Buat Baik Tanpa Dihargai: Bukan Sebab Nak Ucapan Terima Kasih

50
166
Guru lelaki duduk seorang diri di bilik darjah semasa matahari terbenam, simbolik kepada tema buat baik tanpa dihargai
janawangIM.blogspot.com Button

Buat baik tanpa dihargai. Ianya satu rasa yang pedih, tapi terlalu biasa bagi kita yang cuba ikhlas dalam setiap tindakan.

Posting ini merupakan kesinambungan kepada artikel: “Tidak Dihargai – Bersediakah Kerana Pengorbanan Itu Perlu”

Kau pernah buat baik sungguh-sungguh, bagi sepenuh hati dalam kerja, dalam perhubungan, dalam persahabatan tapi akhirnya rasa macam, “eh, aku ni tak wujud ke?”

Orang buat tak tahu. Tak nampak. Tak hargai. Aku tahu rasa tu. Sebab aku pun pernah.

Dan aku rasa lagi kuat sejak aku jadi cikgu. Banyak kali aku jumpa murid yang tak nampak susah payah cikgu. Yang lebih nampak cikgu garang, bukan cikgu yang risau markah dia. Tapi entahlah, semakin lama aku mengajar, aku makin belajar.

“Buat baik bukan untuk orang balas. Tapi sebab itu siapa kau.”

Kebaikan Macam Proses Didik Anak — Lambat Tapi Bermakna

Kau ajar budak baca ABC hari-hari. Kadang kau ulang benda sama 5 kali sehari. Esok dia lupa balik. Tapi kau tetap ajar.

Kenapa?

Sebab kau tahu, satu hari nanti dia akan pandai. Sama macam kebaikan.

Kita takkan nampak hasil terus. Tapi kau terus juga beri masa, tenaga, dan sabar. Sebab satu hari nanti, akan tumbuh juga nilai dan kasih tu kat hati seseorang. Kadang bukan budak tu pun. Tapi kawan dia, mak dia, adik dia sebab aura kebaikan merebak.

Ini juga bentuk pengorbanan tanpa balasan. Dan ya, ia menyakitkan tapi itulah nilai sebenar keikhlasan.

Buat baik tanpa dihargai memang perit, tapi ia bukan alasan untuk berhenti.

Bila Kau Dah Letih Buat Baik, Tapi Dunia Buat Tak Tahu

Aku pernah satu masa tengah urus program sekolah, habis-habisan. Siap tak balik makan dekat rumah bersama anak dan isteri sebab nak pastikan semua jadi. Tapi masa mesyuarat, satu pun tak disebut. Nama aku langsung tak keluar.

Yang keluar? Orang yang datang lambat, tapi pandai cakap.

Kau tahu tak rasa dia macam mana?

Sakit. Tapi lepas tu aku senyum. Sebab aku ingatkan diri aku:

“Allah nampak. Dan aku bukan kerja untuk manusia.”

Kadang bila kita buat sesuatu dengan niat nak bantu, bukan nak dihargai, kita akan lebih tenang walau tak disebut. Sebab kita tahu kita buat betul. Kita tahu kita buat baik walau tak dihargai.

Orang Yang Tak Dihargai Tapi Terus Buat Baik — Tu Hero Sebenar

Bukan mudah nak senyum bila kau rasa dipinggirkan.

Bukan mudah nak terus bantu bila kau dah dikhianati. Tapi siapa yang boleh terus sabar, terus beri… tu manusia luar biasa.

Macam cikgu-cikgu yang tetap datang awal walau murid asyik lambat. Macam mak yang tetap masak walau anak asyik merungut. Macam kau yang tetap beri nasihat walau orang tak dengar.

“Kebaikan kau bukan sia-sia. Mungkin bukan dia yang rasa, tapi Allah tetap kira.”

Dan ya, ini semua tentang terus berbuat baik walau disakiti.

Bila Hati Mula Tanya: “Kenapa Aku?”

Ada masa kau akan tanya diri sendiri:

Kenapa aku je yang kena faham orang?”

“Kenapa aku je yang kena sabar?”

“Kenapa aku je yang kena minta maaf?”

Jawapan dia, sebab kau yang sedar. Kau yang matang. Kau yang ada kesedaran tu. Bukan sebab kau lemah. Tapi sebab kau kuat untuk tak balas dengan dendam. Dan kau tak nak teruskan kitaran negatif tu.

Kau faham erti ikhlas tanpa balasan.

Dalam Dunia Pendidikan — Kebaikan Yang Tak Nampak Terus

Aku tengok sendiri, murid yang dulunya malas, suka ponteng, maki cikgu… 4 tahun lepas tu, datang jumpa. Katanya, “Saya dulu benci cikgu, tapi cikgu je yang tak pernah putus asa dengan saya.”

Masa tu aku terdiam.

Bayangkan kalau dulu aku berhenti peduli?

Kau boleh kecewa, tapi jangan putus. Terus buat baik walau buat baik tak dihargai.

Teruskan. Biar Tak Terima Balasan Dunia, Tapi Pahala Akhirat.

Aku tulis ni bukan sebab aku dah hebat. Aku pun masih belajar. Tapi aku nak ingatkan diri sendiri dan kau yang baca ni:

Kita tak buat baik sebab orang. Kita buat sebab kita tahu itu betul.

Kalau dunia tak hargai kau, tak apa. Kau tetap bernilai.

Kalau manusia tak nampak usaha kau, tak apa. Tuhan nampak.

Kalau tiada ucapan terima kasih, tak apa. Kau tetap tak salah jadi orang baik.

Kau Bukan Lemah, Kau Luar Biasa

Kau yang terus senyum. Kau yang tetap bantu. Kau yang masih boleh sabar.

Kau bukan orang biasa. Kau manusia luar biasa.

Dan bila sampai masa, kau akan lihat kebaikan tu tetap akan pulang semula. Kadang dalam bentuk yang tak disangka.

Dan waktu tu… kau akan bisik perlahan:

“Terima kasih, aku tak berhenti jadi baik.”

Ada cerita nak kongsikan? Ruang komen kat blog tu sentiasa terbuka. Cerita kau mungkin boleh kuatkan orang lain juga. Jangan biarkan kebaikan tu mati sendiri. Sambung, dan sebarkan.

Golden Desk,

Paris, bukan France.

janawangIM.blogspot.com Button

50 COMMENTS

  1. I feel u.. lama² dah biasa dah… org yg bising ke hulu ke hilir selalunya lebih dipandang dpd yg diam²

    Selalunya budak² ni mmg x suka cikgu yg strict, muka ketat, tp sebenarnya kita nak mereka jd org, YTJT.. Allah ada Allah Maha Melihat.. chill saja.. bah kupi² dulu

    • Betul tu Kak Mim, yang muka ketat ni kadang dalam hati ada taman tapi taman tu jenis berjadual, ikut RPH! 😂 Chill dulu… bah kupi² kita sambil marking paper exam!

    • Bukan senang nak buat sesuatu tanpa harap balasan. Orang kata ikhlas kan diri gitu kan
      Tapi betul Allah tu ada, dia nampak usaha kita. Biar saja Allah yg membalas setiap tindakan kita, niat semua kerana Allah.
      Mungkin baiknya tak nampak di dunia, inshaAllah di akhirat kelak. Aamin

      • Betul tu! Kadang buat baik ni macam simpan stok saham akhirat. Walaupun tak nampak dividen duniawi, insyaAllah untung besar kat sana! Jom kumpul saham pahala, jangan lupa senyum sekali! 😄

  2. buat seikhlas hati dan sekadar termampu…kalau tak dihargai, kira move on jer.. yg penting, kita tahu apa yg kita buat dan niat apa kita buat tu. insya Allah, ada pahala menanti di alam sana

    • Betul tu… buat je macam biasa, yang penting KPI akhirat mantap! Kalau orang tak nampak, jangan risau. CCTV langit sentiasa on 24 jam 😄

      • Hahaha.. cucuk vaksin tu pun seram tau..
        nak kena kebal lah, asyik sakit hati ja.. Orang bukan peduli pun.. Sekarang ini konsep dia, jaga hati sendiri.. Buat semuanya kerana Allah.. Ikut je aliran sungai.. Selagi perkara tu baik, kita follow.. Kalau tak betul, kita elak.. Paling penting sekarang ini jangan tunjuk pandai atau memandai-mandai..

        • Betul tu! Kadang kena vaksin hati dulu, baru tahan lasak. Kalau tak, asyik sakit hati macam kena jarum suntik! Ikut aliran sungai, jangan jadi batu dalam sungai ya! 😅🙏

  3. teruskan buat baik. untungnya sebagai seorang muslim sekali buat baik ada pahala menanti. jika tak dipedulikan manusia, Allah tetap akan membalasnya

  4. Erm…entry ni ada kaitan dengan SA..sulit untuk dikongsikan cukup SA katakan buat baik tapi x dihargai rasanya sangat perit…SA sedang lalui baik di pejabat mahupun kehidupan peribadi..apapun..sabar itu pasti..sabar menanti hadirnya pelangi…

    • Pelangi memang datang lepas hujan… cuma kadang-kadang dia lambat sebab traffic jam awan 😅 Sabar ya, SA… nanti pelanginya muncul juga 🌈

    • Uncle level dia bukan NPC macam artikel aku minggu lepas. Level uncle anti-hero, kadang baik, kadang nakal, tapi sentiasa ada plot twist! 😆 Amacam, ok tak tu uncle?

  5. Dulu masa muda mengharap juga pujian/penghargaan hatta balasa atas kebaikan/sumbangan kita dlm pekerjaan. Tapi seiring usia meningkat, iman dan ilmu agama mula bertambah kita didik diri supaya ikhlas. Jangan harap balasan, Allah Maha Melihat.

    • Memang betul tu, kadang dulu harap pujian sampai nak gempak satu pejabat! Sekarang, belajar ikhlas, kalau dapat pun bonus tu rezeki, kalau tak dapat… Allah je yang bagi ‘like’ paling power! 😄

  6. insya-Allah segala kebaikan kita Allah nampak, dan akan dicatat…bukan saja cikgu yang geram anak murid tak heran markah dia…tapi, ibu kat rumah nie pun geram bila anak bawa balik kertas periksa… 😂😂😂

    semoga kita terus ikhlas dan amanah dalam pekerjaan kita…aamin

    • Betul tu! Kadang cikgu ni geram dengan markah anak murid, tapi cikgu tu salahkah diri sendiri seperti tak reti nak mengajar. Ibubapa pula pun seram lihat markah kertas periksa ‘sejuk’ je! 😂 Semoga kita terus kuat ikhlas, sebab akhirnya semua kerja baik ada catatan di sisiNya. Aamiin! 🙌

    • Buat baik ni bonus besar. Allah suka, pahala dapat, hati pun lapang. Cuma jangan terkejut, manusia kadang ‘seen’ je tapi Allah always ‘read & reward’ 😄

    • Bila baik tu dah jadi sifat, buat baik tu jadi habit… cuma kadang-kadang hati tanya juga, ‘aku ni baik sangat ke sampai selalu kena uji?’ 😅 Tapi Allah tahu, tenang je…

    • Kadang cikgu marah sikit je, tapi itulah yang murid ingat sampai 20 tahun… yang homework siap tiap minggu tu, takde siapa pun kenang 😂 Tapi itulah namanya jasa.

  7. Abang tau tak, saya pernah baca suatu cerita… Tentang seorang polisi jujur, yang hidupnya biasa biasa saja, sesuai dengan gaji. Dia pernah mengeluh, kadang dia teringin seperti teman2 nya yang bisa hidup mewah, karena menerima bribery.

    Tapi bersyukurnya polisi ini punya teman yang sama2 ikhlas dalam bekerja. Mereka tahu menjadi polisi yg jujur susah untuk menjadi kaya. Cuma selama ini dia menyadari, walau hidup dia pas pas-an , tapi keluarga dia harmonis. Anak2 nya tumbuh besar dengan sehat dan jadi anak pintar juga baik attitude. Tiap pulang ke rumah istri nya selalu senyum menyambut. Makanan walau simple tapi tak berkekurangan. Mereka sekeluarga pun jarang sakit.

    Jadi sebenarnya, itupun dah menjadi berkat dan rezeki dari Allah. Tuhan bagi rezeki bukan hanya dlm bentuk uang. Tp juga dari kesehatan, keluarga yang bahagia , anak2 yg pintar dan taat, itupun rezeki yang tak kalah besar.

    Bahkan terkadang tidak dimiliki oleh orang2 yang suka menerima bribe atau korupsi .

    Saat membaca cerita itu, saya sadar, berbuat baik bukan karena mengharapkan pujian manusia, tapi berbuat baik Krn mengharap kan berkah Allah . Itu lebih bermakna

    • Betul sangat… kadang rezeki bukan datang dalam bentuk duit, tapi dalam bentuk ‘tak pening kepala’ tu pun dah nikmat luar biasa! Lagipun, tidur lena tak perlu takut loceng SPRM berbunyi, kan? Padu komen dari Fanny ni. Boleh buat 1 artikel penuh 😊

  8. Takda satu pun kebaikan yang allah tak kira….semuanya allah kira. Rezeki juga datang dalam banyak cara….kawan yang baik, keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik dan lain2 lagi….

    • Betul tu, rezeki Allah macam surprise box, kadang dapat duit, kadang dapat kawan baik, kadang dapat kesihatan… Tapi jangan harap dapat kad ‘free pizza’ pula, tu kena usaha sikit lah! 🍕

    • Betul tu, sakit hati ni jangan dibiarkan melekat macam kicap basi! Hilangkan cepat-cepat, nanti bukan hilang hati je, stress pun boleh hilang juga. Keep calm and chill je! 😄✌️

  9. Mantap tulisan cikgu Madi ni. Sangat deep walaupun Masih ada lawaknya. Benarlah anugerah yang cikgu Madi dapat tu tidak Salah. Menang terserlah sifar humor cikgu Madi 😅

    • Hahaha, memang mantap! Deep tapi lawak tetap meletup-letup macam popcorn panas! Anugerah tu ntah memang ngam dengan gaya aku atau tidak. Apa yang penting ‘sifar humor’ tu kena ada dan buat semua ketawa kalau boleh sampai perut sakit! 😄

    • Betul tu tuan! Buat baik memang ibadah, tapi kalau dapat ‘like’ dan ‘thank you’ sekali, lagi power. Silap-silap motivasi boleh terus naik mencanak! Kadang-kadang manusia ni, penghargaan tu macam gula dalam kopi, tak nampak tapi tetap kita boleh rasa manis! ☕😄

    • Betul tu… Buat baik ni macam WiFi. Kadang tak nampak, tapi manfaatnya sampai juga. Yang penting, jangan tukar jadi router jahat pulak lepas kena kecam. 😄📶

  10. I feel you. Itu yang kena betulkan niat, buat baik kerana Allah. Bukan sebab harapkan pujian atau penghargaan manusia. Saya yang dah tua ni pun, masih belajar lagi ikhlas dalam perbuatan. Takpe, Allah nampak. Insya-Allah, ada ganjaran untuk kita, tak di dunia, di akhirat.

    • Betul tu… buat baik kerana Allah, bukan sebab nak viral. Tapi kalau tiba-tiba jadi viral, anggap je bonus dari langit dan bukan dari TikTok! 😄

    • Rasa dia macam peluk selimut masa hujan. hangat, tenang, dan penuh makna 🥹 Terima kasih kerana baca dari hati, harap awak pun teruskan berkarya ya! 🌧️❤️

    • Setuju sangat! Kadang kita ni dah baik pun, tetap rasa nak marah tapi ingat, sabar tu power orang tenang 😌⚡ Insya-Allah, yang baik-baik pun akan datang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.