Pelajaran dari Tuhan mu. “Belajar saja tinggi-tinggi, kerja tetap juga tidak menentu?”. Itu antara kata-kata yang sering aku terima sejak aku mengambil keputusan untuk berniaga sendiri dan meninggalkan kerja 8 – 5 seminggu.
“Buat apa belajar jauh-jauh, last-last tak juga dapat sambung Master. Tanam anggur jak la.”
“Baguslah kau tidak dapat sambung Master. Duduk rumah jak habiskan beras orang tua”.
Ini adalah antara beberapa kata ‘pedas’ yang terpaksa aku hadam sejak akhir tahun 2018 sehinggalah sekarang. Ya, sehingga sekarang pun ada lagi suara-suara itu kedengaran.
Keputusan Yang Berat
Aku masih ingat ketika baru pulang dari Desa Ilmu, Samarahan, Sarawak. Hampir setahun aku tidak mempunyai sebarang kerja yang tetap. Pelbagai kerja secara sampingan cuba untuk aku lakukan termasuklah mengambil upah membaiki laptop dah phone.
Aku juga mengambil upah untuk membangunkan blog dan website. Tidak kurang juga untuk mengajar tentang SEO blog kepada blogger. Semuanya dilakukan demi menampung kelansungan hidup yang betul-betul menghimpit ketika itu.
Hampir beberapa kali juga aku jatuh sakit berseorangan. Sikit-sikit demam, sikit-sikit demam.
Aku rasa level stress ketika itu mungkin sudah sampai ke tahap yang paling maksimum. Mungkin kerana terlalu stres menyebabkan tekanan darah ku sentiasa tinggi.
Pernah ketika aku berada di Klinik Desa Daerah Daro, Sarawak, pembantu perubatan seakan tidak percaya dengan bacaan tekanan darah yang diperolehi. Seingat aku sehingga 4 kali diulang proses yang sama semata-mata untuk memastikan tahap tekanan darah ku yang sebenar.
Itu ketika di hujung bulan mac tahun ini. Perkara yang sama berlaku sekali lagi ketika aku diarahkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Besar daerah Beaufort pada bulan julai lepas. Akak jururawat seakan tidak percaya sehingga menyuruh aku tidur di bawah penyaman udara paling kurang 30 minit.
Hebatnya Ujian Dari Allah
Stres dengan diri sendiri. Stres dengan cakap-cakap orang. Kesimpulannya, aku memang sangat tertekan ketika itu.
Tipulah kalau aku katakan tidak berkecil hati dengan kata-kata orang sekeliling. Orang senang memberi nasihat. “Jangan dengar cakap orang, jangan peduli ejekan orang”. Tapi aku yang menghadap semua itu saja yang tahu akan pedihnya semua itu.
Adakalanya memang aku terasa down. Down kerana menyedari siapakah mereka yang berada di sekeliling aku.
Sedih bukan kerana dikatakan bodoh, tapi sedih bila mengenangkan orang yang mengata tersebut.
Setelah sekian lama, aku jadi lali dan hanya tersenyum apabila kata-kata sebegitu singgah ke telinga aku. Akhirnya aku sedar yang Tuhan sedang membentuk diri aku, membentuk aku menjadi seorang manusia yang bersifat manusiawi.
Sabar Dengan Pelajaran Dari Tuhan
Aku belajar untuk bersabar dengan manusia di sekeliling sama ada yang aku kenal atau orang asing. Bukan kerana aku baik. Tapi kerana sifat sabar itu sendiri adalah bekal yang sangat berguna dalam sebuah perjalanan hidup.
Sering kali aku berdoa dan memohon agar Tuhan dapat memberi aku sebuah jiwa yang besar. Belajar untuk tidak sekali mendabik dada. Aku memang bukan ahlinya, tapi aku belajar agar tidak mengikut telunjuk iblis. Owh ya, kau sendiri tahu iblis itu dihalau dari syurga kerana ego dan sifat takburnya kan?
Aku belajar dari sifat kau. Kau menjadi guru untuk aku lebih “down to earth“, lebih berpijak di dunia yang nyata. Belajar dari pengalaman bagaimana untuk mengenal perangai orang sekeliling aku. Lebih-lebih lagi bila aku berada dalam situasi terhimpit dengan kesusahan.
Benarlah apa yang dikata orang. Kita akan cepat kenal siapa yang akan ketawa bersama dan menangis bersama.
Begitulah sifat manusia Apabila kau mengecapi kejayaan, kaulah teman sejati. Sayangnya bila terlihat sedikit kegagalan, sesiapa pun tak mengakui ada hubungan.
Alim ulamak ada menasihatkan, “Apabila kau berada dalam kesusahan, tiada seorang manusia pun yang mampu memberikan kesenangan dan kelapangan. Semuanya datang dari Allah swt yang memberikan segalanya”.
La haula wala quwwata illa billa. Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Bukankah aku dan kau telah dididik sejak kecil untuk hanya bergantung harap kepada-Nya setiap masa?
Latihlah Diri Mu Agar Tidak Mudah Letih
Di saat aku dalam kesulitan inilah aku cuba untuk melatih diri agar dapat fokus dalam tindakan. Aku cuba untuk abaikan segala gangguan yang boleh menarik aku dari terus jatuh ke bawah.
Terus mencuba agar aku dapat bulatkan tekad hidup kemudian bertawakal dengan semua yang telah aku usahakan. Doa mak dan bapa tidak sekali aku tolak ketepi setiap apa yang aku lakukan.
Akhirnya cuma untuk fokus dan kemudian jalan terus.
Dalam bahasa inggerisnya, sedikit kegagalan dalam hidup dan ditolak permohonan sambung pengajian Master ini semacam ‘blessing in disguise‘. Dalam tidak sedar, banyak kebaikan yang datang daripada-Nya. Terlalu banyak pelajaran dari Tuhan kepada diri aku.
Aku yakin Tuhan sedang menyiapkan aku untuk menjadi lebih hebat daripada diri aku di pra-2018.
Dan proses sesi “latihan” ini masih lagi berjalan sehingga kini. Mudah-mudahan aku lulus cemerlang dan mendapat natijah yang membahagiakan pada akhir sesi “latihan” ini nanti.
Aku mohon kau masih sudi mendoakan aku.
its true that in life we need to be patience. Indeed patience is the key to success too. Then of course there’s barrier of it, if really cannot patience we got to speak up.
Kegagalan dan pengalaman jatuh adalah cikgu terbaik! Bila kita pernah jatuh, kita pasti sedar ada yang perlu ditambah iatu Sabar! Sabar dan tabah yang sebenar unlimited. Teruskan.. . Awak mampu
Kita sesama doakan kita berjaya mengharungi perjalanan ini dan semuanya dipermudahkan oleh DIA Yang Esa. Aamiin..
setiap satu tu daripaa Allah juga, samada benda yang berlaku keburukan kepada kita atau kebaikan. sebab itulah kita disarankan bersabar dan insyaALlah ada hikmah disebaliknya
Patience is everyone. Once you can master the patience. Everything is good. God bless you sister. Use what God gives to you well.
Memang realiti mulut orang kan. But niat je baik2 positifkan diri. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting Allah je tahu. Lagi layan kita yang stress
Terima kasih atas segala nasihat yang diberi ya 🙂
Sabar dan sentiasa positif. Walaupun diberi ujian bertalu-talu, sabar adalah kuncinya. Selain itu, bersikap positif juga boleh membantu supaya tekanan hilang.
Sabar dan bersikap positif sangat dianjurkan kepada kita semua. Moga kita semua dimuliakan dengan sifat sebegini kan tuan 🙂
saya juga pernah terfikir..kenapa tidak diberikan saya jiwa yang besar..jadi mudah saya untuk terus mencapai apa yang sy kehendaki…namun say afikir mungkin disebabkan cita-cita itu akan menjatuhkan jiwa saya sebagai seorang yang akan menjadi riak dan takbur..sebab itu saya ras alebih baik…saya bersederhana dan berusaha dengan cara sendiri..
Ya, kadang bersederhana itu memberikan kita lebih banyak ruang untuk bermuhasabahkan lagi diri kita. tak gitu kak 🙂
ya.
sabar itu salah satu nilai yang sangat indah ALLAH campakkan pada kita.
hargainya dan syukurinya selalu.
Terima kasih tuan Titan atas nasihat yang diberi 🙂
Tak sangka, Madi pandai menulis rupanya…good job,,,banyakkan sabar ya. Ujian Allah itu pelbagai dan Allah maha mendengar…
Kak Ani ni kan? haha..mana ada pandai menulis kak. belajar-belajar jak bha 🙂 Apa pun tq Kak Ani sebab support.