Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

Pernahkah korang terfikir untuk menulis sesebuah konten yang mesra SEO? Menulis satu konten mesra SEO bagi aku adalah sebagai satu seni yang mungkin boleh membawa blog korang ke satu peringkat yang lebih tinggi.

xcbxdf xcbxdf xcbxdf bserfgvxcv

Secara jujurnya, memang semua orang boleh menulis satu-satu artikal. Namun untuk menghasilkan sesebuah konten yang berkualiti dan mesra SEO bukan mudah. Ianya memerlukan latih tubi yang “special” secara berterusan untuk meng”optimized“kan SEO konten korang nanti. 

Dalam artikal kali ini, aku akan “share“kan kepada korang bagaimana kami di blog AhmadiKatu menghasilkan konten mesra SEO. Teknik ini juga akan dapat membantu korang untuk menaikkan “rank” konten korang dalam “search engine” nanti.

Setiap konten blog adalah seperti sebuah website dalam “term” peringkat enjin carian dan korang boleh “optimized“kan setiap konten tersebut dengan kata kunci tertentu seperti juga website.

Apabila korang hendak menghasilkan sebuah konten yang mesra SEO, terdapat beberapa perkara yang perlu korang simpan dalam ingatan.

Seperti dalam blog AhmadiKatu, kami diajar cara menulis konten yang mesra SEO oleh tuan Ahmadi sendiri. Kami diberikan input manual dan juga “list” bagi melatih untuk menghasilkan sebuah konten yang berkualiti. 

* Dalam artikal kali ini, aku tidak akan fokus bagaimana hendak mendapatkan “keyword research” kerana ianya memerlukan sebuah “research” yang sangat kompleks.

Menulis Konten Mesra SEO-Optimized

Memulakan Dengan Kaji Selidik

Kalau korang nak menghasilkan sebuah konten yang mesra SEO, terutamanya bagi blog korang sendiri atau pun bagi pelanggan korang, tanpa melakukan kaji selidik terlebih dahulu, korang akan seperti “shooting in the dark“.

Dalam peringkat ini, korang perlu menentukan beberapa perkara seperti berikut:

  • Sasaran kata kunci
  • Panjang konten 
  • Jenis artikal
  • Analisis artikal yang sedia ada
  • Soalan yang sentiasa ditanya oleh orang lain

Bagi memulakan sebuah kaji selidik, aku sarankan korang dapatkan SEO “tools” seperti Ahrefs mahu pun Semrush terlebih dahulu. Kedua-dua alat ini menawarkan tempoh percubaan yang boleh membantu korang untuk melakukan kaji selidik yang lebih baik.

Alat ini juga dapat membantu dalam mengoptimumkan kata kunci yang betul untuk konten yang korang nak hasilkan. Korang akan lebih memahami dengan tepat kata kunci yang perlu untuk korang “target“kan nanti.

Jenis Konten Mesra SEO

Sebelum korang hendak menentukan jenis konten yang hendak dihasilkan, cuba untuk mencari kata kunci pada enjin carian terlebih dahulu. Ini akan membolehkan korang mencari jenis artikal yang sedang mendapat carian yang tinggi dalam enjin carian pada waktu itu.

Ini juga merupakan sebahagian dari kajian yang akan dapat membantu korang memahami apakah jenis konten sebenarnya paling banyak dicari oleh pengguna dalam Google.

Aku pasti korang akan dapat faham corak carian pengguna yang paling kerap dalam hasil carian kata kunci tadi.

Sebagai contohnya, carian tertentu hanya akan menunjukkan hasil yang “listicles” seperti yang aku tunjukkan pada gambar rajah di bawah. 

The best wordpress seo plugin 2020
Menggunakan keyword “the best wordpress seo plugin 2020”

Panjang Konten

Blog AhmadiKatu menggunakan alat percuma seperti SEO Rambler untuk menentukan berapa panjang konten yang sesuai dengan kata kunci yang hendak digunakan.

Menggunakan alat ini akan memberikan gambaran dan idea kepada korang berapa patah perkataan yang sepatutnya perlu ada bagi mengoptimumkan peluang konten tersebut berada pada “first rank” dalam enjin carian nanti.

idle word length for SEO optimized 2020
Cara mendapatkan idea yang ideal untuk menentukan berapa panjang konten yang hendak dicipta sesuai dengan kata kunci di tahun 2020

Seperti dalam gambar rajah di atas, aku menggunakan kata kunci “WordPress SEO Plugin Optimized 2020” dan SEO Rambler meletakkan “first page average” sebanyak 2446 dan “top 3 average” sebanyak 3577 patah perkataan. Kebiasaan aku akan mengambil di antara kedua angka tersebut untuk konten yang hendak dibuat.

Ok, sekarang korang dah pun ada data seperti di atas. Langkah seterusnya adalah dengan menghasilkan konten dengan analisis yang sedia ada atau pun dengan istilahnya “outline article“.

Korang kena menganalisis sekurang-kurangnya 10 kata kunci yang paling banyak mendapat carian dalam enjin carian Google. Sememangnya akan ada banyak langkah dan tugasan yang perlu korang lakukan.

Tetapi kena ingat, untuk menghasilkan sesebuah konten yang mempunyai SEO optimum bukannya mudah. Apalagi untuk mendapatkan “ranking” teratas dalam Google.

Soalan Yang Sentiasa Ditanya Oleh Orang Lain

Mencari “target keyword” pada enjin carian akan memberikan korang satu “section” yang dikenali sebagai “people also ask” terutamanya ketika korang menggunakan Google sebagai enjin carian pilihan.

People also ask
Ruangan People Also Ask akan menjadi penambahnilai apabila korang mencari sesuatu dalam enjin carian menggunakan kata kunci tertentu

Korang boleh memilih mana-mana bahagian soalan yang tertera untuk dijawab dalam konten yang hendak dibuat dan ianya akan memberikan banyak idea bila menghasilkan sesuatu konten yang berkualiti.

Sebenarnya, ianya tidak terhenti di situ sahaja. Apabila korang tekan pada satu-satu soalan tersebut, pihak Google akan memberikan lebih banyak pilihan soalan selepas itu.

Lebih Banyak Soalan Akan Muncul
Akan muncul lebih banyak pilihan soalan untuk korang pilih jika klik pada mana-mana soalan pertama yang diberikan.

Ini merupakan satu “features” yang sangat aku suka ketika hendak menghasilkan sesebuah konten yang dikendaki dalam blog AhmadiKatu. 

Optimumkan Artikal Dengan Konten Mesra SEO

Seperti yang korang lihat, blog AhmadiKatu menggunakan WordPress sebagai sistem pengurusan konten.

Jika korang menggunakan selain daripada WordPress, tips seterusnya mungkin boleh digunapakai dalam SEO “copywriting” korang nanti.

Jika tips ini korang rasa kurang bersesuaian dengan korang, sila tinggalkan komen di bawah nanti ya. Kita cuba bincangkan.

Post Title dan Meta Title

Perkara pertama yang korang harus tahu adalah perbezaan di antara “post title” dan juga “meta title“.

  • Post title : Bagaimana pembaca melihat tajuk konten pada blog korang.
  • Meta title : Bagaimana enjin carian menunjukkan konten blog korang pada “result” carian.

Jika korang mengabaikan atau mengambil mudah “meta title” dalam aturan SEO, hasilnya nanti tajuk konten korang akan dianggap sebagai “meta title” oleh enjin carian. 

* Pro tips : Pastikan tajuk konten korang kurang dari 66 huruf.

Deskripsi Meta Post

Setiap WordPress SEO “plugin” yang pernah aku jumpa pasti akan membenarkan korang untuk meta deskripsi pada konten yang korang hendak hasilkan. Korang kena ambil tahu bahawa deskripsi tersebut sangat memainkan peranan dalam menentukan tingkat pada enjin carian.

Satu yang suka aku ingatkan iaitu korang kena anggap bahawa meta deskripsi sebagai “sales copy” untuk setiap konten blog yang dihasilkan.

Jika korang tidak pernah mengambil tahu atau membuat meta deskripsi bagi setiap konten yang telah dihasilkan, sekarang korang wajib buat. Pastikan kata kunci utama ada dalam deskripsi tersebut.

Cara Menggunakan Meta Descripton Untuk Konten Mesra SEO
Kepentingan menggunakan Meta Description dalam menghasilkan konten yang mesra SEO

Bagi kami di AhmadiKatu, meta deskripsi amatlah penting dan tidak seharusnya diabaikan. Jika korang tidak pernah memasukkan meta deskripsi dalam setiap konten yang telah dihasilkan, inilah masanya untuk korang memastikan konten tersebut mempunyai meta deskripsi sendiri.

Dengan mengoptimumkan penggunaan meta deskripsi pada konten, aku dapat pastikan yang setiap konten sama ada yang telah dihasilkan mahu pun yang bakal dihasilkan nanti akan mendapat potensi untuk menarik jumlah “traffic” yang tinggi pada konten tersebut.

* Pro tips : Goole melihat setiap konten sebagai sebuah web yang berbeza, jadi korang boleh menaikkan “rank” konten korang menggunakan kata kunci. Dan meta deskripsi merupakan tempat yang terbaik untuk meletakkan kata kunci tersebut.

Gambar Rajah Alt Attribute

Image Alt Attribute For Konten Mesra SEO
Jangan biarkan imej yang digunakan tidak diletakkan nama

Google tidak dapat membaca imej. Hanya melalui teks sahaja Google boleh mengenali imej

Bagi memastikan enjin carian dapat memahami tentang imej yang korang gunakan, korang hendaklah meletakkan nama yang bersesuaian dengan imej tersebut.

Melalui pemerhatian aku sejak mula menulis dalam blog AhmadiKatu, terlalu ramai blogger di luar sana menaikturun imej dengan menggunakan nama seperti imej001.jpg. Tuan Ahmadi mengatakan ianya adalah merupakan satu kesalahan yang besar dan tidak dapat diterima.

Apabila menamakan sesebuah gambar, namakan imej tersebut dengan sesuatu yang “relevant” dengan imej tersebut.

Sebagai contoh, jika korang mengambil imej muka depan Youtube dan hanya menamakan dengan youtube.jpg sahaja, ianya tidak akan menjadi imej sasaran pada enjin carian. Apa yang perlu korang lakukan adalah dengan menamakan imej tersebut sebagai muka-depan-youtube.jpg.

Ini adalah caranya dalam menamakan imej yang digunakan. Bila pembaca mencari sesuatu maklumat berkenaan Youtube, imej korang nanti juga akan tersenarai sebagai imej sasaran dalam enjin carian.

Interlink Dan Juga Anchor Text

pabila membuat konten baru, menjadi satu kemestian bagi penulis di blog AhmadiKatu untuk “link back” kepada blog “post” lama. Ianya bertujuan untuk memastikan para pembaca blog AhmadiKatu akan kekal lama dalam blog.

Ini juga bertujuan untuk memanfaatkan enjin carian supaya “re-crawl” semula “posting” lama tersebut.

Apabila para pembaca berada lama dalam blog, secara positifnya akan mengurangkan “bounce rate” blog yang mana ianya merupakan salah satu faktor penting dalam SEO.

Elak Dari Menggunakan “STOP Word” Pada Permalink

Dalam membina “permalink”, korang patut untuk elakkan dari meletakkan kata hubung kerana enjin carian tidak akan memahami kata hubung.

Tuan Ahmadi kerap mengingatkan kami untuk mengelakkan dari meletakkan kata hubung pada “permalink”. Perkataan seperti “dan”, “untuk”, “yang”, “serta” dan banyak lagi merupakan kata hubung yang perlu dielakkan.

Sebagai contoh, bila kita membina tajuk pada konten baru seperti;

  • 3 cara untuk membina rumah yang cantik

Secara autonya, “permalink” konten korang akan kelihatan seperti berikut;

  • Domain.com/3-cara-untuk-membina-rumah-yang-cantik.html

Perkataan seperti “untuk” dan “yang” merupakan kata hubung.

Korang boleh menggubah “permalink” dengan menggantikan pada “membina-rumah-cantik.html”.

*Pro Tips : Pastikan korang tidak menggubah “permalink” setelah konten korang telah pun di”publish“kan.

Heading” H1, H2, H3, Dan H4

Menggunakan “heading” dengan betul sangat penting dalam menghasilkan konten yang mesra SEO. Korang sewajibnya tidak akan meninggalkan salah satu daripada aspek penting SEO ini.

Secara umumnya, setiap tema pada WordPress pasti akan terdapat aturan “SEO-optimized” seperti H1, H2 dan lain-lain. Untuk tajuk utama pastikan korang menggunakan H1 tag, seterusnya H2 untuk “sub-heading” pula.

Menjadi satu kemestian untuk aku menggunakan “heading tags” dalam setiap konten aku. Lebih-lebih lagi bila aku menulis sebuah konten yang sangat panjang.

Menurut komuniti SEO luar negara yang aku ikut, menggunakan H1, H2, dan H3 merupakan satu idea yang sangat bijak untuk “rank” konten korang pada enjin carian.

Sebelum aku akhirkan konten ini, berikut adalah senarai akhir yang perlu korang semak ketika hendak menghasilkan konten mesra SEO;

  • Kaji selidik setiap kata kunci
  • Tentukan jumlah perkataan konten
  • Cari format konten yang betul dalam Google
  • Buat senarai soalan dari “people also ask
  • “Post title” untuk pembaca dan “meta title” untuk enjin carian
  • “Meta post” deskripsi
  • Imej “Alt Attribute
  • “Interlink” pada setiap konten yang berkualiti
  • Post permalink
  • Gunakan “heading tags” dengan betul

Untuk lebih tip tentang SEO

Korang boleh beritahu team kami di ruangan komen jika ada soalan yang hendak ditanya nanti. 

 

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.