Sebelum aku meneruskan posting ni, sebenarnya ianya lebih kepada untuk menjawab pertanyaan Puan @Nhazla Fikri dalam posting yang lepas. Pertanyaan Puan Nhazla ialah tentang bagaimana hendak naikkan rank. Kenapa aku memilih teknik on-page SEO dalam posting ini?
Aku berikan teknik On-page SEO dalam menaikkan rank posting bagi menjawab pertanyaan Puan Nhazla yang masih bersifat umum. Aku masih kurang pasti sama ada maksud Puan Nhazla adalah tentang rank posting, rank Alexa, mahu pun rank Domain Authority dari Moz.
Apa pun yang dimaksudkan, caranya semua hampir sama. Dan yang paling penting adalah Content is King bagi seseorang blogger. Ianya bermula dengan bagaimana korang hendak membina on-post targeted, SEO optimized dan seterusnya membina trafik ke posting tersebut.
Soalan aku pada korang. “Adakah korang sudah sedia membantu search engine untuk memahami dan seterusnya naikkan rank keyword korang?.”
Jika jawapan korang “ya”, jom kita belajar bersama bagaimana nak pastikan post-keyword korang lebih targeted.
Sebenarnya nak optimizedkan blog dan posting, korang kena faham akan dua faktor ini.
- On-Page Optimization
- Off-Page Optimization
Kedua-dua faktor ini ada diceritakan dalam eBook tuan Ahmadi yang bakal dilancarkan pada awal bulan depan. Dan bestnya ianya adalah free sahaja kepada semua subscriber blog AhmadiKatu tau.
Cuma aku akan bercerita tentang On-Page Optimization sahaja kali ini. Selebihnya korang dapatlah eBook tuan Ahmadi bila dilancarkan nanti ya. Free jak pun. So, aku harap korang tak akan confuse mana satu On-Page Optimization dan apa pula Off-page Optimization.
Kenapa Teknik On-Page SEO Optimization Perlu
Sebenarnya, jika kita bercerita tentang On-Page Optimization aku percaya semuanya akan terbayang tentang susahnya nak belajar SEO. Tidak dinafikan, ianya sukar untuk dipraktiskan namun ianya tidaklah terlalu sukar dan wajib untuk dipelajari.
Seperti yang tuan Ahmadi katakan dalam twitternya di atas, jika difahami dengan baik SEO amatlah penting untuk kita naikkan rank dalam enjin carian terutamanya Google.
Jika korang tidak mengambil peduli tentang SEO, sudah pasti korang harus lupakan niat untuk naikkan rank posting dalam Google.
Ada peraturan yang perlu korang ikuti apabila hendak meng’optimization’kan SEO dalam setiap posting korang. Namun ianya bukan 100% Google akan consider melalui one-page optimization saja.
Google juga akan mengambil kira dari banyak faktor lain seperti media sosial, backlink, domain authority, dan banyak lagi terutamanya dari sumber off-page optimization.
Apabila aku cuba untuk menulis melalui medium blog, aku banyak belajar dari tuan Ahmadi terutamanya bagaimana memastikan posting aku dibaca. Sebab itulah faktor yang pertama apabila kita hendak membuat blog.
Sebab tu lah, korang harus bijak dalam memastikan on-page SEO yang dibuat dalam meng’optimazed‘kan sepenuhnya posting korang.
Tujuan utama yang hendak dicapai ialah agar enjin carian mengenalpasti targeted keyword. Hasilnya nanti enjin carian akan membawakan trafik yang berkualiti ke dalam posting korang.
Jika korang lihat info grafik di bawah, Search Metrics meletakkan beberapa faktor yang boleh meningkatkan ranking posting korang mengikut keutamaan.

Jika korang lihat pada info grafik di atas, terlalu banyak perubahan yang ketara telah berlaku sepanjang beberapa tahun. Ianya berubah seiring dengan perkembangan SEO yang semakin ketat persaingan bagi memastikan ranking pertama dalam enjin carian.
Walaupun begitu, posting tetap berada di tingkat paling atas. Sesuailah dikatakan bahawa “content is king” bagi seseorang blogger.
10 Teknik On-Page SEO Untuk Pastikan Rank Pertama
Sebelum aku ceritakan lebih lanjut kepada korang, aku nak share sedikit teknik yang telah digunakan dalam blog Ahmadikatu ini atas persetujuan tuan Ahmadi.
- Naikkan tingkat user-experiance
- Pastikan blog korang menggunakan theme yang responsive dengan mobile dan juga tablet. Blog AhmadiKatu menggunakan theme premium Newspaper dari Tagdiv.
- Cuba pastikan broken link dalam blog korang dapat dikurangkan seminimum mungkin. Kami di AhmadiKatu masih strugle untuk pastikan hal ini dapat diselesaikan.
- Pastikan cara penulisan yang menarik
- Hal ini sangat penting bagi meningkatkan rating bounch rate dalam blog. Seperti posting ini, tuan Ahmadi akan review dahulu sebelum direleasekan.
- Penting untuk korang belajar copywriting yang menarik.
- Pastikan juga blog korang mengikuti standard of profesionalism.
- Cipta konten yang menarik
- Cuba pastikan korang menggunakan sub-heading.
- Pastikan konten korang berguna kepada orang lain.
- Sentiasa melihat feedback dari penulisan korang.
Jika korang dah gunakan 3 teknik asas yang digunakan dalam blog Ahmadikatu, jom aku teruskan dengan 11 teknik on-page SEO.
1. Meta Title
Meta title merupakan hal yang sangat penting dalam teknik on-page SEO. Kenapa ianya penting?
Ini kerana, semakin interaktif dan optimized title posting korang, semakin orang akan tertarik untuk klik dan datang baca. Kalau ikutkan logik akan, semakin ramai orang klik pada post korang, semakin tinggi tingkat rank yang korang dapat.
Rahsianya, pastikan korang meletakkan targeted keyword korang pada di awal tag title. Namun jika korang susah nak atur di awal, letakkan di mana-mana bahagian dalam tajuk.
Sedikit nasihat, korang jangan gunakan post-keyword korang guna kat title pada tag lain lagi. Ini akan menyebabkan enjin carian semakin susah nak tentukan mana yang hendak di index.
Satu lagi, pastikan title korang kurang dari 65 huruf. Ingat tu.

2. Struktur Permalink Post
Pastikan URL posting korang dalam keadaan yang mengikuti standard SEO bagi memastikan ianya dapat di index dalam enjin carian. Sekali lagi, korang kena pastikan targeted keyword korang berada pada URL tersebut.
Tips untuk korang, elakkan dari menggunakan simbol pada URL posting. Tetapi gunakanlah dashes dalam setiap struktur URL posting korang.

3. Heading Tag
Mulai kali ini korang kena pastikan menggunakan pelbagai variasa heading tag bagi meningkatkan teknik SEO blog korang. Terdapat pelbagai cara untuk korang gunakan heading tag ni.
Antaranya adalah seperti berikur :
- Heading
- Sub-Heading
- Important Point
Dalam blog AhmadiKatu, kami sebagai penulis dalam blog ini telah dipastikan mengikuti standart yang telah ditentukan. Bagi title perlu menggunakan tag H1, manakala untuk sub-heading boleh menggunakan H2 atau H3.
Tips blog untuk korang, jangan terlalu banyak gunakan tag H2 dan H3 kerana ianya akan menganggu algorithm’s Google untuk meng’index‘ posting korang.

4. Keyword Density
Dalam tips ini, korang kena tahu untuk mengekalkan keyword density korang kurang dari 1.5% daripada Latent Semantic Indexing (LSI) Keyword.
Sukar untuk menjelaskan benda ni, namun jika korang menggunakan plugin Yoast SEO seperti yang digunakan dalam blog ini, pasti korang akan faham.
Tips buat korang, cuba untuk menggunakan main keyword korang pada perengan pertama, perengan terakhir dan juga pada mana-mana konten yang rasa related.

5. Meta Tags
Korang kena pastikan setiap kali korang membuat posting yang baru, pastikan meta tags pada setiap posting tersebut adalah menarik dan berbeza.
Sekali lagi korang kena masukkan targeted keyword korang dalam meta tags bagi menaikkan ranking posting tersebut. Korang kena pastikan meletakkan meta descraptions yang sangat user-friendly dan related dengan post korang.

6. Gambar
Korang pernah dengan tak, gambar yang optimized sangat disukai oleh enjin carian Google?
Keyword yang digunakan dan diletakkan dalam gambar seperti dalam “image title” dan “alt text” sangat membantu dalam meningkatkan SEO rank pada gambar tersebut.
Tips buat korang, selain memasukkan kedua keperluan di atas korang kena pastikan saiz gambar korang juga dalam keadaan yang kecil.

7. Jumlah patah Perkataan
Adakah korang sedar bahawa setiap post yang mempunyai kurang jumlah perkataan kurang mendapat perhatian dari Google?
Ini kerana enjin carian Google akan menyangka posting korang merupakan posting yang “less informative” berbanding dengan posting yang lebih banyak jumlah perkataan.
Tips bagi korang adalah sentiasa memastikan jumlah patah perkataan yang korang gunakan tidak kurang dari 450 patah perkataan setiap posting. Jika lebih, ianya adalah lebih baik untuk mendapatkan ranking yang tinggi.

8. Teknik On-Page SEO Internal Linking
Cara membuat internal linking adalah sangat mudah. Korang hanya mencari keyword yang related dengan posting yang telah siap korang buat dan just link kan keyword tersebut.
Teknik ini akan membuatkan para pembaca blog anda berada lebih lama dalam blog korang sekali gus akan menurunkan bounce rate anda.

9. Teknik On-Page SEO External Linking
Berbeza dengan internal linking, external linking adalah korang memberikan pautan dari luar blog korang.
Sebagai contoh, korang membuat satu posting menggunakan keyword ayam KFC, keyword tersebut korang letakkan link URL website KFC.
Tips buat korang, bagi website yang korang trusted korang boleh letakkan “dofollow link” mana kala yang kurang trusted korang letakkan “nofollow link“.
10. Write Engaging Content
Korang seharusnya sentiasa menghasilkan konten yang berkualiti dan saling berkait antara setiap posting.
Jika korang gagal hasilkan engagement content, para pembaca blog korang tidak akan berada lama dalam blog. Ini akan meningkatkan bounce rate blog korang dan ranking juga akan jatuh terutamanya domain authority.
Korang kena pandai untuk engage dengan pembaca blog korang. Cuba untuk bertanyakan soalan kepada mereka dan cuba untuk berikan jawapan yang baik.
Cuba untuk fahami apakah yang dikehendaki oleh para pembaca blog korang dan cuba selesaikan masalah mereka dengan membuat posting tersebut.
Penutup Teknik On-Page SEO
10 teknik on-page SEO ini akan membantu korang dalam meningkatkan ranking posting korang dalam enjin carian Google.
Tetapi korang kena sentiasa ingat, korang tidak akan dapat sentiasa menipu enjin carian untuk jangka masa yang lama.
Pastikan korang sentiasa update pengetahuan tentang SEO bagi memastikan korang tidak akan ketinggalan dengan pesiang blog korang. Apa yang penting, jangan terlalu lokek untuk keluarkan sedikit duit poket untuk belajar SEO.
Korang kena ingat, sesuatu yang mendapat ranking tertinggi tu ialah sesuatu yang sangat berinformasi dan sangat berguna kepada orang lain. So, nasihat aku, teruskan mencipta konten yang para pembaca suka dan di akhir nanti enjin carian juga akan suka.
Ini adalah cara kami di blog AhmadiKatu untuk meng’optimized‘kan setiap posting dalam enjin carian. Korang pula macam mana? Cuba kongsikan di ruangan komen ok. Dan jika korang rasa, posting ini bermanfaat, kongsikan dengan orang lain dengan klik button share.
bukan calang2 orang leh pandai SEO ni. Dulu masa first time belajar pun memang pening sikit. Nak taip tajuk yg mesra SEO semua tu..nak menulis isinya..peh memang mencabar. Rindu nak belajar balik
Betul tu…Sebenarnya SEO sangat susah tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan. Itu yang team kami sering ingatkan antara satu sama lain. Dan teknik pada posting ini telah mendapat persetujuan dari Tuan Ahmadi untuk dikongsikan kepada blogger yang lain. Apa pun terima kasih sudi singgah ke sini.
tudia…banyaknya info untuk blogger.. terima kasih nah
Sama-sama. Beri sokongan kepada kami dengan like FB page AhmadiKatu. Akan banyak lagi tips blog akan diberikan dekat sini. Apa yang pasti ianya lebih kepada SEO. Nantikan ya.
panjang lebar penerangan dia… clear
Terima kasih dan semoga mendapat sesuatu yang berguna dari blog AhmadiKatu. Jika tuan rasa blog ini memberikan manfaat kepada tuan dan rakan blog lain, mohon untuk tuan sharekan FB page kami.
Naseb baca pagi tadi, petang baru komen. hehe. Ilmu tentang SEO sangat penting kepada blogger di luar sana. Kerana SEO ini boleh memberi impak yang sangat menarik.
Terima kasih tuan Naim kerana sudi mendapatkan sedikit ilmu dari blog ini. Saya berharap tuan sudi untuk kongsikan kebaikan yang tuan dapat dari blog ini kepada orang lain.
Terima kasih atas perkongsian. Banyak info nak kena hadam ni.
Sama-sama. kami doakan Yaya juga mampu untuk menguasi teknik on-page SEO ini. Jika Yaya rasa perkongsian di blog kami ini memberikan manfaat kepada Yaya, mohon jasa baik untuk like FB Page kami AhmadiKatu dan sharekan kepada rakan yang lain.
panjang betul explanation tentang seo ni. bukan senang nak faham chapter seo ni melainkan pandai malipulasi kaedah ni. insyallah harap satu hari ni boleh pro bab seo ni. boleh senang nak maintain entri post kat 1st page google kan.
In syaa Allah, kami dari team AhmadiKatu sentiasa mendoakan semoga tuan mampu menjadi seorang yang pakar dalam dunia blogging terutamanya SEO. Harap tuan sudi untuk like FB page kami AhmadiKatu dan kongsikan kepada rakan tuan yang lain.
terbaiklah info nih, memang kena bookmark nih… nak juga study pasal SEO, walau pun bukan pandai sangat. terima kasih kongsikan ilmu seo yea
Terima kasih Bonde yang sudi untuk bookmark URL blog ini. Walaupun blog ini masih kecil, in syaa Allah saya akan pastikan ianya dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Mohon untuk Bonde sudilah kongsikan blog kami kepada yang lain.
terima kasih di atas tips dan perkongsian hebat ini. banyak yang say aperlu belajar untuk tingkatkan seo. bukan mudah juga terutama dari segi content. tapi rg kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih. so kita kena cuba
Sama-sama. Jika ada yang masih tak clear, boleh hantarkan mesej ke inbox FB page kami AhmadiKatu. Nanti staff Emyra akan cuba menjawabnya. Jika Ayu rasa info yang terdapat dalam blog ini sangat bermanfaat, jangan lupa like FB page kami dan sharkan kepada rakan yang lain ya…
wow !! nampaknya saya kena banyak belajar dari tuan.. blog saya ada masalah sikit tapi tak sempat nak cek.. hee~ sebab tu lah kot jarang betul entri saya duduk kat carta muka depan.. terima kasih untuk tips nya tuan.. nanti saya akan baca entri lain..
Terima kasih kak Siti Rabiah, kita sama-samalah belajar ye. Jika kak Siti ada masalah dengan blog, boleh hantarkan mesej ke FB page kami AhmadiKatu. Akak nyatakan apa masalah yang dihadapi ketika membuka blog akak. In syaa Allah team saya akan membantu akak. Dan yang pasti kami di AhmadiKatu tidak akan mengenakan sedikit pun bayaran.
Terbaik lah tips ni. Ada buat personal coaching tak?
Terima kasih ya…Maaf kami dari team AhmadiKatu tidak menyediakan sebarang personal coaching. Jika nak belajar tentang SEO, bolehlah hantarkan mesej ke inbox FB page kami AhmadiKatu untuk kita sama-sama belajar dan bertukar idea. Itu adalah syarat tuan Ahmadi untuk membantu semua blogger tak kira di mana saja dengan percuma.
Ilmu SEO ni sangat berguna dan juga tak dapat nak belajar sekali dan hadam dengan sekali baca sahaja hehehe tapi kena amalkan dan juga kena tahu ada guru baru kita buat betul dan tak melencong. Tapi ini adalah satu tips yang mudah untuk belajar kat sini thanks sudi share…
Benar tuan, ianya perlukan orang yang boleh memberikan tunjuk ajar dan orang yang nak belajar sudi untuk belajar dengan sepenuhnya. SEO bukan sesuatu yang mudah namun ianya juga tidak mustahil untuk dikuasai. Akan ada banyak lagi tips SEO bakal diterbitkan di sini. Harap tuan sudi like FB page kami AhmadiKatu agar tak terlepas sebarang tips blog baru dari kami.
terima kasih kerana sudi berkongsi mengenai seo nie pd kami semua. banyak lagi perlu sy belajar pasal seo nie. walaupun dh berkecimpung lama dlm blogging tp xpernah ambil tahu pasal seo nie. lepasnie bolehlah berblogging dgn berkualiti
Segan kami kepada tuan blogger hebat. Apa pun seiring dengan misi tuan Ahmadi untuk mengajar dan berkongsi ilmu SEO secara percuma kepada semua blogger di Malaysia mahu pun di luar sana. Asalkan nak belajar bersungguh-sungguh. Apa pun besar hati kami team AhmadiKatu jika tuan sudi like dan sharkan FB page kami AhmadiKatu untuk berbagi ilmu dan tips kepada yang lain. Tq tuan.
Terbaik la Cikgu Mad. Terima kasih utk info yg cukup informatif ni.
Trafik blog saya 95% organic, memang perlu sangat info2 dan tips mcm ni. Banyak lagi yg perlu saya baiki dan tambah.
Boleh rujuk semula entry ni bila bila masa, ilmu yg bermanfaat. ??
Terima kasih atas sokongan Mat Drat. Tahniah tuan mampu menghasilkan jumlah traffik organik yang tinggi. Sama-samalah kita belajar ye tuan. saya harap tuan sudi like dan sharekan FB page kami AhmadiKatu agar lebih ramai lagi blogger dan bakal blogger terima ilmu yang disebarkan.
TErima kasih untuk perkongsian, macam banyak je nak tanya ni. hehe
Salah 1 nya, macam mana tahu link dalam blog kita broken ya?
Bounce rate saya pun tinggi lagi. alahai
Sama-sama. Terima kasih atas persoalan yang diajukan. In syaa Allah, saya akan bincangkan dengan team untuk membuat satu posting khas tentang persoalan akak.
Berkenaan tentang Bounce Rate yang masih tinggi nanti akan dijawab oleh team saya. Terima kasih Kak @Atul Hamid sudi bertanya.
Terbaiklah! Marsha memang mencari tips SEO ni. Memang tak terer bab ni. Tq atas perkongsian.
Tak mengapa, jika Marsha memerlukan bantuan atau ada yang tak faham lagi. Marsha boleh mesej kami di inbox FB page AhmadiKatu. Nanti staff Emyra akan membantu Marsha. Kami juga akan sedia membantu Marsha jika diperlukan dan yang pasti ianya secara percuma 🙂 Harap Marsha sudi like dan share FB page kami AhmadiKatu ye…
wah bagus sangat entry ni..gigih saya baca sampai habis..hehe..memng nak beljr seo sanagt..tapi tu la takda masa dengan anak lagi..haha
Terima kasih Nadia Johari. Semoga perkongsian ini memberikan sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk Nadia Johari. Tak mengapa, belajar perlahan-lahan. Jika ada yang kurang pasti boleh terus bertanya kepada kami di FB Page AhmadiKatu ye. Jangan lupa like dan share kepada rakan FB Nadia OK.
banyaknya info! nak subscribe sekarang juga. dah bertahun cuba fahamkan pasal SEO. nak pergi kelas tak ada masa lagi. huhu.
Terima kasih Akak @SlumberLady. In syaa Allah akak boleh like FB Page kami AhmadiKatu untuk mendapatkan terus perkongsian terbaru dari kami tentang tips blogging. Dan tunggu kemunculan eBook terbaru saya awal bulan ogos ini nanti.
saya berkenan nak jumpa dengan Tuan Ahmadi..
saya nak belajar SEO secara offline dengan beliau.
mungkin bayaran agak mahal namun saya perlu kumpul duit untuk mencapai cita-cita tersebut..
semoga Allah permudahkan segala urusan dalam bab menuntut ilimu ini
Tak da nak bayar apa pun ehh tuan. Sebenarnya sangat seronok untuk belajar SEO ni bila mana belajar secara bersama dan ramai2. In syaa Allah tuan, akan ke Kuching untuk berjumpa dengan tuan nanti. Kita saling bertukar ilmu dan pandangan tentang SEO.
tak ya tempat hype sangat, kat waterfront pun da cukup sebagai tempat perjumpaan 🙂 Sebenarnya rindu dengan Jambatan Darul Hana..hahaha
in shaa Allah…
semoga dipermudahkan,
kita akan jumpa dengan penuh ceria dan gembira
Aamin..in syaa Allah tuan..Nanti saya akan hubungi tuan melalui FB page tuan bila saya dah sampai kat Kuching nanti 🙂 Seronok juga dapat bertukar2 pandangan dari blogger hebat macam tuan Hanafi 🙂
Salam tuan. Saya baru 2 bulan berkecimpung dlm dunia blogging. Alhamdulillah Allah temukan saya dgn blog tuan yg penuh dgn informasi terutama ttg SEO. Byk perkara yg perlu saya belajar. InshaAllah saya berhasrat utk jadikan blogging ini sepenuh masa. Harap tuan dpt berkongsi tips² & memberi tunjuk ajar pd kami yg masih baru dlm blogging. T.ksh.
Tahniah tuan dan selamat datang ke dunia blogging. Jom kita meriahkan lagi dunia blogging di negara kita. Seronok melihat kepelbagaian niche blogger ni. In syaa Allah, seiring dengan misi tuan Ahmadi, kami akan terus komited memberikan tips SEO dan tunjuk ajar secara percuma sahaja.
Harap tuan sudi like dan share FB page AhmadiKatu
Dari dulu pening-pening bab SEO ni..
memang bukan mudah.. Tapi kalau dah biasa buat, bertatih untuk faham, in shaa Allah akan paham nanti..
kasi bookmark dulu..
bila ada masa free boleh baca balik..
Tak mengapa, belajarlah perlahan-lahan ya, Jika ada yang masih tak faham jangan segan untuk send mesej ke FB page kami AhmadiKatu. Team kami sedia untuk membantu tanpa sebarang bayaran. Jangan lupa klik like dan sharekan posting ni jika bermanfaat kepada tuan dan blogger lain. Klik like dan share juga FB Page AhmadiKatu.
Perkongsian yang sangat bermanfaat! Dulu pernah belajar sebab pernah monitor website company yang guna wordpress. Kalau blogger templete biasa tak de function detect seo tu. heheh
Sebenarnya persepsi tu ada sedikit kesilapan tuan. Memang benar bagi blogger yang menggunakan platform WordPress, amat mudah untuk monitor pergerakan graf SEO tapi bagi yang masih menggunakan platform percuma seperti Blogspot, Wix, dan lain lagi, terdapat banyak 3td party yang menyediakan tempat untuk monitor SEO.
Banyak rupanya benda untuk difaham dalam bab SEO ni. Insyallah dapat jadi master bab SEO ni sbb memang penting pun semua ni untuk difahami. Thank you sudi kongsi. dah save dkt desktop dgn harapan dpt memperbaiki website dgn apa yang patut.
Banyak lagi yang perlu kita pelajari bersama tentang SEO ni. Jangan lupa klik LIKE FB page AhmadiKatu supaya tidak terlepas segala update terbaru blog kami. Dan jangan lupa juga join lebih 12K subscriber newsletter blog kami ya.
TQ so much for this. Really in-depth knowledge on SEO. Will help many new bloggers also
Thanks and really appreciate your support here. Hopefully, you will get something valuable from this blog.
Simply desire to say your article is as amazing.
The clarity in your post is just cool and I could assume you’re an expert on this subject. Fine with your permission allow me to grab your feed to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please carry on the enjoyable work.
Hi Bryant…
Thanks for your support and I’m looking forward to having some collaboration with you regarding SEO. Actually, I just visit your site, and I’m sure you have good content about SEO. Knock me if you are interested to have collaboration with me.
Incredible! This blog looks just like my old one! It’s on a completely different topic
but it has pretty much the same page layout and design. Superb choice of colors!
Hi @Jonah, thanks for coming here. Are you SEO blogger? If yes, let’s make some collaboration with me. Maybe some article placement exchange? Knock me if you interest.
Some truly interesting information, well written and broadly user genial.
Hi @Dong Chill, thanks for coming here. I sow your site, nice and very light. Have a nice keypress and full of keypress and keyword. Let’s have some article placement to improve our SEO.
Perkongsian yang sangat bagus. Sis pun perlu banyak belajar lagi mengenai seo ni..masih terkial kial lagi. Rajin2lah kongsi ilmu ya 🙂
Terima kasih Kak @Hanny. Akak seorang blogger yang hebat, tak akan ada masalah nak tingkatkan SEO blog akak 🙂 Tapi sama2 la kita belajar ya kak moga industri blogging negara kita seiring dengan blogger negara luar 🙂
You have brought up a very good details, thanks for the post.
Hi @Ethel, thanks for comment here. Hopefully we can make some article placement together. I will contact you soon for exchange.
hi!, I love your writing so a lot! Is there a percentage that we can do some collaboration to rank my blog post on AOL? I need an expert on this area to unravel my problem. Maybe you can help me and of course, it’s a paid job! Taking a look ahead from you.
Hi @Sung Wille…thanks, yes sure..happy to work together with you. Waiting for your proposal for collaboration. Just send an email to me ahmadi@ahmadikatu.com
I read this post completely on the topic of the resemblance of the hottest and previous on-page SEO technique. it’s a remarkable article from me as a reference.
Hi @Pauline, thanks for your kind. Hopefully, you can understand my blog after translating it to English.
Some really interesting info about on-page SEO, well written since I know you have knowledge on SEO and broadly speaking user-friendly.
Hi @Roy, thanks for your comment. Let’s have more details regarding how to increase our chance to get the highest rank in search engine.
Thanks a lot for sharing SEO tips with all of us. you actually understand what you’re talking about! Bookmarked. Kindly also consult with my website =). We can have a link alternate agreement among us!
Hi @Isabelle, thanks for your bookmark. Yes sure, of course, I want to increase my SEO skill with exchange backlink. Please knock me by sending a mail to ahmadi@ahmadikatu.com.
I all the time emailed this blog post page to all my contacts, as if like to read it afterwards my friends will too.
Hi @Arliem, thanks for your kind.
Terima kasih atas perkongsian Tuan. Sangat bermanfaat kepada newbie macam saya. Semoga Tuan dapat meneruskan banyak banyak perkongsian SEO ini.
Sama-sama Nabila, semoga bermanfaat kepada semua kan 🙂
Thank you for sharing SEO on-page technique with us.
Hi @Jillian. thanks
artikel yang sangat bagus untuk memhami basic seo. walaupun dah lama berblog tapi saya masih terkial-kial juga berkaitan seo ni
Terima kasih tuan. Masih belajar lagi dan sama-samalah kita belajar untuk tingkatkan SEO ya 🙂
Info yang sangat berguna… Terima khasih sebab share Ilmu.
Sama-sama tuan. Mana yang baik tu sama-samala kita kongsikan kepada yang lain kan tuan 🙂
Pertama sekali, saya minta maaf kerana dah baca untuk tahun lepas, dan baru tahun ini saya teringat nak balas. Apa pun, terima kasih kerana berkongsi ilmu SEO. Saya dah faham beberapa perkara mengenai posting yang tuan berikan. Sekali lagi, terima kasih
Terima kasih Nhazla, dan tak mengapa sebab SEO ni memang teknikal sikit.
Thanks dengan perkongsian. Saya masih lagi merangkak untuk belajar ilmu SEO.
Dan artikel ni saya dah bookmark untuk rujukan.
terima kasih kembali tuan. semoga bermanfaat ya.
Mahal ilmu ni.. terima kasih tuan terangkan dengan detail satu persatu. Akan dimanfaatkan nanti.
Alhamdulillah, itulah yang saya sering ingatkan pada setiap Penulis dalam blog ini terutamanya Cikgu Mad, perkongsian ilmu itu mahal harganya apabila ada yang boleh dimanfaatkan Oleh orang lain.