Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak

70
348
Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak
Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak
janawangIM.blogspot.com Button

Aku seorang guru – “Selamat Hari Guru”… Tiga patah kata yang ringkas tapi penuh makna.

Hari ini, aku ucapkan untuk diri aku sendiri. Untuk mak dan bapa aku yang jadi guru pertama aku, dan untuk semua cikgu-cikgu aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 2 yang sabar melayan kerenah aku masa bergelar seorang murid di sana.

Tanpa mereka, aku takkan berdiri di tempat aku hari ini sebagai seorang guru.

Dah hampir sedekad aku dalam dunia pendidikan. Bermula di Sekolah Integriti Kota Kinabalu, dan sekarang di SMK Paris. Bermacam jenis pelajar aku dah jumpa.

Dari yang tak tahu langsung beza pemutar skru dengan pen terpakai, sampai yang boleh reka litar elektronik tapi tak reti jawab “Assalamualaikum” dengan betul.

Tapi hari ni, aku tak nak cerita pasal pencapaian. Aku nak cerita pasal perjalanan. Pasal kenangan. Pasal perubahan. Dan pasal gelak tawa yang kadang lebih berharga dari markah peperiksaan.

Perjalanan Menjadi Guru

Aku bukan jenis budak yang dari kecil memang nak jadi cikgu. Tapi hidup ni pelik, kadang kita rancang nak jadi arkitek, akhirnya jadi cikgu RBT.

Salah satu kenangan aku takkan lupa semasa nak ambil Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) di sebuah IPG di Kota Kinabalu. Datang dengan semangat berkobar, baju masuk dalam seluar, rambut sikat tepi… tapi ada satu masalah besar iaitu aku pakai kasut sukan.

Petugas terus sound, “Awak tak boleh masuk dewan pakai kasut macam ni.”

Masa tu rasa nak balik rumah je. Tapi tiba-tiba datang abang pengawal IPG tu, tengok aku tercengang, dia senyum dan cakap, “Nah dik, pakai kasut abang ni. Ambik berkat nak jadi cikgu.”

Ya Allah, kalau ada lagu latar belakang, mesti bunyi petikan biola masa tu. Dengan kasut pinjaman itulah aku masuk dewan dan jawab soalan dengan penuh rasa bersyukur.

Itu langkah pertama aku dalam dunia pendidikan yang pasti dengan kasut orang lain.

Sekolah Pertama: Sekolah Integriti Kota Kinabalu

Sekolah pertama aku bukan biasa-biasa. Terus dihantar ke Sekolah Integriti. Sebuah sekolah dalam penjara yang pelajarnya terdiri daripada mereka yang berisiko tinggi.

Budak-budak yang ada kisah hidup yang kebanyakan orang tak sanggup dengar, apatah lagi alami.

Masa tu aku rasa macam masuk dunia lain.

Tapi kat situlah aku belajar erti sebenar “mendidik”.

Kat situ jugalah aku belajar, cikgu bukan sekadar penyampai ilmu tapi cikgu adalah tempat bergantung, tempat luah rasa, tempat terakhir seorang pelajar cari harapan.

Dari Guru Tegas ke Guru Lawak

Tahun 2022, aku mula pegang jawatan Guru Disiplin.

Ya, mula masuk fasa “muka kena garang sikit”. Sejak itu, setiap tahun pelajar undi aku sebagai “Guru Paling Tegas” bermula dari 2022 sampai 2024.

Dalam kelas, ada yang tak berani pandang mata aku. Bila aku masuk kelas, terus senyap macam polis buat rondaan.

Tapi bukan itu saja. Dalam masa yang sama aku pegang jawatan Guru Biasiswa dan juga Guru Bestari/ICT. Kepala otak ni sentiasa penuh macam Google Drive pelajar yang tak pernah delete fail.

Tahun 2025, berlaku perubahan mengejutkan. Aku “digugurkan” dari jawatan Guru Disiplin. Bukan sebab buat salah, tapi sebab pentadbir nak aku fokus kepada ICT dan Biasiswa.

Dalam hati aku, “Alhamdulillah… boleh rehatkan suara.”

Dan lebih mengejutkan, dalam undian Hari Guru tahun tu, aku bukan lagi Guru Paling Tegas. Tapi aku dinobatkan sebagai… Guru Paling Lawak.

Pelajar mula datang bukan sebab kena marah, tapi nak borak. Bila aku masuk kelas, mereka senyum. Bila aku tak masuk, mereka tanya kenapa tak datang.

Dari tegas ke lawak manjadi satu transisi yang aku sendiri tak sangka. Tapi aku sedar, bila kita dah kurang beban, kita jadi lebih ringan untuk jadi diri sendiri.

Dan rupanya, dalam diri aku memang ada “pelawak senyap” yang selama ni tersembunyi.

Anugerah Hari Guru: Bukan Tentang Hadiah

Hari Guru tahun ni aku dapat pelbagai hadiah. Ada yang bagi mug, ada yang bagi nota comel, ada juga yang bagi pen ada juga yang bagi keychain cantik.

Tapi aku tak kisah pun. Bagi aku, besar kecil hadiah tak penting. Yang penting ialah keikhlasan.

Bila pelajar hulur dengan senyuman, itu lebih mahal dari apa-apa jenama alat tulis.

Dan bila aku baca ucapan mereka, ada yang kata aku buat mereka rasa selesa nak belajar, ada yang kata aku cikgu pertama yang percaya pada mereka. Aku rasa sebak.

Kadang-kadang kita tak tahu impak kita pada orang lain, sampai mereka sendiri yang cerita.

Lawak yang Mengubah Dinamika Kelas

Aku bukan stand-up comedian. Tapi aku tahu bila nak buat pelajar ketawa.

Contoh:

“Kalau kamu semua diam, cikgu akan share satu rahsia. Tapi kalau bising, rahsia tu cikgu bawa ke kubur.”

Atau:

“Topik ni susah sikit… Tapi jangan risau, susah tu hanya sementara. Macam cinta monyet, sekejap je.”

Bila pelajar gelak, suasana jadi ringan. Bila suasana ringan, mereka belajar lebih senang. Dan dari situ aku sedar, lawak bukan semata-mata buat orang ketawa tapi jadi jambatan antara cikgu dan pelajar.

Terima Kasih: Untuk Semua Yang Pernah Singgah

Untuk semua pelajar yang pernah aku ajar, yang pernah kena marah, yang pernah kena sound, yang pernah aku puji, yang pernah aku jentik, yang pernah aku doakan dalam diam, terima kasih sebab ajar aku erti menjadi guru.

Untuk rakan-rakan guru yang sama-sama letih, sama-sama gelak masa mesyuarat, sama-sama pening dengan PBS dan SPP dan SAPS dan segala akronim, kita ni semua pejuang yang jarang disebut, tapi jasa kita sampai ke akhirat.

Pesanan Buat Guru-Guru di Luar Sana

Hari ini, khutbah Jumaat tajuknya “Guru Insan Mulia“. Dalam khutbah tu disebut:

“Dalam era mencabar ini, tugas guru menuntut pengorbanan dan komitmen padu dalam mendidik anak bangsa menjadi insan cemerlang dalam akademik dan sahsiah.”

Dan Allah berfirman dalam Surah al-Mujadalah ayat 11:

“Allah meninggikan kedudukan orang yang beriman antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

Ayat ni cukup kuat. Ia mengingatkan aku bahawa guru bukan kerja biasa. Guru itu amanah. Guru itu darjat yang Allah sendiri angkat.

Penutup: Dari Lawak ke Amanah

Dari tegas ke lawak sebenarnya bukan sekadar transformasi gaya mengajar. Tapi itu adalah proses aku belajar memahami pelajar. Belajar menyentuh hati mereka, bukan sekadar sumbatkan fakta dalam kepala mereka.

Lawak yang aku buat bukan untuk jadi popular. Tapi supaya mereka ingat akan cikgu ni pernah buat mereka ketawa waktu mereka hampir berputus asa.

Cikgu ni pernah buat mereka tersenyum walau markah rendah.

Dan bila mereka tinggalkan sekolah nanti, aku harap mereka masih ingat yang cikgu ni mungkin lawak, tapi setiap lawaknya datang dengan satu amanah yang nak tengok kamu berjaya, jadi manusia yang berguna.

Selamat Hari Guru untuk aku. Dan untuk semua yang terus mengajar walaupun penat, tetap senyum walaupun sakit, dan tetap peduli walaupun hati sendiri pun tak terjaga.

Kita semua guru. Dan itu sendiri dah cukup hebat.

Aku seorang guru.

Golden Desk,

Paris,

Bukan France.

janawangIM.blogspot.com Button

70 COMMENTS

  1. Selamat Hari Guru, Cikgu Madi..

    kisah dalam konten kali ini betul-betul mengingatkan saya bahawa saya juga pernah bercita-cita nak jadi cikgu suatu ketika dahulu tapi tidak kesampaian.

    Bukan rezeki dan saya reda

    Tak sangka cikgu tegas boleh bertukar menjadi cikgu lawak

    • Terima kasih banyak atas ucapan dan perkongsian tuan 😊 Kadang cita-cita tu tak sampai, tapi siapa tahu rezeki datang dalam bentuk lain kan? Dan yaa, cikgu pun ada dua sisi satu tegas di kelas, dua awak bila perlu! 😄 Semoga hari-hari tuan terus diberkati walau bukan di dunia pendidikan ❤️📚

    • Amin, terima kasih banyak atas doa dan kata-kata yang baik tu 😊 Insha Allah selagi mampu, kami akan terus berkongsi ilmu walau dengan cara paling santai sekalipun. Doakan semoga kami terus kuat jadi guru yang tak kering idea (dan lawak sikit-sikit 😆). Selamat Hari Guru buat semua yang pernah jadi guru dalam hidup orang lain juga! ❤️

    • Terima kasih banyak! Selamat Hari Guru juga buat semua yang pernah jadi ‘cikgu kehidupan’ kat sekeliling kita. Doa yang baik-baik je untuk semua 💛😊

      • Betul tu! Cikgu kalau dah masuk mode lawak pun, tetap ada “aura rotan” tersimpan kemas dalam poket… standby je! 😜 Terima kasih atas doa, ucapan dan sokongan!

  2. Selamat hari guru, cikgu. Semoga terus bersemangat dalam mendidik anak-anak. Terima kasih, kerana memahami anak-anak sekarang yang macam-macam peel. Kadang anak-anak ni, tak mahu cerita dengan kami, mak bapak. Dia boleh cerita dengan cikgu. Semoga balasan yang baik-baik untuk cikgu.

    • Alaa terharunya baca komen ni 😭🥹 Terima kasih banyak atas doa dan kata semangat ni. Betul tu, kadang anak-anak ni lebih selesa buka cerita dengan cikgu… kita pun belajar untuk jadi pendengar yang baik je la. Moga kita semua terus kuat dan diberi ganjaran atas usaha didik anak-anak zaman sekarang ni. 💪💛

  3. Selamat Hari Guru Cikgu Ahmadi. Moga sentiasa sihat ceria dan dimurahkan rezeki selamanya. Jasa semua guru, memang tiada balasannya, hanya doa yang terbaik dari kami semua ibubapa.

    Terima Kasih singgah blog saya ya.

    • Terima kasih banyak atas ucapan yang sangat menyentuh hati tu! 😊 Doa dan sokongan dari ibubapa macam inilah yang buat semua cikgu di Malaysia terus semangat, walau kadang murid buat kita tarik nafas panjang dulu baru senyum 😅 Semoga kita semua terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan selalu. Dan blog yang best memang kita akan singgah lagi! ✨📚

    • Terima kasih banyak atas ucapan Selamat Hari Guru tu, sangat menyentuh hati 🥹✨

      Dalam artikel “Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak”, aku kongsikan perjalanan jadi cikgu yang dulu garang macam warden, sekarang dah upgrade jadi ‘cikgu lawak’. Tapi tetap dengan misi yang sama: nak sentuh hati anak murid dan buat mereka rasa sekolah tu bukan tempat dihukum, tapi tempat mereka boleh berkembang. Doakan aku terus sihat dan kuat untuk terus bawa perubahan kecil tapi bermakna buat generasi seterusnya 🙏❤️

    • Terima kasih banyak atas ucapan yang penuh makna tu, Tuan Fairus 🙏✨

      Doa tu sangat aku hargai, sebab dalam artikel “Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak”, aku cuba cerita macam mana aku berubah gaya, tapi niat tetap sama iaitu nak bantu anak-anak ni bukan saja berjaya dalam pelajaran, tapi juga jadi manusia yang tahu arah tuju hidup, dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan kata-kata yang membakar semangat!

    • Terima kasih banyak, Rawiwa! Doa kesihatan tu memang paling power. Aku perlukan stamina extra untuk bertukar daripada “askar garang” ke “pelawak kelas” setiap hari 😄. Semoga semangat terus membara nak didik anak-anak jadi hebat dunia & akhirat. Selamat Hari Guru buat semua yang pernah jadi guru dalam hidup kita! 📚✨

  4. Selamat Hari Guru. Terima kasih atas jasa bakti yang tidak ternilai yang dicurahkan bagi mendidik anak bangsa. Semoga terus bersemangat dan success di dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang bukan kaleng-kaleng bagi membentuk anak-anak yang akan membentuk masa depan negara.

    • Terima kasih banyak atas ucapan dan kata-kata yang sangat menyuntik semangat tu, Bidasari! 😄 Memang betul, amanah ni bukan kaleng-kaleng… kadang rasa macam superpower pun tak cukup! Tapi dengan sokongan macam ni, insyaAllah semangat semua guru di Malaysia akan terus membara nak bentuk anak-anak yang bakal jadi pemimpin masa depan. 💪📚 Selamat Hari Guru juga buat semua insan yang pernah memberi ilmu! 🌟

  5. selamat hari guru…

    besar juga tu tanggungjawab jadi guru disiplin…
    lebih2 lagi dalam suasana yang serba mencabar di dalam dan di luar kawasan sekolah…

    • Terima kasih banyak atas ucapan Selamat Hari Guru tu! 🙏🏻 Memang betul, jadi guru disiplin ni tanggungjawabnya besar, apatah lagi bila pelajar zaman sekarang makin mencabar dengan pengaruh luar yang pelbagai. Cabarannya banyak, tapi bila nampak anak murid berubah jadi lebih baik, hilang semua penat. 💪😄

  6. sukanya baca entry ni. nampak sgt cikgu ni mudah switch watak, dari garang terus jadi guru paling kelakar haha. murid2 pun selesa nk kongsi cerita

    terima kasih atas jasamu cikgu!

    • Terima kasih banyak atas komen comel tu! 😄 Ya, artikel Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak tu memang kisah sebenar. Macam-macam fasa jadi cikgu ni, kan? Kadang kena jadi tegas, kadang kena jadi pelawak kelas semata-mata nak tarik perhatian murid. Tapi bila murid dah selesa, nak belajar pun jadi senang.

      Dan terima kasih juga atas ucapan Selamat Hari Guru tu. Doa dan penghargaan macam nilah yang buat cikgu2 di negara kita rasa semangat nak terus berbakti. 💪📚✨

    • Terima kasih banyak Uncle Gedek atas ucapan Selamat Hari Guru! 🙏 Memang betul sangat tu bila kerjaya serasi dengan jiwa, walau penat macam mana pun, tetap rasa seronok.

      Macam yang aku kongsi dalam artikel Aku Seorang Guru: Dari Cikgu Tegas ke Cikgu Lawak, perubahan gaya mengajar tu datang sebab nak bagi murid rasa lebih dekat dan selesa. Bila jiwa dah sebati dengan dunia pendidikan, kita pun sanggup buat apa saja demi anak-anak murid.

    • ¡Muchas gracias! Me alegra que te haya parecido interesante… y ese beso virtual ya llegó, pero cuidado, ¡casi me sonrojo! 😅 Thanks blogger Sepanyol 🇪🇸

    • Alhamdulillah, terima kasih banyak atas ucapan tu! 😄 Tarbiah cara bijaksana tu kadang-kadang kena juga selit ‘tarbiah berirama’. Sekali dua murid gelak, tapi ilmu tetap lekat! Selamat Hari Guru juga buat semua yang pernah jadi ‘guru’ dalam hidup orang lain, walau tak pakai kapur dan papan putih. 🧑‍🏫✨

  7. “Separuh dari keberkatan ilmu adalah dengan kita mengamalkan ilmu, dan separuh lagi adalah dengan kamu menghormati guru-guru kamu.”
    Selamat Hari Guru, terima kasih atas jasa tidak jemu mendidik, membentuk sahsiah pelajar..

    • MasyaAllah, padu betul pesanan tu! Ilmu kalau tak diamal, macam beli dumbbell tapi buat penyangkut baju je 😂. Terima kasih atas ucapan. Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk didik bukan saja dengan buku, tapi juga dengan hati. Selamat Hari Guru! 📚❤️

  8. Selamat hari guru cikgu madi.. selalunya semakin senior semakin kita boleh buat lawak.. tua-tua dh malas nak marah-marah anak org dah.. ahahaha.. dulu masa sy masih single dan muda sy boleh gaduh dgn student, tapi skrg ah biarlah, kita kawan-kawan saja dgn mereka yang baik-baik, nak jaga mental health la katakan 🤭

    • Terima kasih Kak Mim 🤭 Selamat Hari Guru juga buat Kak Mim! Betul tu… bila dah senior, kita bukan makin garang, tapi makin ‘garing’ dengan lawak! Jaga mental health dulu, marah-marah boleh buat cepat berkedut 😜 Kak Mim antara blogger lama yang saya kenal sejak 2010 blog AhmadiKatu.com wujud. Saya off sepenuhnya buat posting dalam 3 tahun, dan Kak Mim pun macam on off juga kan.

    • Terima kasih sudi baca artikel aku! 🥹 Dan terima kasih juga atas ucapan Hari Guru. Cuma kadang cikgu lawak ni pun kadang serius jugak bila marking! 😆 Selamat Hari Guru buat semua.

    • Terima kasih banyak Seri Kandi Tanah Jauhar atas ucapan Selamat Hari Guru tu! 🥰 Dan hahaha… betul lah tu, saya sekarang dah masuk fasa “lawak dulu, garang tolak tepi” ala macam dalam artikel tu, makin lama kita mengajar, makin kita sedar senyuman kadang lebih power dari rotan 😄 Terima kasih juga sebab sudi baca dan komen, sangat dihargai! 🫶

  9. Saya gak bisa bayangin jadi guru galak karena lihat tipe mukanya lawak. Bahkan saya langsung teringat salah satu pemeran di upin ipin yang menurut saya mirip dari versi kartunya tapi lupa namanya siapa.. argh geramnya sudah searching gk muncul tokoh yang di maksud malah keluar ehsan wkwk.

    • Hahaha aduh, kena pula muka cikgu ni kategori lawak Upin Ipin ye 😂 Mesti watak yang kau maksud tu salah satu geng kelas tu juga. Kalau bukan Ehsan, mungkin Jarjit kot? Tapi takpelah, asalkan bukan Opah! Terima kasih singgah baca artikel “Aku Seorang Guru” tu… walaupun muka lawak, jangan main-main, dulu pernah tegas tau! 😎📚

    • ¡Gracias por pasarte por aquí! 😄 Ser un maestro serio al principio fue todo un reto… pero ahora, con tantas travesuras en clase, creo que me he convertido en el “Payaso Oficial” de la escuela. ¡Que tengas tú también una semana llena de risas y buen café! ☕📚

    • Muchas gracias! Mamatisya. Part anugerah guru lawak tu yang tidak masuk akal 😅 Apa pun kita cuma berusaha untuk menjadi seorang guru yang boleh membantu murid berjaya dalam pelajaran. Itu sahaja.

  10. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan, dan kesabaran mendidik anak-anak muridmu. Ilmu yang cikgu curahkan adalah bekal berharga sepanjang hidup. Setiap pengorbananmu, walau kecil, meninggalkan kesan besar dalam hidup anak didikmu.

    Selamat Hari Guru.. 16 Mei 2025
    Buat semua guru, moga rutin harian dipermudahkanNYA.
    ‘GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN’

    • Padu ayatnya… terus terasa sebak. Terima kasih kembali, doa kalian umpama minyak dalam pelita membantu untuk terus menyala. Selamat Hari Guru! 🌟📚

    • Hahaha blog bukan apa-apa tu la yang buat orang singgah! Terima kasih wish, aku bukan pelawak… tapi kadang-kadang anak murid pun gelak tanpa disuruh 😆

  11. sudah lambat banget mungkin ya tapi masih bulan yang sama nih.
    Selamat Hari Guru.
    Meksi bukan seoarang guru tapi untuk hal yang lain, Saya sebaliknya dari lawak ke agak galak, apakaha ini berlaku sebaliknya gitu, karena beban yang saat ini saya emabn gitu ya.

    • Hahaha mungkin memang hukum alam ya. Mana yang lawak boleh jadi galak, yang galak kadang kena jadi lawak! Tapi yang penting, kita semua tetap hebat dalam peranan masing-masing 💪

    • Terima kasih ucapan Selamat Hari Guru tu! Tulisannya santai tapi berbisa macam guru kita dulu2 guna rotan berlapik coklat, manis tapi terasa! 😄✏️ Terima kasih sudi baca

  12. Selamat hari guru, walau telat sangat saya ucapkan 🎉🎉.

    Kalau saya menjadi murid Abang, pasti happy sangat punya guru yang lucu tapi tegas seperti ini. Bisa diajak bincang, Karena terkadang banyak murid yang lebih mempercayai guru nya daripada orangtua mereka di rumah.

    Teringat saya, ada guru saya dulu yang menjadi inspirasi dan motivasi saya, sebab beliau tegas, pandai mengajar murid, tapi juga bisa menjadi teman di saat istirahat. Rindu juga dengan beliau ..

    • Terima kasih ucapan Selamat Hari Guru tu. Tak la lewat, masih sah selagi belum Hari Guru tahun depan! 😄 Bestnya kalau semua cikgu macam ni, boleh belajar sambil gelak, tak sempat mengantuk dalam kelas!” 📚✨ Tapi guru zaman now lagi power tau, boleh jadi doktor, boleh jadi tukang urut, boleh jadi bomba, boleh jadi polis pokoknya cikgu zaman now boleh jadi semua. Sebutkan sahaja. 😅🤪

    • Betul tu! Kalau ikut usaha sendiri je, mungkin sampai sekarang masih kira jari pakai kalkulator. Terima kasih TT, atas ucapan Selamat Hari Guru

  13. Selamat hari guru cikgu Madi. Tak sangka pula ada bakat membuat lawak ya. Seronok jadi murid kalau cikgu Madi mengajar 🙂 Tahun depan boleh cuba anugerah guru harapan pula.

    • Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Guru! Hahaha….kalau masuk kelas, murid belajar sambil ketawa kadang rasa dah macam rancangan lawak pendidikan. Tahun depan bukan saja guru harapan, mungkin boleh calonkan sekali untuk Maharaja Lawak Mega!” 😄

    • Alaa comelnya cita-cita tu! Cikgu-cikgu mesti bangga dan senyum baca ni. Dari “cita-cita nak jadi cikgu” ke “terima kasih cikgu”, lengkap satu kitaran nostalgia. Moga satu hari nanti dapat juga pegang kapur dan rotan… eh whiteboard marker! 😄📚Apa pun Terima Kasih atas ucapannya. Kita semua adalah guru kepada orang sekeliling kita tanpa kita sendiri sedar.

    • Hahaha..terima kasih sangat2 😅! Lambat sikit sebab naik feri blog, bukan flight ✈️😂 Semoga awak pun terus jadi inspirasi yang tak lekang ditelan zaman!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.