Kalah dalam menang itu mungkin sesuatu yang sangat jarang untuk kau dan aku dengar. Hakikatnya semua hendak menang saja. Aku, kau, dia dan yang lain tidak terkecuali berlumba tanpa sedar hanya untuk satu perkataan “menang”.

Tanpa aku dan kau sedar, sebenarnya kita sedang dalam perlumbaan menghadapi ujian dariNya. Tidak ada yang terkecuali dari terlepas dalam setiap ujian yang datang. Yang ada cuma “kalah” atau “menang” saja. 

Cuba kau semak kembali setiap ujian yang menimpa diri kau. Adakah kau pernah rasa kau telah “menang” atau cuma menyedapkan rasa dengan mengatakan kau telah “kalah dalam menang?”. 

Kalah Dalam Menang - Ahmadikatu

Siapa Yang Paling Banyak Bersabar

Aku dan kau, kita semua sedang diuji. Aku diuji dengan cara begini dan kau pula dengan apa yang termampu untuk kau pikul. Apa yang pasti, kita semua tahu pengakhirannya Tuhan sudah janjikan berita gembira bagi mereka yang bersabar.

Aku dan kau cuma perlu bertahan sedikit. Paling penting tidak melatah atau merungut. Bukankah semua ini akan berlalu?

Bukankah apabila telah berlalu maka akan menyusul kegembiraan jika aku dan kau ikut apa yang Tuhan telah ajarkan. 

Kalah Dalam Menang Bukan Bererti Kau Mengalah

Ujian ini sudah tidak lama. Ibaratnya aku dan kau sudah berada dalam pusingan terakhir sebelum dinobatkan sebagai pemenang. Sama ada kau yang menang atau aku yang kalah.

Itu pun jika kau mampu untuk bertahan dan terus bersabar. Jangan sekali kau mengalah!.

Bukankah disebalik kepayahan yang kau dan aku tempuhi, Tuhan sedang tingkatkan darjat dan ampunkan semua dosa kita yang lalu?

Setiap kali kau rasa tertekan selama ini sehingga hampir putus asa dengan semuanya, cuba ingat apa yang pernah aku katakan.

Cuba untuk berkata kepada hati bahawa Tuhan sedang melimpahkan cintaNya kepada kau.

Kerana Ujian Itu Kita Kembali DenganNya

Sebenarnya jika kau fikirkan semula, boleh saja Dia biarkan kita terus hanyut dalam keenakkan duniawi itu. Namun kerana kasihNya, Dia membawa kau dan aku kembali rebah di tikar sejadah. 

Merintih dan bergantung harap semula dengan sepenuh hati kepadaNya.

Itulah cinta yang hakiki. KepadaNya diserahkan segalanya.

Dan apabila episod ujian ini berakhir, aku dan kau akan lihat bagaimana Tuhan mengantikan kesedihan dan kepayahan dengan kegembiraan.

Kalah Dalam Menang - AhmadiKatu

Sudah pasti yang digantikan itu adalah kegembiraan yang tidak ada tolak bandingnya. Kegembiraan yang berlipat ganda.

Sambut dan terimalah, sebagai balasan ketabahan diri seorang hamba. 

Tenang-tenang saja. Aku berharap kau dan aku diberi kesabaran dalam setiap ujian yang datang. Mudah-mudahan kau dan aku lulus cemerlang disetiap ujian dariNya.

Semoga diwaktu itu aku tidak lagi akan kalah dalam menang. Tetapi aku bersama kau dengan kemenangan yang total.

Bukan lagi sekadar kemenangan dari melankolik di dunia utopia ciptaan aku sendiri.

Jom Join Newsletter Kami
I agree to subscribe AhmadiKatu
Jom bersama lebih dari 12,000 subscriber newsletter kami. Jadi di antara yang terawal mendapatkan tips tarbiah sentap dan juga tips blog SEO secara percuma.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
I'm just a simple guy who really loved to share something valuable to others. Really love to write and I have own 4 blogs to manage and each of that blog has a different niche. And AhmadiKatu dot com was my personal blog. Hopefully, you can enjoy visiting my blog. Currently, I'm still learning ninjutsu with Kakashi sensei in Konoha village. This is a secret and please don't tell everybody. gotcha...

36 COMMENTS

  1. Ujian berjalan setiap saat seiring dengan nafas yang disedut mahu pun dihembus. Bezanya cuma kita dapat bersabar sebagai seorang yang beriman atau merungut sebagai seorang yang tidak bersyukur. Betul tak?

  2. Sudah lumrah Kita hidup penuh dengan ujian. Benar kata tuan blogger, hanya yg banyak bersabar akan mendapat kemenangan. Tapi kemenangan bukan datang dgn mudah. Tidak datang bergolek jua.

    Posting yg memberikan seribu satu inspiration dan keinsafan. Semoga Nur juga berada dlm golongan yg banyak bersabar dlm setiap ujian dari-Nya

    • Terima kasih Cik/Puan Nur Shuhada kerana sudi singgah ke sini. Semoga blog ini boleh memberikan seribu satu kebaikan kepada Cik/Puan dan semuga pembaca blog ini.

    • Betul, kita doakan saja siapa yang hadap masalah seperti itu moga dia dapat terus bersabar, tawakal, pasrah dan redha. Moga diakhir nanti dia akan peroleh kemenangan seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t

    • Terima kasih tuan. Saya pun perasaan bila saya guna keyword “kalah dalam menang”, lagu Shamsul yang berada tranding dalam carian keyword ni. Apa pun terima kasih sudi datang ke sini.

    • Aamiin…Terima kasih atas doanya dan terima kasih juga sudi berkungjung di blog ini. Semoga beroleh sesuatu yang baik dari setiap posting yang ada di dalam blog ini ya.

  3. Kalah.
    Menang.
    Ada maksud masing2.
    Tgk konteks masing2.
    Most of the time kalah bukan kalah mahupun mengalah.
    Menang tak semestinya menang. Diberi peluang je…

    Ujian, tanda Allah syg.
    Ujian, tanda Allah masih ingat kita.

    • Iya, benar kata kak @Aida. Kadang kalah itu bukan bererti kita harus mengalah namun untuk mengatur kembali strategi untuk menjadi pemenang. Atau mungkin lebih dari itu lagi. Apa pun thanks atas perkongsian akak di sini 🙂

    • Masya Allah, terima kasih atas perkongsian tuan. Amat bermakna buat saya dalam menambahbaikkan lagi isi konten dalam penulisan akan datang. Thanks sekali lagi, moga tuan terus maju jaya dalam dunia blog tuan 🙂

  4. InsyaAllah setiap ujian yang diberi itu adalah ujian yang mampu untuk seseorang itu tanggung. Sabar dalam ujian perlu ada. Tanda Allah sayang, tanda Allah nak kita datang dan ingat kepada dia

    • Betul tu Cik @Fafa. Semuanya berbalik kepada diri kita untuk sedar atau pun terus alpa dengan ujian yang datang. Thanks atas perkongsian cik dalam ruangan ni 🙂 Sangat hargai.

  5. Allah tak bagi ujian kalu kita tak mampu nak hadapi. mesti ada hikmah setiap kejadian tu. sama ada kita sedar atau tak setiap ujian tu tanda Allah sayang pada setiap hamba-Nya. bagus baca blog ahmad penuh inpirasi kata-kata semangat gitu

    • Terima kasih atas perkongsian tuan dalam ruangan ni. In syaa Allah, jika ada yang mengambil kebaikan dari perkongsian tuan ni moga akan mengalir pahala kepada tuan. Aamiin. Terima kasih juga tuan, cuma menulis untuk ingatkan kepada diri sendiri saja, bukan ditujukan kepada orang lain kerana kata ganti nama “kau” itu merujuk kepada diri saya sendiri dan “aku” pula sebagai ilusi kepada orang yang seakan menasihatkan kepada diri saya.

  6. Rawlins banyak kali diuji. Pada awal dulu, memang akan rasa diri ini tidak punya erti dan pernah terfikir lebih baik jika semuanya terhenti di situ. Tapi sekarang, alhamdulilah, lebih mengerti akan ujianNya dan bersyukur di atas setiap hari yang dilalui.

    • Masya Allah, begitu cantik pengaturan Allah swt kepada tuan @Rawlins kan 🙂 Jika tidak diberinya ujian mungkin lain kesudahannya. Tak gitu tuan? Dan buktinya sekarang tuan merupakan seorang blogger influencer yang berjaya dalam negara kita. Apa pun, sama-samalah kita terus belajar untuk memperbaiki diri dan saling memperingatkan sesama kita.

  7. Kalah menang terpulang pada individu menerimanya.
    Yup, kalah tak semestinya mengalah. Sentiasa bersyukur, InsyaAllah hati lebih tenang. Saya tak mo bersaing dengan sesapa, sekadar ingin lebih baik hari hari mendatang untuk diri sendiri.

    • Terima kasih atas perkongsian ikhlas dari kak @Nina. Sama-samalah kita untuk terus memperbaiki diri sendiri dan diberikan kekuatan juga untuk membantu orang lain turut sama menjadi baik. Thanks kak 🙂

  8. sebut perkataan KALAH ni, sis terus teringkat pada perkataan DIAM. Yelah ramai yg bersikap meninggi diri utk pertahankan pegangan tapi sedangkan yg betulnya walau diamkan diri tak bermakna sedang kalah. sbbnya diam tu mungkin boleh beri kita lebih sabar dan fokus yang sebenarnya apa berlaku tu adalah ujian.. =D

    • Terima kasih kak @Siti atas tambahan kat sini 🙂 Betul juga, sebab kadang lebih baik diam untuk mengelakkan dari terus bertikam lidah dengan pendapat masing-masing. hikmah dari diam itu sendiri besar kerana semakin banyak kita berbicara semakin terselah kekurangan kita depan orang lain. Thanks sekali lagi kak 🙂

  9. Setiap manusia ada ujian tersendiri. Ujian yg kita tidak sangka..samada dtg dr diri kita sendiri atau dr org sekeliling.
    Sis bila ditimpa ujian..selalu sis pegang kata2 ini, “Allah sayangkan sis, sb itu dia turunkan ujian pada sis, Allah tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya, Allah tahu sis kuat dn mampu tempuh ujian yg diturunkan”.

    Syukur diberi ujian dn dgn ujian yg turun inilah menjdkan kita lbh kuat dn x mudah mengalah.

    • Betul tu kak @Hanny. Sebab Allah sygkan kita semualah diturunkan-Nya ujian kepada kita supaya kita akan kembali meminta kepada-Nya. Thanks kak secara tidak lansung juga mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan setiap ujian yang mendatang 🙂

    • Sangat setuju dengan pendapat tuan @Zharif, segalanya dah ditentukan dan apa yang kita boleh buat hanyalah bersabar dan kuatkan diri menempuhi segala ujian yang telah tiba 🙂 thanks tuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.