Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

“Hidup jangan statik”. Aku membalas pertanyaan seorang kawan yang rasa kurang senang dengan pilihan aku terpesong jauh dari bidang pelajaran dekat universiti dulu.

Begitu ramai yang mengikut rasmi orang. Belajar sesuatu bidang dalam universiti dan terus mencari pekerjaan sesuai dengan bidang yang dipelajari. Namun, bagi aku dan kau sekarang bekerja dalam bidang lain dari yang dipelajari dekat universiti pasti sudah lali dengan cakap orang.

“Kau ni sudah salah pilih course, bha?”.

Tapi yakinlah, bagi aku tiada istilah untuk salah dalam memilih course.

Aku yakin kebanyakkan dari kau semua pun membuat pilihan berdasarkan ilmu yang kau ada ketika itu, dan seterusnya mengikut situasi semasa.

Pernahkah kau terfikir 10 tahun akan datang, adakah kau akan ubah pilihan yang telah kau buat? Atau terus kekal sehingga menanti pencen.

Situasinya sudah tidak lagi sama, ilmu dan kepakaran kau sudah bertambah. Pengalaman juga makin menggunung. Semuanya menjadikan kau semakin berada dalam zon selesa.

Hidup Jangan Statik – Dulu vs Sekarang

Kata putus yang kau buat semasa hidup bujang sudah tidak lagi sama ketika kau telah beristeri. Keputusan sewaktu belum ada anak juga sudah tidak lagi sama ketika kau dah ada ramai anak. Keputusan ketika kau berumur 25 tahun juga tidak sama ketika kau melangkah masuk umur 40 tahun.

Hidup Jangan Statik - Buat Pilihan Dan Terus Melangkah
Hidup Jangan Statik – Buat Pilihan Dan Terus Melangkah

Hidup ini bukan statik, namun ianya adalah pilihan? Kau bebas membuat pilihan, cuma sebagai seorang muslim, kau dan aku masih lagi wajib untuk terikat dengan norma-norma keislaman.

Itu sangat penting, setiap keputusan yang kau mau buat pastikan ianya selari dengan ajaran agama.

Hidup ini sebenarnya dinamik. Itulah yang menjadikannya lebih menarik untuk dijalani. Keputusan dan pilihan yang kau dah buat dalam hidup pasti akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa, situasi dan keperluan.

Jadi, jangan pernahlah kau sempitkan pilihan dalam hidup. Sedangkan kau belum pasti berapa banyak lagi peluang yang terbentang untuk kau di depan sana.

Apa yang perlu kau lakukan hanya bermuhasabah diri dengan memikirkan kesannya kepada hidup kau dan juga orang sekeliling.

Erti IT & Multimedia Dalam Hidup Ku

Kalau kau tanya aku, adakah aku menyesal belajar ilmu komputeran dan menolak tanpa usaha bidang ekonomi yang aku minat sejak di bangku sekolah?

Aku mau kau tahu, aku tidak menyesal ketika itu. Aku rasakan ianya satu keputusan yang betul mengikut situasi ketika itu. Mungkin waktu itu aku tidak sedia untuk keluar negara menyambung pengajian ekonomi dan juga kekangan dalam kewangan keluarga.

Aku rasa itulah keputusan yang terbaik aku lakukan ketika itu. Tuhan saja yang tahu. Kita sebagai hamba-Nya ini hanya berusaha ikut apa yang kita tahu.

Jadi kalau kau tanya lagi adakah ianya adalah merupakan satu pengalaman yang bermakna?

Ya, sebuah pengalaman yang bermakna bagi aku dapat mengenal dan mempelajari sesuatu yang baru terutamanya tentang dunia teknologi. Ianya sangat berbaloi dan kerana itu aku menjadi aku yang sekarang.

Hidup Jangan Statik Kawan

Aku pernah terfikir, jika dulu aku membuat pilihan yang berbeza mungkin saja aku yang sekarang juga tidak seperti ini. Aku versi yang berbeza. Beza tahap ilmu, beza tahap pengalaman, kesedaran juga emosi.

Hidup jangan statik, kawan. Jadinya tidak akan ada erti sebenar ‘salah pilih’ dalam kehidupan aku dan kau. Andai dikira, semuanya memberikan makna dan pengalaman yang banyak mengajar aku sehingga kini.

Hidup Jangan Statik - Buat Pilihan Dan Terus Melangkah
Hidup Jangan Statik – Buat Pilihan Dan Terus Melangkah

Ada pengajaran yang Tuhan beri kepada aku dan kau yang pasti tidak akan mampu diperolehi dari mana-mana universiti. Tuhan telah tentukan inilah jalan yang harus aku jalani dan Tuhan tahu apa yang terbaik buat aku.

Kawan, jika kau sekarang bekerja dalam bidang yang lain, jangan pula kau bersikap lemah dengan jalan yang kau lalui. Berfikiran positif saja. Semua ada hikmahnya dan coraknya yang Tuhan telah rancang dengan baik untuk kau.

Aku dan kau sudah berusaha yang semaksimal mungkin. Kau mau jadi Akauntan tapi kau rupanya sesuai jadi juru jual.

So, what?

Penutup

Hidup ini tidak semestinya sama seperti apa yang kau rancangkan. Aku dan kau rancang, Tuhan tentukan. Jadi tidak perlu kenang kisah silam. Tidak perlu melankolik dan sentimental. Anggap apa yang kau belajar di universiti dulu sebagai pengalaman berharga.

Move on.

Terus jalan ke depan. Apa yang kau cari sebenarnya dalam kehidupan. Duit yang banyak? Kaya harta? Atau jiwa yang tenang?

Kau sendiri yang tentukan.

Nasihat aku, hidup kau jangan statik. Tapi dinamik. Barulah kau layak dinamakan insan.

Advertisement
janawangIM.blogspot.com Button

10 COMMENTS

    • Pilih kerjaya utama semata-mata nak jadi blogger. Hebat tu tuan. Apa pun saya ucapkan selamat maju jaya tuan. Semoga tuan terus maju dalam dunia blogger.

  1. Saya baru habis 1st year engineering. Rasa macam bukan pilihan yg tepat walaupun CGPA 3.90. Tak rasa puas di hati. Namun post ini membuatkan saya ingin fikir kembali & merenung balik diri ini.

    • Terima kasih saudara @Hafiz, saya doakan semoga saudara dapat memilih yang terbaik demi masa depan saudara. Saudara lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri saudara dan sudah tentu ianya perlulah selari dengan agama dan mendapat restu dari orang tua saudara 🙂 Semoga maju dan jaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.