Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

“Kadang-kadang kau rasa seperti sudah memenuhi semua apa yang Tuhan perintahkan. Kau rasa apa yang kau telah lakukan semuanya adalah yang baik belaka. Semua yang dimurkai Allah telah kau tinggalkan. Namun ujian daripada-Nya sentiasa menghantui kau. Kau rasakan bahawa hidup kau asyik malang ditimpa ujian sedangkan oleh sekeliling kau senyum memanjang.

Ada antara kau yang mungkin merasakan sudah melakukan yang terbaik untuk hidup di dunia. Mungkin tidaklah sempurna, tapi kalau sehari ada 24 jam maka telah lebih separuh hari kau lakukan perkara yang baik untuk diri dan orang lain. Mentarbiah diri untuk berterusan membuat perkara yang baik.

Namun, walaupun semuanya telah kau lakukan, hidup kau masih lagi sempit, hidup kau masih lagi dibelenggu dengan ujian yang kau rasakan berat dan tidak adil kepada diri kau sendiri. Mungkin kau tertanya-tanya, “Apakah engkau berada di jalan yang benar?“. Sudah cukup baikkah apa yang telah kau lakukan selama ini atau masih banyak yang silap.

Kalau kau sudah menjadi seorang hamba yang baik, kenapa masih ada lagi ujian yang datang menimpa diri kau? Hutang masih banyak, nak dapatkan duit masih susah. Ada yang dikurniakan rezeki dengan duit yang banyak, tapi hidup masih tidak tenteram. Mungkin memikirkan beban hutang yang banyak. Atau anak-anak yang tidak mendengar kata. Pelbagai macam masalah timbul.

Ujian Itu Datang Sebagai Tanda Sayang Dari Allah S.W.T

Pelbagai usaha yang telah kau lakukan. Kau semak semula perjalanan hidup kau seharian. Namun kau tidak temui di mana silapnya yang mungkin kau terlepas pandang. Habis semua kitab telah kau selak semuanya, hampir semua tok guru mengaji engkau bertalaqi untuk memperbaiki cara kehidupan mu yang masih perit.

Ada di antara kau yang bertuah mampu menjumpai di mana silapnya telah engkau langgari. Tapi tidak kurang juga yang masih meraba-raba cuba untuk mencari apa sebenarnya yang telah dicemari.

Bagi kau yang berjaya mencari lompong-lompong itu, mungkin kau dah sedar bahawa kesusahan dan musibah itu diberikan kepada semua orang. Bukan saja kepada aku dan kau yang pendosa, tetapi juga kepada mereka yang dicintai oleh Allah S.W.T.

Nabi pernah ditanya, “Manusia manakah yang paling berat ujiannya?” Nabi menjawab, “Para Nabi, kemudian semisalnya, kemudian semisalnya”.

Riwayat At-Tirmizi

Aduh, lihat kau lihat sajalah manusia yang paling sempurna dan dicintai oleh Allah s.w.t juga merupakan manusia yang paling berat ujian yang ditimpakan kepadanya. Kau dan aku adalah seorang pendosa tapi tahap ujian yang diberikan masih saja tidak mampu untuk menandingi ujian yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Apakah kau masih ingit apa yang guru kau ajarkan sewaktu di bangku sekolah dulu? Tentang sirah nabi Muhammad s.a.w dan rasul lainnya? Tentang betapa dahsyatnya ujian yang diterima oleh mereka. Dihina, diejek, dipinggirkan malah sampai diancam bunuh oleh musuh-musuh Islam?

Hidup Ini Perlukan Ujian - Hadapinya Dengan Kesyukuran
Hidup Ini Perlukan Ujian – Hadapinya Dengan Kesyukuran

Tapi semua itu dihadapi dengan sabar dan tabah untuk panduan dan teladan kepada kita semua.

Ujian Hidup Sebagai Tanda Aras Keimanan

Kau solat, kau puasa, kau ikut semua perintah Allah s.w.t tapi kau merasakan masih berhadapan dengan ujian hidup. Kau perlu sedar bahawa ujian yang kau hadapi itu pasti akan memberikan seribu satu hikmah yang kau belum sedar. Setiap ujian yang kau hadapi pasti akan diberikan ganjaran yang setimpal dan diangkatkan derjat kau di sana nanti.

Tapi yang pasti, jika kau selalu ingkar dengan ujian yang mendatang dan tidak pernah redha dengan ketentuan Ilahi. Percayalah, hanya kerugian yang kau dapat. Sedangkan Allah s.w.t telah berjanji akan menghapuskan dosa-dosa kau melalui ujian yang diberikanNya kepada kau. Biar kau sedar dan kembali kepadaNya.

Kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan, kesusahan dan kesihatan itu adalah bentuk ujian yang datang dari Allah s.w.t. Dia berhak memberikan kepada setiap hambaNya yang dikehendaki. Cuma, bagaimana untuk kau berhadapan dan menerima ujian itu adalah penentunya.

Kalau kau diuji dengan nikmat, maka kau mampu tersenyum dan bersyukur. Maka kau adalah di antara orang yang beruntung dan sebaliknya. Ujian bagaimana pun yang datang tapi kau masih mampu bersangka baik dengan Allah s.w.t, pasti darjat mu akan diangkat tinggi di sana nanti.

Pesan aku kepada kau, sentiasalah bermuhasabah diri dan teruslah memohon redha Ilahi. Seperti yang telah kau lakukan, teruskanlah berbuat apa yang dianjurkan dan disukai oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilaknat olehNya. Amalan wajib itu kau teruskan, dan usaha tingkatkan yang sunat.

In sya Allah, kalau kau mampu untuk teruskan apa yang baik, pasti kau akan berjaya tidak di dunia in sya Allah di sana kelak. Percayalah, kalau kau buat baik kepada Allah s.w.t, tak kan Allah s.w.t membiarkan kau tanpa memberi apa-apa ganjaran.

Terus ikhlaskan hati dengan segala ujian Allah kepada kau, senyumlah dengan redha. Allah pasti akan membalas semua usaha kau selama ini.

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

10 COMMENTS

    • Terima Kasih atas nasihat yang telah diberi. Sesungguhnya ujian dari Allah swt itu adalah sebagai tanda kasih sayangNya kepada seorang hamba.

  1. Ujian tanda Allah sayang kita kan tuan. Saya pernah terbaca post seseorang tentang ujian dari Allah ni pembalut hadiah kepada hikmah yang Allah nak beri kepada kita nanti. Jd terima dengan hati terbuka. ❤️

    • Betul tu tuan. Kadang saja kita jadi kurang bersyukur sedangkan kita sedar yang manisnya ujian menanti di akhir nanti. Itu pun kalau kita redha dan terus memohon kepada-Nya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.