Jalan Yang Aku Pilih

16
2949

“Kesempitan selalunya menjadi pintu kepada perkara-perkara luar biasa”. Itulah antara nasihat-nasihat daripada sebahagian sahabat kepada aku beberapa bulan yang lalu. Aku bersyukur punya sahabat yang sudi mendengar dan memberi nasihat dikala waktu hampir tersungkur jatuh.

Benarlah kata orang, kehidupan kita tidak selamanya seperti pelangi walaupun orang luar melihat melihat kita bahagia. Itulah realitinya, orang sekeliling melihat seperti kita orang yang “have-have” sedangkan hakikatnya kita menggunakan semua kudrat tenaga demi mencari apa yang dipanggil sebagai rezeki demi sesuap nasi untuk diberikan kepada anak dan isteri.

Dalam kesempitan yang melanda saya tetap bersyukur dengan rezeki yang masih diberi oleh-Nya. Syukurlah, di saat ditimpa segala macam ujian ianya banyak mengajar dan memberikan peringatan kepada saya bahawa masa itu pasti akan menyembuhkan.

Memang benar, masa itu menyembuhkan. Jadi ambillah masa untuk kita sama-sama beringat dan mengambil peluang untuk mengubati hati. Masa terus berjalan sehinggakan kekadang saya terlupa akan masalah dan kesengsaraan yang sedang saya hadapi. Hidup perlu harus diteruskan dan jangan terlalu difikirkan akan masalah yanng dihadapi. Orang kata, Move on!.

The most extraordinary moment came towards the end of the week!

Move on!

Please move on Madi!

Itu antara kata-kata yang saya dengari sejak di penghujung bulan oktober 2017. Memang benar, menyebutnya memang semudah yang disangka, namun untuk ku hadam sepenuhnya terlalu berat kerana ada tanggungjawab yang besar perlu aku pikul untuk hari yang mendatang.

Namun, sudah tertulis di atas sana mempunyai ahli keluarga dan kawan yang sangat prihatin dan sudi mendengar setiap keluahan yang ada. Tidak lupa juga kepada mereka yang sedia memberikan kata peransang untuk aku terus bersemangat menempuhi hari esok.

Begitulah nikmatnya dikelilingi dengan ahli keluarga dan juga kawan yang sentiasa mendorong ke arah kebaikan. Berkawanlah seramai mungkin dan carilah kawan yang selalu memberikan nasihat untuk kita terus bersemangat menempuhi alam kehidupan. Walaupun teruknya ujian yang dihadapi, ingatlah untuk selalu melatih jiwa kita untuk menjadi seorang yang kuat menghadapi semuanya.

Teringat perbualan dengan seorang kawan pada 2012. Namun ujiannya mungkin sedikit berlainan dengan keadaan yang saya hadapi namun memberikan seribu satu pengajaran yang besar untuk kita semua.

Susah

Susah Madi! Memang susah!

Itulah kata terakhir yang keluar dari bibir kawan baik aku ketika itu. Beliau tidak bersefahaman dengan salah seorang rakan sepejabat kami. Mungkin terpengaruh dengan kata-kata dari rakan lain membuatnya susah untuk mengikut gerak hatinya yang selalu bersikap positif. Rasa marahnya tidak ada surutnya dan membuat dia semakin sakit hati.

Anda bebas mengubah pemikiran anda dan memiliki masa depan yang berbeza atau masa lalu yang berbeza.

-Richard Bach-

Kisah beliau menyebabkan aku teringat kata nasihat dari seorang rakan sebilik sewaktu belajar di universiti dahulu. Seorang senior yang saya sangat hormat sehingga hari ini. “Jangan membenci orang. Doakan dia. Mana tahu nanti dia akan berubah menjadi lebih baik dari kita.”

Kata-kata itu jugalah yang saya berikan semula kepada sahabat saya waktu itu. Semoga waktu itu sahabat saya faham akan makna nasihat yang diberikan dan perlahan-lahan untuk melatih hatinya menjadi seorang yang pemaaf. Semoga dia telah move on dengan masalah yang dilaluinya.

16 COMMENTS

  1. Kehidupan tidak mengenal liku-liku dihadapan cuma apa yang boleh dilakukan adalah memilih liku mana yang membawa kepada kejayaan dalam hidup. Teruskan menulis.

    • satu nasihat yg sangat menarik. terima kasih kerana memberi idea dan semoga dapat terus menyokong blog ini 😉

  2. Bukan semua jln yang dipilih membwa kpd jln kebenaran, tp dgn pilihan dapat memisahkan kebenaran dan kebatilan. nice article

    • betul tuan, cuma dengan pemilihan yg tepat sahaja dapat membantu kita memilih jalan yg betul. terima kasih atas sokongan dari tuan. 🙂

  3. Nasihat yang sgt bermakna serta diselitkan dgn cerita yg baik. Satu perkongsian yg menarik untuk d baca. Tq tuan

  4. Keyakinan diri sangat penting utk berjaya. Hidup diumpamakan sebuah perjalanan & setiap dari diri kita adalah driver dlm perjalanan itu. Sekadar tambahan untuk posting tuan yg sgt menarik.

    • Terima kasih tuan Iqmal Zackry atas tambahan yang diberikan. Penuh bermakna dan juga sesuatu yg menarik untuk saya tambah dalam penulisan yang akan datang. terima kasih atas sokongan tuan 🙂

  5. satu lg posting yg sgt baik tlh dihasilkan oleh tuan & sgt berbaloi untuk dikongsikan di ruang FB. Saya menantikan posting seterusnya dr blog tuan.

    • Saya sekadar untuk menulis sesuatu yang dirasakan baik untuk dikongsikan dengan semua. Amat berharap sokongan dari tuan semua terutamanya dari tuan Imran Salleh 🙂

  6. Bukan semua orang memilih jalan mereka sendiri kerana terlalu ramai yg mengikut jln yg dikehendaki oleh orang sekeliling mereka tanpa mereka sendiri sedar. Pokok pangkalnya sama ada jln tersebut baik atau pun sebaliknya perlulah melalui pertimbangan yg sewajarnya. Apa pun tahniah atas penulisan yg mantap.

    • Terbaik dari tuan Shah Perak. Satu nasihat yang tidak akan saya lupakan dan pasti akan jadikan sebagai rujukan untuk tulisan akan datang. Terima kasih tuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.