Latest blog posts

Written by our founders and volunteers, keeping you up to date!

Siapa Tidak Pernah Rasa Sakit

Siapa yang tidak pernah rasa sakit. Rasa lemah, rasa sengsara, rasa lelah mahu pun rasa tidak berdaya. Aku percaya, semua antara kita pernah merasakan apa yang aku nyatakan di atas tadi. Aku yakin semua pernah melalui fasa-fasa jatuh bangun dalam kehidupan sehariannya. Aku yakin, kau pun mesti pernah merasainya bukan? Namun pernahkah kau terfikir saat kita diuji dengan fasa kejatuhan, fasa kesedihan, fasa kejahilan itu kau dan aku hanya ada dua pilihan sahaja. Pilihan Ya. Dua pilihan sahaja. Bukan tiga, bukan empat mahu pun lima. Sama...

Aku Yang Tersakiti – Bab 4 Part 1

Balik dari sekolah aku lantas ke dapur, untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang suri rumah. Belum sempat aku membasuh pinggan. Kepalaku seolah-olah dihempap benda berat Aku terduduk dan jatuh. Jatuhku ke bumi seperti nangka jatuh dari Pokok kerana dimakan tupai. "aduh...Fatimah....tolong ibu nak, ibu...." Aku memanggil siapa-siapa sahaja yang sempat Aku panggil. Anakku berlari-lari anak mendekatiku. Mereka memimpinku ke ruang tamu. Kepalaku tersangat berat untuk diangkat. Aku seperti menanggung bata-bata dijunjung di atas kepala. Aku mohon bantuan anakku mengambil ubat tahan sakit. "Fatimah,...

Buat-buat Bodoh | Fahamilah Sendiri

Sedarkah kau bukan semua perkara itu perlu untuk aku beritahu baru kau boleh fahami. Sedarkah kau, terlalu banyak hal dalam hidup ini hanya memerlukan pemikiran yang sederhana untuk fahami apa yang berlaku. Jangan buat-buat bodoh. Tapi perlu kau ingat, sederhana yang bagaimana itu yang perlu diambil tahu. Sederhana dalam menilai dan adil dalam penilaian yang akan membuatkan kau mendapat jawapannya.  Dan yang pasti jawapan itu jawapan yang betul buat kau. Umpamanya Fahamilah Sendiri Umpamanya, hari sudah jauh malam, semua orang sudah tidur....

Aku Yang Tersakiti – Bab 3 Part 2

Hidup di kampung kalau buang sampah terpaksa buang di dalam hutan sikit, atau tempat yang dikhususkan di belakang rumah atau jauh sikit dari rumah. Ia bertujuan agar sampah-sampah tersebut senang untuk dibakar atau dimakan biawak atau anjing. Aku terpaksa biasakan diri hidup di kampung walhal aku sebenarnya membesar di bandar. Namun begitu jiwaku tetap di kampung.  Ketika aku memasukkan sampah-sampah ke dalam gerubak, aku merasakan seperti ada orang yang menepuk belakangku. Aku lantas berpusing dan melihat tiada sesiapa pun di...

Aku Yang Tersakiti – Bab 3 Part 1

Gerubak Aku bangkit dari tidur seawal jam 4.00 subuh untuk menunaikan solat subuh, berat kakiku melangkah seperti mengheret batu yang terpasung di kaki. Kerana terlalu banyak jawatan yang kupegang aku juga guru, Aku seorang peniaga si penjual nasi goreng, aku suri rumah, malah aku juga si pekebun.  Bukan aku tamak dalam mencari duit tapi aku terhimpit dan terdesak untuk menyara kehidupan keluargaku. Hasil jualanku akan aku belanjakan untuk belanja sekolah anakku dan selebihnya untuk membeli rokok Premium Azrai dan duit minyak...