Tok…tok…tok. Pintu diketuk dengan ganas. Hampir pecah pintu bilik ku diketuk oleh manusia yang tidak bertimbang rasa. Hampir semua anggota tubuh ku bergetar, jantung bergerak laju sambil bibirku ku terkumat-kamit menyebut nama Allah memohon ehsanNya.
Aku tidak pasti adakah aku masih dapat meneruskan kehidupan. Adakah aku masih dapat hidup bersama anak-anak ku. Adakah aku masih dapat bertahan menahan sebak hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan tahun.
Aku menanggung kesakitan. Aku tidak dipukul. Aku tidak dipijak. Aku tidak dibunuh lagi. Tapi hati ku didera. Aku diherdik seperti binatang dan dimaki hamun seolah-olah akulah isteri yang paling jalang.
Aku masih ingat lagi, Azrai menjerit kepada ku tanpa balas kasihan, tanpa memikirkan perasaan ku.
“Anjing kau, kau tahukan aku ajar anak mu supaya jadi orang?” Kata Azrai sambil menunjuk ke arah anak perempuan ku Fatimah.
“Ini anak kurang ajar, jangan kau kasih manja nanti dia jadi bodoh. Tak tahulah si Fatimah anak aku kah juga ni!” Sambung Azrai dengan marah.
Aku begitu kecewa dan luluh dengan sikap suami ku yang begitu jahil sehingga mengeluarkan kata-kata kesat. Luluh air mata ku seperti air hujan yang jatuh tanpa permisi memberi isyarat tandanya air hujan akan membasahi bumi.
Melihat mata anak ku yang sulung berkaca, aku menjadi sebak dan geram. Si kecil Fatimah hanya duduk dan tertunduk menyeka air mata yang mengalir deras dek tamparan percuma dari ayahnya. Seolah-olah dirinya tidak terbela kerana ayahnya berkuasa penuh melakukan tindakan menghayunkan tangannya ke pipi Fatimah.
Fatimah seorang anak yang pendiam. Kehidupannya menjadi seorang anak yang pendiam sejak dia selalu mendapat habuan ayahnya. Diperlakukan dengan menarik rambutnya seolah seorang pelacur yang ditarik rambut oleh bapa ayam.
“Astagfirullah…Abang!!!. Setan apakah yang merasuk di badan abang ni? Ini Fatimah bang. Darah daging abang!” Aku memeluk Fatimah sambil menangkis tangan Azrai yang mengganas ingin menampar Fatimah.
Sepantas kilat aku menjawab Azrai. Hilang rasa hormat ku dek insan yang dimaksudkan itu anaknya yang sah dari darah dagingnya sendiri. Hasil rasa cinta ku kepada Azrai suatu ketika dulu. Namun kini musnah ditelan badai. Badai tidak bertepian dek syabu yang menjahanamkan mahligai impian rumahtangga ku.
“Kau selalu manjakan anak mu sampai dia jadi bodoh dan malas. Aku ada hak untuk mengajar dia!” Kata Azrai tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.
Aku tidak dapat menahan melihat tangisan anak ku si kecil Fatimah. Aku seperti menatang minyak yang penuh kepada semua anak-anak ku. Bukan sebab aku terlalu manjakan material atau membiarkan mereka melakukan apa sahaja tanpa pengawasan dari ku. Tapi aku membesarkan mereka tanpa menggunakan kekerasan seperti ayahnya.
“Aku bukan manjakan dia. Tapi kau cukup menyeksa anak-anak ku. Kalau pun kau mengajar anak ku, bukanlah dengan maki hamun dan tampar dia…” Aku menjawab dengan agak sedikit kasar dek tak tertahan melihat kekasaran Azrai mengganas seperti seekor lembu kena panahan kain berwarna merah.
Dia tidak pernah berlembut dan menasihat tanpa menaikkan tangan. Aku begitu kecewa dan cukup terkilan dengan sikap Azrai yang sudah lama aku pendam. Meski pun begitu barannya, aku tidak pernah menceritakan kepada sesiapa apatah lagi dengan rakan sekerja ku.
Aku masih mengagungkan dia dihadapan rakan-rakan ku. Malah sehingga orang menganggap Azrai sebagai seorang suami yang baik dan bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya.
“Memang kau perempuan sial. Kaulah punca yang membuatkan hidup aku jadi susah!” Azrai beredar namun sempat melemparkan kata-kata kesat yang tidak pernah aku duga.
bersambung…
astafirullahalazim.. 1st time i baca novel teaser cmni.. omg.. luluh hati bila baca part suami herdik n keji si isteri n marah isteri dpn anak2 huhuhu
Tqvm…semoga anda terhibur…?
I thought is a true story. Luckily I continue read and realise is a novel.
Tqvm…cerita ini sedikit sebanyak daripada kehidupan gambaran masyarakat terkini.moga ia boleh jadi pengajaran…teruskan menanti episode seterusnya….
Astaga. Kenapalah Azhar begitu sampai mempersoalkan darah daging sendiri?
Rawlins benci lelaki yang suka menggunakan kekerasan kepada wanita dan kanak-kanak, apatah lagi darah daging sendiri. Pengecut namanya.
Azrai terlalu ‘sefish’ dan dipengaruhi benda terlarang sehingga sanggup berbuat demikian…
emosi pulak baca! aish nanti nak baca sambungan pulak!haha
Tq..teruskan menanti episode seterusnya..?
boleh tahan suspen baca sinopsis novel ni..kalu dah start baca mau lagi excited nak tahu jalan cerita sampai habis kan
?teruskan menanti episode seterusnya hingga akhir…
Sungguh menarik dan lain daripada lain cara penceritaan seperti mana anda membaca novel sebenar seronok walaupun ada konflik yang berat untuk golongan bawah umur tapi bagi yang nak membina keluarga ia sesuatu yang kena ambil pengajaran. Good…
Tqvm..jalan cerita yang disusun dengan jalinan teknik yang sesuai dan menarik…semoga anda terhibur hingga ke episode terakhir..
Sedihlah baca bab isteri dan anak2 diperlakukan macam ni, terasa tak dihargai. Apalah dalam fikiran lelaki sampai sanggup lakukan benda2 macam ni kan, adakah kerana kepuasan, kerana ego atau kerana apa ekk?
Ya Hanny..tq coz mesej cerita ini sampai..Azrai dipengaruhi benda terlarang sehingga lupa diri lupa bahawa insan yang mengkaguminya terluka…semoga anda terhibur hingga ke episode terakhir…
Wahhh. Pandai menulis novel ya. Pasti kan ramai yang akan ikuti siri ni nanti di blog. Looking forward for the next chapter. Good job!
Tqvm..bella..tq for support…hope you like the next episode until ending story…?
Ayah macam ni pon ada. Tak layak jadi ayah. Kena belajar ilmu ibu bapa lagi ni. Tak sabar tunggu cerita seterusnya
Tqvm…atas komen, moga anda setia menanti cerita seterusnya…
Nice.. Rasa nak follow.. Nak tahu the next scene.. Apa jadi pada Fatimah yea.. ???
Tqvm..teruskan menanti dan membaca ke episode seterusnya…?
Bestnya. Rasa menyirap baca betul2 membawa emosi. Tak sabar nak baca cerita selanjutnya mesti best dan gempak
Tqvm..teruskan setia menanti dan membaca cerita seterusnya..
Eh Azrai ni, geram pula dengan watak Azrai ni!
ni baru part 1 dah geram..
Yaya tunggu sambungannya..
?..tqvm teruskan setia ke episode seterusnya..
Good story. Tapi rasa sakit hati dgn Azrai. Keep on writing. Saya akan nanti kan yg seterusnya. Thank you for sharing.
Tqvm…?for suported..
wah.. dah baca sekali mula rasa nak tahu apa next next dia.. hehe.. mahu TB melekat nak tahu kesinambungan novel ni.. awat suami dia gitu? mesti bersebab kan.. takpe.. nak tunggu next
Ya..tengku butang..Azrai berubah sebab terambil barang terlarang.sehingga menguasai cara bwrfikir..anyway tqvm for supported..
Menarik… Ditunggu episode seterusnya…
Ya..Azrai berubah sebab terambil barang terlarang.sehingga menguasai cara brfikir..anyway tqvm for supported..?
wah, menulis novel pula! tahniah ya! suka dengan penulisan dan ceritanya. tak sabar nak tau sambungannya 🙂
Tqvm for suported?
mantul kak….teruskan menulis…xsabar nak baca lagi sambungannya.. i support u sis????
Tqvm Ani…harap setia menanti hingga ke penghujung cerita…?
good story. tak sangka lak teaser dia cam gitu. menyirap jugaklah
Ya tqvm.. ?
Ala tak tengok drama ni. Tak bleh hadam lg. Nak kena tengok le ni. Nampak best je.
?
La jahatnya laki dia tu. Kesian kat isteri dan anaknya. Semoga episod2 seterusnya dia menyedari kesilapannya. Waiting for next episode!
? Tqvm..harap awak setia menanti
Cerita yg menarik dan seringkali berlaku terhadap kaum hawa dan tak sabar nak baca episode seterusnya
Salam kak..ada sudah episode kedua…
wow. hebat penulisan awak. mek ada gak cita cita nak buat cerita macam ni di blog. at least cerpen tapi tak mampu awak. daya imaginasi kena tinggi dan juga story line kena plot kan cantik cantik. i know much effort on this and mek harap awak keep writing and sharing this novel, okei.
Tqvm…mek…
Geram pula aku..tabahnya seorg ibu..