Gejala buli bukan benda asing lagi, malah aku rasa kalau kau tanya mana-mana cikgu pun, mesti ada pengalaman nampak sendiri murid terlibat dengan benda ni. Aku sendiri, kadang-kadang rasa macam bukan guru tapi pengadil gusti WWE versi sekolah.
Ada murid berebut kerusi, ada yang gaduh sebab pensel tumpul, ada yang tarik rambut kawan sebab kena panggil “botak licin”.
Lucu kan? Aku pun selalu tergelak bila tengok benda-benda kecil ni.
Tapi dalam hati, aku risau. Sebab benda yang kita nampak macam kelakar tu, kalau dibiarkan, boleh jadi bibit gejala buli. Hari ni tarik rambut, esok mungkin sepak terajang, lusa dah naik tahap asrama kena belasah beramai-ramai.
Aku selalu cakap kat murid, “Kalau nak gaduh pasal pensel, baik aku belanja kau 10 batang kat kedai buku. Janganlah sampai tangan kawan kau yang patah.”
Bagi yang nak tahu garis panduan rasmi tentang menangani buli di sekolah, boleh rujuk di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk info lanjut.
Gejala Buli dan Budaya Senior Junior
Buli ni kalau ikut buku teks, ada definisi panjang berjela. Tapi kalau ikut bahasa aku, senang je. Buli tu bila yang kuat pijak yang lemah, bila yang ramai pukul yang sorang, bila yang senior rasa diri macam raja, junior pula kena jadi hamba.
Budaya ni orang panggil “tradisi senior-junior”. Kononnya dulu-dulu pun orang buat, jadi sekarang wajib diteruskan. Padahal, itu bukan tradisi. Itu warisan toksik.
Kalau senior nak rasa hebat sangat, aku selalu sindir: “Pergilah join gusti WWE, tak pun masuk Ninja Warrior. Janganlah tunjuk hero dengan sepak budak Form 1 yang baru belajar ikat tali leher.”
Kes Gejala Buli di Malaysia Terkini
Aku nak cerita sikit pasal kes-kes terbaru. Bila baca berita ni, sebagai cikgu, hati aku rasa kena tumbuk.
1. Kes Zara Qairina – Sabah, 2025
Bayangkan, pelajar Tingkatan 1, baru nak mula langkah dalam alam remaja, tapi hidupnya tamat dengan cara yang kita semua tak sangka. Zara Qairina ditemui dengan kecederaan parah, tangan kaki patah, dan akhirnya meninggal dunia.
Katanya ada kaitan dengan buli. Bila aku baca kes ni, aku termenung lama. Aku fikir, “Kenapa sampai jadi begini? Apa silap kita?”
2. Kes Budak 10 Tahun – Johor, 2025
Seorang pelajar sekolah rendah dibuli sampai trauma. Budak tu baru 10 tahun, weh. Umur tu sepatutnya sibuk main basikal, panjat pokok, bukannya kena ulang-alik hospital sebab buli. Dia alami muntah, pening, koma ringan.
Aku terus bayangkan anak murid aku sendiri. Kalau jadi kat depa, mampukah aku tahan sebak?
Kes-kes ni bukti jelas yang gejala buli tak kenal umur. Tak payah tunggu asrama, tak payah tunggu masuk universiti. Dari sekolah rendah lagi dah ada.
Gejala Buli di Luar Negara
Kalau kau rasa masalah ni cuma kat Malaysia, kau silap. Tahun 2025, kat China, ada kes besar yang viral. Seorang budak perempuan umur 14 tahun, dipukul, diseret, siap dipaksa buka baju.
Semua tu dirakam dan dimuat naik ke media sosial.
Yang bestnya atau sedih sebenarnya, rakyat kat sana bukan setakat kecam di internet.
Satu bandar turun protes!
Orang ramai angkat sepanduk, tuntut hukuman tegas. Kat Malaysia, kita pun kecam juga… kat TikTok. Bezanya kat sana, sampai kerajaan kena ambil tindakan. Kat sini, kita tunggu sidang media dulu.
Kalau nak baca kajian dan statistik lebih lanjut tentang gejala buli di sekolah dan universiti, boleh rujuk laporan UNICEF Malaysia tentang buli.
Kenapa Gejala Buli Susah Nak Putus?
Sebabnya mudah “budaya balas dendam”.
“Dulu aku kena, sekarang giliran kau.” Itu mentaliti paling bahaya.
Tambahan pula, ada orang dewasa yang masih fikir buli ni proses “mengeras” budak. Aku geleng kepala bila dengar benda ni. Kalau nak keras, hantar je anak kau ke kelas karate.
Jangan keras kepala dengan alasan karut.
Buli juga susah putus sebab ramai yang pilih untuk diam.
Mangsa takut nak lapor, cikgu ada yang fikir “alah, gaduh biasa budak-budak je”, ibu bapa pula sibuk kerja. Akhirnya, rantai tu berterusan dari satu generasi ke satu generasi.
Kesan Buli Terhadap Mangsa
Kalau setakat lebam, itu kita nampak. Tapi yang paling bahaya ialah kesan dalam hati.
- Mangsa jadi murung.
- Hilang keyakinan diri.
- Tak berani bersuara.
- Trauma sampai terbawa ke alam dewasa.
Aku pernah tengok murid aku dulu yang ceria gila, suka buat lawak dalam kelas. Tiba-tiba dia jadi pendiam, markah jatuh teruk.
Bila aku korek, rupanya dia jadi mangsa buli senyap.
Kawan ejek fizikal dia hari-hari sampai dia tak sanggup nak datang sekolah. Itu contoh kesan yang orang luar tak nampak.
Peranan Guru dalam Tangani Gejala Buli
Aku selalu cakap, jadi cikgu ni kadang kena ada dua watak.
- Watak garang → macam singa.
- Watak lawak → macam pelawak stand-up.
Aku sendiri pernah terjerit kat kantin bila nampak senior tolak junior. Tapi masa aku nak lari ke arah budak tu, aku pulak tergelincir sebab lantai licin.
Seluruh kantin gelak guling-guling.
Malu tu memang malu, tapi mesej aku sampai “Jangan buli, nanti cikgu pun boleh kena buli dengan lantai.”
Lawak boleh buat murid ingat, tapi aku percaya tindakan tegas tetap wajib. Kalau nampak kes buli, jangan tunggu esok. Hari tu juga kena settle.

Cara Hentikan Budaya Buli Senior Junior
Aku selalu fikir, kalau kita nak putuskan rantai ni, kita kena ganti dengan rantai baru.
Rantai positif.
- Buat program “Senior Jaga Junior”. Senior kena jadi mentor, bukan jadi samseng.
- Kaunseling kena lebih terbuka. Bagi ruang selamat untuk mangsa cerita.
- Hukuman kena jelas. Jangan double standard.
- Sekolah boleh buat aktiviti “buddy system”, gabungkan senior-junior dalam kumpulan projek.
Aku pernah cakap kat murid: “Kalau kau gatal sangat nak buli, buli la kerja yang cikgu beri tu. Jangan buli junior.” Mereka gelak, tapi lepas tu aku nampak ada yang mula fikir balik.
Kalau nak baca pandangan global pasal isu buli ni, kau boleh tengok artikel dari UNICEF tentang Bagaimana Hentikan Buli di Sekolah. Banyak tips yang boleh kita sesuaikan dengan budaya kita.
Penutup: Jangan Normalisasikan Buli
Aku tahu, isu buli ni bukan boleh settle dengan satu artikel. Tapi aku harap, bila kau baca ni, kau akan fikir “Aku nak jadi hero yang angkat orang lain, bukan pijak dia.”
Kalau kau rasa buli buat kau nampak hebat, sebenarnya kau nampak macam badut sarkas.
Hebat tu bila kau jadi tempat junior berlindung, bukan tempat junior kena takut.
Aku sebagai cikgu cuma mampu tegur, nasihat, dan kadang-kadang selit lawak untuk sedarkan murid. Tapi yang boleh hentikan rantai ni ialah kita semua tak kita kau seorang guru, ibu bapa, atau murid itu sendiri.
Jangan tunggu sampai ada lagi Zara Qairina yang lain.
Jangan tunggu sampai ada lagi budak sekolah rendah atau menengah yang trauma tak boleh tidur malam. Kita boleh pilih, sama ada nak teruskan rantai toksik… atau kita patahkan sekarang juga.
Aku Guru Lawak,
Sekolah Luar Bandar
betul tu.. ramai antara pembuli ni.. asalnya dia pernah kena buli masa junior… so dlm fikiran dia.. jadi senior mesti kena buli junior..
Haah, macam konsep “downline upline” MLM pulak kan 😂. Junior kena buli, naik senior balas dendam… last2 jadi skim piramid buli yang tak berkesudahan. Patutnya senior tunjuk teladan, bukan tunjuk silat kaki tangan 😅.
Salam singah..awal pagi sabtu..jumpa blog cikgu saya amat gembira,,banyak motivasi dan tips yang baik, panduan untuk menulis cara baik di arena blog.
Buli, menitis air mata membaca paparan hal kematian pelajar muda ini..kasihan..sampai sekarang menjadi tanda tanya..apapun ajal dia begitu .Allah yang lebih tahu..Buli harus dihentikan , zero buli di sekolah aman sekolah tu aman semua..
Waalaikumussalam, terima kasih singgah awal pagi Sabtu, semangat betul 😄☕. Memang sedih bab buli ni, kalau zero buli tercapai, confirm sekolah aman macam taman bunga 🌸. Cuma harapnya bukan cikgu je yang jadi tukang siram pokok disiplin tu 😅.
pembuli tu adalah orang yg pengecut. dia nak buli orang yg lebih lemah dari dia. kalau hebat sangat, trylah pick yg lagi besar atau yg match energy dgn dia kan. tahu pulak tak berani!
paling tak suka bila pembuli ni ajak geng, 1 lawan 5. tak gentle langsung
Setuju sangat 👍. Pembuli ni konon berani tapi hakikatnya cuma “pakai bateri geng” je 😅. Seorang-seorang terus lowbatt!
Serius la, budak-budak gelak bila cikgu jatuh lantai licin? Ada tak yang datang tolong cikgu atau tanya cikgu ok ke tak?
Saya pun takut baca cerita buli atau perangai budak-budak sekarang. Minta jauh la, dari anak-anak kita semua.
Budak-budak ni kadang-kadang lupa, cikgu pun ada hati dan lutut 😅. Gelak tu senang, tapi kalau tolong bangun cikgu, confirm pahala dia lagi viral kat akhirat nanti 👍.