Sebelum aku menulis lebih jauh tentang broken link (BL), aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua blogger yang support AhmadiKatu selama ini. Posting terbaru aku tentang teknik on-page SEO mendapat hits yang tinggi berkat sokongan korang.

Owh ya, untuk pengetahuan korang, posting kali ini adalah bagi menjawab pertanyaan dari blogger Akak @Atul Hamid. Akak ni bertanyakan tentang bagaimana nak tahu wujudnya BL dalam blog beliau.

So, sebelum pergi lebih jauh, ini page of content yang aku sediakan bagi memudahkan rujukan korang untuk post kali ini.

Kenali Broken Link

Seperti blogger lain, korang juga pasti akan tertanya-tanya apakah sebenarnya BL ini. Bagaimana ianya boleh menganggu perjalanan SEO blog korang?

Sebenarnya, ianya adalah pautan web yang korang tidak dapat ekses walau apa pun yang korang lakukan. Sebab itulah web server akan sentiasa menghantar notify ralat apabila korang klik pada pautan BL.

Broken link juga dikenali sebagai 

  • Dead Link
  • Link Rots

Contoh Broken Link Sebagai Rujukan

Mungkin korang nak tahu juga, BL itu seperti apa? Ok, aku listkan contoh broken link yang akan korang selalu jumpa saat menjadi seorang blogger.

  1. 404 Page Not Found
    • Halaman atau pun sumber yang tidak wujud pun dalam sesebuah server.
  2. 400 Bad Request
    • Host server tidak dapat membaca URL yang terdapat dalam blog korang.
  3. Bad host
    • Kata mudahnya ialah invalid host name. Nama server atau DNS tidak dapat dicapai atau pun tidak wujud sama sekali.
  4. Bad URL
    • Ianya lebih kepada Malformed URL. Mungkin kerana kesilapan ejaan atau simbol pada URL atau pun menggunakan protocol internet yang salah.
  5. Bad Code
    • Ini biasa terjadi apabila berlakunya invalid HTTP markup. Server tidak bertindakbalas dengan spesifikasi yang ada pada HTTP markup.
  6. Empty
    • Biasanya berlaku apabila host server memberikan balasan “empty” kepada page yang tidak mempunyai sebarang konten atau tidak mempunyai response code.
  7. Timeout
    • HTTP akan sentiasa berterusan request time out apabila melakukan link checking. Biasanya terjadi bila korang tidak mendapat ekses internet yang baik.
  8. Reset
    • Host server akan drop atau cut connection. Ini berlaku apabila blog korang misconfigured atau pun terlalu sibuk kerana mendapat highest traffic.

Kenapa BL Boleh Terjadi?

Sebenarnya terdapat pelbagai sebab kenapa BL boleh terjadi. Antaranya yang aku boleh listkan untuk rujukan korang ialah.

  • Korang meletakkan URL yang salah sama ada misspelled atau pun mistyped.
  • Perubahan struktur URL pada blog korang. Ianya biasa berlaku apabila korang sering membuat pertukaran permalinks pada blog korang. 
  • External site pada pautan tersebut sudah tidak aktif lagi atau pun permanently moved (tukar domain dari blogspot kepada TDL).
  • Link pada pautan konten tersebut telah pun terpadam atau tidak aktif.
  • Kesilapan atau pun terdapat ralat pada HTML, CSS, Javascript, atau CMS).
  • Firewall atau pun Geo Location menghalang korang dari ekses pautan tersebut.

Kenapa SEO Membenci BL?

Sewaktu aku join AhmadiKatu, aku juga kurang ambil tahu tentang BL. Tuan Ahmadi sering mengajar tentang bagaimana pentingnya untuk rectify semua BL yang ada untuk tingkatkan rank blog ini.

Beliau menerangkan panjang lebar dan kesannya terhadap Google search result bila dibiarkan tanpa menghapus atau fixkan semua BL yang ada.

Walaupun BL tidak memberikan kesan yang menyeluruh terhadap perkembangan SEO blog korang. Namun, jika blog korang memiliki sedikit atau pun banyak BL akan menyebabkan Google triggered sebagai blog yang terbiar atau sudah tidak berfungsi.

Google search quality rating guidelines juga menggunakan indicator jumlah BL untuk menentukan tahap kualiti blog korang.

Sebab itulah pentingnya korang menggunakan Google Search Console untuk membantu selesaikan problem korang bila berkaitan dengan BL.

Google Search Console
Google Search Console Menghantar Email Notification Tentang Masalah Broken Link Pada Pautan AMP

Terdapat 2 sebab kenapa korang harus mengelakkan BL dalam blog korang dan kenapa SEO sangat membenci BL.

  • User Experience
  • Bounce Rate

User Experience

Bila korang sudah serius menjadikan blogging sebagai satu cara hidup korang, pastikan korang tidak memandang ringan masalah dead link ini.

User experience ni kalau korang nak tahu ianya salah satu faktor yang diambil kira dalam SEO tau. 

Apabila Google membuat perubahan algorithms mereka secara besar-besaran pada awal bulan jun yang lepas, salah satunya bertujuan untuk memudahkan carian dan experience kepada pengguna.

Bagi Google, algorithms mereka boleh memahami bila terdapat dead link pada blog korang. Tapi jika para pengguna blog korang pula mendapati dead link pada blog pasti ianya mereka akan memberikan adeptasi yang buruk kepada korang.

Bounce Rate

Jumlah sesebuah dead link yang terdapat dalam blog korang boleh membuatkan bounce rate korang meningkat. 

Semakin banyak dead link akan menyebabkan pengguna blog korang akan beralih kepada blog lain kerana terlalu banyak maklumat yang mereka tidak dapat ekses.

Ini akan merugikan korang, malah rating pada bounce rate pasti akan meningkat. Bagi korang blogger yang menjana pendapatan dengan Adsense, ianya pasti akan menyakitkan hati korang.

Semakin kurang masa pengguna blog korang berada dalam blog, maka semakin tinggi rating bounce rate korang naik.

Cara Mengesan BL Pada Blog Korang

Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 cara yang digunakan pada blog AhmadiKatu untuk mengesan kehadiran BL

  • Broken Link Checker
  • Google Search Console

Namun kali ini aku hanya akan menceritakan tentang bagaimana kami di AhmadiKatu team menggunakan plugin Broken Link Checker untuk mengesan dan memperbaiki semua dead link yang ada dalam blog.

WordPress Plugin Broken Link Checker

Plugin broken link checker merupakan plugin yang dibangunkan untuk membantu blogger mengesan kehadiran dead link dalam blog mereka.

Ianya merupakan plugin yang menyokong platfom wordpress untuk berfungsi sepenuhnya. Yang apa yang pasti ianya merupakan plugin yang diberikan secara percuma kepada semua blogger.

Korang boleh download plugin ini di sini. >link<

Sedikit perkongsian buat korang, plugin ini akan mengambil sedikit masa untuk tangkap semua dead link yang terdapat dalam blog korang.

Semakin banyak dead link mata semakin panjang dan lama masa yang akan diambil untuk berikan laporan kepada korang nanti.

Broken Link Checker Notification
Broken Link Checker Notification pada admin panel blog AhmadiKatu

Cara Setting Plugin BLC

Configure Settings

Untuk configure setting, pergi ke blog setting > Link Chacker

Pada General tab, korang boleh uncheck option buttonstop search engine bots from following broken links“. Aku sangat recommend kepada korang untuk set BLC korang begini.

Configured General Setting BLC
Uncheck fungsi ini untuk mengelakkan server menjadi lambat.

Pada bahagian Looks for links in tab, korang boleh tentukan pada bahagian mana BLC nak captured dead link dalam blog korang.

Jika korang mempunyai blog yang berat seperti blog AhmadiKatu, korang boleh mengikuti option yang telah pun kami pilih sesuai untuk blog ini.

Looks for links in BLC
Korang boleh memilih pada bahagian mana korang nak BLC crawl dead link buat blog korang.

Korang juga boleh setkan spesifikasi yang tertentu untuk menguji server load limit korang. Ianya boleh diubah pada advance tab.

Advance BLC
Kami meletakkan beberapa persaratan untuk menguji Server load limit blog AhmadiKatu.

Cara Menghapus Dead Link

Pastikan korang biarkan plugin BLC running untuk beberapa jam sebelum membuat sebarang perubahan untuk menghapuskan dead link.

Korang boleh lihat report dead link ini pada dashboard wordpress korang.

Sedikit tips buat korang ketika hendak memilih untuk menghapus, recheck, fix redirect atau apa pun pada pautan dead link korang.

  1. Blog post
    • Korang pilih untuk update atau edit link tersebut. Ini akan menambahkan integriti keaslian posting blog korang
  2. Komen blog
    • Korang pilih untuk unlink sahaja jika terdapat dead link pada bahagian komen.
  3. Pertukan Permalink Blog
    • Korang boleh pilih untuk fixing redirection sahaja.
  4. Affiliate link
    • Untuk korang sebagai affiliater jangan sesekali fix redirect link affliate korang.
Unlink Broken Link Checker
Korang boleh memilih perbagai option untuk memperbaiki broken link blog korang dengan mudah.

Ramai rakan blogger dalam Malaysia yang telah menggunakan TLD yang sebelum ini menggunakan platfom percuma blogspot sahaja.

Tetapi mereka lupa untuk membaiki link HTTP menyebabkan mereka kehilangan hampir separuh dari jumlah trafik sehari.

So, aku sarankan kepada korang untuk gunakan BLC plugin ini untuk membina semula broken link blog korang. Sambil-sambil boleh meningkatkan semula SEO blog korang.

Last kami team AhmadiKatu menggunakan BLC untuk clearkan dead link pada awal bulan ini. Waktu itu kami dapat baiki hampir 80 broken link.

Penutup

Sedikit informasi buat korang, apabila korang menggunakan plugin BLC ni, ianya akan secara auto menambahkan banyak table pada database korang.

So, nasihat aku, selepas korang selesai menggunakan plugin ini, korang bolehlah disablekan dahulu. Kemudian korang gunakan pula WP-DB Manager Plugin untuk padam semua table yang plugin BLC telah buat.

Untuk rujukan, ini antara nama table yang telah dibuat oleh plugin BLC secara auto.

  • _blc_filters
  • _blc_instances
  • _blc_links
  • _blc_synch

Nasihat aku, tak kira apa pun platfom yang korang gunakan sama ada wordpress mahu pun platfom lain, broken link pasti akan memberikan impak kepada SEO blog korang.

Pastikan korang sentiasa melakukan audit site blog korang sekurang-kurangnya 3 bulan sekali menggunakan Broken Link Checker plugin. Sebenarnya korang boleh juga menggunakan Ahrefs, tapi mahal sangat la.

So, apa kata korang? Jangan lupa komen jika masih ada yang tak faham. Jika korang ada persoalan tentang SEO, boleh ajukan kepada kami untuk kami jawab.

Jika tak dapat jawab, mohon berikan kami masa untuk mencari jalan penyelesaian sebelum membuat posting baru menjawab soalan korang. Dan jangan lupa like FB page kami AhmadiKatu.

https://www.facebook.com/ahmadikatu86/

Jom Join Newsletter Kami
I agree to subscribe AhmadiKatu
Jom bersama lebih dari 12,000 subscriber newsletter kami. Jadi di antara yang terawal mendapatkan tips tarbiah sentap dan juga tips blog SEO secara percuma.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Kau buat baik pun orang kecam. Kau buat jahat, lagi orang kecam. Maka kau buat saja apa yang Tuhan suruh. Redha Tuhan itulah yang akan berikan kau kebahagiaan dunia dan akhirat. Bukan apa, Tuhan tahu bila waktu yang sesuai untuk kau kecap satu-satu nikmat dan ganjaran. Sabar, terus berdoa, dan berusaha. Masa yang tepat untuk kau akan tiba jua. Jangan putus asa. - Viking, Canada -

48 COMMENTS

    • Sama-sama 🙂 semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Sama-sama 🙂 semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Sama-sama tuan 🙂 tak mengapa, dengan plugin yang kami cadangkan akan memudahkan kerja tuan. tak sampai 5 minit dah pun siap.

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Wah, bestnya bila dapat respon blogger lain faham apa yg kita tulis. apa-apa pun selamat berjaya fixkan atau delete BL dalam blog 🙂

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

  1. wah, memang ilmu baru, tak tau pulak broken link akan membuatkan bounce rate kita tinggi. nanti saya pon kena check. yelah tokot pulak jejaskan blog visitor. thanks

    • Bounce Rate akan meningkat jika terlalu banyak BL yang tidak diselenggarakan dengan baik. Apa pun semoga berjaya haruskan BL ya..nak mudah, guna je plugin yang kami suggestkan tu.

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Terima kasih kak…Ni pun disebabkan blogger kak @Atul Hamid yang bertanyakan tentang BL ni. So, untuk menjawab saya pun buatlah posting tentang BL 🙂

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • actually, it was easy to know since we regularly using google as our main search engine so Google knows better what is best for us. So, just follow what the Google Search Console suggest to fix it. But of course, you have to get your properties website account first at Google Search Console.

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

  2. aduh, da beberapa bulan x cek broken link.
    seksa nak bersihkannya.
    kena cek one by one. apakah entry nyer, di manakah letak link nyer,…
    seharian dok cari broken link. demi nakkan yg terbaik utk blog kecil aida tu.

    • Senang je..guna je plugin yang kami suggestkan kat akak tu ye. tak sampai pun 5 minit confirm siap.. 🙂

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Sama-sama 🙂 jom kita belajar kembangkan ilmu SEO bersama blogger lain.

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Alhamdulillah, semoga tuan dapat sesuatu yang berharga dalam posting kami. Dan saya pasti kami di team AhmadiKatu pasti bangga dapat membantu tuan untuk selesaikan masalah yang tuan hadapi.

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Sama-sama tuan 🙂 Semoga banyak membantu ye 🙂

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

  3. Good sharing. Terima kasih banyak di atas perkongsian hebat ini. Nina kurang arif bab teknikal gini. Lambat faham … Tapi nanti nak semak blog gak.. Nak try buat pelan ².

    • Sama-sama 🙂 Kak @Nina Mirza cuma install plugin yang kami telah suggestkan tu. Ianya akan memudahkan akak untuk fixkan BL dalam blog nanti. Mudah je… 🙂

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

  4. Terima kasih di atas perkongsian ini. Cuma nak tanya, adakah ia selalu terjadi pada blogspot sahaja ? Atau boleh terjadi pada wordpress jugak. Kena berjaga-jaga jugak ini incase kena broken link ni. Mesti kelam kabut nanti 😅

    • sama-sama 🙂 ianya terjadi kepada kedua-duanya tuan. Tak mengira sama ada menggunakan platfom percuma atau pun berbayar. Terlalu banyak faktor yang boleh menyebabkan BL berlaku dan saya dah pun jelaskan semua tentang BL di posting ini 🙂

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

  5. tERIMA KASI AHMAD…. u made my day, at least penerangan yang details mengenai broken link.. masa dulu dulu dok mencari gak bila berlaku macam ni kat web i.. heheheh thanks for sharing harap dapat bagi manfaat pada yang cari mengenai broken link

    • Sama-sama, semoga ianya memberikan sedikit bantuan dan mafaat. Jangan lupa subscribe newsletter kami bersama lebih 12K subscriber yang lain..tak pun boleh like FB Page kami di AhmadiKatu

  6. assalamualaikum.. sis datang sini balas kunjungan…. terima kasih sudi kongsi isu broken link ni… mmg nampak simple tapi effect dia mendalam kan… dulu prnh sekali buka broken link utk kasi clear… perghh lenguh kaki tangan ni haaa nk kasi padam semua… ni alhamdulillah dh makin ok dh

    • Waalaikumsalam kak @Siti Awadah. Terima kasih sudi ke sini. dan sama-sama juga. Kak @Siti boleh gunakan je plugin yang kami dah suggestkan tu. Mudahkan kerja akak untuk fixkan BL dalam blog nanti 🙂

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • hehe..betul tu kak, tapi dengan plugin yang telah kami suggestkan ni bakal memudahkan keja akak..tak sampai 5 minit pun dah siap…

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Terima kasih… Saya pula nak belajar ilmu penulisan dari akak 🙂 Apa pun sama-sama lah kita berkongsi ilmu ye tak?

      semoga perkongisan ni memberikan seribu satu kebaikan kepada semua ya…Jangan lupa subscribe blog ni dan like FB page kami tau…semoga membuatkan saya lebih rajin menulis tentang SOA untuk semua.

    • Thanks @Wawa, harap wawa dapat settlekan BL tu untuk kurangkan peratus BL dalam blog. Guna je plugin yang disarankan dalam posting sangat mudah dan berkesan. Bila saya check bounce rate blog @wawa sangatlah tinggi iaitu 93.6% setakat 02/08/2019 jam 04:30pm. maksudnya pembaca hanya berada dalam blog @wawa purata dalam 1 minit je kemudian akan keluar. Cuba baiki.

    • tak mengapa baitu kak @Yat. Post jak banyak2 nanti di baca..Bha bila mau dicekkan ni 🙂 Inda pun kak guna Google Search Console jak ba..

    • Tak apa tuan..mungkin masa masih belum cukup ada untuk kemas kini blog. Lagi pun tuan adalah blogger hebat, so tak akan ada masalah nak up semula 🙂

    • Semua pautan itu membuktikan bahawa that blog was alive but for the long term it’s will give a bad impact to that blog. Apa pun cuba perbaiki semaksima mungkin broken link tak kira sama ada ianya seorang blogger permula mahu pun telah lama dalam dunia blogging 🙂 tak gitu gan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.