janawangIM.blogspot.com Button

Aku rasa semua orang patut ada keyakinan diri dan rasa diri ni berharga. Tapi kadang-kadang, ada orang yang yakin diri tu sampai terlebih sangat – semua pasal diri dia je, suka sangat puji diri sendiri, tak peduli langsung perasaan orang lain. Bila jadi macam tu, orang sekeliling mula rasa tak selesa. Dan biasanya, orang macam ni orang panggil… narsisisme.

Kalau kau nak tahu, ada juga narsisisme yang sihat sebenarnya. Bila kau sayang diri sendiri dengan cara yang betul.

Bukan over ya,

Kau akan lebih fokus kejar cita-cita, lebih yakin bila bercakap, dan ada karisma tersendiri. Ini semua boleh bantu kau berjaya dalam hidup, kerja, dan dalam masyarakat.

Tapi… bila narsisisme tu dah terlebih dos, mula la jadi masalah.

Kau jadi suka sangat dipuji, tak boleh terima kritikan, suka rendahkan orang lain semata-mata nak naikkan diri sendiri. Hubungan kau dengan orang pun makin renggang.

Di tempat kerja, kau susah nak kerja sama dengan orang lain sebab kau rasa kau je paling bagus. Dalam hubungan peribadi pun sama – kau tak peduli perasaan pasangan, asyik nak menang ja.

Aku tulis ni sebab aku rasa penting untuk kita semua kenal sifat ni.

Bukan nak tuding jari dekat sesiapa, tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. Kadang-kadang, kau dan aku pun ada sikit-sikit sifat tu, cuma tak perasan.

Kalau kita tahu dan sedar awal-awal, bolehlah kita ubah sebelum terlambat.

Macam Mana Nak Tahu Kau Seorang Narsisisme?

Okay, sekarang kau mungkin tertanya-tanya, “Aku ni narsisis ke?”

Jangan risau, aku bagi kau beberapa tanda yang biasa ada pada orang yang ada sifat narsisis. Kau tengok je sendiri, mana tahu ada yang kena dengan diri kau:

  1. Kau rasa diri kau lebih hebat dari orang lain.
  2. Kau suka sangat dipuji.
  3. Kau tak peduli sangat perasaan orang lain.
  4. Kau asyik cerita pasal diri sendiri.
  5. Kau susah nak terima salah sendiri.

Kalau satu dua je yang kena, tak apa. Tapi kalau semua tanda tu macam cermin diri kau.

Mungkin kau kena mula fikir balik.

Mungkin kau juga boleh semak di sini.

Narsisis Dalam Dunia Kerja

Dalam dunia kerja, sifat narsisis boleh jadi pedang dua mata. Kadang-kadang bos suka orang yang yakin diri dan berani ke depan. Tapi kalau kau terlalu mementingkan diri, tak boleh bekerjasama, suka ambil kredit kerja orang lain – percayalah, lambat laun orang akan bosan dengan kau.

Kau mungkin naik pangkat sekejap, tapi hubungan dengan rakan sekerja akan makin renggang.

Bila susah, tak ada siapa nak tolong. Bila kau buat silap, semua orang senyap dan biar kau tanggung sendiri.

Sebab apa?

Sebab kau terlalu narsisis dan tak pernah nampak nilai kerjasama.

IMEJ SOURCE FREEPIC

Narsisis Dalam Perhubungan

Kalau kau dalam hubungan – sama ada bercinta atau dah kahwin – sifat narsisis ni sangat bahaya. Pasangan kau akan rasa tak dihargai.

Kau je nak perhatian, kau je nak menang dalam setiap hujah.

Bila pasangan kau bagi teguran, kau anggap dia tak faham kau.

Lama-lama, hubungan jadi hambar.

Aku pernah dengar cerita pasangan yang berpisah sebab salah seorang terlalu narsisis.

Suka control, tak mahu mengalah, dan asyik anggap dia je yang betul. Sayanglah, sebab kalau masing-masing faham peranan dan saling menghormati, hubungan tu boleh jadi indah.

Jadi, Apa Kau Boleh Buat Kalau Rasa Diri Kau Narsisis?

Pertama, jujur dengan diri sendiri. Tak semua orang sempurna. Mengaku kelemahan diri bukan bermakna kau lemah, tapi itu tanda kau matang dan bersedia untuk berubah.

Kedua, belajar dengar pandangan orang lain. Tak semua teguran tu negatif. Kadang-kadang, ia datang dari orang yang betul-betul sayang dan nak tengok kau jadi lebih baik.

Ketiga, mula fikir pasal orang lain. Tanya diri kau – “Apa aku buat ni menyakitkan hati orang ke?”, “Kalau aku kat tempat dia, apa aku rasa?”

Keempat, bergaul dengan orang yang ikhlas. Kawan yang jujur akan bantu kau nampak siapa diri kau sebenarnya, bukan yang asyik angguk je.

Kesimpulannya

Narsisis bukanlah satu label untuk menghukum, tapi satu sifat yang kalau kau sedar dan kawal, kau boleh jadikan ia sebagai kekuatan. Bila kena cara, keyakinan diri boleh bantu kau berjaya.

Tapi kalau melampau, ia boleh rosakkan hubungan, kerja, dan diri sendiri.

Jadi, tanya diri kau sekarang – “Aku ni sedang bina kejayaan, atau sedang membina tembok yang buat orang jauh dari aku?”

Kalau kau rasa artikel ni bagi manfaat, kongsilah dengan orang lain.

Mana tahu, boleh bantu mereka yang mungkin sedang bergelut dengan sifat narsisis dalam diri mereka.

Kau boleh baca lebih lanjut berkenaan topik ini di sini.

Dari Meja Lapok,

Paris,

Tapi bukan France

janawangIM.blogspot.com Button

4 COMMENTS

  1. Biasa ja jumpa orang begini di tempat kerja. Kalau dekat sekolah tu lagi la, kalah lagi pengetua dari dia. Dia semua boleh, cikgu lain tak boleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.