Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung
Seperti biasa Aku menghabiskan rutinku menyapu rumah. Anakku yang sulung Fatimah akan ke sekolah bersama Afiq adiknya yang baru berusia 7 tahun.
Menjadi kebiasaan ketika menyapu Aku akan berselawat sambil sedikit membebel mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan anakku bila belajar dan bermain di ruang tamu.
Kadang-kala Aku sengaja membiarkan mereka bermain dan bersepah kerana Aku tidak mampu untuk berbising lagi di hadapan Azrai kerana Azrai akan melepaskan tangannya ke wajah-wajah munggil anaknya ketika Aku bising menegur anak-anakku bila bersepah.
Aku melakukan kerjaku menyapu sampah dengan kadar laju seperti diburu oleh binatang buas kerana Aku takut masaku tidak cukup untuk memasak nasi goreng untuk dijual di sekolah.
Mujurlah Aku berkerja pada sebelah petang.
Oleh itu, dapatlah Aku mengambil masa untuk menjual nasi gorengku di sekolah untuk di letakkan di sekolah. Aku terpaksa menjual nasi goreng kerana itu sahaja caraku untuk menyara anak-anakku seramai 5 orang.
Termasuk Nazwa anak adikku yang Aku pelihara dan kusekolahkan walaupun pada hakikatnya Aku tak mampu sebenarnya kerana gajiku yang sudah berbaki negatif kerana membayar hutang di bank dek membina rumah sendiri, membeli perabot dan barangan daripada Pakistan yang terpaksa Aku berhutang demi memenuhi permintaan Azrai.
Semoga Azrai di telan buaya
salam kunjung semula…
baru pertama kunjung sini dah sakit hati dengan azrai, sabarnya hati seorang isteri .
saudari boleh mengikuti episode sebelumnya pada tautan ini —> http://bit.ly/2rX8cbQ
azrai..ko ada suami yg tiada hati perut…