Aku tahu, sekarang ni ramai yang lebih suka tengok video pendek kat TikTok, IG Reels, atau skrol Twitter (eh, X?) sampai mata lebam. Benda yang cepat, padat, dan menghiburkan. Tapi, pernah tak kau terfikir dalam dunia penuh kecelaruan ni, adakah blog masih relevan?
Jawapannya, YA. Tapi dengan syarat.
BLOG BUKAN SEKADAR CATATAN PERIBADI
Dulu-dulu, blog memang macam diari online. Kau boleh luah apa kau rasa, apa yang kau makan, siapa yang kau marah.
Tapi sekarang, blog dah berevolusi.
Blog masih releven.
Sebab blog dah jadi tempat orang cari jawapan, bukan lagi tempat orang cari cerita pasal kucing kau makan Whiskas.
Contohnya, bila kau nak tahu cara buat resume, resepi ayam buttermilk, atau beza antara insurans dan takaful pasti kau akan Google dulu, kan?
Dan siapa yang jawab semua tu?
Bloggers!
Blog yang relevan bukan sekadar tempat kau ‘meluah’. Tapi jadi tempat memberi nilai kepada pembaca.
Kau bantu selesaikan masalah, kongsi ilmu, atau cerita pengalaman yang boleh jadi panduan hidup orang lain.
KENAPA ORANG MASIH BACA BLOG?
Aku bagi kau beberapa sebab kenapa blog masih relevan dan bernafas walaupun tahun 2025:
- Google Masih Sayang Blog
Algoritma Google suka artikel yang panjang, padat dan ada struktur yang jelas. Kalau kau pandai main SEO sikit, blog kau boleh naik ranking. Bila orang Google, blog kau yang muncul dulu. Kan best? - Blog Lebih Tahan Lama
Kau post satu artikel blog, lima tahun kemudian masih ada orang baca. Tapi kalau kau post kat Instagram atau TikTok? Dua hari je orang nampak, lepas tu tenggelam ditelan algoritma. - Pembaca Setia Masih Ada
Ada segmen pembaca yang memang suka baca panjang-panjang. Mereka ni tak kisah pun nak scroll sampai habis sebab mereka cari isi, bukan gimik. - Tempat Luahan yang Lebih Dalam
Kadang-kadang kau tak cukup dengan 280 aksara. Atau video 15 saat. Kau nak cerita betul-betul. Nak kongsi perasaan, nak berfalsafah sikit. Blog tempatnya.
TAPI, BLOG KENA BERUBAH CARA
Ya, aku setuju. Blog tak boleh kekal cara lama — post gambar blur, ayat panjang takde perenggan, atau cerita pasal mimpi pelik tanpa point. Kau kena ubah.
Beberapa benda yang aku rasa wajib kau buat kalau kau nak blog kau relevan:
- Tajuk yang “menggoda”
Tajuk artikel kena padu. Tajuk macam “Cara Mudah Bangun Pagi Tanpa Menangis” akan tarik perhatian lebih dari “Kisah Aku Hari Ini”. - Tulisan Mesra Pembaca
Jangan tulis macam kau tengah jawab tesis. Gunakan ayat ringkas, santai, dan terus ke point. Macam kau tengah borak dengan kawan. - Visual Menarik
Guna gambar yang berkaitan. Kalau boleh, buat infografik ke, letak video ke. Bagi mata pembaca berehat sikit. - Tambah Nilai, Bukan Tambah Kosong
Pastikan setiap artikel kau bantu orang selesaikan masalah, beri inspirasi, atau buat mereka fikir. Jangan tulis semata-mata nak update blog.
BLOG MASIH ADA NILAI KOMERSIAL

Kau tahu tak, masih ramai blogger yang buat duit dengan blog?
Tak kisah lah melalui iklan Google Adsense, paid review, affiliate marketing, atau jual produk sendiri. Tapi benda ni datang bila blog kau ada isi dan pembaca setia.
Contoh, blog yang fokus pasal kewangan peribadi, parenting, resepi, pendidikan. Semua ni ada potensi jana income. Sebab orang cari topik ni tiap hari.
Dan kalau kau buat blog dengan niche yang kau minat betul-betul, lagi senang kau konsisten dan bina komuniti.
“TAPI KAN, ORANG LAGI SUKA VIDEO SEKARANG…”
Ya, betul. Video memang tengah trending. Tapi tahu tak? Blog dan video boleh jalan seiring.
Contohnya, kau buat artikel pasal “5 Cara Urus Duit Gaji”. Lepas tu, kau buat video pendek ringkasan artikel tu dan letak kat TikTok.
Ajak orang baca full version kat blog.
Best, kan?
Multiplatform content. Itu kuncinya. Kau tulis blog, buat video, rakam podcast.
Isi yang sama, gaya penyampaian berbeza.
PENGALAMAN AKU SENDIRI SEBAGAI BLOGGER
Aku sendiri mula menulis blog hampir 20 tahun lepas.
Masa tu blog ni tempat aku luah rasa, kadang merepek, kadang penuh emosi. Tapi lama-lama, aku sedar… blog boleh jadi lebih dari tu.
Blog aku sekarang bukan sekadar tempat menulis.
Tapi tempat aku berkongsi pandangan hidup, pengalaman, idea.
Dan bila ada orang mesej cakap “aku rasa lega lepas baca tulisan kau”, itu satu kepuasan yang tak dapat dibeli.
Menulis blog buat aku rasa hidup, dan yang penting blog masih relevan.
BLOG DI MASA DEPAN: BUKAN MATI, TAPI BEREVOLUSI
Tahun 2025 bukan tahun kematian blog.
Tapi tahun evolusi blog.
Blog bukan lagi pasif, tapi jadi pusat untuk kau bina jenama diri (personal branding), kongsi kepakaran, dan buat impak.
Blog akan terus hidup selagi manusia suka membaca dan mencari jawapan.
Tapi, blog yang hidup tu bukan sembarangan blog. Kena tulis dari hati. Kena jujur. Kena betul-betul nak bantu orang.
JADI, KAU MASIH MAHU MENULIS BLOG?
Kalau kau pernah rasa “aku nak start balik menulis blog”, aku nak cakap teruskan.
Tapi tulis dengan niat yang betul.
Bukan sebab nak viral, tapi sebab kau nak berkongsi.
Sebab satu hari nanti, bila dunia dah penat dengan video pendek yang kosong, orang akan datang balik ke tulisan-tulisan yang tenang, perlahan dan penuh makna.
Dan mungkin, tulisan kau tu… adalah salah satunya.
PENUTUP: TULISLAH, KERANA DUNIA MASIH MEMBACA
Tahun 2025, blog masih relevan — kalau kau tahu kenapa kau menulis.
Dan kalau kau tulis dengan hati, orang akan baca dengan jiwa.
Jadi, kau tunggu apa lagi?
Buka laptop, dan mula menaip.
Dunia masih menunggu suara kau dalam bentuk paling jujur melalui sebuah blog.
Golden Desk,
Paris.
Bukan France
Pesaing kepada blog sekarang ialah apps AI
tetapi apps AI seperti ChatGPT, POE dan DeepSeek juga cari info dalam blog
saya tetap akan berblogging walaupun tiada pembaca dan saya lah pembaca blog sendiri…pun kira ok jua
Wehh padu tuan! AI pun makan dari blog, kira kita ni macam tukang masak dia la kan? 😂 Takpe lah, kalau takde orang baca pun, kita baca sendiri—dah macam tulis diari online. At least bila tua nanti boleh scroll balik, baca sambil gelak ‘eh aku ni kenapa dulu macam ni?’ Hahaha! Yang penting… ada isi, ada hati! 😆✌️
setuju….itulah kenangan dan pengalaman yang tertulis secara digital
Serius, betul tu tuan! Blog ni kira macam album kenangan digita cuma bezanya, siap ada caption panjang kita yang tulis sendiri. 😂 Nanti bila scroll balik 5-10 tahun lagi, mesti ada part gelak sorang-sorang, ada part pulak buat termenung ‘eh aku dah jauh jugak berubah’. Kenangan macam ni priceless tuan… bukan semua orang ada keberanian nak rekod hidup dia secara terbuka camni. 💛✌️
ya benar. blog berevolusi!
Kan. Cuma kita sebagai penulis blog sahaja yang perlu ambil kesempatan ini untuk turut sama menggunakan kemajuan digital agar blog kita mampu bersaing dan terindex dengan cepat.
penulis yg rajin tulis ja n3 panjang bermaklumat…tapi kak maleh heh heh
Hehehe takpe kak, kita yang rajin baca pun dah cukup power dah! Yang penting enjoy. Tak kira rajin tulis ke, rajin baca je pun, dua-dua bagi nyawa kat blog. 😄✌️