milik Mu - Melihat Kegembiraan Orang Lain
Gembira Itu Milik Mu – Melihat Kegembiraan Orang Lain

Aku suka melihat orang lain gembira. Aku harap kau juga begitu sebab itulah salah satu asasnya kau boleh turut sama rasa gembira.

Nasihat Aku Pada Mu Kawan

Nasihat aku, jangan sekali kau punya perasaan tidak puas hati dengan melihat kegembiraan orang lain. Bukan apa, jelas sangat iman kau belum sempurna jika kau terusan tidak puas hati.

Satu, hati kau pasti punya hasad dengki. Mana tidaknya, hati kau asyik bengkak saja melihat kegembiraan orang lain. Hasad ini Nabi kata menghapuskan amalan baik kan? Rugilah kau kawan, amalan baik mu lebur saja jika terus berbusuk hati.

Dua, jelas bila kau masih tidak berpuas hati sama saja macam kau tidak percaya pada takdir Tuhan kan? Kata mudahnya, sama saja kau tidak berpuas hati dengan Tuhan, kawan.

Apa kau tidak tahu, Tuhan itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk kau? Bila dan di mana masanya yang sesuai saja perlu kau tunggu untuk dapat.

Yakin saja bahawa Tuhan maha tahu segala usaha kau selama ni. Sabar sahaja kawan. Aku pasti, jika kau boleh sabar dan lulus segala ujian fizikal, mental dan emosi, pasti Tuhan beri ganjaran yang setimpal.

Jangan Mental Melihat Kegembiraan Orang Lain

Kawan, jangan sesekali kau mudah untuk mental. Ini tidak, awal-awal lagi kau sudah mental koyak. Baru sedikit kegembiraan orang lain kau sudah muncung sedepa. Kalau begitu, awal-awal lagi kau boleh tahu hasil usaha kau akan macam mana.

Bersihkan hati, putihkan iman.

Kawan, kau kena pujuk dan didik hati kau semula. Aku nasihat ini bukan hanya untuk kau seorang tapi juga untuk diri aku dan yang lain. Kau harus tahu, kadang Tuhan berikan benda baik kepada kau yang mungkin tidak akan sama dengan orang lain.

Kau sibuk lihat kebahagiaan orang lain, padahal kau sendiri yang tidak sedar kau sekarang juga sedang bahagia. Cuma kau saja yang tidak perasan kebahagiaan kau itu dari sudut yang mana atau bagaimana.

Gembira Itu Milik Mu - Melihat Kegembiraan Orang Lain
Gembira Itu Milik Mu – Melihat Kegembiraan Orang Lain

Kau sibuk melihat kejayaan bisnes kawan kau menjual popcornย di tepi jalan. Tapi kau dengki sebab jualan popcornย kau tidak laku. Mungkin saja kau tidak pandai membuat popcornย tapi kau bagus dalam membuat dan menjual nasi lemak.

Entah-entah kalau kau jual nasi lemak, bisnes kau akan lebih berjaya dari kawan kau yang berjualan popcorn. Siapa tahu kan?

Apa yang jelas, usahlah kau dengki melihat kegembiraan orang lain. Islam sudah mengajar kita untuk sama-sama berjaya. Bukan kau seorang saja mahu rebut nikmat Tuhan. Bukankah nikmat-Nya itu luas?

Tidak habis kau makan seorang, kawan. Bahagian kau pasti ada juga.

Latih Hati Mu Kawan

Ingat kawan, hati mu itu umpama anggota tubuh yang lain. Perlu didikan, tarbiah, juga latihan. Kau latihlah dia untuk boleh bersikat positif. Bukan aku selalu menasihatkan kau untuk terus berfikiran positif.

Kekalkan positif seperti yang aku selalu nasihatkan. Bukan apa, jika kau sudah terbiasa untuk bersikap positif di akhir nanti tidak lagi perlukan nasihat aku. Secara automatik jiwa dan hati kau akan positif.

Aku juga doakan kau jauh dari sikap hasad dan tamak. Setiap kali kau hasad, kau doakanlah kebaikkan untuk orang lain. Tidak ke mana hasad kau. Tidak akan sempat kau hadam hasad kau itu sampai berkarat. Hati kau baru nak jadi hitam, kau dah putihkan semula.

Begitulah epiloknya.

Aku doakan moga dengan nasihat aku ini kau akan dapat apa yang kau dan aku hajati tanpa perlu ada hasad dengki dan sikap tamak lagi.

janawangIM.blogspot.com Button

40 COMMENTS

  1. Salah satu doa yang biasa saya dengar di ikim.fm ‘Ya Allah senangkan hati ku dengan apa yang Engkau beri padaku, senangkan hatiku dengan apa yang Engkau beri pada mereka’ kalau tak silap doa dari Prof Muhaya. Bila baca doa ini in sha Allah jiwa kita tenang.

    • Sama-sama. Saya sendiri tidak tahu apa ini tazkirah atau seperti mana. Cua sedikit perkongsian dari sekecil pengalaman yang mungkin ada kebaikannya untuk mereka yang membaca di luar sana. Apa pun terima kasih

  2. Selalu kita senang berada dalam keadaan kemurungan dan rasa sunyi apabila mood kurang baik. Apa yang kita boleh buat untuk ubah mood adalah pergi ke tempat yang mempunyai suasana alam semulajadi dan mood kita dapat berubah untuk jadi gembira.

    • Satu nasihat yang saya rasa sangat bernas dan ada kebaikkan yang boleh kita cuba. Dekatkan diri dengan alam semujadi in syaa Allah kita akan dapat rasa betapa kita dekat dengan kuasa maha pencipta. terima kasih atas nasihat yang diberi dan terima kasih juga kerana berkunjung tiba di web blog ini.

  3. Bagaimana perlunya gembira saudara apabila engkau mencintainya lebih 10 tahun sejak kami bersekolah hingga menjejak kaki ke U tapi ditinggalkan begitu saja tanpa alasan yang jelas. Sakitnya mencintai orang yang kau syg lebih 10 tahun dan berkali ditinggalkan begitu saja. Sehingga saat ini masih mengharapkan cinta yg tidak ada pengakhirannya. Mungkin hanya kerana dia punya pekerjaan yang baik sedangkan aku ini tidak punya apa. Bukan sekali aku ditinggalkan begitu saja admin, berkali.Tuhan saja yang tahu sakitnya.

    Bermula aku mengalah bila ditinggalkan kali pertama hanya kerana seorang kawan admin. Tapi aku menerimanya semula kerana sayangkan dia. Apa aku salah admin? Bermula dengan baik namun ditinggalkan lagi.

    Maafkan aku admin. Cuma mencari kekuatan dari blog admin namun menjadi curhat.

    • Assalamualaikum tuan, bagaimana saya nak menjawabnya ya. Mungkin ada rakan pembaca blog ini yang boleh tolong menjawabnya kerana saya tiada idea menjawab ๐Ÿ™‚ Cuma saya nak tuan tidak mudah mengalah. Tuhan tahu bila masa yang sesuai untuk tuan mengecapi kebahagiaan yang tuan cari. Sabar, terus berdoa dan berusaha. Masa yang tepat untuk tuan akan tiba juga nanti. Cuma jangan putus asa. Rakan lain mungkin boleh menambah di sini nanti.

  4. setiap orang ada rezeki masing-masing. kalau tengok orang lain lebih bahagia, kita pun tumpang bahagia untuk dia. Tuhan takkan bagi kita rezeki yang sama rata tapi yang pasti Dia akan pastikan ADIL.

  5. Terima kasih atas nasihat dan peringatan. Kita manusia biasa tak lari dari perasaan iri hati dengan kegembiraan orang lain. Kita hanya perlu lihat kegembiraan orang lain untuk jadikan kita lebih gembira dan kuat untuk jadi seperti mereka yang gembira.

    • Sama-sama kak @Marina, saling menasihati la kita walaupun kita cuma seorang blogger kan? Semoga ada yang baik dari posting saya dan dijadikan pahala amal jariah nanti. Amin ๐Ÿ™‚

    • Terima kasih @Iza atas perkongsian yang diberikan dalam ruangan komen ini. Sangat terkesan jika diambil dengan hati yang tenang dan sentiasa sabar dengan ujian dari maha Pencipta.

  6. Saya tak gembira bila tengok kejayaan orang lain kerana ia adalah motivasi kepada saya untuk berjaya macma orang tu juga saya kena berusaha lebih untuk dapat kejayaan seperti beliau tapi tak adalah sampai iri hati pada kejayaan itu tapi menjadi motivasi diri untuk berjaya jer..

    • Sarkastik sungguh kata-kata tuan @Maha ya ๐Ÿ™‚ Perlu difahami agar tidak disalah tafsir betul tak tuan ๐Ÿ™‚ Apa pun thanks tuan atas perkongsian tuan kat ruangan komen ni. Memang betul, jika diambil dari sudut positif pasti akan dapat menaikkan martabat dan kesungguhan kita untuk lebih maju ke depan.

  7. Bagus perkongsian nya.
    Hati jadi kotor, dengki ngan orang lain ni bilamana tak de rasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Sibuk nak apa yang orang lain miliki. Semua pun atas usaha dan rezeki memasing. Sedang apa yang sedia ada adalah yang terbaik telah Allah berikan.

    • Betul tu kak @Nina,

      Semuanya yang diberikan kepada kita oleh Allah adalah yang terbaik buat diri kita sendiri pada waktu tersebut. Cuma kerana kita kurang berterima kasih menjadikan apa yang diberikan oleh Allah pada waktu tersebut dianggap tidak cukup atau bukan yang terbaik pada diri kita.

      Moga kita terhindar dari sifat sebegini ๐Ÿ™‚

  8. Jeles jugak, tapi jeles bertempat dan motivasi diri untuk menjadi lebih baik juga. Tuhan tak bagi tu adalah sebabnya. Sesungguhnya apa yang kita rasa baik, mungkin sebenarnya tak bagus untuk kita. jadi yakin sahaja dengan rezeki Allah kan.

    • Setuju sangat dengan kenyataan kak @Bella tentang rezeki jika Tuhan tak beri adalah sebab musababnya tersendiri. Semoga kita tetap bersangka baik atas semua ketentuan Allah yang diturunkan kepada kita kan kak ๐Ÿ™‚

  9. Bagus perkongsian kali ni. Sesuai ntk bacaan umum. Sungguh nasihat yang sangat jujur dan ikhlas buat sahabat semua.

    Namun iya diakui, hati kita kadangยฒ kala berbolak balik. Ada masa kita ok sahaja, ada masa ada sedikit cemburu namun itu semua bukan bermakna kita boleh terus hasad dan membenci.

    Semua ini mendidik kita agar kembali kepada fitrah Allah. Allah lebih mengetahui segala perkara. InShaaAllah

    • Thanks for support kak @Xiaojie,

      Memang itulah tujuan perkongsian dalam blog AhmadiKatu untuk berkongsi sesuatu yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca blog ini. Perkongsian dari kisah yang boleh dijadikan teladan untuk semua.

      Thanks again ๐Ÿ™‚

  10. Sokong dengan pandangan ahmad. Mouse mommy pun rasa seronok bila tengok ahli keluarga atau kawan2 gembira dan bahagia, saya tumpang gembira jugak. Mouse mommy doakan semua orang sihat sejahtera dan berniat baik sentiasa. ๐Ÿ™‚

    • Yup really agreed with you sis @Kelly. Hopefully, we all can always positive no matter what will happen ๐Ÿ™‚ Many thanks from me ๐Ÿ™‚

  11. Thanks for the truthful words, is not easy to be a saint all the time where we don’t feel jealous or sad over something. But is your own attitude to actually how you accept and be positive about things happen.

    • Yup, positive was the right word to describe how can we manage our self from feel jealous or sad over something. By the way, thanks ๐Ÿ™‚

  12. Terima kasih untuk perkongsian. Admit yang kadang0kadang kita cemburu tgk kegembiraan orang lain yg kita impikan. Cuma skarang ini, saya lebih suka hadkan penggunaan media sosial agar hendak jaga hati dan mata agar tak rasa tersakiti atau cemburu yg bukan2.

    • Betul tu, kadang bukan hati kita lemahโ€ฆ cuma timeline tu terlebih โ€œbahagiaโ€ je ๐Ÿ˜„.
      Hadkan media sosial memang langkah bijak, bukan lari tapi jaga diri. Bila kurang banding hidup orang lain, baru perasan hidup sendiri pun sebenarnya banyak nikmat.
      Lagipun real life tak ada filter Valencia atau Paris tapi tetap cantik versi kita sendiri ๐Ÿ˜‰.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.