Kau pernah jumpa tak orang yang rasa dia je paling betul, dia je paling hebat, semua orang lain tak cukup bagus? Kalau kau pernah, haa… selamat datang ke dunia narsisistik.
Tapi sebelum kau mula judge orang tu, jom aku cerita sikit pasal benda ni.
Chill je, baca santai-santai.
Kau tahu tak, ada orang yang bukan setakat confident, tapi overconfident tahap gaban. Semua benda dia nak jadi no.1.
Bila dia bercakap, semua kena dengar.
Bila dia buat kerja, semua kena puji. Kalau tak puji, siaplah…
kau akan kena sound secara halus atau terus terang, “Eh, kau tak nampak ke aku buat semua ni sorang-sorang?”
Padahal hakikatnya, ramai je yang tolong dia. Tapi dia buat-buat lupa.
Kalau dah sampai tahap macam ni, mungkin dia ada satu masalah yang orang panggil Narcissistic Personality Disorder (NPD).
Bahasa kampung dia?
Narsisistik melampau.
Tapi kau jangan salah sangka pulak. Bukan semua orang yang suka selfie, suka puji diri depan cermin tu ada NPD. Yang ada NPD ni lain sikit. Dia suka diri sendiri sampai menyusahkan hidup orang lain.
“Aku Hebat, Kau Biasa-Biasa”
Orang dengan narsisistik ni ada beberapa ciri pelik tapi benar.
Aku list kan kat sini, kau check kot-kot ada kawan kau yang macam ni (atau… kau sendiri?).
1. Suka lebih-lebihkan diri sendiri
Contoh dia macam ni: “Aku sebenarnya dah boleh jadi CEO, tapi sebab aku malas je nak ambil jawatan tu.” Haa… bunyi macam bangga cover malas, kan? Dia rasa semua pencapaian dia wow, walaupun sebenarnya biasa je. Dia nak semua orang admire dia, walaupun takde la achievement dia power mana.
2. Kuat berangan tak ingat dunia
Kau bayangkan, dia boleh duduk termenung kat tepi tingkap sambil berfikir, “Aku rasa aku lah orang yang bakal ubah dunia ni.” Padahal buku akaun bank pun kosong, tapi dah berangan nak jadi Perdana Menteri. Kalau kau cuba bagitahu realiti, dia jawab, “Kau ni tak support aku langsung lah.” Siap drama lagi.
3. Rasa diri dia istimewa tahap dewa
“Aku ni lain daripada yang lain. Bukan semua orang boleh faham aku.” Haa, dialog ni memang trademark dia. Kalau kau tak “level” dia, kau automatik dalam kategori tak layak kawan dengan dia. Kadang-kadang aku terfikir, “Eh, kau ni manusia ke malaikat?” Sebab terlalu rasa dia special.
4. Nak dipuja 24/7
Kau pernah tak jumpa orang yang kalau tak puji dia, dia rasa kau tak sayang dia? Contoh: “Eh, kau tak tengok ke video aku tadi? Best kan?” Kalau kau tak komen apa-apa, esok dia merajuk. “Aku ni buat content penat-penat, kau tak support aku pun.” Haa… itu dia.
5. Nak layanan VIP setiap masa
“Kenapa waiter tu lambat sangat serve aku? Dia tak tahu ke aku ni regular customer?” Kau pernah dengar ayat macam ni? Kalau pernah, kemungkinan besar orang tu ada aura NPD. Dia rasa semua orang kena layan dia macam raja, kalau tak, dia mula anggap orang tu kurang ajar.
6. Suka guna orang lain
“Eh, kau tolong aku settlekan ni kejap boleh? Simple je.” Lepas tu, kerja yang “simple” tu ambil masa 3 jam. Dan bila kau dah tolong, nama dia je yang naik. Kau? Dia buat-buat lupa. Best tak? Haa… inilah dia guna orang lain untuk kepentingan diri.
7. Tak kisah perasaan orang lain
Kau sedih? Kau stress? Dia peduli apa. “Alaa… rileks la, masalah kau kecik je. Cuba tengok masalah aku…” Haa, semua nak compare dengan masalah dia. Orang lain tak pernah cukup susah. Orang lain punya masalah tak penting. Sebab dunia dia, dia je watak utama.
8. Cemburu tak tentu pasal
“Eh, dia naik pangkat? Aku rasa aku lagi layak lah. Bos tu pilih dia sebab bodek je kot.” Bunyi macam kes tak puas hati kan? Tapi dia takkan mengaku. Kalau dia naik pangkat pulak, dia akan rasa semua orang cemburu kat dia. “Aku tahu je ramai yang sakit hati aku dapat ni…” Padahal orang lain tak kisah pun.
9. Sombong tahap langit ke tujuh
Kalau kau keluar makan dengan dia, cuba tengok cara dia layan pelayan restoran. “Cepatlah sikit buat air tu, lambat betul.” Atau, “Eh, ni bukan macam yang aku order lah!” Suara dia kuat satu restoran dengar. Macam nak tunjuk dia power, padahal… hmm. Kau sambunglah sendiri.
Kadang-kadang Sorok Perangai
Yang peliknya, ada orang NPD ni tak tunjuk perangai dia kat semua tempat.
Kat rumah, dia okay je. Tapi kat ofis, dia jadi raja drama.
Atau terbalik,
Kat ofis semua puji dia “baik gila”, kat rumah pulak… isteri, anak semua takut nak buka mulut.
Paling menakutkan bila perangai ni sampai menyusahkan orang lain.
Ada kes, orang NPD ni sanggup lukakan orang lain, malah diri sendiri bila tak dapat apa dia nak.
Haa… serious tu.
Sebab tu kalau dah sampai tahap ni, kena dapatkan bantuan profesional.
“Eh, Aku Ke Tu?”
Jangan risau.
Kalau kau baca ni dan terasa sikit-sikit, belum tentu kau ada NPD. Semua orang ada sisi narsisistik kecil-kecilan, normal je tu.
Yang jadi masalah bila over sangat sampai tak peduli orang lain, sampai semua benda nak menang.
Semua orang nak ikut cakap dia.
Kalau kau kenal orang macam ni, jangan la terus hentam dia.
Kadang-kadang dia tak sedar pun dia macam tu atau dia tidak sedar pun dia tergolong dalam golongan narsisistik atau NPD. Kalau kau ada tenaga lebih, boleh la slow talk, cuba bagi dia sedar.
Kalau tak larat, jaga jarak je lah.
Mental kau pun penting, weh.
Hidup Bukan Tentang Kau Seorang
Akhir kata, aku nak bagitahu satu benda penting: hidup ni bukan pasal kau sorang je.
Kita semua ada peranan masing-masing.
Jangan sebab nak dianggap hebat, sampai pijak kepala orang lain. Kejayaan yang betul-betul hebat tu bila kau berjaya tanpa perlu jatuhkan orang lain.
Kau tak payah jadi “superior” untuk rasa berharga.
Kadang-kadang, jadi orang biasa yang ikhlas tu lagi mahal.
Dari Meja Guru dalam Bilik Guru,
SMK Paris.
Sepanjang hidup ni ada je jumpa orang jenis macam ni. Kalau saya memang tak berkenan nak berkawan rapat. Buat stress je.
Haha sama weh! Hidup dah cukup pening, takkan nak tambah sakit kepala pulak. Aku pun kalau jumpa orang macam tu, baik aku buat biasa-biasa je… jaga jarak selamat. Janji mental tak koyak. 😂✌️
Sakit pula hati bila teringat orang yang ada NPD ke arah negatif ni tau. Orang yang berjawatan di atas daripada dia boleh pula dia bodek, cikgu-cikgu yang bilis semua dia tapau. Eeeeee
alamak jangan sakit hati. ini cuma artikel santai2 ja
Rasanya satu sekolah kot sakit hati 😅😅😅
alamak….habislah. hahaha
doa saya
mohonnnn sangat dijauhi umat narsis ni
jujur ckp sy mmg x leh ngam dgn org mcm ni…
Amin. Moga kita semua terjauhi dari semua yang ada NPD ni. Kadang rasa risam walaupun cuma nama yang disebut.
mungkin individu begini perlu belajar tawasauf ..untuk ubat hati yang sudah ada penyakit
Betul jugak tu… kadang bukan salah dia 100%, mungkin dia sendiri tak sedar hati dia tengah ‘sakit’. Belajar tasawuf atau apa-apa ilmu yang boleh lembutkan hati memang boleh bantu perlahan-lahan. Kita pun doakan je, mana tau satu hari dia sendiri tergerak nak berubah. 🌿😊
Ada sorang yang I kenal, dia NPD. Bila jumpa je dia, serious rasa macam energy kena serap. Balik rumah penat bukan sebab fizikal, tapi sebab mental drain.
Ya Allah… faham sangat rasa tu. Nampak je muka dia, bateri emosi terus tinggal 2%. Kadang bukan kita lemah, tapi memang ada orang yang ‘sedut tenaga’ tanpa sedar. Jaga diri ya. Mental drain ni senyap-senyap boleh makan diri kalau tak hati-hati. Boundaries tu penting walaupun kita sayang atau kenal lama.