Blogger Sombong: Saling Menjatuhkan Bukan Sikap Blogger Kita

50
176
Blogger Sombong: Saling Menjatuhkan Bukan Sikap Blogger Kita
Blogger Sombong: Saling Menjatuhkan Bukan Sikap Blogger Kita
janawangIM.blogspot.com Button

Blogger Sombong – Pernah tak kau tengah scroll blog atau media sosial, tiba-tiba terjumpa komen yang macam ni?

“Aku ni power la, trafik blog aku dah cecah sejuta, kau mana ada siapa-siapa pun.”

Atau ada yang buat post macam nak tunjuk konon-kononnya dia paling hebat dalam dunia blogging. Memang rasa macam nak gelak, tapi pada masa sama, ada yang rasa down sebab sikap blogger sombong macam ni boleh buat ramai blogger baru hilang semangat.

Itu lah realiti dunia blogging yang kadang-kadang kita tak nak akui, tapi wujudnya sikap blogger negatif seperti ini menjejaskan semangat komuniti.

Bila dah jadi macam ni, siapa untung?

Komuniti blogger pun jadi toksik, dan yang rugi sebenarnya kita semua.

Kalau kau nak tahu, blogger yang berjaya bukan hanya kena power trafik dan followers, tapi kena ada sikap rendah hati. Sebab blogging ni bukan hanya pasal angka, tapi pasal membina komuniti yang saling support.

Jadi, jom kita kupas sikit tentang sikap blogger sombong dalam dunia blogging ni dan kenapa kita kena buang jauh-jauh.

Siapa Blogger Sombong Itu?

Blogger sombong ni macam mana sebenarnya?

Kalau nak gambarkan, biasanya dia ni suka menunjuk-nunjuk hasil blog dia, dialah terpaling organik artikelnya.

Contohnya, post gambar trafik blog sampai meletup, followers bertambah macam cendawan selepas hujan, atau update status dengan nada bangga sampai buat orang lain rasa kecik.

Bayangkan: Ada blogger buat status,
“Aku dah dapat 1 juta hits bulan ni, kau? Jangan cakap aku tak power.”
Terus semua orang rasa macam? “Eh, chill lah bro, kau ni juara dunia blog ke apa?”

Tapi yang jadi masalah, bila blogger sombong ni mula menjatuhkan blogger lain dengan sindiran atau komen pedas. Macam “Blog kau tu pun tak de trafik, nak masuk dunia blogging pun jangan.” Ini bukan nak bagi semangat, tapi nak pijak orang jatuh.

Blogger baru yang baca ni boleh down terus.

Bila down, tak mustahil dia berhenti menulis sebab rasa tak diterima. Akhirnya, sikap blogger negatif macam ni buat komuniti yang sepatutnya harmoni jadi penuh dengan rasa tak selesa.

Sebab-Sebab Blogger Jadi Sombong

Kenapa agaknya ada blogger sombong ni wujud? Ok, aku tolong senaraikan sebabnya:

  1. Rasa Insecure Dalam Diri
    Kadang-kadang orang yang sombong ni sebenarnya rasa rendah diri dalam diam. Bila tengok orang lain berjaya, dia cuba tutup perasaan tu dengan tunjuk hebat. Macam anak kecil yang dapat mainan baru, tunjuk depan kawan-kawan supaya semua cemburu.
  2. Persaingan Tak Sihat
    Dalam dunia blogging, persaingan memang ada. Tapi bila persaingan ni jadi “sapa paling power, sapa paling famous,” mulalah muncul sikap blogger negatif yang bawa lebih banyak kerosakan dari kemajuan.
  3. Kurang Ilmu dan Pengalaman
    Kadang blogger yang baru, belum cukup pengalaman, tapi dah mula angkuh sebab dapat sikit perhatian. Tak faham perjuangan dan cabaran blogger lain yang mungkin bermula dari bawah.
  4. Pengaruh Media Sosial
    Media sosial kadang galakkan kita “show off” dengan benda yang nampak hebat, tapi tak tunjuk realiti sebenar. Akhirnya, blogger lupa tujuan asal blogging: berkongsi, belajar, dan membina komuniti.

Kalau nak bergurau sikit,
“Nak jadi blogger rendah hati? Cuba jangan kira followers macam kira duit dalam tabung! Kalau tak ada tabung, jangan kira juga.”

Kesan Blogger Sombong Dalam Dunia Blogging

Blogger sombong bukan setakat buat diri sendiri nampak tak bagus, tapi kesannya besar kepada komuniti blogging.

  • Komuniti jadi toksik dan tak mesra.
  • Blogger baru takut nak tanya soalan atau berkongsi idea sebab takut kena sindir atau diperlekeh.
  • Muncul budaya backstab dan sindiran halus di ruang komen atau media sosial.
  • Bila ada blogger berjaya, bukannya bagi semangat, tapi cari kelemahan untuk dijadikan bahan troll.

Bayangkan bila blogger sombong jumpa kawan lama, bukannya tanya khabar, tapi tanya trafik blog dengan muka penuh rasa superior. Serius, nak gelak pun ada!

Sikap ni lama-lama boleh buat komuniti blogger rasa terpisah dan hilang semangat untuk terus berkarya. Dan itulah antara sikap blogger negatif yang kita perlu bendung bersama-sama.

Sikap Blogger Yang Patut Kita Amalkan

Sebaliknya, sikap yang kita kena pegang ialah: Saling support dan kongsi ilmu.

“Kalau aku boleh, kau pun boleh.” Itu kata-kata yang paling power untuk kita pegang dalam blogging. Jangan kira baru atau lama, hormat perjalanan masing-masing.

Setiap blogger ada cabaran dan cerita sendiri.

Blogging bukan tempat nak menjatuhkan, tapi platform untuk membina. Ada banyak cara mudah nak bina komuniti positif:

  • Komen membina di blog atau media sosial.
  • Balas komen pembaca dengan mesra.
  • Buat kolaborasi dengan blogger lain supaya sama-sama maju.

Kalau ada blogger sombong datang, kau boleh cuba balas dengan humor,

“Wah, hebat! Tapi macam mana nak buat macam kau? Ajarlah!”

Kadang sikap positif macam ni boleh buat dia terdiam dan mula fikir balik.

Blogger sombong dan kesannya dalam komuniti blogger

Cerita Inspirasi & Realiti

Nak bagi semangat sikit, aku kongsikan cerita tentang blogger yang mula dari bawah tapi berjaya dengan sikap rendah hati.

Si A, dulu blog dia kecik je, trafik ciput, selalu kena ejek.

Tapi dia tak pernah putus asa. Dia terus menulis, kongsi ilmu dengan jujur, dan selalu bantu blogger lain. Lama-kelamaan, trafik naik, followers bertambah.

Tapi paling best, dia tetap mesra dan rendah hati.

Sekarang, Si A bukan sahaja berjaya dari segi trafik tapi juga dihormati sebagai mentor dalam komuniti blogger. Dia jaga komuniti macam family besar. Kalau ada yang nak tanya, dia sentiasa ready to help.

Kau tengoklah sendiri, blogger sombong mungkin popular sekejap, tapi blogger rendah hati kekal dihormati.

Kesimpulan dan Seruan

Jadi, kita kena ingat.

Dalam dunia blogging, sikap rendah hati lebih penting daripada trafik ribuan atau jutaan. Kerana bila kita rendah hati, kita dapat bina komuniti yang kuat, saling membantu dan sama-sama berjaya.

Blogger sombong bukanlah ikon kejayaan sebenar. Tapi blogger yang berilmu, bersahaja, dan tidak pernah memandang rendah pada orang lain itulah contoh yang patut kita ikut.

Jangan jadi blogger yang hanya pandai show off tapi lupa jadi manusia yang baik. Kalau kau nak jadi blogger terbaik, jadi power dalam trafik dan power dalam hati.

Ingat,

“Kejayaan tanpa sikap baik, tak bermakna.”

Kalau kau setuju dengan benda ni, share lah artikel ni supaya lebih ramai yang dapat semangat positif. Jangan lupa komen kat bawah cerita kau pasal blogger sombong atau sikap blogger negatif yang kau sendiri pernah alami atau nak ubah dalam dunia blogging.

Jom kita cipta #BloggerRendahHati – komuniti blogger yang support, inspire dan naik bersama. Peace!

Mungkin aku boleh cadangkan Guru Mata Pelajaran BM Cikgu @Kak Paridah dan Ketua Kelas pula @Mr.Hanafi dalam komuniti blogger kita. Lain kau pula sambung.

Bilik Darjah,

Paris Bukan France.

janawangIM.blogspot.com Button

50 COMMENTS

      • Aduh…kenapa ye nak sombong-sombong? Semua yang kita ada adalah pinjaman semata. Semakin hari semakin dekat dengan lubang kubur pun iya. Jadi moleklah kalau kita santai-santai aje. Kita kongsi apa yang kita rasa nak kongsi. Siapa sudi baca, kita alu-alukan. Siapa tak mau baca pun tak apa.

        • Betul tu! Kita ni blogger santai-santai jak, takde nak berlagak diva keyboard pun 😄 Tulis pun gaya chill sebab yang baca pun nak tenang, bukan nak rasa macam tengah baca wasiat haha.

    • Betul tu! Sombong ni macam garam lebih dalam masakan. Konon nak sedap, sekali terus tak boleh telan 😂 Rendah diri tu lagi menyenangkan hati.

    • Haaa kalau jadi AJK, jangan lupa sediakan checklist “blog mesra atau tidak” 😆 Setakat ni semua mesra, alhamdulillah… kalau ada yang sombong, kita buat-buat tak nampak je, macam tengok harga durian waktu gawat 😜

  1. Ada ye…..jangan x percaya..ramai je macam ni..nak- nak mereka yang popular satu waktu dahulu…sekarang? blog pun dah hilang dari radar…bukan nak kutuk ke apa..x kemana pun kalau ada perangai macam ni…kenapa nak sombong..lain la kalau masa sombong tu boleh dapat duit ribu- ribu kan…selalunya yang menjatuhkan dunia blogger ni dikalangan blogger macam ni la…maaf cakap sebab SA antara mangsa keadaan tersebut…hehehe…so SA sekarang usaha sendiri, buat apapun sendiri sebab minat SA je…dari SA buang masa x buat apa..elok SA Blogging…

    • Betul tu SA! Blogger sombong ni ibarat popiah basah yang tinggal inti je. Nampak gah dulu, tapi sekarang melekat kat plastik pun tak laku 😆 Teruskan blogging sebab minat, bukan sebab trend. SA power sendiri, tak payah tunggu geng viral!

  2. Tak pernah pula jumpa blogger sombong ni, minta jauh la ya.
    Make sure circle semua positif dan membina. Cuya buat blog pon suka2 je
    Paling suka join giveaway dulu2, skrg jrg dh ada kn

    • Haha betul Cuya! Blogger sombong ni ibarat unicorn. Ramai cakap ada, tapi kita tak pernah nampak 😆 Janji kita kekal dalam circle yang best-best je, yang buat blogging rasa macam picnic online 🍰

  3. hahahahaha…sesuatu yang lawak dan satira kalau saya jadi ketua darjah komuniti blogger

    apa-apapun terima kasih atas gelaran tersebut..agak unik dan menarik untuk difikir-fikirkan

    dalam dunia medsos …zaman blogger seperti berada di belakang tadbir dan itulah yang sebaiknya.

    tiada apapun yang perlu dibanggakan apatah lagi membangga diri atau merendah orang lain dengan kehebatan diri.

    betul tak cikgu ?

    • Betul tu “ketua darjah blogger” 😆 Mungkin gelaran tu boleh difikirkan lebih mendalam sambil-sambil ambil kertas dan pen terus cipta plot outline untuk dijadikan tajuk next posting 😊

      kita ni semua pelakon belakang tabir je, tapi dialog penuh jiwa!

      Janji tak lupa asal usul… dan jangan lupa ambil kehadiran ya ketua kelas! 📝 😅

  4. Biasa baca blog ni belum pernah lagi jumpa blog2 yang berselisih faham kecuali blog politik dalam negara 🤪 Rasa seronok pula kalau blogger ada komuniti sendiri kan. Blog buat family day 🙂

    • Betul tu, blog politik je yang suka gaduh macam drama Korea! Kalau blogger buat family day, mesti meriah. Siap ada sesi tukar-tukar link dan bagi “like” percuma sekali! 😄

  5. sy x sombong pun. Menulis blog sekadar berkongsi dan berkawan sesama blogger. saling bantu sesama kita. Tp x dinafikan ada blogger jenis sombong ni. Mcm kita komen di entri dia beberapa kali tp dia haram sekali pun x nak balas kunjungan kita Kalau jumpa spesis blogger mcm ni memang sy terus block dari kehidupan sy pun!

    • Setuju! Blog ni kan tempat berkongsi, bukan tempat buat drama. Yang sombong tu, terus block je macam Abam Kie katakan tu. Jangan bagi peluang dia buat ‘show’ free pulak! 😆🛑

  6. saya blogger biasa-biasa ja, just suka menulis. cita-cita nak jadi penulis tapi tu la. hrmmm entah! hihiii. trafik2 ni tak pandai sangat. sejenis, siapa sudi baca, baca. tidak sudi baca, tidak mengapa. tapi saya suka membaca. ok sekian bebel.

    • Betul tu, yang penting enjoy menulis! Trafik tu macam angin, datang pergi macam mood pagi-pagi. Yang penting, kita happy dan orang baca tu bonus! 😄

  7. Alhamdulillah so far x pernah jumpa blogger sombong mcm yg di atas tu.. semuanya bz dgn life diri sendiri je, bz masak, bz hal anak, x ada yg sibuk dgn trafik blog.. bkn circle kakmim rasanya tu

    • Memang betul tu! Blogger zaman sekarang ni sibuk masak, jaga anak, dan survive hidup. Mana ada masa nak sombong. Kalau ada pun, sombong dengan kuali je, bukan dengan blog! 😄🔥

  8. Mana-mana pun ada ja manusia macam ini.. Dialah yang terpaling..
    Kalau Sha emmang Sha abaikan.. Walaupun kadang tu geram juga tapi selalu ingat tujuan berblog.. Sha nak berkongsi.. Memang pegang yang ini ja dari dulu sampai sekarang..

    • Betul tu, kadang geram tapi kita fokus je pada misi asal iaitu berkongsi cerita, bukan berlawan siapa paling sombong! Blog bukan pentas ratu sombong, tapi pentas sharing best moment je. 😄

    • Hahaha, betul tu! Biar dia bawak sombong tu masuk kubur sekali, kita rileks je sambil kumpul pahala blogging. Kalau nak sombong, sombonglah sorang-sorang, jangan ajak kita sekali! 😆✌️

  9. Waduh, masih ada juga ya tipe blogger yang main sindir-sindiran demi eksistensi? Padahal lebih keren kalau sukses bareng-bareng daripada saling jatuhin.
    Setuju banget, blogging itu bukan cuma soal trafik, tapi juga tentang berbagi dan saling support. Yuk jadi blogger yang humble dan bisa bikin komunitas makin solid.

    • Setuju banget! Blogging itu kayak pesta makan-makan, mending kita ajak semua makan bersama daripada saling sikut cari tempat duduk. Yang penting, humblenya tetap on, biar komunitas makin kompak dan asik! ya mas? 😄🍰

  10. Yang sombong tu sila main jauh jauh. Risau kang nanti bertembung pastu hilang semangat kita nak blogging. Kita ni bilis nubis je. Buat blog pun sekadar suka suka, nk perhabiskan masa yang ada. Sesekali nak bercoretan dlm blog sendiri.

    • Hahaha bilis nubis pun kalau menari dalam kolam sendiri, tetap ada gaya! Yang sombong tu biar dia berenang sorang-sorang, kita chill je tulis dari hati. 😎🖋️🐟

  11. Saya sokong, Encik Hanafi jadi ketua kelas! ^_^
    Sombong – tak boleh lihat orang lain lebih dari dia. Oleh itu, kita abaikan je la. Marilah kita berblogging dalam suasana harmoni dan ceria.

    • Setuju sangat! Hidup Tuan Hanafi. Calon ketua kelas paling bersahaja! Blogging ni bukan parlimen, tak perlu gaduh-gaduh… kita nak healing, bukan haunting.

    • Allahu, trauma blogspot 2012 tu memang legend… Tapi alhamdulillah, sekarang kita blog bukan sebab glamer, tapi sebab rindu nak tulis dan healing. Jom kita singgah blog tuan dan aku harap tak ada gatekeeper pakai filter femes lagi dah bila mai jenguk blog tuan nanti 😅

    • Jangan risau… kadang blog pun macam jodoh dah usaha, tinggal tawakal nak kena ‘index’ juga. Google pun kadang lambat respon, mungkin dia tengah baca artikel kau sambil ngopi 😅

  12. Rasanya saya ni tak cukup terpaling blogger la sebab tk pernah tau pun ada istilah blogger sombong camni.. walhal kita dah buat blog sejak 2011 lagi jahaha 🤣 nampak sangatla saya ni blogger syok sendiri jee

    Blog saya pun masih belum melepasi 1 juta pageviews pun. cuma menulis bila ada cerita menarik dlm hidup je. Tu pun salah satu faktor kenapa trafik tak tinggi kot

    • Eh sama la! Kita geng blogger low profile tapi high value gitu 🤣 Janji blog tu jadi tempat luah rasa, bukan nak lawan siapa paling banyak pageviews. Yang penting, bahagia bila menaip!

  13. So far tak ada pengalaman dengan blogger sombong dan tak suka sangat campur blogger popular. Kita ni biasa-biasa je. Nak bergaul dengan orang hebat pun segan. Dalam banyak-banyak media sosial, dunia blog tak setoksik yang lain. Blogger je faham blogger gitu. Alhamdulillah jumpa dengan blogger yang baik-baik. Kalau orang tak suka dan cakap kita sombong tu tak tahulah. Lain orang lain lain persepsinya bukan.

    Hebat cikgu ni. Hasil penulisan bagus, tahu-tahu keluar buku. Tahniah.

    • Betul tu, dunia blog ni ibarat kampung digital tenang, tak toksik. Yang sombong tu mungkin salah baca alamat blog kita je kot 😆 Terima kasih tapi mana ada hebatnya hahaha

        • Haha betul tu! Kita ni blogger gaya santai jak, janji mesej sampai walau ejaan kadang-kadang macam budak baru belajar menaip 😆 Yang penting hati sampai, bukan karangan SPM!

  14. Ya ampuuun abaaaaang, seriuuuus ada yg buat status macam tuh?? Saya memang tak pernah lihat. Ada beberapa blogger Malaysia yg saya follow di IG dan FB, Alhamdulillah, baik2 semua. Tak ada yg menyombongkan diri.

    Kalopun ada yg ‘terlihat sombong’ , biasanya bukan bloggers, tp influencers. Nah kalo ini banyaaaak. Cuma mostly cara mereka halus bang 😅. Bukan yg pamer directly. Tp terkadang posting ttg reach konten yg mereka publish dah berapa views, atau share engagement nya etc. Tak paham lah maksudnya… Sekedar nak show off bahwa konten dia LBH banyak dan ramai, atau apa 😄😄.

    Tapi memang tak bisa dipungkiri kan, manusia itu suka pamer. Tinggal kadarnya saja berapa tinggi. 😁🤭.

    Tapi moga2 kita janganlah masuk ke golongan itu. Ilmu tak berkah kalo disombongkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.