Ada satu fasa dalam hidup aku sebagai blogger yang aku takkan lupa iaitu masalah trafik blog kosong. waktu tu, aku rasa macam menulis dalam ruang kosong. Bukan kosong sebab minimalis, tapi kosong sebab sunyi.
Tiap kali aku post entri blog, aku refresh statistik macam orang gila. Tapi yang naik cuma satu view.
Dan yang baca tu… aku sendiri.
Kalau kau tengah baca artikel ni dan kau pun pernah rasa macam tu, percayalah, aku faham. Aku betul-betul faham.
Fasa Menulis Untuk Diri Sendiri
Kau tahu tak, masa mula-mula aku blogging dulu, aku fikir senang je nak dapat pembaca. Aku ingat, selagi aku tulis dengan jujur dan ikhlas, orang akan datang baca.
Tapi realitinya tak seindah yang aku bayangkan. Tak kisahlah aku tulis pasal pengalaman, tips, kisah peribadi, atau pendapat view tetap kosong.
Kadang tu, tak sampai pun tiga.
Dan aku tertanya-tanya…
“Salah aku ke? Blog aku tak cukup menarik ke? Tajuk aku tak best ke? Atau orang memang dah tak baca blog?”
Kenapa Trafik Blog Boleh Jadi Kosong?
Sekarang bila aku toleh ke belakang, aku nampak jelas kenapa blog aku dulu sunyi. Dan mungkin inilah juga punca kenapa kau yang tengah baca ni rasa down dengan blog kau sendiri.
1. Tajuk Tak Menarik, Tak Mesra Google
Masa tu aku letak tajuk ikut hati. Contoh?
“Aku dan Petang Itu”
“Rasa Yang Tak Dapat Diungkap”
“Bila Langit Tak Lagi Biru”
Puitis? Ya. Tapi Google tak faham tajuk tu. Pembaca pun tak tahu apa yang mereka nak klik.
Akibatnya masalah trafik blog kosong.
2. Tak Guna SEO Langsung
Aku dulu anggap SEO tu benda pelik yang cuma blogger otai je tahu. Padahal, SEO tu lah tiket untuk orang jumpa blog kita. Bayangkan blog macam kedai, kalau tak ada papan tanda dan tak masuk Google Maps, siapa nak datang?
3. Tak Share, Tak Promote
Aku tulis blog tapi aku simpan macam diari. Aku malu nak share, takut orang cakap aku syok sendiri. Tapi rupa-rupanya, kalau aku sendiri tak promote, siapa lagi nak tahu aku wujud?
4. Topik Tak Ada Permintaan
Aku tulis ikut sedap hati pasal kucing, pasal hujan, pasal mimpi. Tapi aku tak fikir, ada ke orang yang nak baca pasal ni? Ada ke orang Google pasal “mimpi aku malam tadi”?
5. Tak Konsisten
Hari ni semangat gila, tulis dua entri. Lepas tu senyap dua bulan. Blogger mana pun takkan naik kalau macam tu.

Tapi Aku Tak Give Up
Sebab dalam hati kecil aku, aku percaya… satu hari nanti, ada orang akan baca tulisan aku. Bukan sebab aku popular. Tapi sebab tulisan aku berguna.
Jadi aku belajar. Perlahan-lahan. Aku mula baca pasal SEO. Aku mula tengok trend. Aku mula tulis tajuk yang orang cari.
Aku mula fikir, “Kalau aku jadi pembaca, aku nak baca apa?”
Dan yang paling penting, aku terus menulis, walau tak ada siapa baca.
Apa Yang Aku Nak Sampaikan Pada Kau Yang Tengah Rasa Down
Kalau sekarang ni kau rasa macam blog kau sunyi, tak ada orang baca, kau kecewa. Aku nak kau tahu, kau tak keseorangan.
Aku nak kongsi beberapa perkara yang mungkin boleh bantu kau keluar dari fasa tu. Aku tak jamin esok terus viral, tapi aku yakin ini semua akan bantu kau naik, sikit demi sikit.
1. Jangan Malu Tulis Apa Yang Berguna
Kalau kau nak blog kau dibaca, kau kena tulis untuk orang lain juga. Fikir macam ni:
“Apa masalah orang yang tulisan aku boleh bantu?”
Contoh: Kalau kau suka masak, jangan sekadar cerita “Hari ni aku masak ayam masak merah.” Tapi tulislah:
“Resipi Ayam Masak Merah Versi Jimat untuk Pelajar Asrama”
Tajuk tu ada fokus. Ada sasaran. Ada nilai.
2. Belajar SEO Sikit Demi Sikit
Kau tak perlu jadi pakar. Tapi belajar sikit pun dah cukup beza. Belajar guna:
- Keyword planner (Google Keyword, Ubersuggest)
- Heading H1, H2 yang betul
- Meta description yang menarik
- Alt text untuk gambar
Aku tahu bunyinya teknikal. Tapi percaya lah, semua tu benda yang boleh belajar dalam 10 minit kat YouTube.
3. Promosi Dengan Cara Bijak
Jangan jadi spammer. Tapi jangan juga malu nak share.
- Share di Facebook personal, tapi tulis caption yang menggoda.
- Masuk grup niche (macam “Blogger Malaysia”, “Ibu-Ibu Masak Apa Hari Ni”, dll)
- Letak blog link dalam bio IG/Twitter
- Bina senarai email kecil-kecilan kalau boleh
4. Tulis Tajuk Yang Boleh “Tangkap” Mata Orang
Tajuk ni umpama kulit buku. Kalau tak menarik, orang tak klik.
Contoh tajuk biasa:
“Tips Blogging”
Contoh tajuk padu:
“7 Perkara Blogger Baru Selalu Buat Silap (Dan Aku Pun Pernah Buat Juga)”
Nampak beza dia?
5. Ingat: Blog Bukan TikTok – Tapi Dia Ada Nyawa Panjang
Ramai kecewa sebab blog lambat naik. Tapi kau kena ingat. Artikel blog boleh hidup bertahun. Entri yang kau tulis hari ni, mungkin baru meletup tahun depan.
TikTok viral sehari, esok hilang. Tapi blog evergreen.
Pengalaman Kecil Yang Ubah Cara Aku Tengok Blog
Ada satu hari, lepas aku tulis satu entri pasal tips beli buku murah, aku biarkan je. Tak harap apa-apa. Sebulan lepas tu, entri tu naik. Orang komen. Orang share.
Dan aku sedar… “Oh, aku sebenarnya bukan menulis untuk hari ini. Aku menulis untuk masa depan.”
Sejak tu, aku teruskan.
Tulis.
Belajar.
Tulis lagi.
Buat Kau Yang Tengah Rasa Blog Kau Tak Ada Harapan…
Aku nak kau tahu:
- Setiap blogger hebat pernah mula dari kosong.
- Trafik kosong bukan penamat.
- Kau cuma belum sampai masanya lagi.
Tapi masa tu akan sampai kalau kau tak berhenti.
7 Tips Padu Untuk Blogger Yang Tengah Down
- Bina kalendar konten – Rancang tajuk 10 artikel akan datang.
- Baca blog orang lain – Belajar dari gaya dan teknik mereka.
- Tulis 80% untuk orang, 20% untuk diri – Seimbang.
- Buat audit blog sendiri – Mana lambat, mana tak mesra mobile, mana susah dibaca?
- Ambil tahu pasal trending topik – Tapi tulis dari sudut kau sendiri.
- Berani tukar gaya – Kadang blog sendu sebab gaya kita terlalu skema/kaku.
- Jangan terlalu ikut angka – Fokus pada nilai, bukan hanya views.
Akhir Kata: Kau Mungkin Tulis Seorang Diri, Tapi Kau Tak Sorang
Kalau kau rasa blog kau hanya dibaca oleh kau sendiri… itu bukan kegagalan. Itu permulaan.
Jangan padam blog tu. Jangan berhenti tulis. Sebab satu hari nanti, bila kau tengok ke belakang, kau akan bersyukur kau tak pernah give up.
“Teruskan menulis walau dalam senyap. Sebab tulisan yang jujur, lambat laun akan sampai ke hati yang perlu membacanya.”
Kalau kau ada pengalaman masalah trafik blog kosong, share la kat ruang komen.
Atau DM aku terus.
Kita borak. Sebab aku faham sangat perasaan tu.
Golden Desk,
Paris.
Selama ini rasanya saya hanya menulis saja tanpa berpikir lain”cik gu.. Judul postingan blog saya pun bahkan enggak cukup menarik, biasa saja,enggak lantas membuat orang datang menengok😄.Ada yg datang dan baca alhamdulillah, memang betul bisa sambil belajar sedikit”soal SEO, tapi saya gak terlalu paham, tapi gak ada kata terlambat buat belajar kan
Betul tu kak, tak ada istilah terlambat dalam belajar especially bab SEO dan tarik trafik. Yang penting, akak terus menulis dengan jujur dan konsisten. Kadang, tulisan yang paling ikhlas tu la yang menyentuh hati pembaca walaupun kita rasa biasa-biasa je. Tajuk boleh diasah, teknik boleh belajar, tapi suara penulis yang asli tu mahal nilainya. Keep going!
Menarik untuk blogger pemula macam.saya ni. Terima kasih sudi singgah blog sy hari tu.
Sama-sama! 😊 Seronok dapat singgah dan baca tulisan awak. Teruskan menulis. Setiap blogger ada perjalanan masing-masing. Yang penting, jangan berhenti. Kita sama-sama belajar dan kongsi cerita. 💪📖
Trafik blog saya tidak pernah kosong tetapi tidak pernah mencanak.
Namun saya perlu belajar lagi menulis supaya lebih sedap dibaca dan ada isi serta makna untuk dihadam minda pembaca..
Bersyukur sebab jumpa geng blogger yang hebat seperti tuan untuk saya jadikan sifu, rujukan dan panduan dalam ilmu blogging.
saya budak baru merangkak, nak berlari kaki tak kuat pulak hehehe
Alahai, comel sungguh gaya merangkaknya tu tuan 😄 Jangan risau, semua blogger otai pun pernah merangkak macam tu dulu. Yang penting terus menulis, terus belajar. Saya pun masih bertatih-tatih, malah hampir 3 tahun saya stop sepenuhnya menulis dalam blog. Lebih kepada menguruskan perniagaan online sebab perniagaan tu dah buat lama sejak di U lagi. tapi seronok sebab kita sama-sama jalan. Jom merangkak ramai-ramai, nanti boleh pecut sama-sama!
Ya…in shaa Allah
kalau bukan kita sebagai blogger
siapa lagi akan mengisi konten di alam maya
ChatGPT dan seangkatan dengannya pun perlu bahan dalam alam maya
Ya betul Tuan Hanafi… kalau bukan kita yang mengisi, siapa lagi nak jadi ‘penjaga warisan tulisan’ kat alam maya ni 😄 Kadang rasa macam bercakap sorang-sorang je dalam blog, tapi dalam diam… rupanya kita sumbang juga bahan untuk ChatGPT dan geng dia buat “kerja rumah” haha. Terima kasih Tuan sebab masih setia menulis dan membaca. Dunia blog perlukan jiwa-jiwa macam Tuan! 🙌
Alhamdulillah belum pernah trafik kosong.
Ya, saya akui tulis untuk diri. Harap orang masuk blog saya sebab mereka suka cara penulisan saya.
Betul tu! Kadang kita tulis untuk diri sendiri dulu, sebab rasa paling jujur dan santai bila menulis macam tu. Artikel “Masalah Trafik Blog Kosong: Bila Hanya Kau Yang Baca” pun ada cerita macam mana perasaan tu memang biasa, tapi yang penting terus konsisten dan nikmati proses menulis. Bila kita tulis dengan hati, satu masa nanti pembaca yang ‘betul-betul suka’ cara kita menulis pasti datang juga. Teruskan menulis, sebab setiap perkataan tu ada nilainya!
Saya suka menulis tapi membuta tuli tak tahu apa benda dan ilmu berkaitan dengan dunia blogging. Hentam keromo saja hihihiii. Cuma syok sendiri, menulis tanpa henti kecuali sibuk dan sakit.
Haaa sama la kita! Kadang rasa macam blog tu diari rahsia versi digital yang kita je baca, Google pun buat tak nampak 😆 Tapi tak apa, menulis dari hati tu selalunya paling ikhlas dan lama-lama nanti, pembaca pun datang sendiri. Teruskan je, jangan berhenti 💪✨
Teruskan menulis cikgu. Saya baru baca entry ni pun rasa bermanfaat.
Saya sendiri tulis blog tak pernah promote pun. Blog pun sekadar diari buat tatapan anak² pada masa hadapan. Itu pun asalnya buat blog nak tulis perkembangan Wafi masa kecil.
Dulu tak ramai pun kawan blogger hanya di kalangan kawan U yang ada anak sama baya. 2-3 tahun kebelakangan ni baru circle saya bertambah. Sebenarnya saya segan orang baca blog caca marba saya 😅😅😅😅
Tapi bila ada blogger yang komen saya akan mula baca blog mereka dan sebolehnya akan tinggalkan jejak tanda appreciate.
Alahai, comel je cerita blog asalnya untuk Wafi! Itu yang buat blog kita lebih bermakna dengan cara menulis dari hati, untuk orang tersayang. Dalam artikel “Masalah Trafik Blog Kosong: Bila Hanya Kau Yang Baca”, aku pun ada sentuh pasal ni. Macam mana blog boleh jadi tempat kita simpan memori, walaupun trafik sendu. Tapi percayalah, kadang entri yang kita rasa caca-marba tu lah yang orang lain paling rasa dekat di hati. Jangan segan… teruskan je tulis, sebab satu hari nanti, mungkin ada orang yang akan terinspirasi dengan coretan ‘diari’ kita tu ❤️
Terima kasih di atas perkongsiannya. Blog KSarie memang ala-ala blog syok sendiri. Aduhai…mahu tidak mahu kena belajar juga SEO dan beberapa perkara lain yang bisa menarik trafik ke blog nya ye. Consistent menulis pun satu hal juga ye. Banyak yang KSarie kena perbaiki ni
Terima kasih banyak Bidasari atas komen dan perkongsian yang jujur lagi comel tu! 😄 Blog syok sendiri tu sebenarnya permulaan yang ramai antara kita lalui including aku sendiri. Tapi dari syok sendiri tu lah kadang datang isi yang paling ikhlas dan relatable untuk orang lain. Ya betul, nak belajar SEO dan konsisten menulis memang cabaran besar… tapi pelan-pelan kayuh, asalkan kita teruskan menulis dan berkongsi. Semangat selalu KSarie! 💪✨
kalau dulu ya…
sy ikut laa panduan itu ini…
nak kejar pageview laa SEO laa…
last2 sy jd penat…
kadang nak buat 1 entry pun malas…
akhirnya blog bersawang..
tp lps hampir 15 tahun ni
sy rasa better sy menulis apa yg dekat / terjadi pada sy je…
sebab yg tu pasti takkan sama dgn orang lain walaupun intinya sama (contoh mkn kat ABC, blogger lain pun mkn kat ABC tp dr segi penyampaian dan penulis pasti lain kan sebab ikut ‘tekak’ sy? hahaha
dgn cara ni sy rasa seronok utk menulis dan berkongsi sbb tiada sebarang bebanan yg perlu sy ikuti…
tp kalau ada yg serius dgn blog ni (nak cari $ extra) tak salah ikut panduan yg diberi. asalakan terus konsisten menulis…
Wahhh komen ni relate sangat dengan apa yang aku tulis dalam artikel Masalah Trafik Blog Kosong: Bila Hanya Kau Yang Baca. 😄
Memang betul… dulu aku pun pernah “tersesat” dalam dunia SEO, keyword, niche, dan segala jenis teknik nak kejar trafik. Tapi akhirnya, bila semua tu tak jadi macam yang diharap, rasa down dan malas pun datang. Rasa macam, “buat apa aku menulis kalau aku sendiri pun tak enjoy?”
Dan sekarang aku pun macam Anies, Aku pilih untuk tulis benda yang dekat dengan diri sendiri. Sebab walaupun tempat sama, makanan sama, tapi ‘tekak penulis’ tu yang buat sesuatu tulisan tu unik. Dan yang paling penting, kita menulis dengan hati yang ringan dan gembira. 💛
Tapi betul juga, kalau ada yang serius nak jana pendapatan dari blog, tak salah ikut strategi. Cuma jangan sampai hilang diri dan hilang rasa seronok tu. Yang penting: konsisten menulis, dengan jiwa sendiri. ✨
Jujur kalau tak ada orang baca pun, saya akan terus menulis. Tapi rasa seronok ada blog ni, blogwalking ke blog orang dapat tambah ilmu baru. Saya sendiri masih banyak kena belajar dalam dunia blog ni.
Betul sangat tu! Semangat macam ni yang mahal. Kadang kita tuulis bukan semata nak kejar pembaca, tapi sebab minat dan rasa seronok bila menaip tu dah cukup nikmat. ✨
Dan bab blogwalking tu memang win! Dari situ bukan je dapat ilmu, kadang jumpa geng sefikrah yang buat kita rasa blogging ni taklah sunyi sangat. 😄
Dalam artikel Blogger Malas Tapi Bijak pun aku tekankan benda yang sama. Kadang kita tak perlu buat semua benda untuk berjaya, cukup tahu apa yang buat kita kekal konsisten. Dan jelas, semangat kau tu salah satu ramuan utama untuk terus kekal lama dalam dunia blog.
Keep writing ya, sebab kadang tulisan kita yang dianggap “biasa-biasa” tu… boleh jadi luar biasa di mata orang lain. 💪
surrounding blog yang tak kan judge apa yang engkau buat.
mungkin sebab tu saya menulis blog, kalau nak update status, up dekat FB, dekat IG, risau pandangan dan perkataan orang pada diri sendiri..
bukan nak tunjuk bagus, bukan nak tunjuk siapa hebat, tapi lebih pada malas nak fikir..
niat nya satu je, semoga apa yang di tulis di blog memberi manfaat kepada orang lain, walaupun hanya sekadar pengalaman peribadi..
Betul tu… blog ni macam ruang selamat yang tak bising dengan “kenapa kau buat macam tu?” atau “eh tak patut laaa…” 😅 Kadang kita tulis bukan sebab nak glamor, tapi sebab nak lega, dan mana tahu kan… ada yang baca, senyum sikit, atau rasa terubat walau sikit. Itu pun dah cukup besar maknanya. Terima kasih sebab sudi baca dan faham jiwa blogger ‘syok sendiri’ macam aku ni 😄❤️
Tq Madi untuk tips 😘
Hehe sama-sama!
Anggap je blog tu macam diari online — kadang kita tulis untuk tenangkan kepala, bukan semata nak viral. Tapi kalau viral sekali, bonus la tu! 🚀📉📈
Betul tak SR?
Blog sy sebenarnya mmg hidden.. sbb mmg xnak share pun tp belakangan ni pernah jugak la member opis/kolej lain tetiba bgtau dia google sst lps tu baca la dan tgk gambar eh mcm kenal, rupanya kakmim.. ahahaha.. walaupun posting lama tp syukur jugaklah naik di google
Hahaha tu lah, konon hidden kan Kak Mim, tapi Google ni macam FBI tau. semua boleh jumpa! 😂 Blog lama pun boleh buat “comeback”, tiba-tiba ada yang kenal lepas baca… itulah dia, kuasa SEO tanpa sedar! Naik jugak nama Kakmim, macam selebriti blog underground gitu 😎📈
Assalamualaikum cikgu,
Pertama, terima kasih kerana singgah di blog MakBudak.
Kedua, dari awal entry ni hingga kepada komen-komennya, memang ada yang relate dengan ai. Ai lebih selesa meluah rasa di dalam blog jika nak dibandingkan medium lain. Bila meluah rasa di dalam blog, rasa macam satu kepuasan sebab terasa tidak berpura-pura dan menjadi diri sendiri berbanding bila ‘bercerita’ di medium lain.
Ketiga, jujurnya tak pernah nak ambil tahu pendekatan untuk menarik minat pembaca supaya singgah ke blog MakBudak walau satu waktu dulu blogging satu yang ‘happening’.
Keempat, wujudnya blog MakBudak ni kerana kisah anak kedua ai untuk di simpan di dalam blog sebagai kenangan.
Kelima, ada banyak draft dari entry yang di’publish’ dalam blog MakBudak.. hehehe.. Bila mood menulis tiada, memang jadi sebulan 2, 3 entry jelah jawabnya, walhal banyak je draft tersedia.
Keenam, mohon izin untuk saya share entry ni ye cikgu.
Apa-apapun, saya suka entry ni.
Wah, baca ni rasa macam jumpa geng jiwa! Memang betul, blog ni macam diary besar yang kita boleh meluah tanpa risau orang judge. Draft bertimbun tu satu hal, mood datang lambat-lambat macam kenderaan waktu puncak. Share je la, mana tahu lepas share, mood menulis pun datang berduyun-duyun! 😄 p/s. Blog ni pun banyak je post masuk draf, kadang tu bertahun duduk dalam draf alih-alih di ‘evergreen’ kan tahun ni menjadi artikel 2025 😂
Bagus semua tips yang dikongsikan..
Dulu-dulu pernah lah ada rasa macam sedih bila tengok view tapi sekarang Sha ambil pendekatan berkongsi.. kalau ada orang baca, Alhamdulillah.. Kalau tak ada pun, okay ja.. Cuma selalu pastikan ada entry paling sikit pun 1.. Ada juga masa fasa down, langsung tak update tapi slowly menaip kembali..
Betul tu, kadang blog ni macam tanaman. Kadang kering, kadang subur semula. Yang penting, kita rajin siram walau sikit-sikit, nanti boleh mekar juga! View tak ramai pun, janji hati puas. Kalau ada penonton, Alhamdulillah, kalau tak ada, kita buat show solo je la!
Okaylah tu kan, kita belajar dari pengalaman lalu. Seronoknya kalau pakar bab SEO ni. Sekarang blog macam sendu sikit tak semeriah dulu. Google pun asyik² tukar algorithm je. Give up nak belajar. Sekarang tulis je lah apa-apa macam tulis karangan cerita dengan gambar. Bolehlah kan, janji tak sunyi.
Haha, betul sangat! SEO ni macam trend fesyen, berubah-ubah tak tentu hala, sampai nak ikut pun pening kepala. Sekarang tulis je santai macam bercerita dengan kawan, siap ada gambar lagi confirm blog tak sunyi, cuma sunyi dari ‘stress’ je! 😅
Alhamdulillah trafik SA sangat2 memberansangkan..menulis pun ikut suka je..niche lifestyle jadi pilihan sebab bebas untuk berkarya..semua campur dan x nak letak specific bahan bacaan..kena kaji siapa readers kita, umur berapa..dari situ kena pandai tarik minat readers..SA akan buat entry ikut apa yang berlaku disekeliling selain every week mencari content untuk dijadikan entry…alhamdulillah membantu especially content JJCM. Readers suka tengok gambar so kena la letak gambar dan size jangan terlampau kecik..x bagus jugak untuk pageviews..
Wow, memang power strategi SA! Menulis ikut hati, niche lifestyle memang best sebab fleksibel dan boleh explore macam-macam. Betul tu, gambar besar sikit buat mata pembaca happy, bukan sekadar baca, tapi tengok pun seronok. Kalau gambar comel, mesti readers stay lama, macam melekat! Keep up the great work, SA!
Saya baca artikel ini, saya terasa disindir
Saya dulu juga begitu ,sepi pembaca.
Tapi setelah belajar SEO
Alhamdulillah, mulai ramai
Wah, memang kadang artikel macam cermin diri, rasa macam kena sentap sikit kan? Tapi bagusnya, lepas belajar SEO, trafik naik mendadak macam dapat kuasa super blog! Teruskan usaha, insyaAllah pembaca makin ramai singgah. Jangan putus asa! 🚀
Dulu awal saya menulis blog, memang tujuannya hanya utk diri sendiri. Krn saya suka menulis dari zaman sekolah. Ini macam pengganti diary tp dalam bentuk digital.
Lama kelamaan, Krn sering menulis tentang traveling ke banyak negara yg saya visit, lalu terpikir kenapa tak start menulis yang baik, isinya lengkap dan detail, sehingga orang lain yang mencari informasi tentang tempat tersebut bisa terbantu.
Jadi sejak itu saya mengubah tulisan saya menjadi lebih informatif untuk pembaca yg lain, tidak lagi untuk diri sendiri. Hasilnya memang terasa. Blog jadi ramai.
Biar bagaimanapun google akan suka dengan blog yang informatif, tidak hanya sekedar tulisan singkat yang kurang berisi detil2 berguna.
Dari diari ke blog informatif. Mantap full upgrade tahap legenda! Google pun mungkin tengah tepuk tangan sambil ajak ranking naik. Teruskan berkongsi, nanti boleh buka agensi pelancongan digital pula!” 😄✈️📘
Hurmmm kdg2 mmg niat tulis utk diri sendiri hahaha.. kenangan dan sebagainya tapi bila sunyi sepi pun masalah juga.. especially bila tak ada org nak dtg ziarah memberi comment.. trafik pulak sendu hahaha.. pun lama lama hilang semangat nak menulis.. bila nama dah blog trafik dgn comment itu tetap menjadi satu keutamaan.. ☺️
Betul tu! Menulis untuk diri sendiri best, tapi blog sunyi sepi tu rasa macam buat party tapi tetamu tak datang pasti juga akan ada rasa sedihnya! Kalau ada komen sikit, terus semangat naik macam power-up game. Keep going, nanti ramai lah yang datang! 😄
Kurang faham sangat dengan dunia blogger ni. Adakah sama dengan media social yang lain yg perlukan view?
Betul tu, dunia blogger ni memang ada sikit ‘drama’ view macam media sosial lain. Cuma bezanya, blog ni macam rumah sendiri. Kita hias, kita tulis cerita, tapi kalau rumah tu sunyi sangat, kita pun mula tanya, “Eh, mana semua orang ni?” 😂
Bila bercakap soal blog ni kan, masalh tak pernah selesai. Hahaha. Entahlah mungkin kita sendiri tak berapa nak mahir. Macam sekarang ni elok2 tak buat apa, tiba2 bila search blog dekat Google Serach tak wujud pun, bila check dalam Serach Console dia kata Redirect Error (tak faham macam mana selesaikan pun). Satu lagi H1 tag tu macam mana nak masukkan ya, pening juga dok cari bab tu tak jumpa penyelesaian, sebab bila analisis ada keluar H1 tag tak ada kot, tapi template premium, beli sebab isu template lama yang free ada virus dan kena amaran dengan Google. Bila masalah teknikal blog ni dok datang satu2, jadi malas pula nak terus menulis, tapi rasa sayang nak bagi bersawang, kena rajinkan diri balik mula Jun ni, insya-Allah.
Masalah blog ni kadang rasa macam telenovela yang penuh drama, ada plot twist “Redirect Error”, dan watak misteri bernama H1 yang tak tahu muncul kat mana. Tapi jangan risau, Jun ni kita bagi dia plot baharu: “Blog Hidup Semula! Aku akan reevergreenkan semula posting SEO ok.
oK, bos! Samalah dia dok kata ada Redirect Error, datang mana pun tak tahu, padahal tak ada usik apa2, nanti explain sekali bab ni ya. TQVM.
Roger bosku! Tengah jenguk-jenguk blog tuan ni sambil buat siasatan macam detektif Conan 😂 Nanti kita sesuaikan dengan plot outline, redirect error pun kita redirect ke arah ilham!