Sumud Flotilla 2025: Bila Roti dan Ubat Pun Ditakuti Israel

0
17
Bantuan makanan dan ubat dalam misi Sumud Flotilla 2025 ke Gaza
janawangIM.blogspot.com Button

Sumud Flotilla: Kapal Kecil, Hati Besar

Kadang-kadang aku terfikir kalau ada satu benda yang boleh buat sebuah negara yang lengkap dengan jet pejuang, kapal perang, dan senjata nuklear jadi takut… benda tu rupanya kapal kayu kecil penuh dengan roti dan ubat. Itulah kisah Sumud Flotilla 2025.

Sebuah tulisan general yang aku sendiri tidak pernah akan terfikir untuk menulisnya dalam blog ini.

Kapal ini bukan sekadar kapal.

Ia simbol.

Simbol bahawa walaupun dunia cuba buat-buat tak nampak, masih ada manusia biasa yang berani melawan kezaliman dengan cara paling simple hantar bantuan untuk rakyat Gaza.

Sejarah Sumud Flotilla: Dari 2010 Hingga 2025

Untuk kau yang mungkin baru dengar, gerakan flotilla ni bukan baru semalam lahir. Kalau nak ikut sejarah, tahun 2010, dunia dikejutkan dengan serangan Israel ke atas Mavi Marmara, kapal terbesar dalam misi Freedom Flotilla.

  • Kapal tu penuh aktivis antarabangsa.
  • Mereka tak bawa senjata, cuma ubat, makanan, dan harapan.
  • Tapi apa jadi? Israel serang tengah laut antarabangsa. 10 aktivis terbunuh. Dunia gempar.

Sejak hari tu, nama “Flotilla” jadi sinonim dengan ketabahan melawan sekatan Israel.

Kemudian, setiap beberapa tahun ada lagi kapal cuba belayar. Ada yang sampai dekat, ada yang ditahan awal.

Semua dengan tujuan yang sama iaitu nak pecahkan penjara laut yang Israel bina di sekeliling Gaza.

Dan sekarang, tahun 2025, Sumud Flotilla sekali lagi berlayar. Kapal mungkin berubah, aktivis mungkin bertukar wajah, tapi semangatnya masih sama.

Ketahui lebih lanjut tentang Freedom Flotilla Coalition (FFC)

Gaza: Penjara Terbuka yang Dunia Sengaja Lupakan

Kau tahu tak, Gaza ni luasnya lebih kurang macam daerah kecil di Malaysia, tapi dihuni hampir 2 juta orang. Kawasan sempit, padat, dan… dikurung.

  • Dari darat – pagar tinggi, checkpoint Israel dan Mesir.
  • Dari udara – drone dan jet Israel pantau 24 jam.
  • Dari laut – kapal perang Israel tunggu macam jerung.

Bayangkan hidup macam ni. Air bersih catu. Elektrik tak tentu masa. Ubat hospital tak cukup.

Dan bila ada kapal yang cuba hantar bantuan apa Israel buat? 

Disekat, dirampas, ditahan.

Kadang-kadang aku rasa pelik. Kalau betul Israel ni “demokrasi paling moden di Timur Tengah” macam yang selalu mereka jual, kenapa sampai pampers bayi pun dianggap senjata pemusnah besar-besaran?

Sumud Flotilla 2025: Harapan yang Cuba Ditenggelamkan

Misi tahun ni bawa beribu tan bantuan asas. Beras, tepung, susu, ubat kanser, kerusi roda, pakaian, mainan kanak-kanak. Semua benda basic, tak ada pun roket, tak ada peluru.

Tapi tetap, Israel block. Kononnya atas sebab “keselamatan”.

Keselamatan siapa?

  • Kalau bayi Gaza nak minum susu, itu ancaman ke?
  • Kalau pesakit kanser nak rawatan, itu bahaya ke?
  • Kalau budak nak main bola, itu pun dikira terroris ke?

Ini bukan soal keselamatan.

Ini soal ego rejim yang takut nampak lemah.

Sebab bila flotilla berjaya sampai, dunia akan nampak betapa Gaza sebenarnya hanya perlukan benda asas untuk hidup, bukan “senjata” macam propaganda Israel selalu canang.

Misi Sumud Flotilla ni mengingatkan aku pada satu tulisan lama aku tentang bila blog hanya dibaca oleh aku sendiri. Bezanya, walau rasa kecil dan sunyi, usaha tetap kena diteruskan macam kapal kecil ni yang cabar sekatan besar Israel.

Sindiran Halus Buat Israel

Aku kadang-kadang nak ketawa bila baca alasan rasmi Israel. Katanya mereka “takut flotilla disalah guna untuk bawa senjata.”.

Bro, kalau betul nak seludup senjata, orang takkan buat open mission macam ni. Takkanlah nak bawa RPG dalam kotak pampers?

Dan kalau betul flotilla ancaman besar, kenapa perlu kerah kapal perang lengkap dengan misil untuk block?

Kau lawan siapa sebenarnya?

Doktor sukarelawan atau armada tentera laut asing?

Israel ni macam orang besar badan, otot padu, tapi takut dengan budak sekolah bawa bekal nasi lemak.

Kenangan Hitam Mavi Marmara: Luka yang Belum Sembuh

Kita jangan lupa tragedi paling besar dalam sejarah flotilla Mavi Marmara 2010. Waktu tu, tentera laut Israel naik ke kapal, guna peluru hidup, dan bunuh 10 aktivis.

Sampai sekarang, luka tu tak sembuh.

Sebab apa?

Sebab dunia tak ambil tindakan serius. Israel tak pernah diheret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk peristiwa tu. Dan bila dunia diam, Israel rasa mereka boleh ulang benda sama.

Itulah sebabnya misi macam Sumud Flotilla 2025 penting. Ia bukan sekadar nak hantar bantuan, tapi nak ingatkan dunia bahawa kejahatan Israel masih berterusan, jangan pura-pura buta.

Baca tentang Al Jazeera – Gaza blockade coverage

Kenapa Israel Takut Flotilla?

Jujurnya, aku rasa Israel takut bukan sebab flotilla boleh bawa senjata. Mereka takut pada naratif.

  1. Takut terbongkar wajah sebenar. Bila orang awam dari seluruh dunia belayar, dunia nampak siapa penindas sebenar.
  2. Takut solidariti global makin kuat. Setiap kali Israel sekat flotilla, lagi ramai orang marah, lagi ramai sokong Gaza.
  3. Takut reputasi runtuh. Mereka nak kekal jadi “mangsa” di mata dunia, tapi bila roti pun dianggap bahaya habislah cerita.

Kalau kau baca artikel aku pasal masih relevankah blog di tahun 2025?, kau akan nampak satu persamaan: selama ada orang yang peduli, apa pun sekatan takkan mampu matikan suara.

Ilustrasi kapal Sumud Flotilla 2025 membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza

Dunia Perlu Bangkit, Bukan Sekadar Tweet

Aku tahu kadang-kadang kita rasa kecil, macam tak mampu buat apa-apa.

Tapi sebenarnya, suara dunia yang bersatu boleh gegarkan rejim paling zalim sekalipun.

Masalahnya sekarang bila Israel sekat flotilla, kecaman datang sekejap je.

Dua tiga hari trending, lepas tu senyap.

Padahal rakyat Gaza masih lapar tiap hari, masih sakit tiap malam.

Kita kena faham, Sumud Flotilla 2025 bukan sekadar kapal.

Ia simbol harapan.

Kalau dunia biarkan simbol ni tenggelam, itu maknanya kita biarkan kemanusiaan karam sama.

Dalam konteks guru pun sama, aku pernah tulis pasal perubahan guru dulu dan kini. Sama macam flotilla, guru juga lawan cabaran zaman demi masa depan anak bangsa.

Sumud Flotilla Tak Akan Pernah Karam

Akhirnya, Sumud Flotilla mungkin ditahan, mungkin dirampas, mungkin tak sampai ke Gaza.

Tapi mesejnya tetap sampai ke kita.

Mesej bahawa walaupun rejim zalim cuba sekat, manusia masih berani melawan dengan hati yang bersih. Mesej bahawa walaupun Israel cuba tenggelamkan kapal, mereka takkan mampu tenggelamkan semangat manusia yang percaya pada keadilan.

Dan selagi ada orang berani belayar, selagi itu dunia akan terus nampak siapa sebenarnya penindas, siapa sebenarnya mangsa.

Sama-samalah kita teruskan berdoa untuk saudara seagama kita di Gaza dan juga hero tak di dendang yang berjuang dalam misi kemanusiaan bersama Global Sumud Flotilla.

Kita yang lemah,

Paris bukan France.

janawangIM.blogspot.com Button
REVIEW OVERVIEW
Luar Biasa dan Tak Boleh Dilupakan
Previous articleGoogle Core Update 2025: Apa Jadi pada Trafik Blog Q2–Q3?
AhmadiKatu
Hai, aku Ahmadi. Seorang cikgu yang suka menulis, berkongsi cerita, dan kadang-kadang meluah rasa kat sini. Blog ni tempat aku simpan kenangan, idea gila, dan pandangan aku pasal hidup, kerja, dan dunia sekeliling. Sekarang aku tengah bertapa nak belajar ilmu ninjutsu dengan Kakashi (tapi dia busy, so aku belajar sendiri dulu, harap-harap tak tersesat jadi villain). Aku percaya setiap orang ada cerita, dan kat sinilah aku bercerita. Kalau kau suka baca sesuatu yang jujur, santai, kadang-kadang deep (ikut mood), atau sekadar nak gelak tengok aku berlagak ninja, kau dah sampai tempat yang betul. Selamat membaca, jangan malu nak tinggal komen—atau kunai.
sumud-flotilla-2025Indikator: Artikel memberi inspirasi, sangat relatable, gaya penulisan kuat dan ada nilai ulang baca.Ulasan: "Serius, artikel ni antara yang terbaik aku pernah baca. Penulisan dia bukan je ada isi, tapi ada jiwa. Aku rasa macam penulis ni betul-betul faham apa aku rasa. Kalau kau belum baca, rugi besar. Bacalah sekarang, jangan tunggu esok."

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.