Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

Berapa ramai di antara kita yang tidak terfikir pun untuk tidak dihargai oleh pasangan masing-masing? Sedangkan untuk menyayangi orang lain, kau perlu menyayangi diri sendiri dahulu. Bukan sesuatu yang mudah untuk meminta orang lain menyayangi diri kau tanpa memberikan kasih sepenuh hati.

Itu hakikat yang aku cuba fahamkan kepada seorang rakan tidak lama dulu.

Dirinya seperti tidak terurus. Mungkin tekanan yang berat akibat masalah yang dihadapi. Katanya tunangnya sudah tidak menghargai dirinya seperti di awal perkenalan mereka dulu.

Entahlah, diam-diam, aku menyimpan simpati.

“Semua lelaki perlu berkorban bukan?”

“Ya, kau telah berkorban.”

“Tapi masalahnya pergorbanan saya tidak dihargai oleh tunang saya sendiri.”

“Jadi kau menuntut harga pengorbanan itu?”

“Saya cuma minta dihargai.”

“Itulah harga yang paling mahal sekali.”

“Bersedialah untuk tidak dihargai.”

Itu antara perbualan yang aku masih ingat ketika itu. Kadangkala aku berdialog dan bermonolog dengan diri sendiri betapa aku seperti orang yang terlalu sakit jiwanya. Mungkin kerana terlalu  berharapkan ungkapan terima kasih dari orang sekeliling.

Terlalu ramai yang tidak pernah menilai apa yang sudah sehabis baik aku lakukan. Biarlah orang tidak menilai, tapi kau kena yakin yang Allah itu Maha Penilai. Itulah ikhlas. Sebuah pengorbanan tanpa mengharapkan sedikit pun balasan.

Tapi apakah aku benar-benar sudah ikhlas? Atau benarkah kau juga sudah cukup ikhlas dengan semuanya yang telah dilakaukan?

Perlukah Perkataan Penat Itu Wujud?

“Tapi aku sudah penat?”

Aku ingat lagi ketika kau mengatakan kau penat dengan segala pengorbanan yang telah kau lakukan. Tapi apa sebenarnya maksud penat dalam kamus pengorbanan hidup kau?

Aku juga boleh mengatakan aku penat dengan semua yang telah aku lakukan. Tapi telah aku nekadkan segala ‘penat’ itu sebenarnya membuatkan aku boleh tersenyum puas. Walaupun pengorbanan itu pahit tapi boleh saja aku tersenyum.

Tersenyum melihat aku sudah melakukan apa yang seharusnya aku lakukan.

Berkorban itu telah aku kecilkan skopnya. Kerana aku tahu berkorban bukan bermaksud aku perlu korbankan diri sendiri. Tapi aku perlu pastikan aku masih boleh bernafas untuk melihat dan melakukan segala pengorbanan sekali lagi.

Terus Berkorban Walaupun Tidak Dihargai

“Terus berkorban walaupun kau terlihat seperti seorang hamba.”

Hanya itu yang aku mampu katakan pada kau ketika itu. Semoga sehingga hari ini kau bisa memahami dan tersenyum puas dengan segala pengorbanan yang kau telah lakukan.

Tidak Dihargai - Bersediakah Kerana Pengorbanan Itu Perlu
Tidak Dihargai – Bersediakah Kerana Pengorbanan Itu Perlu

Untuk menyayangi orang lain kau perlu menyayangi diri kau sendiri. Bukan apa, aku lihat kau sudah seperti tidak menyayangi diri sendiri. Kau bukan lagi lagi seperti yang aku pernah kenal dulu.

Seorang yang mudah tersenyum dan mempunyai perwatakan yang sentiasa rapi dan menarik. Ketika zaman bujang dulu, kita selalu keluar bersama. Dan kau sentiasa memastikan penampilan yang menarik dan kemas. Tapi lihat saja keadaan kau sekarang?

Aku kenal kau. Kau telah banyak berkorban pada seorang wanita yang bergelar tunang. Aku mengharapkan kau bisa terus berkorban tapi nasihat aku bukan untuk kau korbankan diri kau sendiri.

Terus terang aku terkesan dengan segala keluh kesah kau ketika itu kawan. Aku tahu kau tulus dalam semua pengorbanan kau, dan sebagai kawan aku tahu kau juga telus mengatakan semuanya.

Semua jelas bagi siapa pun yang melihat. Raut muka dan penampilan kau waktu itu saja sudah mencorakkan rona-rona calar dalam hidup kau sepanjang kau bergelar tunangan orang.

Jangan sesekali kau marah atau kecewa kalau orang tidak menghargai segala pengorbanan kau. Terus bersemangat dan maju ke depan. Aku tahu kau seorang yang tidak mudah untuk putus asa.

Kenangan ketika kawan lama itu membuatkan aku sedar dan mengambil ibrah dari kekesalan yang dia hadapi waktu itu. Hakikatnya apa aku pada hari ini boleh menjadi sekuat kata dan nasihat aku pada waktu itu?

Atau aku hanya kuat dalam dunia utopia yang aku ciptakan sendiri selama ini.

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

49 COMMENTS

  1. Aku pernah merasakan apa yang kawan tuan rasakan. Aku juga pernah berkorban segalanya dan merasakan seperti tidak dihargai lebih 10 tahun lamanya. Bermula friendster hingga fb. Apa aku gembira dgn semua pengorbanan yg pernah aku lakukan. Posting tuan buat saya teringat kembali kisah klasik lebih 10 tahun lepas. Apa khabarnya dia sekarang. Andai boleh diputarkan waktu aku tidak akan biarkan dia tinggalkan aku begitu saja.

    • Saya setuju dengan tuan. Kata-kata tuan ni membuatkan saya teringat satu quote yang memberi maksud sama tapi lupa pula. Kena rujuk semua nanti. Apa pun terima kasih tuan atas nasihat.

  2. “Untuk menyayangi orang lain kau perlu menyayangi diri kau sendiri.” Paling setuju dengan ayat ni. Walaupun susah, tapi ini hakikat yang kita harus tekankan. Tapi benar juga… Ada masanya, melaksanakan nasihat bukanlah semudah memberi nasihat. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita doa sajalah yang baik-baik semoga semuanya dipermudahkan. Amin…

    • Terima kasih tuan. Ya betul tu, doakan saja semoga semuanya akan baik walaupun kesudahannya tidak seperti yang kita nak tapi percayalah ianya pasti yg terbaik buat kita pada waktu itu. 🙂 thanks tuan.

  3. Secara jujurnya. Kena sentiasa bersiap sendia jika diri tak dihargai. Hubungan masa kini tidak sama seperti dulu kerana, hubungan tanpa wang ringgit atau lebih kepada return investment sudah tidak wujud. Pengalaman kepda sahabat saya sendri setelah sekian lama melimpahkan segala kasih dan wang ringgit kpda tersayang akhirnya dia ditinggalkan dengan bebanan hutang yg turut jadikan dia seorang blacklist.

    • Terima kasih atas perkongsian yang diberikan. Semoga ianya menjadi titik ukur kepada kita semua semoga lebih bertimbangrasa. Thanks ya 🙂

  4. dah lama bersedia dan dah memang lali untuk tidak dihargai , tapi pernah tak terpikir yang kadang orang pun pikir yg sama terhadap kita …? dan kadang kita tak tahu orang yg hargai kita biasanya dia tak tunjuk tapi mereka lebih banyak mendoakan kita supaya kita jadi lebih baik tanbah dan jadi seperti apa yang kita jadi sekarang maksud saya a better person

    • Tak mengapa, semua itu kita ambilkan sebagai pedoman. Mungkin ada hikmahnya kan..Sabar saja dan jadikan doa sebagai penguat untuk kita meminta lagi kepada Tuhan 🙂 Thanks atas perkongsian..

  5. Berkorban.
    Atau perkataan lain aida suka = consider.
    Then dihargai? Jgn at the first place kita harapkan. Sebab x semestinya dpt.
    Sebab sometimes org x nampak pon pengorbanan kita. Takkan nak tunjuk or maklUmkan, kan? Ilang plak ikhlas di situ.
    Ntah la….
    Syg org tanpa syg diri sendiri dulu, no point!

    • Betul juga tu kan. Kadang bukan orang tak nampak cuma rezeki untuk orang lihat apa yang kita dah lakukan tu yg masih kurang. Mungkin Allah dah tentukan rezeki kita pada yang lain. Maksudnya, mungkin digantikan dengan kesihatan yang lebih baik berbanding sanjungan orang.

    • Kadang bukan nak selamanya berada ditakut bawah, tapi hati lebih rela untuk terus berkorban demi orang yg kita syg seperti ahli keluarga yang terdekat. Mungkin…

  6. Memang sakit bila pergorbanan yg kita buat tak dihargai. Sis 20 tahun berkorban utk yg tersayang tapi akhirnya pergorbanan tersebut hanya sia2. Rasa mcm org bodoh tapi nak buat mcm mana..kehidupan harus diteruskan.

    • Kak @Hanny tak perlu rasa seperti itu, sebenarnya kak @Hanny bertuah coz punya rasa hati yang tinggi mampu bersabar lebih dari 20 tahun untuk terus bekorban. Bukan semua orang dapat berbuat begitu kan. Cuma, mungkin perancangan Allah tu ada pada tempat lain untuk akak. 🙂

  7. Sampai bila nak korbankan diri untuk orang yang langsung tak menghargai kita. Pelan pelan undurkan diri. Sebaiknya move on, itu saja jalan terbaik. Tapi jika bekorban demi keluarga, percayalah suatu hari nanti akan ada sinar untuknya suatu hari nanti.

    • Satu perkataan yang sangat mudah untuk diungkapkan tetapi berapa ramai yang tidak dapat meletakkan perkataan tu kat atas bahu mereka? Thanks atas perkongsian di sini 🙂

  8. Liez selalu igtkan pada diri sendiri, its ok klau orang tak hargai apa yang mita buat asalkan kita duat ikhlas dan ALLAH SWT tahu niat kita. Sbb tak semua suka akan usaha atau kebaikan kita. Jadi kita buat sahaja kebaikan dan selebihnya ALLAH SWT yang tahu

    • Saya amat setuju dengan apa yang @Liez katakan kat sini. Kita lakukan je semuanya asalkan ianya baik untuk kita dan juga bermanfaat kepada orang lain. Soal lain tu biarkan je Tuhan yang tentukan seterusnya 🙂 tak gitu?

    • Saya suka dengan pandangan tuan dalam ruangan komen ni 🙂 Perkataan ‘tak salah’ terlalu ringan untuk diluahkan namun terlalu berat bahu untuk memikul. Tapi, jika dilakukan dengan hati yang terbuka beban sebesar gunung juga mampu dialihkan 🙂 Thanks tuan 🙂

  9. Terima kasih dengan entry ini. Terus rasa bersemangat nak teruskan hidup. Rasa tak dihargai memang kerap terjadi sampai giveup dah. Rasa macam useless & tak diperlukan lagi. Tapi apa pun kena move on bukan.

  10. Itulah die realiti kehidupan yang kite kene tempuhi.Bersedia sentiasa dan ptot tak perlu bagi peluang kot untuk sesiapa yng tak hargai kita. Banyak lagi orang yang hargai kite. hehehe

    • Errr…rasanya mungkin ada manisnya jka kita terus memberikan peluang 🙂 Bukan apa, bila kita terus bagi peluang walaupun kita masih terasa sakitnya mungkin di depan nanti kita akan lali dah dengan semua tu. Hah time tu, hati kita pun dah tak rasa sakit da dan kita still dapat terus memberikan yg terbaik kepada orang lain 🙂 Itu kalau saya la..tak tahu orang lain. Mungkin boleh cuba.

  11. Kdang2 kita rasa kita dah berkorban terlampau banyak especially dalam perhubungan… Tpi at the same time kita pun sebenarnya tak nampak effort pasangan kita. Sebenarnya dalam hubungan ni.. Bagi saya kena ada give and take… And kena ingat… Kita tak semporna.. Pasangan kita pun xsempurna… So what matter how we sempurnakan kekurangan masing2

    • Benar sangat da tu, segalanya dah pun tertulis dan hikmahnya juga telah ditentukan setimpal dengan kesungguhan kita menempuhi segala ujian yang diterima. Thanks atas sumbangan pendapat di ruangan ini ye 🙂

  12. Betul apa yang dikata. Kita akan sangat kecewa jika pergorbanan kita tidak dihargai terutamanya oleh pasangan. Walaubagaimanapun kita dah buat yang terbaik. Apa2 pun ada hikmah di sebalik ujian yang menimpa kita

  13. PENAT…. mau tak penat… bila penat hmmm start la ckp dh jadi mcm hamba la… x di hargai la…. actually atas diri sndiri.. di paksa juga2 tu kenapa?? kalau rasa penat stop la kejap kan? pastu pandang balik insan2 keliling kita… ye lah dia jgn2 diaorg pun rasa yg sama… so elok la belajarr erti bersyukur.. bru semuanya jd makin happy

    • Thanks kak @Siti atas teguran yang jika diambil secara baik in syaa Allah eloklah teguran tu. Masalahnya, terlalu ramai yang jiwanya tisu sangat, pantang ditegur keras sikit muncung timbul sedepa. hermmm 🙂

  14. “Terus berkorban walaupun kau terlihat seperti seorang hamba.”
    Suka ayat ni.. Sememangnya kita ni hamba Allah. Apa jua kita buat hanya kerana Allah.
    Bila sentiasa bersyukur apa yang ada, InsyaAllah, isu pengorbanan tak akan wujud. Terima kasih di atas perkongsian bagus ini

  15. Alamak sentimental pulak baca ni. Pernah rasa mcm tu jugak. Penat nk melayan, tk de semangat nk teruskan tpi tu lah. Kadang kena bgitau diri yang allah sentiasa ada disisi. Mesti ada sbb perasaan ni timbul, tpi ikut kita cara pandangan pada situasi tersebut

    • Hehe…sekadar nasihat kepada diri sendiri je ni kak @Aliza. Kita harapkan yang terbaik saja kepada semua semoga ianya boleh memberikan seribu satu kebaikan kepada yang membaca posting ni kan 🙂

  16. Berkorban apa saja mmg btl kdg2 org tidak hargai pengorbanan kita, baik suami, anak2 ataupun sahabat tsulan, kata org buat baik berpada2, buat jht jgn sekali. Hanya Allah swt saja yg Maha mengetahui dan mungkin bkn rezeki kita, mungkin ada rezeki lain menunggu kita jd jgnlah betkira sgt

    • Saya sangat bersetuju dengan pandangan akak @Halimah, mungkin bukan disitu rezeki kita kan kak? Allah telah tentukan di tempat lain rezeki kita so cuma perlu menunggu dengan sabar saja untuk giliran kita mendapat rezeki tersebut 🙂 thanks kak..

  17. Sya sedang lalui..tapi hya mmpu berdoa..minta sidia diberikan kesedaran..bukan 1 atau 2 tahun..terlalu lama…dia yg minta harapan..setelah diberikan..dia jua yg nk musnahkan..setelah hati ini diserah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.