Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

Siapa yang tidak pernah rasa sakit. Rasa lemah, rasa sengsara, rasa lelah mahu pun rasa tidak berdaya. Aku percaya, semua antara kita pernah merasakan apa yang aku nyatakan di atas tadi. Aku yakin semua pernah melalui fasa-fasa jatuh bangun dalam kehidupan sehariannya.

Aku yakin, kau pun mesti pernah merasainya bukan?

Namun pernahkah kau terfikir saat kita diuji dengan fasa kejatuhan, fasa kesedihan, fasa kejahilan itu kau dan aku hanya ada dua pilihan sahaja.

Pilihan

Ya.

Dua pilihan sahaja.

Bukan tiga, bukan empat mahu pun lima.

Sama ada kau memilih untuk bersabar.

Atau kau memilih untuk berputus asa dan seterusnya menyalahkan takdir yang menimpa.

Aku pernah hampir satu ketika, mampu untuk bersabar. Dan, pernah, aku hampir-hampir untuk berputus asa. Alhamdulillah, aku diberikan kekuatan oleh Allah untuk bangkit dari rasa keberputus-asaan itu. Dan, aku merasakan adalah tidak adil jika aku tidak berkongsikan rasa pengalaman itu dengan kau.

Harapan aku cuma satu.

Agar kau juga mampu untuk bangkit dan kembali kuat seperti yang aku kenal.

Ketika aku sedang menulis posting ini, aku masih lagi diuji dengan Ridiculous Cyst’s yang tidak berpenghujung. Aku baru sahaja menjalani major pembedahan kelima yang mengambil masa selama 6 jam dalam dewan pembedahan.

Pelbagai kompilasi yang dijelaskan oleh doktor pakar telah berlaku dan apa yang aku takutkan sangat adalah berlakunya rejection dari badan aku terhadap implan yang dimasukkan sewaktu pembedahan kelima ini.

Rasa Sakit dan Putus Asa

Aku mencari makna sakit.

Aku google apa itu putus asa.

Sakit itu bukan selamanya dianggap sebagai musibah pada diri kita. Bukan apa, sakit juga boleh menjadi sebuah nikmat yang mana aku dan kau boleh ambil hikmah dari sakit itu sendiri.

Siapa Tidak Pernah Rasa Sakit

Berputus asa pula merupakan antara dosa yang besar. Sebab apa, kerana berputus asa lah, iblis itu menjadi iblis. Kenapa iblis? Kerana secara dalam teori bahasanya, kata iblis itu berasal dari akar kata ‘balasa’ yang mana kata tersebut mempunya makna tunggal iaitu putus asa.

Maknanya apa?

Maknanya iblis itu digelar iblis kerana iblis sudah berputus asa dari rahmatNYA Allah SWT. Aku tidak sesekali untuk ada rasa berputus asa, dan aku juga harap kau pun begitu.

Bukankah Allah SWT sudah berkali-kali pesan kepada hambaNYA agar tidak sesekali berputus-asa dari rahmatNYA? Dan aku mengambil keputusan untuk menulis posting ini agar aku dan juga kau tidak akan sesekali ada sekecil zarah pun rasa hendak berputus-asa dari segala yang menimpa.

Ya, untuk aku kenang kembali dan mengambil ibrah dari apa yang berlaku. Juga buat kau dan semua yang membacanya agar kita semua tahu betapa luasnya rahmat Allah buat hamba-hambaNYA.

Kenapa?

Agar kau tidak lagi memilih option kedua iaitu berputus asa tetapi kau sudah bijak membuat pilihan untuk terus bersabar dengan segala ujian yang cuba mendekat.

Kuatkan semangat untuk terus bersabar.

Untuk apa?

Bukankah aku dan kau sudah berjanji untuk sama-sama mencari redha Allah dan masuk ke syurgaNYA?

Aku harap kau bacalah posting ini dengan mata hati yang jernih. Aku juga harap kau dapat melihat dengan tenang bahawa aku sentiasa mendoakan kau.

Wad Pembedahan 3A

13.04.2022 (Rabu) 11 Ramadhan 1443H

Hospital Lahad Datu

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

2 COMMENTS

  1. Lama rasanya meninggalkan dunia blogging ni. Semalam baru ada kekuatan untuk cuba membuka blog teman-teman di alam maya dan salah satu blog yang saya kunjungi adalah blog tuan. Saya kagum dengan kegigihan tuan untuk memastikan sekurang-kurangnya menulis satu posting setiap hari dan kegigihan ini membuatkan saya rasa kecil dan cemburu dengan kegigihan yang tuan ada. Insyaallah moga saya juga diberikan kegigihan seperti yang ada pada diri tuan dan doakan kesihatan saya untuk mampu menulis semula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.