Penting Anda Memilih Provider Sebelum Mendaftar Domain

Sebelum korang membuat belian untuk domain blog baru, penting untuk memilih provider pendaftaran yang tepat. Jangan main belasah saja bila hendak membuat pendaftaran domain baru. Tengok murah jak, korang terus buat belian. Ini tips blog pertama aku dalam blog AhmadiKatu.

Untuk pengetahuan korang, Domain Name Registrar merupakan satu entity atau pun kata mudahnya syarikat. Meraka bertanggungjawab mengurus semua domain yang didaftarkan melalui syarikat mereka.

Kalau korang tidak lagi mengetahui apa itu Domain Name Register (DNR), sini aku terangkan serba ringkas untuk info bersama.

DNR ni dengan kata mudahnya merupakan satu satu perkhidmatan yang menawarkan kepada korang untuk mendaftarkan nama domain. Sebenarnya, hanya satu syarikat saja yang menawarkan perkhidmatan ini suatu ketika dulu.

Syarikat itu ialah Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN). Sebuah syarikat non-gornverment dan tidak bertunjangkan keuntungan yang bertanggungjawab memberikan IP Address dan juga mengurus Domain Name System anda.

Tips Blog : 3 Hal Penting Sebelum Membeli Domain
Ramai yang masih tidak mengetahui apakah itu DNR.

Kemudian, seiring dengan perkembangan teknologi terutamanya dalam internet dan networking, ICANN telah memberikan hak kepada syarikat lain untuk menawarkan perkhidmatan ini.

Sebab tu lah korang lihat sekarang begitu banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini sekarang. Di negara kita saja begitu banyak nama syarikat yang gah menawarkan untuk korang daftarkan nama domain korang dengan syarikat mereka.

Salah satunya adalah NetKL. Domain blog AhmadiKatu didaftarkan di NetKL lah. Setahu aku, sudah 9 tahun domain ini didaftarkan melalui syarikat NetKL.

Tips Blog #1 : Pilih Provider Registrar Yang Tepat

Perlu korang tahu, sesebuah syarikat provider yang baik adalah yang memberikan semua input yang korang perlukan sebelum membuat pendaftaran dengan mereka. Bukan itu saja, korang juga perlu memilih provider yang menawarkan flexibility kepada korang untuk setup Domain Name System (DNS) sendiri.

DNS ini sangat berguna apabila korang cuma mendaftarkan domain tanpa membuat belian hosting atau korang tidak mempunyai hosting sedia ada. Ianya akan memudahcarakan kepada korang untuk menggunakan domain yang telah didaftarkan ke dalam provider hosting lain sama ada yang percuma mahu pun premium.

Tips Blog #2 : Keselamatan Data Privasi

Dalam tips blog kedua ini, korang perlu mengambil tahu syarikat yang menawarkan tahap keselamatan data privasi korang selepas membuat pendaftaran. Adalah amat penting membuat pilihan bagi mengelakkan data privasi korang disalahgunakan oleh pihak ketiga.

Pastikan provider tersebut menawarkan kepada korang salah satu dari senarai dibawah:

  • Domain Privacy
  • WHOis Protection
  • Private Registration

Semua servis ini ditawarkan secara percuma atau pun premium berbeza mengikut provider yang telah korang pilih. Asasnya, wajib untuk korang membuat pilihan yang tepat dan menawarkan WHOis privacy protection sebelum membuat pendaftaran.

Tips Blog : 3 Hal Penting Sebelum Membuat Belian Domain
Pastikan provider menawarkan WHOis Privacy Protection

Ibarat WHOis privacy sebagai antivirus kepada domain korang nanti. Kerana ianya sangat penting apabila berlakunya sesuatu berkaitan dengan masalah privasi korang nanti. Bukan itu saja, WHOis juga memberikan banyak kelebihan kepada korang seperti :

  1. Melindungi identiti korang dalam talian
  2. Block SPAM
  3. Menghalang dari iklan yang menyakitkan hati

Tips Blog #3 : Bandingkan Top-Level Domain (TLD) Dengan yang Lain

Jika korang membuat belian domain, banyak yang menawarkan Domain Privacy Protection sama ada percuma mahu pun berbayar. Lain provider registrar beza pula harganya yang ditawarkan.

Terpulang kepada korang untuk bijak memilih.

Tips Blog : 3 Hal Penting Sebelum Membuat Belian Domain
Memastikan provider menyediakan option untuk anda dalam memilih Multiple Years Domain dan juga WHOis Privacy Protection

Jika korang lihat screenshoot di atas, domain CikguMad.com menggunakan WHOis privacy protection yang diberikan secara percuma seluruh hidup. Selain itu juga, domain ini didaftarkan untuk tempoh selama 5 tahun sebelum renew yang baru.

Terdapat banyak kelebihan jika korang mendaftarkan domain dalam tempoh masa yang lama seperti domain CikguMad.com. Proses ini disebut sebagai Multiple Year Domain.

Kelebihan Multiple Year Domain

  • Memberitahu kepada Google yang korang bukan SPAMMER

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Google sangat mengambil kira bagi domain yang didaftarkan secara tempoh masa yang panjang. Ini kerana, Google akan menganggap domain tersebut bukannya SPAMMER.

  • Membantu dalam ranking SEO

Google sangat berkeyakinan tinggi kepada mereka yang serius untuk melakukan perniagaan/blog dalam tempoh masa yang sangat lama. Bukannya jenis yang setahun saja berniaga dalam talian atau setahun saja menjadi seorang blogger.

  • Lebih jimat sebenarnya

Sebenarnya mendaftarkan domain sangatlah murah. Namun korang harus faham, apabila telah tamat tempoh dan korang hendak perbaharui pendaftaran domain tersebut, kemungkinan harganya akan berbeza. Sebab tu lah pilihan Multiple Year Domain ni sangat menjimatkan korang. 

Penutup

Aku berharap korang boleh mempelajari serba sedikit tentang tips blog yang aku senaraikan dekat atas. Jika ada yang korang masih tidak pasti lagi, korang boleh komen di bawah.

In syaa Allah aku akan menjawapnya dan jika tidak pasti, aku akan bertanyakan kepada yang lebih arif sebelum menjawap soalan korang.

Untuk pengetahuan korang, ini merupakan posting pertama aku dalam blog Ahmadikatu. Dan yang pasti akan ada banyak lagi tips blog dari aku Cikgu Mad akan menyusul buat perkongsian kepada korang. 

Jika korang berkenan untuk mempunyai blog sendiri, bolehlah menggunakan servis kami. Klik jak button di bawah. In syaa Allah kami akan memberikan yang terbaik kepada korang.

Korang nak blog yang cantik dan ringan seperti blog Ahmadikatu ni? Hah, apalagi? Klik button di bawah dan kami berikan anda theme seperti blog ini yang berharga USD59 secara percuma.

Jom Join Newsletter Kami
I agree to subscribe AhmadiKatu
Jom bersama lebih dari 12,000 subscriber newsletter kami. Jadi di antara yang terawal mendapatkan tips tarbiah sentap dan juga tips blog SEO secara percuma.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Kau buat baik pun orang kecam. Kau buat jahat, lagi orang kecam. Maka kau buat saja apa yang Tuhan suruh. Redha Tuhan itulah yang akan berikan kau kebahagiaan dunia dan akhirat. Bukan apa, Tuhan tahu bila waktu yang sesuai untuk kau kecap satu-satu nikmat dan ganjaran. Sabar, terus berdoa, dan berusaha. Masa yang tepat untuk kau akan tiba jua. Jangan putus asa. - Viking, Canada -

48 COMMENTS

    • Tuan @Hanafi terlalu memuji. Saya cuma baru nak belajar. Masih lemah dari semua segi. Apa pun saya masih memerlukan sokongan dari blogger hebat seperti tuan. In syaa Allah, mungkin kita boleh berkerjasama di masa hadapan? Jika tuan sudi.

      • Hebat Kak @Hanny Abdullah. Melalui apa yang tuan Ahmadi ceritakan kat saya, NetKL merupakan provider yang mempunyai CS terbaik di Malaysia sepanjang hampir 10 tahun blog ini gunakan service NetKL.

        Owh ya, saya menjemput Kak @Hanny untuk membaca posting terbaru saya bagaimana nak rank posting dalam enjin carian Google

  1. Terima kasih di atas perkongsian. Saya tak biasa beli domain ni. Biasanya suami saya buat. Ada yang shopify, dan ada jugak blog. Blog setakat ni 2 dah ada. Yang saya nak tau, macam mana nak naikkan ranking

    • Sama-sama puan @Nhazla. Shopify merupakan platfom yg baik untuk menjana pendapatan melalui online. Bagi soalan Puan berkaitan dengan bagaimana untuk nak naikkan ranking blog, sebenarnya terlalu banyak caranya puan. Cuma pun nak pilih naikkan ranking platfom mana. Alexa, Moz, DA?

      Tetapi semuanya hampir sama caranya. In syaa Allah saya akan jawab dalam posting terbaru saya nanti. Saya harap puan boleh selalu singgah dalam blog AhmadiKatu untuk dapatkan jawapan bagi soalan puan tadi.

  2. Satu informasj yang perlu dibaca oleh bloggers baharu yang sedang mencari domain untuk blog masing-masing. Memang perlu mencari syarikat yang benar-benar tulen dan boleh diharapkan sbb kita tak mahu bila syarikat tutup domain jita tergendala kan?

    • Terima kasih puan @Fazira atas perkongsian puan. Memang benar, walaupun kita masih boleh migrate domain kita ke provider lain namun prosesnya sangatlah leceh.

      Malah akan merugikan kita jika registrar bungkus. Akibatnya mereka yang menjalankan perniagaan atas talian akan kehilangan pelanggan pada waktu itu dan bagi blogger pula, jumlah traffic akan kelihatan turun mendadak disebabkan oleh hal sebegini.

  3. Dulu pakai domain jugak utk blog, tapi lepas lama tak aktif menulis & update blog, terus malas nak renew. Sekarang dah aktif balik tapi macam malas nak beli domain pulak. Huhu.Tgk la kot-kot one da tergerak hati nak beli domain balik, will take this info into thought.

    • Untuk NetKL still seperti dulu lagi tuan. Rasanya tak berubah sejak tahun 2007 kecuali sekali je time GST di implementkan kat negara kita 🙂 jom la guna domain semula..

    • Terima kasih ya, harap posting ni dapat memberikan banyak manfaat kepada semua. Jika ada apa yang masih tak faham boleh berikan komen di bawah atau pun hubungi kami melalui FB Page AhmadiKatu. In syaa Allah kami akan cuba bantu sebaik yang mungkin..

    • Sama la kita baru nak belajar untuk menulis blog. Thanks and hope bloglah share post ini ya dan jangan lupa klik like FB Page kami di AhmadiKatu.

    • sama-sama. hopefully ianya akan banyak memberikan manfaat kepada semua blogger tak kira lama dan baru. Jangan lupa share tau jika posting sangat bermanfaat. Biar lebih ramai blogger yang dapat manfaatnya bersama 🙂

  4. menarik..BBL sendiri baru tahu. selama ni guna tumpang domain blogspot je. blogger lain dah lama berhijrah guna domain sendiri. mungkin BBL sendiri belum bersedia.. tips ni sangat berguna untuk mereka yang bercadang berubah ke domain sendiri.

    • Thanks sudi singgah dan membaca posting di sini. Semoga tuan dapat sesuatu yang baik daripada blog AhmadiKatu. Owh ya, tuan dah baca posting terbaru tentang nak dapatkan rank pertama dalam enjin carian Google?

    • Benar tuan, hampir keseluruhan provider registrar memberikan option Multiple Years Domain. Sangat membantu kepada kami yang baru nak up dan juga rakan blogger lain di luar sana. owh ya. tuan dah baca posting terbaru tentang nak dapatkan rank pertama dalam enjin carian Google?

    • Tak apa, boleh belajar perlahan-lahan. Jika kak Aida perlukan bantuan kami di AhmadiKatu, jangan segan sebut saja ok. Sama akak komen di blog kami atau di FB Page AhmadiKatu. Kami semua sedia untuk membantu sama ada tuan Ahmadi, saya atau pun staff yang menjaga FB Page kami.

    • Terima kasih juga kepada tuan sudi support blog ini. Saya doakan tuan akan menggunakan semula domain premium agar kita dapat bersama memeriahkan lagi dunia blogging di negara kita. Semoga tuan sudi untuk membantu kami menyebarkan atau share blog ini jika ianya bermanfaat kepada tuan dan blogger lain. Terima kasih sekali lagi.

  5. salam… awa datang singgah sini baca entry tentng domain… betul domain mmg penting!!! cuma masih ramai yg ingat kalau pakai domain ni bila lupa nak renew blog akan hilang… tp x leh salahkan juga sbb mmg confuse kan antara domain dengan hosting… bg domain sejak dulu smpai skrg awa guna NETKL bukan sbb harga yang berbaloi tp sbb diaorg juga suka bg reminder sejak sebulan sebelum bila tiba masa domain patut kena renew.. so far puashati ngan NETKL tak nak tukar dgn yg lain =D

    • Waalaikumsalam Kak Awa, bagi nak elakkan kekeliruan cuba untuk anggap domain sebagai alamat dan hosting pula adalah rumahnya. Pasti akan mudah nak faham. Remainder tu semua registrar akan memberikan notification cuma yang terbaik tentang NetKL ni kak Awa adalah Customer Servicenya. Tak kira jam 2 pagi kita submit ticket, mereka tetap akan reply dan tolong pada waktu tu juga. Terutama staff mereka bernama Liza.

    • Benar kak Ayu, faktor ini akan memberikan banyak kelebihan kepada blogger jika hendak mendaftarkan domain mereka. Owh ya, Kak Ayu dah baca entry terbaru blog AhmadiKatu tentang bagaimana hendak memulakan posting dan naikkan rank posting menggunakan teknik on-page optimization SEO.

    • tak mengapa kak, kak nadia boleh je nak suruh kitaorang tak perlu nak bayar segala…apa pun semoga kak nadia dapat sesuatu yang berguna dalam blog AhmadiKatu ni ye…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.