Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

Balik dari sekolah aku lantas ke dapur, untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang suri rumah. Belum sempat aku membasuh pinggan. Kepalaku seolah-olah dihempap benda berat Aku terduduk dan jatuh. Jatuhku ke bumi seperti nangka jatuh dari Pokok kerana dimakan tupai.

“aduh…Fatimah….tolong ibu nak, ibu….” Aku memanggil siapa-siapa sahaja yang sempat Aku panggil.

Anakku berlari-lari anak mendekatiku. Mereka memimpinku ke ruang tamu. Kepalaku tersangat berat untuk diangkat. Aku seperti menanggung bata-bata dijunjung di atas kepala. Aku mohon bantuan anakku mengambil ubat tahan sakit.

“Fatimah, telefon ayahmu nak. Bagitau ibu nda sihat”

Lantas Fatimah mengambil telefon dan cuba menghubungi ayahnya tetapi Azrai berada di luar kawasan. Mertuaku perempuan datang dan duduk di arah bahuku. Dia bertanyakan hal keadaanku.

“kenapa kau yang, aku dengar kau jatuh pitam?”. Aku menjawab dengan lemah lembut kerana dialah satu-satunya mertuaku yang paling aku hormati selain daripada ibuku dan bapa serta mak tiriku.

Mak mertua ku seorang wanita yang boleh aku contohi seorang yang berlemah lembut dan mempunyai hati yang sangat kental dan tahap kesabaran yang tidak boleh ditandingi. Dia satu-satunya wanita yang paling mulia. Aku bersyukur mempunyai mak mertua sepertinya. Kadang-kala aku terfikir jika Azrai memiliki sikap sepertinya duniaku akan aman bersama anak-anak. Disebabkan mertuaku juga Aku dapat meneruskan kehidupan seharianku bersama anak-anak tanpa Azrai.

Barang di dapur selalu habis. Bila aku minta Azrai membelikan barang yang kurang di dapur dia buat tak endah. Aku sangat bergantung kepada Azrai sebab kedai runcit untuk membeli barang dapur sangat jauh dari rumah dalam kiraan 20km jarak perjalanan. Pernah  Azrai dipesan untuk membeli beras dan minuman milo untuk anak-anakku tapi Azrai tidak sampai dan lupa untuk membeli.

Terpaksalah anak-anakku minta simpati kepada mak mertuaku untuk makan di sebelah rumah. Aku pula terus berpuasa sehinggalah Azrai sampai membeli beras dab makanan. Terkadang anakku terpaksa makan bubur atau nasi goreng berminggu-minggu dek menunggu Azrai membelikan barang dapur.

“Mak kalau adat kami Bugis, makanan di dapur tidak boleh dibawa keluar rumah.” itulah pesanan abang ipar Azrai.

Aku Yang Tersakiti

Menandakan dia tidak setuju anak-anakku terminta-minta barang dapurnya di dapur. Pernah sesekali birasku Zalifah memaklumkan kepadaku abang ipar Azrai iaitu Yusuf memaklumkan kepada Zalifah bahawa dia mencadangkan agar membuat ‘signboard‘ depan rumahnya.

“Di Sini Tidak Boleh Minta-minta”

Luluh hatiku mendengar kata-kata yang disampaikan Zalifah. Mujurlah mak mertuaku memberikan barang keperluan dapur hasil pendapatannya berbidan atau mengurut wanita hamil. Walaupun dia terpaksa menyembunyikan belian barang dapur tersebut tanpa pengetahuan Yusof.

“Yang, kita kena panggil Pak Bonet untuk melihat keadaanmu?, manatau kau ketaguran?” mertuaku memberikan cadangan.

Aku menolaknya mentah-mentah dengan cara berlembut untuk menjawab pertanyaan mertuaku.

“biarlah bah mak, mungkin aku pening-pening jak ni.”

Mertuaku memujukku lagi

“Kau kena berubat yang, kalau kau sakit macam mana menjaga anak-anakmu, kau tau jugakan Azrai jarang balik rumah. Kau kena fikir juga kesihatanmu untuk anak dan kerjamu”

Aku menjawab tanda setuju permintaan mak mertua ku “ya mak…”

Tiba-tiba lampu terpancar dari celah-celah lubang pintuku. Aku kenal benar kereta siapa di luar. Tiba-tiba Azrai muncul dengan membawa ‘porch’nya yang tak pernah ditinggalkannya. Kadang-kala porch itu, terbawanya tidur dan memang tak pernah lepas dari dia. Kadang-kala aku berasa pelik perangai suamiku itu. Tapi Aku memang tidak berhak untuk bersuara. Sebab aku tahu padahnya jika menegur sikap peliknya itu.

Suamiku datang  dengan wajah pucat seperti tidak berdarah. Tergesa-gesa  hampir kepadaku.

“Kenapa kau yang? apa sudah jadi? abang ada kerja tadi  masa kau kol”.

Azrai menunjukkan muka ambil berat tentang aku. Tiba-tiba mak mertua ku bersuara dan melihat wajah Azrai  kehairanan.

“Az,  pegi kau  panggil  Pak Bonet. Suruh dia tawar binimu ni, hampir  pengsan pening kepala.”

Sambut Azrai dengan selamba “mungkin ketaguran mak, sebab sejuk kakinya ni. Kejap aku panggil pak bonet”.

Sepantas kilat Azrai berdiri dan melangkah keluar mendapatkan kereta. Lalu Azrai kabur daripada pandangan. Tiba-tiba kaki ku seperti kebas. Lalu aku tak sedarkan diri, aku hanya mampu menahan kesakitan kepala lalu terlena.

****************************************************

Khairina tidak sedarkan diri sedang Azrai tiba membawa pak bonet. Pak bonet mengerakkan bibirnya terkumat-kamit sambil membaca mantera di kaki Khairina. Hingga ke kepala. Tiba-tiba sepantas kilat khairina terduduk dan merenung tajam ke arah Pak Bonet. Anak mata hitam Khairina membesar dan lidahnya terjelir keluar seperti ular menjelirkan lidah ingin menerkam mangsa.

“Dari mana kau?”

Suara pak bonet memecahkan kesunyian tergamam melihat sifat khairina yang agak liar.

“hahahaha…”.khairina ketawa kemudian menangis.

Bersambung…

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

4 COMMENTS

    • Hahaha….ini adalah hasil karya original dari sahabat saya Puan Nanong juga rakan sekerja di SMK Paris. Dockan beliau dapat menghabiskan penulisan ini disamping kekangan kerja hakiki sebagai seorang guru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.