Common Sense: Bila Kau Rasa Kau Je Betul, Tapi Sebenarnya…

8
169
COMMON SENSE
janawangIM.blogspot.com Button

Kau pernah tak rasa geram gila bila orang sekeliling kau buat benda yang kau rasa common sense sangat, tapi dorang macam tak tahu?

Contohnya, kawan serumah kau lepas makan, pinggan dibiarkan je kat sinki. Atau dalam bas, ada orang muda selamba duduk sedangkan ada makcik tua berdiri.

Masa tu, dalam hati aku ni memang dah terbakar. “Aduh, takde common sense ke kau ni?”

Tapi… kejap.

Betul ke semua orang patut ada common sense yang sama?

Atau sebenarnya, common sense tu taklah “common” sangat macam yang aku sangka?

Ha, kat sinilah aku mula terfikir balik.

Dan sebab tu jugalah aku tulis artikel ni supaya kau dan aku sama-sama boleh buka mata.

Apa sebenarnya “common sense” tu?

Kau tahu tak, common sense ni sebenarnya adalah kefahaman atau pengetahuan asas yang kita rasa semua orang patut tahu.

Tapi masalahnya, apa yang kau rasa “asas” tu, mungkin tak “asas” langsung bagi orang lain. Sebab common sense ni dibentuk daripada pengalaman hidup, didikan, budaya, dan persekitaran seseorang.

Contoh mudah, orang kampung aku kat Sabah mungkin rasa normal je makan pakai tangan. Tapi kawan aku yang dari bandar di luar negara, dia rasa geli pulak nak cedok lauk pakai tangan.

Kat situ pun dah nampak perbezaan “common sense” antara dua dunia yang berbeza. Jadi, boleh ke aku nak salahkan dia sebab tak ikut cara aku?

Lelaki, perempuan ni lain kepala, lain “common sense”

Kau perasan tak, kadang-kadang lelaki dan perempuan pun tak sama dari segi “common sense”?

Contoh, perempuan rasa normal je kalau tanya pasangan dia “Awak okay tak?”, “Awak marah ke?”.

Tapi bagi lelaki, kadang soalan tu macam membebankan.

Dorang lebih suka diam je kalau ada masalah.

Jadi, bila aku tengok kawan aku marah sebab boyfriend dia tak “peka” dengan perasaan dia, aku rasa, “Eh, ini bukan pasal takde common sense, ni pasal cara fikir lelaki memang lain.” Tak semua benda boleh kita anggap “patutnya kau tahu!”

Jangan terus hukum, cuba tunjuk

Dulu, aku pun jenis suka sound direct.

Bila ada orang tak basuh pinggan, aku terus cakap, “Weh, basuh la pinggan tu. Takkan nak tunggu aku pulak?”

Tapi lama-lama aku perasan, cara tu tak berkesan. Orang bukannya makin faham, malah makin keras kepala.

Sekarang aku lebih suka approach macam ni:

“Bro, tolonglah basuhkan pinggan kau. Aku nak guna sinki kejap ni.”

Kau nampak tak bezanya?

Nada lebih tenang, tak menghukum, tak sinis. Sebab kadang-kadang, kita kena ajar perlahan-lahan. Bukan semua orang lahir dalam rumah yang mak bapak diajar basuh pinggan lepas makan.

Jangan guna “common sense” untuk perli

Paling aku tak suka bila orang guna ayat “common sense kot” sebagai cara nak sindir.

Contoh, dalam bas tadi, ada orang muda duduk.

Kau cakap, “Bang, bagi la kerusi tu. Common sense kot makcik tu berdiri.”

Eh… kau ingat orang tu terus insaf ke?

Tak, dia malu, dia marah, dan kemungkinan besar dia buat bodoh je.

Lebih baik kau cakap, “Bang, kesian makcik tu berdiri. Kalau bang bagi tempat duduk, makcik mesti lega.”

Nampak?

Kau bagi cadangan, bukan perlian.

Kadang cara kita menyampaikan tu lebih penting daripada isi yang kita nak sampai.

COMMON SENSE

“Common sense” tak universal, tapi boleh dipupuk

Aku selalu dengar orang cakap, “Eh, benda ni logik kot. Semua orang patut tahu.”

Tapi sebenarnya, tak semua orang ada pengalaman yang sama macam kita. Kau pernah tak terfikir, orang tu dibesarkan dalam environment yang tak ajar benda tu?

Jadi, macam mana dia nak tahu kalau tak pernah diajar?

Sebab tu aku rasa, daripada kita marah, baik kita bimbing.

Contoh, kalau kau nampak adik kau tak tutup suis kipas lepas keluar bilik, jangan terus jerit, “Bodoh ke? Common sense la tutup kipas!” Cuba cakap, “Adik, kalau keluar bilik tutup kipas ye. Jimat elektrik.” Perlahan-lahan, lama-lama dia akan biasa.

Masyarakat kita suka mengeji, tapi kau boleh pilih

Aku perasan, dalam masyarakat kita ni, ramai suka perli, suka troll, suka malukan orang lain secara public.

Konon nak “ajar”.

Tapi sebenarnya, kita lagi banyak melukakan daripada mendidik. Kau tengok je kat media sosial, viral orang kena sound sebab tak ikut “common sense”.

Tapi adakah lepas viral tu dia berubah?

Atau dia makin defensive?

Aku percaya, kalau kau nak jadi “agen perubahan”, kau tak perlu ikut rentak mengeji tu. Kau boleh pilih untuk jadi orang yang mendidik, dengan isi, dengan kasih sayang.

Sebab bila kau gunakan pendekatan tu, orang lebih terbuka nak dengar.

Dan perubahan tu lebih kekal.

Kesimpulan: Kau dan aku sama-sama belajar

Jadi kawan, lepas kau baca ni, aku harap kau faham satu benda: common sense tu bukan benda “common” untuk semua orang. Apa yang common bagi aku, mungkin pelik bagi kau. Apa yang logik bagi kau, mungkin tak logik bagi orang lain.

Daripada kita cepat melenting, cepat menghukum, marilah kita sama-sama belajar untuk lebih sabar, lebih mendidik, lebih memahami.

Sebab dunia ni penuh dengan orang yang datang dari pelbagai latar belakang.

Dan kalau kita nak semua orang ada pemikiran semacam kita, mungkin kita sendiri yang perlu mula ajar, bukan sekadar mengata.

Kalau kau rasa artikel ni bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan atau keluarga. Mana tahu, dengan satu perkongsian kau tu, kita boleh mula ubah dunia sikit demi sikit. 😀

Kadang lagu bukan sekadar bunyi, tapi suara hati yang tak terluah dengan kata. Jom layan music video aku. Siapa tahu, mungkin kau jumpa sikit diri kau kat situ.

Golden Desk, Paris.

Bukan France.

janawangIM.blogspot.com Button

8 COMMENTS

  1. Menarik tulisan ni untuk dibaca bila ada waktu terluang. Siape ada lagi lagu khusus untuk tajuk ni. Terbaik cikgu. Lumrah manusia, hal yang tidak sepatutnya menjadi kebiasaan dan sebati dah dengan kehidupan seharian. Mana tak ke laut common sense 🤪

    • terima kasih cik. Alhamdulillah jika cik suka pada artikel posting dalam blog ini. Syukur ada juga yang sudi membaca tulisan blog yang sendu ni.

    • Benar tuan, kadang tu kita pendam sebab nak jaga hati orang… tapi dalam diam, hati sendiri yang bernanah. Luar senyum, dalam macam kena bakar slow fire. Sampai satu tahap, meletup masa tengah bancuh Milo pun boleh jadi. 😅 Sebab tu penting gila cari tempat untuk luah. Bukan nak drama, tapi nak selamatkan jiwa. 🌧️❤️

  2. Kita selalu assume orang lain tau apa yang kita tau, padahal pengalaman hidup pun dah lain-lain. Terima kasih sahabat tulis benda ni. Reminder yang I memang perlukan. Respect!

    • Betul tu… kadang kita terlupa, hidup ni tak datang dengan ‘manual yang sama’ untuk semua orang. Terima kasih sebab hadam tulisan tu dengan hati terbuka. Sama-sama kita saling ingatkan, bukan saling jatuhkan. 🤍 Respect back at you, sahabat!

  3. Baca entri ni, buat saya pandang dari sudut lain. Saya lebih suka diamkan je, dari menegur orang. Betul la, sebab ada macam-macam jenis orang dalam dunia ni, dan tak semua dibesarkan macam kita. Tapi kalau anak-anak sendiri, memang haruslah diajar apa yang betul.

    • Betul tu… kadang kita ni diam bukan sebab setuju, tapi sebab faham. Tak semua orang melalui jalan yang sama macam kita. Tapi bab anak-anak, memang tak boleh pasrah. Kena ajar dari kecik beza mana adab, mana ego. Common sense ni bukan datang dari langit, dia lahir dari rumah juga. Terima kasih singgah dan kongsi pandangan yang sangat bermakna!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.