Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

Berepa hari yang lalu banyak masa telah saya habiskan untuk memahami dan belajar secara tidak formal bagaimana hendak meningkatkan keberadaan blog aku dalam carian di Google. Antara yang menarik aku jumpa adalah berkenaan dengan Domain Authority yang aku sendiri zero tentang itu.

Mungkin ada di antara kamu yang telah lama bermain dengan SEO tahu sedikit sebanyak tentang Domain Authority ini.

Namun di sini aku ingin berkongsi sedikit apa yang telah aku dapat dalam hampir seminggu mencari apakah tu Domain Authority.

Apakah Itu Domain Authority (DO)?

Domain Authority (DA) sebenarnya seperti satu entiti yang digunakan oleh Crawler Google untuk menentukan tahap blog anda. Selepas Google menamatkan Google Page Rank, mereka telah mengubah algorithm bagi meningkatkan kualiti enjin carian mereka.

Soalnya sekarang ialah bagaimana algorithm ini dapat meningkatkan DA website kita dalam enjin carian mereka?

    • Tempoh Usia Domain Anda

Jika difikirkan, semakin lama website anda wujud dalam dunia internet maka semakin tinggilah nilai DA website anda.

Namun, lama saja tidak mencukupi jika website kamu tidak aktif.

Ini kerana pihak Google amat menyukai website mahu pun blog yang sentiasa aktif dengan konten yang fresh.

    • Sejauh Mana Popularnya Domain Anda Dalam Google

Bagaimana untuk kamu tahu bahawa website atau blog kamu itu layak diberi gelaran popular?

Popular di sini bukan bererti blog kamu itu tular tapi Google menggunakan berapa banyak link yang berkualiti masuk ke dalam blog kamu. Dengan bahasa mudahnya ialah backlink.

Aku sempat memeriksa berapa jumlah backlink yang masuk ke dalam blog AhmadiKatu melalui Semrush. Hasilnya selama ini begitu banyak jumlah backlink yang membawa kepada blog aku.

Tapi bukan semua backlink itu berkualiti selepas aku teliti dengan betul dan bandingkan dengan jumlah sebenar backlink yang dipaparkan oleh Alexa.

Bagaimana aku tahu backlink yang berkualiti atau tidak pada blog aku? Itu akan aku jawab pada posting yang akan datang.

Backlink menjadi ukuran penentu nilai Domain Authority
Backlink AhmadiKatu.com 28 April 18
    • Kekerapan Blog Kamu di Update

Kesungguhan seorang blogger boleh di ukur dengan berapa kerap blog mereka telah di update dalam seminggu. Seperti yang sudah aku jelaskan di atas, pihal Google mengambil kira kekerapan dan juga jumlah konten yang ada dalam blog kamu.

Semakin kerap dan semakin banyak konten yang berkualiti yang terdapat dalam blog kamu maka semakin besar pula nilai DA blog tersebut.

Ini menjadi punca mengapa blogger terkenal seperti Neil Patel sentiasa kerap untuk update blog mereka. Jom lihat apa yang Neil terangkan akan DA melalui link videonya di bawah.

Why Domain Rating is More Important Than PageRank – Google Search Console Guide – YouTube

Tapi harus sedar, konten yang banyak dalam blog kamu perlulah konten yang berkualiti di mana ianya dikarang oleh kamu sendiri.

Kita semua tahu bahawa Google menggunakan Crawler Spider untuk menilai sejauh mana kualiti konten kamu. Ini juga akan aku terangkan pada posting akan datang.

Melalui ketiga-tiga penerangan di atas, bolehlah kita mengambil tahu bagaimana browser Google bekerja dalam menentukan satu tingkat nilai sesebuah DA.

Namun begitu, DA adalah sebahagian dari faktor lain yang diambil kira oleh Google untuk menilai prestasi sesebuah blog.

Domain Authority Checker

Bagaimana aku dapat mengetahui tahap ukuran Domain Authority blog aku sendiri?

Sebenarnya ada pelbagai cara yang aku guna untuk melihat ukuran tahap Domain Authority yang telah diberikan kepada blog aku AhmadiKatu. Antaranya yang sering aku gunakan ialah Check Page Rank dan juga yang sering blogger gunakan iaitu Moz.

Untuk pengetahuan kamu, tahap ukuran yang digunapakai bagi menentukan nilai Domain Authority blog kamu ialah dari 0 hingga 100.

Ini bermaksud semakin tinggi nilai yang kamu perolehi maka semakin berkualitilah blog tersebut di mata enjin pencarian seperti Google.

    • Moz & Cara Menggunakannya

Moz adalah syarikat yang memperkenalkan Domain Authority. Mereka juga telah mencipta sebuah alat berdasarkan web secara percuma yang dikenali sebagai Open Site Explorer (OSE) di mana kita boleh gunakan untuk melihat tingkat DA blog.

Kamu boleh lihat video yang disediakan oleh pihak Moz untuk sedikit penerangan bagaimana DA diperolehi. Klik link di bawah.

When and How to Use Domain Authority, Page Authority, and Link Count Metrics – Whiteboard Friday – YouTube

Di bawah adalah langkah untuk menggunakan free tool yang telah disediakan oleh Moz.

  1. Lawat laman web Moz iaitu https://moz.com. Paparan homepage Moz seperti gambar di bawah.
    Domain Authority - Moz Website
    Domain Authority – Moz Homepage
  2. Masukkan alamat blog kamu.
    Domain Authority - Enter your site URL into the search bar
    Domain Authority – Enter your site URL into the search bar
  3. Klik search dan kamu akan dapat lihat keputusan tahap Domain Authority blog kamu.
  4. Nilai Domain Authority blog kamu akan terpapar pada heading yang bertulis Authority seperti di bawah.
    Domain Authority Result
    Domain Authority Checker – Mozscape Checker AhmadiKatu.com 28 April 18

Kesimpulannya

Domain Authority memberikan impak yang besar kepada kualiti sesebuah blog. Namun untuk mendapatkan impak yang besar memerlukan banyak usaha yang perlu dilakukan.

Aku ada membaca blog Neil Patel tentang bagaimana dia mendapatkan nilai DA yang tinggi untuk blog beliau iaitu Quicksprout.com mengambil masa selama 11 tahun.

Tiada cara mudah namun jika kita mengikut cara blogger yang sudah terbukti berjaya menaikkan DA mereka tidak salah.

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

50 COMMENTS

    • Betul tu tuan, Neil Patel mempunyai ramai penulis yang mampu untuk membuat konten berkualiti setiap hari. Tapi saya ada mendapat email dari beliau yang mengatakan blog Neil Patel akan mula mengubah cara posting mereka iaitu sekali posting sahaja untuk setiap minggu. Alasannya mereka telah mendapat cara baru untuk meningkatkan kualiti SEO dengan cara lain.

      • Sama-sama kak @Hanny Abdullah. Segan saya kak, akak blogger influencer saya ni masih merangkak lagi. Tapi sama-sama lah kita belajar k kak 🙂 Kak Hanny jangan lupa subscribe blog ni dan like page kami ya..

    • Terima kasih tuan. In syaa Allah, sebenarnya ada banyak draf berkenaan SEO cuma saya kena review semula selain ada yang sudah tidak releven lagi buat masa kini. In syaa Allah, akan saya releasekan untuk perkongsian kepada semua.

  1. Agreed!!! Even me myself also learn more days by days. Took years to develop writing skills, layout, semua benda lah. Now want to learn part backlinks untuk tinggikan DA. Tho busy sangat, but selit2 masa baca and try mana yg boleh. Kejayaan tak ler sekejap aje.

    Good blogs required good knowledges!

    I pun nak jugak up up kat the top. Haha.

    • yang lain tu kita boleh lagi perlahan-lahan kak @Zandra Siti. Gaya penulisan tu penting sebagai brand kita. Tapi akak sebagai seorang blogger influencer rasanya mudah jak kot 🙂 DA tu akak boleh rajin2 la ikut tips yang diberi ya 🙂

    • Terima kasih, sama-samalah kita belajar dan saling berkongsi ilmu ye. Semakin banyak yang kita kongsi semakin banyak juga yang bakal kita belajar. betul tak?

  2. tak kenal siapa neil patel tapi selalu jugak dapat tips supaya sentiasa update blog sebab tak semestinya entri akan jadi rujukan untuk short term tapi kebanyakannya untuk long term. Bagus entri ni, banyak ilmu dapat.

    • Ya betul tu, biasanya sesuatu post akan mengambil masa untuk muncul di rank page pertama. Jika kita tahu SEO, paling cepat pun sehari untuk muncul di rank page pertama. Apa pun sama2lah kita belajar k. Neil Patel pakar SEO..

    • Sama-sama tuan. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada tuan. Kebanyakkan blogger luar negara yang menawarkan guest writer akan melihat dulu rank DA sesuatu blogger tu sebelum mereka meletakkan posting mereka di blog tersebut.

    • Tak mengapa kak Nadia. Perlahan-lahan la kita belajar bersama k. Lagi pun akak memang blogger terkenal so rasanya tak ada masalah nak tingkatkan DA 🙂

    • Tahniah tuan telah menggunakan servis Ahrefs. Masih kurang lagi blogger negara kita yang menggunakan Ahrefs ni untuk tujuan monitor SEO blog mereka dan boleh saya katakan tidak sampai 1% pun blogger Malaysia yang menggunakan platfom Ahrefs ni. Bukan apa, mungkin disebabkan faktor harga yang sangat tidak menyenangkan 🙂 Ya lah, trail pun kena bayar USD1 per hari.

    • Kak Su pun masih bertatih nak tingkatkan DA, Tapi rasa syukur dan happy bila DA mula meningkat dari hari pertama akak mula blog. Terimakasih diatas perkongsian Banyak yang akak belajar dari artikel diatas tu.

      • Tak pa Kak @Su, kita semua begitu still perlahan-lahan bertongkah paruh untuk naikkan DA sendiri 🙂 Saya harap Kak @Su dapat sesuatu yang bermanfaat dalam posting ini ya 🙂

  3. Firstime kita tahu pasal Domain Authority ni kita sebelum ni tahu pasal SEO jer hehehe ada juga kepentingan untuk selalu update blog dan sentiasa aktif ok lah sangat berguna ilmu kat sini terima kasih kerana membantu kita untuk mantapkan lagi ilmu menulis…

    • Tak apa tuan, tuan sebagai blogger influencer di negara kita mesti dapat capai DA yang tinggi. Apa lagi niche blog tuan berkaitan review makanan memang seronok untuk di baca oleh orang ramai. Sama-samalah kita belajar dan harap tuan sudi like FB page kami di AhmadiKatu ya.

    • Terima kasih kak @Ayu Rafikah, semoga posting lama yang saya update ni mampu memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk akak dan yang lain. Harap akak dap support kami dengan like FB page kami di AhmadiKatu ya.

  4. Terima kasih sbb share benda nie. Sy nie banyak lagi perlu belajar bab SEO sbb selalunya mmg pakai tulis ikut suka ja. X terfikir psal domain authority nie. Satu penulisan yg bagus dan begitu terperinci

    • Tuan @Zharif sorang blogger yang terkenal tak macam kami kat sini. Mohon tuan terus menyokong blog ini untuk jadi hebat seperti tuan. thanks tuan @Zharif Aziz.

    • Ye, tuan @Rawlins boleh je daftar Moz secara percuma. Nanti tuan boleh gunakan pengaruh tuan untuk naikkan rank DA. Bila dah mencanak naik, confirm akan lebih ramai company minta tuan review produk mereka. Tak caya, cuba tuan gunakan kelebihan tuan sebagai influencer dan naikkan DA ke tahap 80 ke atas. Dah dapat nanti, cuba buat artikel berkenaan rank DA tuan. lepas tu tengok hasilnya beratur company nak tuan review produk or service mereka nanti.

    • Sama-sama @Emi. thanks juga sudah membaca posting ni. harap @Emi dapat belajar sesuatu tentang pentingnya DA bagi seorang blogger. Dan cuba naikkan semaksima mungkin rank DA.

    • Hi @Lee, thanks for coming and read my article. It’s my pleasure if you can get something valuable from here. And hope can see your DA can increase as you want.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.