“Biar betul kau Raihan?” Aku menjawab dengan kehairanan sapaan anak muridku Raihan ketua kelas 1 Anggerik itu. 

Cikgu Raidah telah pun berdiri depan pintu kelas. Aku tersipu malu lalu bergegas keluar dari kelas tersebut. Guru Matematik itu tersenyum seolah-olah sudah sedia maklum akan perangai pelikku sejak akhir-akhir ini. Sekali lagi sikap pelupa membelenggu diriku.

Keadaan ini berlaku telah hampir dua minggu yang lalu kepada diriku. Aku semakin pelupa dan kadang-kala aku sendiri tidak tahu kenapa boleh berada di kelas tersebut. Sehingga ada seorang cikgu yang berada di dalam kelas tertentu menyaksikan kelibat pelikku melalui kelas tersebut hingga dua kali melintas kelas mereka.

Yang menyakitkan hatiku apabila terpaksa duduk semula di bilik guru kerana keletihan seperti ‘marathon’ keliling sekolah tersebut tidak tahu di mana hendak kutuju. Walaupun aku sudah melihat jadual di atas meja tapi aku tetap masuk di kelas yang salah.

Perkara ini hanya akan berlaku bila waktu aku telah selesai mengerjakan solat Asar. Aku tak tahu penyakit apakah yang aku sedang alami sehingga boleh lupa apa yang ingin Aku lakukan. Pernah aku hampir menangis disebabkan sifatku yang pelupa. Bila Aku mohon bantuan barulah aku temui jalan keluar. Dengan zikir “SUBHANA MAN LAA YANAMU WALA YASHU” Maha Suci Dzat yang tidak tidur dan tidak pernah lupa.

Keadaan menjadi lebih rumit lagi di mana sikap lupaku ini berlaku bila aku berada di rumah. Aku seakan lupa segala-galanya. Pernah aku masak air sehingga kering air satu belanga, kadang-kala aku terlupa nak solat padahal itulah satu kewajipan. Malah semakin teruk bila aku selalu lupa beberapa surah lazim yang pendek.

Alhamdulillah, apa yang akan aku ajarkan kepada muridku masih tersusun rapi di kepala otakku. Itulah benda yang paling penting dalam hidupku. Sehingga satu masa aku pernah berpesan dengan rakan sekerjaku untuk memaafkan Aku sekiranya ada benda yang perlu aku lakukan dan Aku tidak menunaikan dengan kadar segera aku mohon maaf. Sebab aku terlalu pelupa sehingga tahap ‘gaban’. Mujurlah rakan-rakanku memahami dan dapat menerimanya dengan berlapang dada.

“Cikgu, ini duit hasil jualan hari ni. Ada lima tak laku cikgu” Kata Azmi muridku sambil menyerahkan duit jualan RM33.40 not seringit-seringgit dan duit syiling dalam sampul surat.

Aku bersyukur diatas hasil jualan hari ni. Aku gembira walaupun tidak seberapa. Kerana itu sudah memadai untuk menyara belanja sekolah anakku.

Aku Yang Tersakiti

Masa berlalu jam menunjukkan jam 5.30. Loceng terakhir dibunyikan menunjukkan masa untuk pulang. Cikgu Fifi meminta pelajar berkumpul di tapak perhimpunan. Sudah menjadi satu kewajipan Sekolah Menengah Kebangsaan Paris Empat, sebelum pulang ke rumah bagi mengelakkan murid berlari dan berebut-rebut ketika naik bas sekolah.

Selain itu, ia sebagai satu langkah untuk murid terlibat dalam program ‘Guruku penyayang’. Setiap pelajar berjalan aambil memberi salam dan mencium tangan guru yang bertugas pada minggu tersebut.

Hari semakin gelap jika di Kinabatangan, jam 6.15 petang sudah agak gelap. Semua murid sudah pulang dan mengosongkan sekolah. Semua rakan guru pun sudah meninggalkan sekolah dengan menaiki kereta masing-masing. Aku pernah merancang untuk memandu kereta sendiri untuk pergi ke tempat kerja tetapi Azrai membantah habis-habisan. Dia tidak mahu aku memandu.

“Bang aku penting bawa kereta supaya jimat minyak malah masa abang pun tidak terganggu. Abang boleh bekerja dengan tenang dan…” Belum sempat aku habiskan Azrai terus memotong perbualan kami.

“Dan kau boleh menyundal? Selagi aku masih hidup, aku yang akan hantar kau pulang alik dari sekolah!” Azrai berkeras tanpa mendengar semua penjelasanku.

Terdiam aku seperti orang tidak berakal lagi untuk meneruskan niatku untuk memandu kereta. Tapi suara kecilku tetap menjawab untuk membela diriku yang dalam belenggu “checkmate” jawapan Azrai.

“Kenapa kau cakap begitu bang…?” Kataku kepada Azrai dengan sedikit sayu.

“Aku indak mau dengar lagi kau cakap mau memandu kereta. Bukan sai tu kau mau pegi kerja, mau kau bersundalkan?” Kata Azrai sambil menunjukkan muka tegas.

Aku seperti orang bodoh dan perempuan jalang pada pandangan Azrai. Sedikit pun niatnya untuk menyokong aku untuk pergi ke tempat kerja tidak ada. Malah dia tidak terfikir pun untuk aku mudah ke tempat kerja dan bila waktu kecemasan. Sejak hari itu aku tidak pernah memberi cadangan untuk belajar memandu kereta lagi.

Aku masih mengharapkan Azrai mengambil aku di sekolah. Aku menghubunginya berkali-kali tetapi masih gagal untuk dihubungi.

“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi” Hanya suara itu yang kedengaran di telefon bimbitku.

Aku menjadi risau, anak-anak di rumah sedang kelaparan dan menanti kepulanganku. Aku tak berputus asa untuk terus menghubungi Azrai tetapi gagal. Jam di telefon sudah menunjukkan jam 7 malam. Di rumah kami pula tidak ada talian tetap.

Kemudian telefon berbunyi dengan lagu Alan Walker “On My Way” sebagai ringtone, tertera nama Suamiku Azrai di telefon.

“Mana ko Yang?” Dengan suara kelam kabut Azrai bertanya kepadaku tanpa memberi salam.

“Masih di sekolah” Aku membalas pertanyaan Azrai dengan sedikit nada geram dihatiku.

“Ayang tunggu di situ, abang dalam perjalanan” Kata Azrai kepadaku lagi.

Aku tidak membalas dan diam membisu. Aku cuma teringatkan anak-anakku di rumah.

Bersambung…

Jom Join Newsletter Kami
I agree to subscribe AhmadiKatu
Jom bersama lebih dari 12,000 subscriber newsletter kami. Jadi di antara yang terawal mendapatkan tips tarbiah sentap dan juga tips blog SEO secara percuma.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Setiap keringat ku yang mengalir untuk membahagiakan dan menggagungkan mu, tidak sedikit pun akan aku halalkan dunia akhirat. Aku ingin menjadikan itu sebagai sebahagian daripada saham ku di akhirat nanti. Maafkan aku. Aku cukup terhina dengan fitnah mu terhadap ku. - Paris, The Last City of Romance -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.