Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

“Kau terpilih dan merupakan di antara berjuta nyawa yang diberikan rahmat Darinya untuk menerima ujian. Jadi kepada perlu kau sentiasa rasa terpinggir setiap kali ujian datang bertandang?”.

Aku ingat lagi satu ketika kau mengatakan semua telah menyisih dan meminggirkan hanya kerana sesuatu ujian datang menimpa. Itulah yang aku katakan kepada kau agar mampu memberikan sedikit harapan setidaknya.

Memang benar apabila ujian datang bertandang seperti kesakitan, kegagalan, perpisahan dan kemiskinan pasti akan terdetik sedikit prasangka di hati. 

Yang lebih buruknya jika sehingga kau berfikir yang bukan-bukan. Berfikir yang Tuhan tidak sayangkan diri kau kerana asyik kau sahaja yang diuji. Orang lain tidak diuji.

Kau Terpilih Tanpa Sedar

Sebenarnya tanpa kau sendiri dapat sedari kau sudah pun mempersoalkan kuasa Tuhan. Kau dan aku hanyalah seorang hamba, jadi kenapa perlu untuk kau mempersoalkan semua itu sedangkan kau sebenarnya yang layak dipersoalkan.

Memang benar manusia itu banyak kelemahannya, namun bukan menjadi alasan untuk kau dan aku sering memberikan alasan alpa atau pun terlupa.

Lebih malang lagi jika kau sering terlupa yang kau adalah hamba-Nya apabila kau sedang diuji. Jadi belajarlah untuk redha, kerana redha itu akan membuatkan kau sedar yang kau adalah seorang hamba.

Bukankah seorang hamba itu selayaknya diuji oleh Tuhannya?

Janganlah sesekali kau menolak, apalagi “mengamuk” bila kau sedang diuji oleh Tuhan mu.

Berkenalanlah Dengan Pemberi Ujian

Tiada siapa pun yang mengatakan bila dia diuji itu tidak “sakit”. 

Tapi bila kau kenal dengan Tuhan mu, kau mampu untuk meringankan segala “kepedihan” yang kau rasa ketika diuji?

Bukankah orang yang kenal dengan Tuhan pasti akan mencintai-Nya? Apabila sudah cinta, pastilah kurang derita yang kau rasa ketika diuji.

Orang kata cinta itu buta, tapi kau kenalah yakin yang cinta kau pada Tuhan bukannya cinta buta semata. 

Kenapa aku katakan begitu pada kau? 

Kerana orang yang mencintai Tuhan nya pasti akan mempunyai keyakinan tidak terbatas bahawa setiap takdir atau ujian dari Tuhan nya adalah yang terbaik saat itu.

Bukankah orang yang mencintai Tuhan nya tidak akan sesekali berburuk sangka?

Kau Terpilih Bukannya Terpinggir
Berkenalanlah dengan Tuhan mu nanti kau pasti akan mencintai-Nya. Credit foto IDN Times

Kau cuma perlu yakin dengan cinta Tuhan mu. Setiap ujian itu tersembunyi maslahah yang kau sendiri tidak tahu. Kan setiap pilihan Tuhan untuk kau adalah yang terbaik?

Cuma aku dan kau terlalu kerdil untuk tahu atau belum tahu hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan pada kita. 

Jika tabir hikmah itu terselak depan mata, barulah kau akan sedar betapa Tuhan mu terlalu mencintai. Waktu itu barulah kau akan katakan “mujur ya Allah Kau takdirkan begitu kepada aku”.

Di Sebalik Tabir Ujian

Biasalah bagi kita sebagai hamba, pasti akan terkesan walau sedikit ketika diuji. Tapi cepat-cepatlah kau pujuk kembali hati yang tengah lara. Dan yang pasti singkaplah kembali di sebalik tabir setiap ujian yang kau tempuhi.

Kembali Menjadi Hamba

Mungkin sudah tiba masanya untuk kau dan aku kembali kepada peranan sebagai seorang hamba. Sesuailah ketika aku dan kau diuji, ianya pasti akan memberikan ruang dan jalan untuk mendidik menjadi hamba yang taat.

Tanpa aku dan kau sedar, mungkin selama ini jalan itu telah tersekat. Tersekat dengan perasaan dan nafsu yang meluak. Lumrah ujian itu bertentangan dengan nafsu. Sedang nafsu terlalu mendesak dan tidak senang dengan segala ujian yang mendatang.

Di Sebalik Tabir Ujian Kerana Kau Terpilih
Di Sebalik Tabir Ujian Itu Kerana Kau Terpilih. Kredit Foto Sony Photo G

Tapi tahukah kau ketika nafsu sedang terdesak, hati dan akal juga pasti akan seiring terbuka? Ketika hati dan akal terbuka itulah nafsu berpeluang untuk ditahan.

Suburkan Rasa Taat

Sedarkah kau hati ini tidak dapat tidak mesti juga punya rasa sabar. Walaupun sekecil zarah. Sebab itulah setiap kali ditimpa ujian, pasti akan membuahkan rasa taat kepada Tuhan mu. 

Ketika itulah hati kau dan aku akan terdidik untuk redha dan tawakal akan ketentuan qada dan qadar dari-Nya.

Bukankah orang alim bijak pandai selalu kata, walaupun hikmah ujian itu sekecil zarah apabila ianya melekat di hati, kebaikkannya lebih tinggi dari amal lahiriah yang sebesar gunung.

Sebab itulah suka aku katakan kepada kau, betapa manisnya kebahagiaan disebalik ujian yang telah kau hadapi selama ini.

Cuci Dan Bersihkan Hati

Tuhan itu mempunyai perancangan yang cukup rapi. Sebaik-baik rancangan adalah rancangan dari Tuhan mu. Cuma kau saja yang terlalu sombong.

Bukankah dengan setiap ujian yang datang bertandang dalam hidup kau itu bertujuan untuk membersihkan hati yang hampir saja hitam?

Dengan kata mudahnya, ujian itu menghapus segala kekotoran dan dosa yang ada pada hati kau dan aku. Seperti sabun pencuci kain yang membersihkan kotoran pada kain putih?

Ingatkah kau lagi ketika di zaman persekolahan, ustaz membacakan kisah nabi Isa kepada semua? “Belum dikatakan sesorang itu kenal Allah sebelum dia gembira dengan ujian ditimpa atas dirinya kerana berharap dosanya yang lalu dihapuskan”.

Lebih kurang begitulah bunyinya, aku sendiri sudah lupa. Moga saja kau masih ingat dan kau masih terus mengamalkannya.

Kau Terpilih Tapi Jangan Kau Benci Ujian

Apabila kau benci akan ujian, bermaksud kau belum kenal lagi siapa Tuhan mu. Kau masih belum faham yang itulah cara Tuhan mu menunjukkan rasa cinta pada hamba-Nya yang Dia kasihi.

Itu jugalah cara Tuhan mu hendak menghapuskan segala dosa yang telah kau lakukan selama hidup mu. Apa kau masih tidak yakin dengan Tuhan mu?

Jika kau masih lagi ada rasa ragu dan masih mempersoalkan atas segala ujian yang menimpa, seolah-olah kau tidak suka Tuhan mensucikan segala dosa dan noda yang pernah kau lakukan.

Atau kau sudah yakin dan akui bersih dari segala dosa?

Ingatlah pesan aku, kau dan aku hanya akan lebih mengingati Tuhan apabila sering diuji. Bukankah itu petanda Tuhan telah memilih kita untuk menerima kasih sayang-Nya?

Sepatutnya aku dan kau harus punya rasa syukur atas setiap ujian yang menimpa. Jika kau faham, mungkin kau akan kata “owh, Tuhan ku ingat lagi kepada ku”.

Video cebisan ceramah dari Ustadz Abdul Somad Lc,. M.A. yang aku edit ini mungkin akan lebih buatkan kau faham.

https://youtu.be/k4kvIiGBXz4

 

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

32 COMMENTS

  1. Ujian memang ada untuk mengukur keimanan kita kepada Allah. Kalau kita lepas ujian tersebut akan menaikkan martabat kita di sisi allah. Nak menghadapi ujian bukannya senang. Kena banyak berdoa, bersabar ketika menghadapinya. Bila kita boleh menghadapinya kita akan lebih kuat untuk menghadapi hari yang mendatang.

    • Terima kasih Kak @Ezna atas perkongsian yang sangat menyentuh hati bagi mereka yang betul2 memahami. Semoga perkongsian akak di ruang komen ni akan menaikkan lagi pahala amal jariah akak di sana nanti.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share ?

  2. Betul tu. Kalau kita tak kena uji, kadang kadang kita boleh leka kan. Biasa kita selalu fikir ujian tu datang dalam keadaan yang susah, sedih, berat. Tapi sebenarnya, ada jugka ujian yang datang dalam bentuk kekayaan, kegembiraan. Allah cuma nak uji kita ingat pada Dia setiap masa atau tidak

    • Terima kasih tuan @Fadzi atas tambahan yang diberi. Sangat bermakna buat saya yang sering alpa. Apa pun, semoga kita semua mampu harungi segala ujian dengan jayanya.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share ?

  3. Thanks for sharing your thoughts about this. Yelahh, kadang bila kita ditimpa ujian, kita tend utk salahkan tuhan instead of reflect balik pd diri kita. Mmg lah kadang ujian tu terlampau berat tp ada hikmahnya knp tuhan pilih kita

    • Sama-sama tuan @Zharif. Cuma sebagai nasihat kepada diri sendiri saja. Agar saya tidak mudah untuk lupa apa yang saya rasa dan sebagai batu hempuk kepada diri saya sendiri juga bila alpa. Apa pun thanks tuan.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share ?

  4. Kenapa menusuk kalbu perkongsian ni. Haha..
    Sejujurnya bila kita positif menerima ujian, kita tau setiap yang berlaku pasti yang terbaik dari NYA dan ada hikmah dan ganjarannya. Ujian juga tanda DIA sayang kan kita. Nak kita ingatkan DIA.
    InsyaAllah doakan nina terus redha dan kuat menghadapi ujian dari Allah. Aamiin

    • In syaa Allah, saya dan team akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua rakan blogger dan pembaca setia kami. Semoga Kak @Nina akan terus kuat dengan segala ujian yang dihadapi. Aamin.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share ?

  5. Betul tu kadangkala kita selalu salahkan tuhan (i lah). Padahal dia memebri ingatan, kita yang bnyk lupa dia. Dia bg ujian sebagai peringatan dan kita mampu hadapinya. Tidak boleh bersangka buruk kepada Sang Pencipta.

    But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And allah knows, while you know not.
    Surah Al-Baqarah ayat 216

    • Terima kasih Kak @Bella atas rujukan yang diberi. Semoga setiap apa pun ujian yang diberikan kepada kita, kita masih mampu tersenyum dan berterima kasih kepada-Nya permberi ujian. Thanks sekali lagi atas rujukan yang diberi.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share ?

  6. Kita rasa cerita kat sini memang dekat dengan jiwa kita memang kena sebab kita juga pernah diuji dengan sangat kuat dan kadang-kadang kita salahkan takdir kerana ujian itu akhirnya kita kembali kepadanya baru kita tahu ujian itu ada rahmat sebaliknya yang membuat kita lebih kuat dan berani untuk hadapi hidup. Terima kasih atas perkongsian ini kita begitu tersentu bila membacanya…

    • Terima kasih Tuan @Maha, semoga posting kali ini membolehkan tuan untuk memperolehi sesuatu yang baik darinya. Semoga juga ianya menjadi pahala amal jariah buat kami di team AhmadiKatu.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share ?

  7. Setiap perkara yang terjadi ada sebab kenapa dan mengapa..Allah tak uji kita suka-suka..dia nak tengok umatnya kuat macam amna mengharungi semua tu..Kalau sabar, dia akan bagi ganjaran yang setimpal..sentaisa dekat DenganNya..

    • Terima kasih atas nasihat yang diberikan oleh akak @Nadia. Semoga nasihat akak akan menjadi pahala amal jariah buat akak.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share ?

  8. Ujian ada macam-macam cara, begitu juga penyelesaian. Kadang ada orang dia mengambil ujian itu satu keadaan dimana dia perlu beralah. Undur diri untuk beri diri sendiri ruang. Jaga hati sendiri, jaga diri sendiri. Bila melibatkan ujian sesama Manusia. Bersabarlah.

    • Thanks kak @Ruby atas perkongsian akak di ruangan komen ni. Satu tips yang sangat berguna untuk diri saya sendiri dan juga kepada pembaca yang lain. Maksudnya muhasabah diri atau beruzlah dengan yang Maha Pencipta atas segalanya. Thanks sekali lagi kak @Ruby.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share 🙂

  9. terima kasih perkongsian ilmu tentang ujian yang tak pernah putus-putus datang selagi nyawa dan jasad kita masih dipinjamkan di muka bumi ini. ujian dan nikmat kedua2 rahmat dan kasih sayang Allah.

    • Betul tu, tanda rahmat dan kasih sayang dari Allah swt kepada hamba-Nya adalah dengan ujian yang diberikan kepada mereka. thanks atas peringatan di atas.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share 🙂

  10. Rawlins suka berfikir bahawa ujian dari Nya adalah tanda ingatanNya pada kita.
    Bayangkan jika langsung tiada ujian, tidakkan kita takut bahawa kita langsung sudah dilupakan olehNya?
    Terima kasih di atas perkongsian ini.

    • Saya sangat setuju dengan kenyataan tuan @Rawlins di ruangan komen ni. Satu peringatan kepada diri saya sendiri dan juga para pembaca di sini 🙂 thanks tuan.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share 🙂

  11. Kalau ada dugaan sometime rasa kuat nak hadap sometime rasa tak kuat. Lemah juga kadang2 terfikir apa lah dugaan berat sangat tuhan kirim dekat aku. tapi dia duga dia tahu kita kuat nak hadap kan. Dia lagi mengetahui segalanya dan dia atur segala dalam hidup kita. kena bersangka baik.

    • Dah menjadi lumrah kita sebagai manusia kak @Lia. Kadang kuat, kadang membawa kepada lemah walau sekecil dugaan yang datang. Terima kasih atas perkongsian akak di ruang komen ini.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share 🙂

  12. suka baca camni , paling tidak dapat mengingatkan balik hati2 yang telah jauh dan lupa kepada penciptanya….alhamduliilah akak dah lama redha dan faham apa erti ujian …sebagai manusia biasa kadang2 sahaja kita mengeluh dan bertanya ..anggap sahaja itulah waktu terbaik kita untuk berdialog dengan tuhan…

    • Terima kasih kak @Saidila. In syaa Allah, penulisan bahagian tarbiah ini akan saya kekalkan selagi mampu memberikan yang terbaik untuk semua. Terima kasih juga kepada akak @Saidila atas perkongsian di ruangan komen ini.

      Jangan lupa sokong FB page kami AhmadiKatu dengan like dan share 🙂

    • Komen dari tuan @Hanafi tidak pernah mengecewakan dalam memberikan peringatan. Terima kasih atas segala tambahan yang memang diperlukan untuk dikongsi bersama pembaca di sini. Semoga setiap kali penambahan oleh tuan dikurniakan pahala amal jariah bagi mereka yang mengambil kebaikannya. Aamiin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.